Selesaikan persamaan serentak berikut:
$y + 3x = 22$
$x^2 - 2xy = -45$
Pahang Trial 2026 Matematik Tambahan Kertas 2 · Set 1
- Percubaan Pahang Set 1 · 2026
- 15 soalan · Jumlah 100 markah
- 150 minit
- Skema pemarkahan
- Daripada skema pemarkahan kertas asal
- Pemarkahan
- Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
- Bahasa jawapan
- Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
- Kemas kini terakhir
- 2026-11-25
Bahagian A
Jawab semua 7
Diberi fungsi kuadratik $f(x) = x^2 - 3x - 18$.
a(i)
2 markah
Dengan menggunakan pembeza layan, tentukan jenis punca dengan keadaan $f(x) = 0$.
a(ii)
2 markah
Ungkapkan $f(x)$ dalam bentuk verteks.
b
2 markah
Seterusnya, lakar graf bagi $f(x)$ untuk domain $-4 \leq x \leq 8$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, titik-titik pada hujung domain, pintasan paksi dan titik pusingan.)*
Rajah 1 menunjukkan garis lurus $MN$ bersilang dengan garis lurus $PN$ pada titik $N$.
Diberi bahawa persamaan garis lurus $PN$ dan $MN$ masing-masing ialah $6y + 4x + 5 = 0$ dan $2y - 3x - 7 = 0$.
a
2 markah
Cari koordinat titik $N$.
b
2 markah
Garis lurus $PN$ dipanjangkan ke titik $Q\left(-5, \frac{5}{2}\right)$ dengan keadaan $PN : PQ = a : b$. Cari nisbah $a : b$.
c
2 markah
Cari luas segi tiga $MPQ$.
d(i)
2 markah
Satu titik $S$ bergerak dengan keadaan jaraknya dari titik $N$ adalah sentiasa 3 unit. Cari persamaan lokus bagi titik $S$.
d(ii)
2 markah
Seterusnya, tentukan sama ada titik $(-2, 3)$ terletak pada lokus tersebut.
a
3 markah
Selesaikan persamaan berikut dan ungkapkan jawapan dalam bentuk $a + b\sqrt{2}$.
$2x - 3 = x\sqrt{2} + \sqrt{2}$
b
3 markah
Selesaikan persamaan
$\ln(2x - 1) = 2 - \ln 3$
a
3 markah
Diberi $h = 2x^2 - 3$ dan $k = \sqrt{4x + 1}$. Cari nilai $\frac{dk}{dh}$ apabila $x = 2$.
b
3 markah
Diberi $f(t) = t^3 + 5t^2 + 12t - 7$. Cari nilai-nilai $t$ dengan keadaan $t\left(f''(t)\right) = f'(t)$.
c
2 markah
Tentukan nilai bagi $\underset{x \to 2}{\text{had}} \frac{x^2 + x - 6}{x - 2}$.
a
2 markah
Buktikan bahawa $\sin 2x = 2\sin x\cos x$.
b(i)
3 markah
Lakarkan graf $y = 2|\sin 2x| - 1$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai maksimum dan minimum, bilangan lengkok/kitaran dalam $0 \leq x \leq 2\pi$ dan nilai-nilai $x$ di mana graf mencapai nilai maksimum dan minimum.)*
b(ii)
2 markah
Seterusnya, dengan menggunakan paksi yang sama, lakar satu garis lurus yang sesuai untuk mencari bilangan penyelesaian bagi persamaan $2\pi|\sin 2x| + x = 2\pi$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$. Nyatakan bilangan penyelesaian itu.
*(Nyatakan persamaan garis lurus yang anda lakar dan huraikan kedudukannya.)*
Diberi bahawa $(x - 15)$, $x$ dan $(3x + 20)$ ialah tiga sebutan berturutan bagi suatu janjang geometri, dengan keadaan $x > 0$.
a
3 markah
Cari nilai $x$ dan nisbah sepunya bagi janjang itu.
b
2 markah
Seterusnya, cari sebutan pertama jika $(3x + 20)$ ialah sebutan ke-4.
c
3 markah
Hitung nilai minimum bagi $n$ jika hasil tambah $n$ sebutan pertama melebihi 400 000.
Bahagian B
Pilih 3 daripada 4
Dipilih 0/3
Sebuah syarikat pembangunan aplikasi telefon pintar sedang menguji satu ciri keselamatan baharu yang menggunakan sistem pengecaman wajah untuk membuka aplikasi perbankan digital. Pemboleh ubah rawak, $X$, mewakili bilangan pengguna yang berjaya mengesahkan identiti menggunakan sistem itu dengan keadaan kebarangkalian kejayaan dalam setiap percubaan ialah $p$. Diberi bahawa min bagi taburan itu ialah 2.4.
a(i)
1 markah
Nyatakan jenis taburan kebarangkalian bagi $X$.
