Selesaikan sistem persamaan linear yang berikut dengan menggunakan kaedah penghapusan.
$$2x - y + 3z = 5$$
$$x + 2y - z = 0$$
$$3x + 3y - 2z = -5$$
Terengganu Trial 2026 Matematik Tambahan Kertas 1 · Set 1
- Percubaan Terengganu Set 1 · 2026
- 15 soalan · Jumlah 80 markah
- 120 minit
- Skema pemarkahan
- Daripada skema pemarkahan kertas asal
- Pemarkahan
- Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
- Bahasa jawapan
- Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
- Kemas kini terakhir
- 2026-11-25
Bahagian A
Jawab semua 12
Diberi bahawa $x^{m+1} \times y^{1-m} = \left(\frac{x}{y}\right)^{5m}$, tunjukkan bahawa $xy = \left(\frac{x}{y}\right)^{4m}$.
Diberi $k$ ialah suatu integer positif dengan keadaan nilai $\frac{1}{k}$ ialah suatu perpuluhan berulang yang boleh diungkapkan sebagai hasil tambah sebutan dalam jujukan iaitu
$$\frac{1}{k} = 0.0666666\ldots = x + y + z + \ldots$$
dengan keadaan $x$, $y$ dan $z$ ialah tiga sebutan pertama dalam jujukan tersebut.
a
1 markah
Nyatakan nilai $y$ dan $z$ dalam bentuk pecahan jika $x = 0.06$.
b
3 markah
Seterusnya, cari nilai $k$.
Rajah 4 menunjukkan segi tiga $PQR$.
Titik $M$ terletak pada $QR$ dengan keadaan $QM : MR = 4 : 1$.
Ungkapkan setiap vektor berikut dalam sebutan $\underset{\sim}{p}$ dan $\underset{\sim}{q}$.
a
2 markah
$\overrightarrow{QR}$
b
3 markah
$\overrightarrow{PM}$
Rajah 5 menunjukkan graf garis lurus yang diperoleh dengan menukar persamaan tersebut kepada bentuk linear.
Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = (5x)^{-2}$.
Cari nilai $q$.
a
2 markah
Rajah 6(*a*) menunjukkan graf bagi suatu fungsi.
Fungsi $f$ ditakrifkan sebagai
$$f(x) = \begin{cases} a & \text{bagi } -2 \le x < 0 \\ bx + 4 & \text{bagi } 0 \le x \le 3 \end{cases}$$
Nyatakan nilai $a$ dan nilai $b$,
Fungsi $f$ ditakrifkan oleh $f : x \rightarrow x + 5$, cari
b(i)
1 markah
$f(3)$,
b(ii)
3 markah
nilai-nilai $k$ dengan keadaan $2f^{-1}(k) = f(3)$.
Rajah 6(*b*) menunjukkan graf fungsi $g(x) = |5x - 4|$ bagi $h \le x \le 2$.
c(i)
3 markah
Cari nilai $h$ dan nilai $k$.
c(ii)
1 markah
Seterusnya, nyatakan julat $g(x)$.
a
2 markah
Berdasarkan pembezaan peringkat pertama, lengkapkan jadual di bawah.
| Fungsi | Pola | $\frac{dy}{dx}$ |
|---|---|---|
| $y = 2x^0$ | $2(0x^{0-1})$ | 0 |
| $y = 2x^1$ | $2(1x^{1-1})$ | |
| $y = 2x^2$ | | |
| $y = 2x^3$ | | |
*(Tulis pola dan $\frac{dy}{dx}$ bagi setiap petak kosong dalam jadual.)*
b
1 markah
Seterusnya, daripada jadual di (*a*) nyatakan rumus terbitan pertama bagi fungsi secara induktif.
a
2 markah
Cari $\int \frac{3}{(2x-1)^5}\,dx$.
b
3 markah
Diberi $\int_3^7 f(x)\,dx = 5$ dan $\int_3^7 g(x)\,dx = 7$.
Cari nilai kamiran bagi $\int_3^5 f(x)\,dx - \int_7^5 f(x)\,dx + \int_3^7 2g(x)\,dx$.
Rajah 9 menunjukkan graf taburan normal bagi pemboleh ubah rawak selanjar $X \sim N(\mu, 16)$.
a
1 markah
Nyatakan nilai $\mu$
b
3 markah
Lakar graf taburan normal piawai pada Rajah 9(*b*). Seterusnya, lorek rantau yang mewakili $P(Z < 1.25)$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk lengkung, nilai yang dilabel pada paksi $z$ dan rantau yang dilorek.)*
Sekumpulan 9 orang murid yang terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan duduk di sebuah meja bulat untuk satu majlis makan malam.
a(i)
1 markah
Cari bilangan cara susunan jika tiada syarat dikenakan.
a(ii)
3 markah
Terdapat sepasang kembar, seorang lelaki dan seorang perempuan dalam kumpulan tersebut. Cari bilangan cara berlainan mereka boleh duduk jika semua murid perempuan duduk bersebelahan antara satu sama lain dan pasangan kembar tersebut mesti duduk bersama.
b(i)
3 markah
Diberi bahawa ${}^{n}C_2 = 15$, cari nilai $n$.
b(ii)
2 markah
Sebuah bakul mengandungi 6 biji epal merah dan 3 biji epal hijau. Cari bilangan cara untuk memilih 4 biji epal jika sekurang-kurangnya 2 biji epal hijau mesti dipilih.
