Terengganu Trial 2026 Additional Mathematics Kertas 2 · Set 1
设置
震动
音效
题目语言
同时显示原文
translate
Additional Mathematics
Terengganu Trial 2026 Additional Mathematics Kertas 2 · Set 1
Terengganu 州试卷 Set 1 · 2026
15 题 · 总分 100
150 分钟
评分标准
按原试卷附带的评分标准录入
批改方式
由 AI 按评分标准批改,仅供参考
作答语言
马来文或英文
最后更新
2026-11-25
Bahagian A全答 7 题
17 分
a
Diberi bahawa fungsi $g : x \to \frac{2}{3 + 2x}, x \neq -\frac{3}{2}$ dan fungsi $gf : x \to \frac{2}{2x^2 + 3}$.
Cari $f(x)$.
2 分
b
Diberi persamaan kuadratik $x^2 - 2rx + 2 - r = 0$ mempunyai dua punca nyata dan berbeza. Tentukan julat nilai $r$.
3 分
c
Fungsi kuadratik $h(x) = -2x^2 + kx + k$, dengan keadaan $k$ ialah pemalar.
Ungkapkan $h(x)$ dalam bentuk $h(x) = a(x + p)^2 + q$.
2 分
26 分
Penyelesaian secara lukisan berskala tidak diterima.
Rajah 2 menunjukkan tiga titik $A$, $B$ dan $C$ yang masing-masing merupakan titik tengah bagi garis lurus $PQ$, $QR$ dan $PR$ dan membentuk satu segi empat selari $PABC$.
a
Cari persamaan garis lurus $PR$.
2 分
Tanpa mencari koordinat $P$,
b(i)
hitung luas segi empat selari $PABC$,
3 分
b(ii)
nyatakan koordinat $Q$ dalam sebutan $m$ dan $n$ jika garis lurus $PQ$ dipanjangkan sehingga ke titik $S$, dengan keadaan $PQ : PS = 2 : 3$.
1 分
36 分
Dalam Rajah 1, $AOB$ ialah sebuah sektor bulatan berpusat $O$ dan berjejari 24 cm. $CED$ ialah sukuan bagi sebuah bulatan berpusat $E$. Diberi bahawa $D$ ialah titik tengah $OA$ dan panjang $OE$ ialah separuh daripada panjang $OD$.
a
Cari $\angle AOB$, dalam sebutan $\pi$ radian.
2 分
b
Seterusnya, tunjukkan bahawa luas kawasan berlorek ialah $3\left(23\pi - 6\sqrt{3}\right)$ cm$^2$.
4 分
47 分
Rajah 4 menunjukkan garis lurus $y = x$ bersilang dengan lengkung $x = 4y - y^2$ pada $M$.
a
Cari luas kawasan berlorek.
4 分
b
Jika suatu lengkung $g(x)$ melalui titik $M$ dan diberi $g'(x) = -3x^2 + 4x + 5$, cari $g(x)$.
Lakar graf bagi $y = |3\sin 2x|$ untuk $0 \leq x \leq \pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai-nilai yang ditanda pada paksi-$x$ dan paksi-$y$, dan bilangan kitaran.)*
3 分
b(ii)
Seterusnya, dengan menggunakan paksi yang sama, lakar satu garis lurus yang sesuai untuk mencari bilangan penyelesaian bagi persamaan $3\left|\frac{2\tan x}{1 + \tan^2 x}\right| + \frac{2x}{\pi} = 2$ untuk $0 \leq x \leq \pi$.
Nyatakan bilangan penyelesaian itu.
*(Huraikan garis lurus anda dalam perkataan: persamaannya dan titik-titik hujungnya.)*
3 分
69 分
Rajah 3 menunjukkan pelan lantai Dewan Serbaguna di SMK Indah yang berbentuk segi empat tepat $PQRS$. $QRT$ ialah sebuah pentas berbentuk semibulatan dan lantai dewan $PQTRS$ ditutup dengan jubin.
Diberi $PQ = 3y$ meter, $QR = 7x$ meter dan $PQ > QR$. Luas dewan berbentuk segi empat tepat $PQRS$ ialah 189 m$^2$ dan perimeter kawasan yang ditutupi jubin ialah 63 meter. Isipadu simen yang digunakan untuk membina pentas ialah 34.65 m$^3$.
Cari tinggi, dalam meter, pentas itu dari lantai.
[Guna $\pi = 3.142$]
9 分
76 分
Menyenaraikan semua sebutan bagi jujukan adalah **tidak** diterima untuk soalan ini.
Satu susunan silinder yang mempunyai jejari yang sama, 3 cm. Tinggi silinder yang pertama ialah 4 cm dan tinggi setiap silinder yang berikutnya bertambah sebanyak 2 cm.
a
Tunjukkan bahawa isipadu silinder ke $n$, $V_n$ diungkapkan sebagai $V_n = 18\pi(n + 1)$.
3 分
b
Jika beberapa silinder dikeluarkan sehingga tinggal silinder ke 6 hingga ke 13. Hitungkan jumlah isipadu silinder yang masih tinggal.
3 分
Bahagian B4 题选 3 题已选 0/3
810 分
Persamaan bagi suatu lengkung $y = x^2 - 2x + 3$ melalui $S(2, 3)$.
a
Cari persamaan normal kepada lengkung itu pada $S$.
4 分
b
Seterusnya, cari koordinat titik pusingan bagi lengkung itu. Dengan menggunakan kaedah lakaran tangen, tentukan sifat titik pusingan tersebut.
*(Huraikan lakaran tangen anda dalam perkataan: nilai-nilai $x$ yang dipilih, nilai atau tanda $\frac{dy}{dx}$, arah tangen dan bentuk lengkung.)*
3 分
c
Suatu zarah bergerak di sepanjang lengkung itu. Kadar perubahan bagi $x$ ialah 2.5 units$^{-1}$ pada $S$. Cari kadar perubahan bagi $y$ yang sepadan.
3 分
910 分
Satu tinjauan dijalankan berkenaan kelab STEM di sebuah sekolah.
Didapati bahawa kebarangkalian seorang murid menyertai kelab STEM ialah $p$. Min dan sisihan piawai bilangan ahli kelab masing-masing ialah 40 dan 4
a(i)
Cari nilai $p$.
3 分
a(ii)
Jika 10 orang murid dari sekolah itu dipilih secara rawak, cari kebarangkalian 3 orang murid akan menyertai kelab STEM.
2 分
Jisim ahli-ahli kelab STEM dalam sekolah itu adalah mengikut taburan normal dengan min 27 kg dan sisihan piawai 3.2 kg.
| Kategori | $A$ | $B$ | $C$ |
|---|---|---|---|
| Jisim | $x < m$ | $m \leq x \leq 35$ | $x > 35$ |
Cari
b(i)
kebarangkalian bahawa seorang ahli yang dipilih secara rawak daripada kumpulan itu mempunyai jisim dalam kategori $C$.
2 分
b(ii)
nilai $m$, jika 26.6% daripada ahli kelab STEM itu mempunyai jisim dalam kategori $A$.
3 分
1010 分
Gunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini.
Jadual 2 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah, $x$ dan $y$, yang diperoleh daripada suatu eksperimen. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = \sqrt{ax^2 - bx}$, dengan $a$ dan $b$ ialah pemalar.
| $x$ | 1.0 | 2.0 | 3.0 | 4.5 | 6.0 | 7.0 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 0.17 | 0.55 | 0.90 | 1.34 | 1.87 | 2.19 |
Jadual 2
a
Plot $\frac{y^2}{x}$ melawan $x$ dengan menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 0.1 unit pada paksi-$\frac{y^2}{x}$.
Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: nilai $\frac{y^2}{x}$ yang dikira bagi setiap nilai $x$, paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
4 分
Dengan menggunakan graf di 10(a),
b(i)
cari nilai $x$ apabila $\frac{y}{\sqrt{x}} = 0.583$,
2 分
b(ii)
tulis $y = \sqrt{ax^2 - bx}$ dalam bentuk linear, seterusnya cari nilai $a$ dan $b$.
4 分
1110 分
Rajah 5 menunjukkan segi tiga $OST$. Garis $OU$ bersilang dengan garis $SV$ di $W$.
Diberi bahawa $\overrightarrow{OS} = 8\underset{\sim}{s}$, $\overrightarrow{OT} = 10\underset{\sim}{t}$, $\overrightarrow{OV} = \frac{2}{5}\overrightarrow{OT}$ dan $\overrightarrow{SU} = \frac{1}{5}\overrightarrow{ST}$.
Ungkapkan dalam sebutan $\underset{\sim}{s}$ dan $\underset{\sim}{t}$:
a(i)
$\overrightarrow{SV}$
2 分
a(ii)
$\overrightarrow{OU}$
2 分
Diberi bahawa $\overrightarrow{SW} = m\overrightarrow{SV}$ dan $\overrightarrow{WU} = n\overrightarrow{OU}$, ungkapkan
b(i)
$\overrightarrow{SW}$ dalam sebutan $m$, $\underset{\sim}{s}$ dan $\underset{\sim}{t}$,
1 分
b(ii)
$\overrightarrow{WU}$ dalam sebutan $n$, $\underset{\sim}{s}$ dan $\underset{\sim}{t}$.
1 分
c
Seterusnya, cari nilai $m$ dan nilai $n$.
4 分
Bahagian C4 题选 2 题已选 0/2
1210 分
Satu objek bergerak pada suatu garis lurus dan melalui titik tetap $A$ dengan halaju $-48$ m s$^{-1}$. Pecutannya, $a$ m s$^{-2}$, dalam $t$ saat selepas melalui titik $A$, diberikan oleh $a = 2t - 8$. Objek berhenti selepas $n$ saat.
Cari
a(i)
halaju minimum zarah itu,
4 分
a(ii)
nilai $n$.
2 分
b
Lakar graf halaju lawan masa bagi $0 \leq t \leq n$. Seterusnya, hitung jumlah jarak perjalanan dalam tempoh masa tersebut.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf dan nilai-nilai yang ditanda pada paksi-$v$ dan paksi-$t$, termasuk titik minimum.)*
4 分
1310 分
Rajah 6 menunjukkan sebuah kebun serai $ABC$ milik Pak Abu.
Diberi bahawa $AB = 4\log_2 a$ meter, $BC = 3.5$ meter dan $\angle ABC = 30^\circ$.
a
Cari nilai $a$ jika luas kebun serai $ABC$ ialah 7 m$^2$.
3 分
b
Pak Abu ingin memasang pagar di kebun serai $ABC$. Cari panjang pagar yang perlu dipasang dalam ukuran meter.
3 分
Pak Abu mahu meluaskan kawasan kebun serai dengan syarat $AB = A'B'$, $AC = A'C'$ dan $\angle ABC = \angle A'B'C'$.
c(i)
Lakar $\triangle A'B'C'$ yang mempunyai bentuk berbeza daripada $\triangle ABC$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan bucu $A'$, $B'$ dan $C'$ dan sudut-sudut segi tiga itu.)*
1 分
c(ii)
Kira luas $\triangle A'B'C'$.
3 分
1410 分
Gunakan kertas graf yang disediakan untuk menjawab soalan ini.
Seorang penjual ikan menjual $x$ kg siakap dan $y$ kg kerapu setiap hari. Beliau menjual siakap pada harga RM25 sekilogram dan kerapu pada harga RM35 sekilogram. Jumlah keseluruhan jualan ikan tersebut adalah sekurang-kurangnya RM2000 sehari. Nisbah berat siakap kepada kerapu yang dijual setiap hari adalah sekurang-kurangnya 1 : 3. Kuantiti maksimum siakap yang dijual ialah 50 kg sehari.
a
Nyatakan tiga ketaksamaan selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
3 分
b
Menggunakan skala 2 cm kepada 10 kg pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 20 kg pada paksi-$y$, bina dan lorek rantau $R$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: garis-garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik yang dilalui) dan rantau $R$ yang dilorek — garis-garis yang membatasinya dan bucu-bucunya.)*
3 分
Berdasarkan graf yang dibina di 14(b), cari
c(i)
julat berat, dalam kg, kerapu yang dijual jika dia menjual 20 kg siakap dalam sehari,
1 分
c(ii)
seterusnya, lukis fungsi objektif dan hitung kos harian minimum jika kos sekilogram siakap dan kerapu masing-masing ialah RM18 dan RM22.
*(Nyatakan garis fungsi objektif yang anda lukis dan titik yang digunakan.)*
3 分
1510 分
Jadual 3 menunjukkan indeks harga bagi empat komponen perbelanjaan pelancong di sebuah negeri pada tahun 2022 dan tahun 2024 menggunakan tahun 2020 sebagai tahun asas dan pemberat yang sepadan.
| Komponen Perbelanjaan | Indeks harga pada 2022 berasaskan 2020 | Perubahan indeks harga pada tahun 2022 ke tahun 2024 | Pemberat |
|---|---|---|---|
| Makanan dan minuman | $r$ | Meningkat 20% | $k$ |
| Membeli-belah | 118 | Tidak berubah | 5 |
| Penginapan | 110 | Tidak berubah | 4 |
| Tiket aktiviti | 150 | Meningkat 10% | $k$ |
Jadual 3
a
Diberi harga komponen makanan dan minuman pada tahun 2022 dan tahun 2020 masing-masing ialah RM120 dan RM96. Cari nilai $r$.
2 分
b(i)
Hitung indeks harga bagi komponen makanan dan minuman serta tiket aktiviti pada tahun 2024 berasaskan tahun 2020.
3 分
b(ii)
Seterusnya, cari nilai $k$, jika indeks gubahan harga komponen tersebut pada tahun 2024 berasaskan tahun 2020 ialah 127.7.
2 分
c(i)
Komponen manakah menunjukkan perbelanjaan paling penting bagi pelancong negeri tersebut? Berikan justifikasi anda.
1 分
c(ii)
Pada tahun 2026, indeks harga bagi komponen di (c)(i) berasaskan tahun 2020 dijangka menjadi 140.42.
Hitungkan peratus peningkatan perbelanjaan komponen tersebut dari tahun 2024 ke tahun 2026.