Johor Trial 2026 Matematik Tambahan Kertas 2 · Batu Pahat
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Johor Trial 2026 Matematik Tambahan Kertas 2 · Batu Pahat
Percubaan Johor Batu Pahat · 2026
15 soalan · Jumlah 100 markah
150 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 7
17 markah
Encik Lim ingin membeli beberapa ekor burung, arnab dan ikan untuk koleksi haiwan peliharaannya. Jumlah haiwan yang perlu dibeli ialah 45 ekor. Dia memperuntukkan sebanyak RM 1650 untuk membeli kesemua haiwan peliharaannya itu. Seekor burung berharga RM 20, seekor arnab berharga RM 50 dan seekor ikan berharga RM 30. Jumlah bilangan burung dan arnab adalah dua kali bilangan ikan.
a
Tulis 3 persamaan yang mewakili kesemua pernyataan di atas.
2 markah
b
Seterusnya, berapakah bilangan setiap haiwan yang dibeli oleh Encik Lim?
5 markah
26 markah
Diberi bahawa fungsi kuadratik $f(x) = 3x^2 - 12x + p$ mempunyai nilai minimum $-17$ dengan keadaan $p$ ialah pemalar.
a
Dengan menggunakan kaedah penyempurnaan kuasa dua, ungkapkan $f(x)$ dalam bentuk $f(x) = a(x - h)^2 + k$, dengan keadaan $a$, $h$ dan $k$ ialah pemalar, dan nyatakan paksi simetri. Seterusnya, cari nilai $p$
3 markah
b
Seterusnya, lakar graf $f(x)$ untuk $-2 \leq x \leq 4$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, titik minimum, titik-titik hujung dan pintasan paksi yang ditanda.)*
2 markah
c
Menggunakan paksi yang sama di (b), lakar dan label graf $g(x) = (a + 1)(x - h)^2 + k$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf $g(x)$, kedudukannya berbanding graf $f(x)$ dan titik penting yang ditanda.)*
1 markah
38 markah
Rajah 1 menunjukkan sebuah trapezium $ABCD$.
Diberi $\overrightarrow{AB} = 6\underset{\sim}{x}$, $\overrightarrow{BC} = 8\underset{\sim}{y}$, $BC = 4BQ$, $AB = \frac{3}{4}DC$ dan $\overrightarrow{DP} = \lambda\overrightarrow{DC}$.
Ungkapkan
a(i)
$\overrightarrow{AD}$ dalam sebutan $\underset{\sim}{x}$ dan $\underset{\sim}{y}$.
3 markah
a(ii)
$\overrightarrow{QP}$ dalam sebutan $\lambda$, $\underset{\sim}{x}$ dan $\underset{\sim}{y}$.
1 markah
b
Seterusnya, cari nilai $\lambda$ jika $\overrightarrow{AD}$ dan $\overrightarrow{QP}$ adalah selari.
4 markah
46 markah
Sebuah kotak tertutup mempunyai tapak segi empat sama bersisi $x$ cm dan tinggi $y$ cm. Diberi isi padu kotak itu ialah $216\ \text{cm}^3$.
a
Tunjukkan bahawa jumlah luas permukaan, $L$, ialah
$$L = 2x^2 + \frac{864}{x}$$
3 markah
b
Seterusnya, cari nilai bagi $x$ apabila jumlah luas permukaan ialah minimum.
3 markah
58 markah
a
Tunjukkan bahawa rumus sudut majmuk boleh digunakan untuk menerbitkan rumus sudut berganda $\tan 2x$.
3 markah
b(i)
Lakarkan graf $y = 1 + \tan 2x$ untuk $0 \leq x \leq \pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, asimptot, nilai-nilai yang ditanda pada paksi dan bilangan kitaran.)*
3 markah
b(ii)
Seterusnya, dengan menggunakan paksi yang sama, lakar satu garis lurus yang sesuai untuk mencari bilangan penyelesaian bagi persamaan $x + \pi \tan 2x = 0$ untuk $0 \leq x \leq \pi$. Nyatakan bilangan penyelesaian itu.
*(Nyatakan persamaan garis lurus yang anda lakar dan titik-titik yang dilaluinya, kemudian nyatakan bilangan penyelesaian.)*
2 markah
69 markah
a
Rajah 2 menunjukkan sebuah sektor $OAB$ dengan pusat $O$.
Tunjukkan bahawa panjang lengkok $AB$, $s$ diungkapkan sebagai
$$s = j\theta$$
2 markah
b
Rajah 3 menunjukkan peta sebuah taman rekreasi yang berpusat di $O$.