Rajah 11 menunjukkan lokus bagi titik $P$ yang bergerak dengan keadaan jaraknya sentiasa tetap dari titik $A(4, 2)$.
Titik $B(6, -1)$ terletak pada lokus tersebut. Garis lurus $AB$ dipanjangkan ke titik $C$ dengan keadaan $3AB = 2AC$.
Cari,
a
3 markah
persamaan lokus bagi laluan titik $P$.
b
2 markah
koordinat titik $C$.
Rajah 12 menunjukkan dua bulatan yang bertindih dan sebuah segitiga sama kaki $ADE$. Kedua-dua bulatan berpusat di $A$. Bulatan yang lebih besar berjejari 7 m manakala bulatan yang lebih kecil berjejari 5 m. Sektor $ABH$ dan sektor $AGH$ adalah dua sektor yang kongruen. $C$ dan $F$ adalah masing-masing titik tengah $AD$ dan $AE$.
Diberi, $\angle AED = 54^\circ$.
[Guna $\pi = 3.142$].
a
1 markah
Cari $\angle DAE$, dalam radian.
b
3 markah
Seterusnya, cari perimeter kawasan berlorek.
Kawasan melengkung $BCJH$ dan $GFJH$ akan dipasang rumput karpet. Diberi peruntukan sebanyak RM 1550.00 untuk pembelian rumput karpet. Segulung rumput karpet berukuran $2\text{ m} \times 0.5\text{ m}$ dijual dengan harga RM 26 per gulung. Rumput karpet hanya dijual dalam satu gulung penuh.
c(i)
2 markah
Cari jumlah luas kawasan melengkung BCJH dan GFJH.
c(ii)
2 markah
Seterusnya, tentukan sama ada peruntukan itu mencukupi atau tidak. Tunjukkan pengiraan anda.
Bahagian B
Pilih 2 daripada 3
Dipilih 0/2
Diberi $3 = b^2$, cari nilai berikut,
a(i)
1 markah
$\log_b 3$,
a(ii)
3 markah
$\log_3 81b^5$.
b
4 markah
Rajah 13(*b*) menunjukkan sebuah trapezium $ABCD$ dengan tinggi $h$ cm.
Diberi bahawa $AB = 4$ cm, $DC = \sqrt{12}$ cm dan luas trapezium ialah $k\left(6 + \sqrt{3}\right)$ cm².
Ungkapkan $h$ dalam bentuk $p + q\sqrt{3}$ dalam sebutan $k$, dengan keadaan $p$ dan $q$ ialah pemalar.
Rajah 14(*a*) menunjukkan lintasan sebuah objek yang dilontarkan ke udara. Pergerakan objek itu boleh diwakili oleh graf fungsi kuadratik. Objek tersebut telah dilepaskan pada ketinggian 1.8 m dan mencapai ketinggian tertinggi pada titik $(2, 3.8)$.
a(i)
2 markah
Ungkapkan persamaan lintasan objek itu dalam bentuk $f(x) = a(x - h)^2 + k$ dengan $a$, $h$ dan $k$ ialah pemalar.
a(ii)
2 markah
Hitung jarak mengufuk bagi lontaran yang dilakukan apabila objek tersebut menyentuh ke tanah dalam meter.
Rajah 14 (*b*) menunjukkan graf fungsi kuadratik $g(x) = (x + 2)^2 + w$ dengan keadaan $w$ ialah suatu pemalar. Diberi bahawa titik minimum bagi graf itu ialah $(v, -4)$.
b(i)
1 markah
Nyatakan nilai $v$ dan $w$.
b(ii)
3 markah
Jika graf itu bergerak 3 unit ke atas, tentukan nilai minimumnya. Seterusnya, lakar dan label graf tersebut.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, titik minimum dan titik-titik lain yang anda label.)*
Diberi $\sin A = p$, dengan $0^\circ < A < 90^\circ$, nyatakan setiap berikut dalam sebutan $p$.
a(i)
1 markah
$\sin(180^\circ - A)$
a(ii)
1 markah
$\text{kosek}(180^\circ + A)$
b
3 markah
Diberi $\sin x \,\text{kos}\, y = p$ dan $\text{kos}\, x \sin y = q$, ungkapkan $\sin 2x \sin 2y$ dalam sebutan $p$ dan $q$.
c
3 markah
Selesaikan persamaan trigonometri $\text{kos}\, 2x - \sin x - 1 = 0$ bagi $-180^\circ \le x \le 360^\circ$.

AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini
0%Peratus
0Markah
0Markah penuh
Beberapa soalan tidak dapat ditanda.
Markah setiap soalan