Jika 4 orang pengguna dipilih secara rawak,
b(i)
3 markah
cari kebarangkalian pengesahan identiti yang **tidak berjaya** menggunakan sistem tersebut,
b(ii)
3 markah
seterusnya, cari kebarangkalian bahawa sekurang-kurangnya 2 orang pengguna berjaya mengesahkan identiti.
Pihak syarikat ingin menentukan sama ada sistem tersebut cukup stabil untuk digunakan secara meluas dalam aplikasi telefon pintar mereka.
c(i)
2 markah
Pada paksi yang telah disediakan dalam Rajah 2, lakar dan label graf taburan kebarangkalian bagi $X$.
*(Rajah 2 ialah paksi kosong: paksi mencancang $P(X = x)$, paksi mengufuk $X$, asalan $O$. Huraikan graf anda dalam perkataan: nilai-nilai $X$ pada paksi mengufuk dan ketinggian setiap palang $P(X = x)$.)*
c(ii)
1 markah
Sekiranya kebarangkalian bahawa sekurang-kurangnya 3 orang pengguna berjaya mengesahkan identiti melebihi 0.47, maka sistem tersebut adalah berkesan.
Berdasarkan graf yang diperoleh di (c)(i), nyatakan sama ada sistem pengecaman wajah itu boleh dianggap berkesan untuk kegunaan harian pengguna. Berikan justifikasi anda.
Rajah 3 menunjukkan graf bagi lengkung $y^2 + 4x = 0$ yang menyilang garis lurus $y = k$.
a(i)
3 markah
Diberi bahawa luas kawasan berlorek ialah $\frac{2}{3}$ unit^2^.
Cari nilai $k$.
a(ii)
1 markah
Nyatakan koordinat titik $P$.
Rajah 4 menunjukkan satu kawasan berlorek yang dibatasi oleh lengkung $y = x^2$ dan garis lurus $y = x$.
b(i)
2 markah
Cari koordinat titik $S$.
b(ii)
4 markah
Hitung isi padu janaan, dalam sebutan $\pi$, apabila kawasan berlorek tersebut dikisarkan melalui $360^\circ$ pada paksi-$x$.
Titik $A$, $B$ dan $C$ terletak di atas suatu satah Cartes dengan keadaan $\overrightarrow{OA} = \begin{pmatrix} 2 \\ 1 \end{pmatrix}$ dan $\overrightarrow{OB} = \begin{pmatrix} 8 \\ 7 \end{pmatrix}$. Titik $P$ membahagi garis lurus $AB$ dalam nisbah $1 : 2$.
a(i)
2 markah
Cari vektor unit dalam arah $\overrightarrow{AB}$.
a(ii)
3 markah
Seterusnya, hitung vektor kedudukan titik $Q$ dengan keadaan titik $Q$ bergerak sejauh 9 unit dari titik $P$ yang selari dengan $\overrightarrow{AB}$.
Rajah 5 menunjukkan segi tiga $AOB$. Diberi bahawa $\overrightarrow{OA} = \underset{\sim}{a}$, $\overrightarrow{OB} = \underset{\sim}{b}$, $\overrightarrow{OC} = \frac{2}{3}\overrightarrow{OA}$, $\overrightarrow{OM} = \frac{4}{5}\overrightarrow{OD}$ dan $\overrightarrow{BM} = q\overrightarrow{BC}$, dengan keadaan $q$ ialah pemalar. $D$ ialah titik tengah bagi $AB$ dan $BC$ menyilang $OD$ pada titik $M$.
b(i)
2 markah
Ungkapkan $\overrightarrow{OM}$ dalam sebutan $q$, $\underset{\sim}{a}$ dan $\underset{\sim}{b}$,
b(ii)
3 markah
Seterusnya, cari nilai $q$.
Jadual 1 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah, $x$ dan $y$, yang diperoleh daripada satu eksperimen. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = \frac{ax}{2} + \frac{b}{\sqrt{x}}$, dengan keadaan $a$ dan $b$ ialah pemalar.
| $x$ | 0.26 | 0.35 | 0.59 | 0.7 | 0.8 | 0.95 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | $-1.84$ | $-0.58$ | 1.82 | 3.21 | 4.16 | 5.55 |
Jadual 1
a
2 markah
Berdasarkan Jadual 1, bina satu jadual bagi nilai-nilai $x\sqrt{x}$ dan $y\sqrt{x}$.
b
3 markah
Plot $y\sqrt{x}$ melawan $x\sqrt{x}$, dengan menggunakan skala 2 cm kepada 0.1 unit pada paksi-$x\sqrt{x}$, dan 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$y\sqrt{x}$.
Seterusnya lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis lurus penyuaian terbaik — nyatakan pintasan dan kecerunannya.)*
Menggunakan graf di (b), cari nilai bagi
c(i)
3 markah
$a$,
c(ii)
1 markah
$b$,
c(iii)
1 markah
$x$ apabila $y = \frac{2}{\sqrt{x}}$.
Bahagian C
Pilih 2 daripada 4
Dipilih 0/2
Jadual 2 menunjukkan maklumat berkaitan empat bahan, $A$, $B$, $C$ dan $D$ yang digunakan dalam pembuatan sejenis kek.
| Bahan | Indeks harga pada tahun 2023 berasaskan tahun 2020 | Peratus penggunaan (%) |
|---|---|---|
| $A$ | 120 | 20 |
| $B$ | 110 | 30 |
| $C$ | $k$ | $m$ |
| $D$ | 140 | 20 |
Jadual 2
Hitung
a(i)
2 markah
harga bahan $A$ pada tahun 2023 jika harganya pada tahun 2020 ialah RM4.50,
a(ii)
1 markah
harga bahan $D$ pada tahun 2020 jika harganya pada tahun 2023 ialah RM7.00.
b
3 markah
Indeks gubahan bagi kos menghasilkan kek itu pada tahun 2023 berasaskan tahun 2020 ialah 122.40.
Cari nilai $k$.
c
2 markah
Diberi peratus kenaikan kos pembuatan kek itu pada tahun 2025 berasaskan tahun 2023 ialah 28.60%. Cari indeks gubahan bagi kos menghasilkan kek itu pada tahun 2025 berasaskan tahun 2020.
d
2 markah
Diberi bahawa kos menghasilkan kek itu pada tahun 2020 ialah RM25. Jika harga jualan kek itu pada tahun 2025 ialah RM50, cari peratus keuntungan kek itu pada tahun 2025.
Rajah 6 menunjukkan sebuah segi tiga $ABC$. Bearing titik $C$ dari titik $A$ ialah $058^\circ$. Diberi bahawa sisi $AB$ ialah garis mengufuk dan $\angle ABC$ ialah sudut cakah.
Cari
a(i)
2 markah
panjang $BC$, dalam cm,
a(ii)
2 markah
$\angle ACB$.
b(i)
2 markah
Cari luas segi tiga $ABC$.
b(ii)
2 markah
Seterusnya, cari jarak terpendek dari titik $B$ ke garis lurus $AC$.
c(i)
1 markah
Lakar sebuah segi tiga $A'B'C'$ yang mempunyai bentuk berbeza daripada segi tiga $ABC$ dengan keadaan $A'C' = AC$, $C'B' = CB$ dan $\angle C'A'B' = \angle CAB$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: panjang sisi dan sudut-sudut segi tiga $A'B'C'$.)*
c(ii)
1 markah
Nyatakan $\angle A'C'B'$.
Satu syarikat perabot menghasilkan $x$ meja dan $y$ kerusi. Tempoh masa yang diperlukan untuk menghasilkan $x$ meja dan $y$ kerusi adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.
| | Meja | Kerusi |
|---|---|---|
| Masa pertukangan | 4 jam | 1 jam |
| Masa mengecat | 2 jam | 3 jam |
Jadual 3
Sepanjang tempoh pengeluaran, hanya 210 jam diperuntukkan untuk masa pertukangan dan sekurang-kurangnya 180 jam diperuntukkan bagi masa mengecat. Bilangan kerusi yang dihasilkan adalah kurang daripada bilangan meja selebih-lebihnya 10. Keuntungan bagi setiap meja dan kerusi yang dijual masing-masing ialah RM10 dan RM2.
a
3 markah
Tulis tiga ketaksamaan, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi kekangan di atas.
b
2 markah
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 10 meja pada paksi-$x$, dan 2 cm kepada 20 kerusi pada paksi-$y$, bina dan lorek rantau $R$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: garis-garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik pintasan) dan kedudukan rantau $R$ yang dilorek.)*
Gunakan graf yang dibuat di (b) untuk menjawab soalan-soalan berikut:
c(i)
1 markah
Sebuah sekolah ingin menempah set meja dan kerusi baru. Setiap set terdiri daripada 1 meja dan 1 kerusi yang berharga RM 150. Tentukan bayaran maksimum yang perlu dibayar oleh pihak sekolah.
c(ii)
4 markah
Pada hujung tahun, pengurus ingin mengadakan promosi penghabisan stok. Oleh itu, pengurus tersebut mengurangkan keuntungan 5% daripada setiap meja yang dijual. Hitung keuntungan maksimum yang akan diperoleh semasa tempoh promosi tersebut.
Suatu zarah bergerak di sepanjang satu garis lurus dan melalui satu titik tetap $O$. Halajunya, $v$ ms^-1^ diberi oleh $v = 3 + 2t - t^2$, dengan keadaan $t$ ialah masa dalam saat, selepas melalui titik $O$. Cari
[Anggap gerakan ke arah kanan sebagai positif]
a
1 markah
halaju awal, dalam ms^-1^, bagi zarah itu,
b
3 markah
halaju maksimum, dalam ms^-1^, bagi zarah itu,
c
2 markah
nilai $t$ apabila zarah itu berhenti seketika,
d
4 markah
Jumlah jarak, dalam m, yang dilalui oleh zarah itu, dalam masa 6 saat pertama, selepas melalui $O$.

AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini
0%Peratus
0Markah
0Markah penuh
Beberapa soalan tidak dapat ditanda.
Markah setiap soalan