Taman ini mempunyai sebuah tasik, taman bunga dan laluan pejalan kaki. Bulatan luar mempunyai jejari 15 m manakala bulatan dalam mempunyai jejari 9 m. Sektor $BOC$ berpusat $O$ yang bersudut $120^\circ$ mewakili kawasan tasik. Kawasan berlorek di antara kedua-dua bulatan pula merupakan laluan pejalan kaki, manakala baki kawasan dalam bulatan kecil mewakili taman bunga. Kos penyelenggaraan tasik ialah RM 12 bagi setiap meter persegi, kos menanam bunga ialah RM 5 bagi setiap meter persegi, dan kos mengecat laluan pejalan kaki ialah RM 18 bagi setiap meter persegi. Selepas setahun, pihak pengurusan mensasarkan keuntungan sebanyak 20 % daripada jumlah kos keseluruhan. Hitungkan jumlah hasil jualan tiket yang perlu diperoleh untuk mencapai sasaran tersebut. Hitung jumlah hasil jualan tiket yang perlu diperoleh. [Guna $\pi = 3.142$]
7 markah
76 markah
a
Buktikan jujukan berikut merupakan satu janjang aritmetik.
$$\frac{m}{3},\ \frac{5m}{3},\ 3m,\ 4\frac{1}{3}m$$
1 markah
b
Jika $a$ ialah sebutan pertama dan $d$ ialah beza sepunya bagi suatu janjang aritmetik, tunjukkan bahawa hasil tambah $n$ sebutan pertama bagi janjang itu ialah $S_n = \frac{n}{2}[2a + (n - 1)d]$.
3 markah
c
Diberi bahawa hasil tambah $n$ sebutan pertama bagi suatu janjang aritmetik $S_n = \frac{n}{2}(4n + 5)$.
Cari sebutan ke-$n$.
2 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Rajah 4 menunjukkan titik $Q$ yang merupakan titik persilangan antara lengkung $y = -x^2 + 10$ dengan garis lurus $PQ$. Diberi $PQ$ adalah tangen kepada lengkung.
Cari
a
persamaan garis lurus $PQ$,
3 markah
b
luas rantau berlorek,
4 markah
c
isi padu yang terjana dalam sebutan $\pi$ apabila rantau yang dibatasi oleh lengkung $y = -x^2 + 10$, garis lurus $y = 4$ dan paksi-$y$ diputarkan $180^\circ$ pada paksi-$y$.
3 markah
910 markah
a
Sebuah kilang menghasilkan mentol lampu. Didapati bahawa 8% daripada mentol yang dihasilkan adalah rosak.
Cari bilangan minimum mentol lampu yang perlu diperiksa supaya kebarangkalian bahawa sekurang-kurangnya satu mentol rosak dipilih secara rawak adalah lebih besar daripada 0.90.
4 markah
Masa yang diambil oleh murid Tingkatan 5 Berlian untuk menyiapkan satu eksperimen adalah bertaburan normal dengan min 75 minit dan sisihan piawai 12 minit.
b(i)
Cari kebarangkalian bahawa seorang murid yang dipilih secara rawak mengambil masa antara 68 minit hingga 90 minit untuk menyiapkan eksperimen tersebut.
3 markah
b(ii)
Jika 20 % daripada murid yang menjalankan eksperimen tersebut dikategorikan sebagai lambat, cari masa minimum yang diperlukan untuk dikategorikan sebagai lambat.
3 markah
1010 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala tidak diterima.
Rajah 4 menunjukkan dua garis lurus $AC$ dan $DE$ yang bersilang pada titik $B$ dengan keadaan garis $AC$ adalah berserenjang dengan garis $DE$.
a(i)
Cari persamaan garis lurus bagi $DE$.
3 markah
a(ii)
Cari luas segitiga $ADB$
3 markah
b
Titik $P(x, y)$ bergerak dengan keadaan jaraknya dari titik $B$ adalah sentiasa dua kali jaraknya dari titik $D$. Cari persamaan lokus $P$.
4 markah
1110 markah
Jadual 1 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pembolehubah, $x$ dan $y$, yang diperolehi daripada satu eksperimen. Pembolehubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = \frac{a^{x^2}}{b}$, dengan keadaan $a$ dan $b$ ialah pemalar.
| $x$ | 1.0 | 1.5 | 1.8 | 2.0 | 2.5 | 3.0 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 3.171 | 3.949 | 4.698 | 5.369 | 7.967 | 12.908 |
Jadual 1
a
Berdasarkan jadual 1, bina satu jadual bagi nilai-nilai $x^2$ dan $\log_{10} y$.
2 markah
b
Plot $\log_{10} y$ melawan $x^2$ dengan menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$x^2$ dan 2 cm kepada 0.1 unit pada paksi-$\log_{10} y$. Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
3 markah
Gunakan graf di 11(b), cari nilai
c(i)
$a$
3 markah
c(ii)
$b$
2 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Rajah 6 menunjukkan sebuah model yang terdiri daripada sebuah dinding tegak $ABCD$ dan lantai $CDEF$. $ABCD$ ialah sebuah segi empat tepat. $CDEF$ ialah sebuah segi empat selari.
Diberi $AB$ = 28 cm, $AD$ = 5 cm, $\angle EFD = 40^\circ$ dan $\angle DFC = 65^\circ$.
a
Hitung panjang, dalam cm, bagi $CF$.
2 markah
b
Hitung luas, dalam cm², bagi $\triangle ACE$.
4 markah
c
Sebatang tiang sepanjang 11 cm dipasang secara condong pada bucu $E$. Puncak tiang ialah $G$. Sebatang kayu digunakan untuk menyambungkan titik $G$ kepada titik $A$ dengan keadaan $\angle EAG = 18^\circ$.
Cari panjang minimum, dalam cm, bagi kayu tersebut.
4 markah
1310 markah
Jadual 2 menunjukkan harga dan indeks harga bagi empat jenis bahan yang digunakan untuk menghasilkan satu jenis makanan.
| Jenis bahan | Harga 2021 | Harga 2022 | Indeks harga pada tahun 2022 berasaskan tahun 2021 |
|---|---|---|---|
| $P$ | $x$ | RM 7.20 | 120 |
| $Q$ | RM 5.00 | $y$ | 110 |
| $R$ | RM 4.00 | RM 5.20 | 130 |
| $S$ | RM 7.00 | RM 9.10 | $z$ |
Jadual 2
Rajah 7 menunjukkan kuantiti setiap bahan yang digunakan.
a
Cari nilai $x$, $y$ dan $z$.
4 markah
b
Hitung indeks harga bagi jenis bahan $P$ pada tahun 2024 berasaskan tahun 2022 jika harganya pada tahun 2024 meningkat 60 % berbanding tahun 2021.
2 markah
c
**[Bonus]** Diberi bahawa indeks gubahan untuk menghasilkan makanan itu pada tahun 2022 berasaskan tahun 2021 ialah 115, ungkapkan $m$ dalam sebutan $n$.
2 markah
d
Hitung indeks harga bagi $Q$ pada tahun 2022 berasaskan tahun 2021 jika harganya pada tahun 2021 ialah menyusut sebanyak 20 % daripada harga asal.
2 markah
1410 markah
Sebuah kedai Gajet menjual dua jenis telefon bimbit Samsung, S25 dan S26. Harga jualan S25 ialah RM 1 000 dan S26 ialah RM 2 000.
Seorang jurujual, David menjual $x$ unit S25 dan $y$ unit S26. Dia akan diberi komisen sebanyak 4 % daripada jumlah jualan jika dia berjaya memenuhi sasaran berikut:
I Jumlah bilangan telefon bimbit yang dijual adalah selebih-lebihnya 50 unit dalam sebulan.
II Jumlah jualan melebihi RM 40 000.
III Bilangan S25 yang dijual adalah kurang daripada dua kali ganda bilangan S26.
a
Tulis tiga ketaksamaan, selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi semua kekangan di atas.
3 markah
b
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 10 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 5 unit pada paksi-$y$, bina dan lorek rantau $R$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya, garis penuh atau putus-putus) dan rantau R yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
3 markah
Dengan menggunakan graf dari 14(b), jawab soalan yang berikut:
c(i)
Cari bilangan minimum telefon bimbit S26 yang akan dijual jika bilangan S25 yang dijual adalah 30.
1 markah
c(ii)
Tentukan jumlah maksimum komisen yang diterima oleh David.
3 markah
1510 markah
Suatu zarah bergerak di sepanjang satu garis lurus dan melalui satu titik tetap $O$. Halaju zarah itu, $v$ m s$^{-1}$, diberi oleh $v = 8 + 2t - t^2$, dengan keadaan $t$ ialah masa, dalam saat, selepas zarah itu mula bergerak. Pada permulaannya, zarah itu berada di titik $A$ yang terletak 4 m di sebelah kiri $O$. Zarah itu kemudian berhenti seketika di titik $B$ yang berada di sebelah kanan $O$, sebelum menukar arah gerakan dan berakhir di titik $C$.
a
Cari pecutan awal, dalam m s$^{-2}$, bagi zarah itu.
2 markah
b
Tentukan masa, dalam saat, apabila zarah itu berada di titik $B$.
2 markah
c
Hitung jarak dari titik mula $A$ ke titik $B$.
4 markah
d
Diberi zarah itu tamat bergerak di titik $C$ pada saat ke-5. Hitung jumlah jarak, dalam m, yang dilalui oleh zarah itu dari titik mula $A$ sehingga sampai ke titik $C$.
2 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini