Putrajaya Trial 2026 Matematik Tambahan Kertas 2 · Set 1
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Putrajaya Trial 2026 Matematik Tambahan Kertas 2 · Set 1
Percubaan Putrajaya Set 1 · 2026
15 soalan · Jumlah 100 markah
150 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 7
15 markah
Rajah 1 menunjukkan graf fungsi $f(x) = |4x - 8|$.
Rajah 1
Cari,
a
nilai $p$ dan nilai $q$
2 markah
b
domain yang sepadan dengan julat $0 \leq f(x) \leq q$
1 markah
c
nilai-nilai $x$ jika $|4x - 8| = 12$
2 markah
28 markah
Rajah 2 menunjukkan sebuah bulatan berpusat di $O$ bersama dengan sebuah sektor berpusat di $P$ yang terletak pada lilitan bulatan. Dua sektor serupa dengan pusat masing-masing pada $P$ dan $S$ menyentuh antara satu sama lain pada $O$. Diberi bahawa jejari bulatan ialah 5 cm,
cari,
Rajah 2
[Guna $\pi = 3.142$]
a
sudut $QPR$ dalam radian
2 markah
b
perimeter rantau berlorek
3 markah
c
luas rantau berlorek.
3 markah
37 markah
a
Cari nilai bagi
$\underset{k \to 2}{\text{had}}\ \frac{k^2 - 81}{k - 9}$
1 markah
Isipadu sebuah bekas kaca diberi oleh $V = 3r^2 - \frac{1}{3}r^3$ dengan keadaan $r$ adalah jejari bekas itu.
b(i)
Jika bekas kaca itu dipanaskan dan jejarinya mengembang dengan kadar tetap 0.05 cm/min, cari kadar perubahan isi padu bekas kaca itu apabila jejarinya ialah 2 cm.
3 markah
b(ii)
Jika bekas kaca itu disejukkan dan jejarinya berubah daripada 2 cm kepada 1.98 cm, cari peratusan perubahan dalam isi padunya.
3 markah
46 markah
Diberi $\sin A = \frac{3}{5}$ dan $\text{kos } B = -\frac{24}{25}$, dengan keadaan $A$ ialah sudut tirus dan $B$ ialah sudut refleks.
Cari,
a(i)
$\frac{1}{\text{kot } A}$
1 markah
a(ii)
$\text{kos}(B - A)$
2 markah
b
Selesaikan persamaan trigonometri $2\,\text{kos}^2 x = 3\,\text{kos } x + 2$ untuk $0^\circ \leq x \leq 360^\circ$.
3 markah
58 markah
Rajah 5
Rajah 5 menunjukkan segi empat selari $PQRS$. Titik $A$ terletak pada garis lurus $SR$ dan titik $B$ terletak pada garis lurus $PQ$. Garis lurus $SB$ dipanjangkan ke titik $C$ dengan keadaan $SB = 2BC$.
Diberi bahawa $SA : AR = 3 : 1$, $PB : BQ = 3 : 1$, $\overrightarrow{SA} = 6\underline{u}$ dan $\overrightarrow{SP} = \underline{v}$.
a
Ungkapkan, dalam sebutan $\underline{u}$ dan $\underline{v}$,
(i) $\overrightarrow{SB}$
(ii) $\overrightarrow{AQ}$
Seterusnya, tunjukkan titik $A$, $Q$ dan $C$ adalah segaris.
6 markah
b
Diberi bahawa $\underline{u} = 3\underline{i}$ dan $\underline{v} = 2\underline{i} + 5\underline{j}$. Cari $|\overrightarrow{AQ}|$.
2 markah
66 markah
a
Diberi $\alpha$ dan $\beta$ ialah punca-punca bagi persamaan kuadratik $2x^2 - 5x + 6 = 0$. Bentukkan persamaan kuadratik dengan punca-punca $\left(\beta + \frac{1}{\alpha}\right)$ dan $\left(\alpha + \frac{1}{\beta}\right)$.
3 markah
b
Diberi garis lurus $y = k - x$ tidak menyilang lengkung $y = -2x^2 + 8x - 3$.
Cari julat nilai $k$.
Menyenaraikan semua sebutan bagi jujukan adalah tidak diterima.
Rajah 7
Rajah 7 menunjukkan segulung plastik pembalut buku. Jannah ingin membalut buku rujukannya yang pelbagai saiz dengan membahagikan kepada 18 keratan dengan ukuran panjangnya membentuk suatu janjang aritmetik. Diberi jumlah panjang bagi tiga keratan terpendek ialah 60 cm dan panjang bagi keratan terpanjang ialah 148 cm. Cari panjang segulung plastik pembalut buku bercorak tersebut
5 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Rajah 8
Rajah 8 menunjukkan sebahagian daripada keratan rentas bagi sebuah kanta hiasan kaca berbentuk parabola yang diwakili oleh lengkung $x = f(y)$. Lengkung tersebut melalui titik $(1, 0)$, $(4, 3)$ dan $(4, -3)$. Diberi bahawa kadar perubahan bagi permukaan itu diwakili oleh $\frac{dx}{dy} = \frac{2}{3}y$.
a
Cari persamaan bagi lengkung kanta itu.
2 markah
b
Menggunakan pengamiran, hitung luas permukaan keratan rentas kanta yang berlorek itu.
4 markah
c
Kanta itu dihasilkan dengan memutarkan rantau berlorek melalui $360^\circ$ pada paksi-$y$. Hitung isi padu kaca, dalam sebutan $\pi$ yang diperlukan untuk membuat kanta tersebut.
4 markah
910 markah
Gunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini.
Jadual 9 menunjukkan nilai dua pembolehubah $x$ dan $y$ yang diperoleh daripada satu eksperimen. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = ax + \frac{b}{\sqrt{x}}$ dengan keadaan $a$ dan $b$ adalah pemalar
| $x$ | 0.1 | 0.3 | 0.5 | 0.7 | 0.9 |
|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | −5.52 | −1.25 | 1.17 | 3.21 | 5.09 |
Jadual 9
a
Lengkapkan jadual nilai yang diberikan di bawah, seterusnya plot $y\sqrt{x}$ melawan $x\sqrt{x}$, menggunakan skala 2 cm kepada 0.1 unit pada paksi-$x\sqrt{x}$ dan 2 cm kepada 1 unit pada paksi $y\sqrt{x}$. Seterusnya lukis garis lurus penyuaian terbaik.
| $x\sqrt{x}$ | 0.03 | | 0.35 | | 0.85 |
|---|---|---|---|---|---|
| $y\sqrt{x}$ | | −0.68 | | 2.69 | |
*(Tulis nilai-nilai yang kosong dalam jadual, kemudian huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
4 markah
Guna graf di (a) untuk mencari nilai bagi,
b(i)
$a$
*(Nyatakan titik-titik pada garis lurus penyuaian terbaik anda yang digunakan.)*
3 markah
b(ii)
$b$
1 markah
b(iii)
$x$ apabila $y\sqrt{x} = 2$
2 markah
1010 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
Rajah 10 menunjukkan segitiga bagi kedudukan rumah Azim. Jarak sekolah dengan gerai berserenjang dengan jarak rumah Azim dan perhentian bas. Manakala jarak sekolah dengan klinik bersilang pada kedai runcit berhampiran dengan perhentian bas.
Rajah 10
a
Diberi bahawa jarak sekolah dan kedai runcit : kedai runcit dan klinik ialah 2 : 1, cari koordinat bagi kedai runcit.
2 markah
b
Cari persamaan garis lurus bagi sekolah dan gerai.
3 markah
c
Azim berlatih mengendali dron untuk pertandingan di peringkat negeri. Dia membina litar laluan supaya jarak laluan dron dari sekolah dan rumahnya adalah dalam nisbah 3 : 2. Bentukkan persamaan lokus bagi litar laluan dron Azim.
3 markah
d
Tentukan sama ada klinik terletak pada lokus laluan dron Azim atau tidak
2 markah
1110 markah
Jumlah wang yang dibelanjakan oleh sekumpulan murid dalam pembelian alatan melukis bertabur secara normal dengan min $\mu$ dan sisihan piawai RM120. Diberi 33% daripada kumpulan murid itu berbelanja lebih daripada RM300 dalam pembelian alatan melukis.
a
Tunjukkan bahawa $\mu = 247.2$
3 markah
b
Seorang murid dipilih secara rawak dari kumpulan itu. Cari kebarangkalian bahawa murid itu berbelanja lebih daripada RM125 untuk membeli alatan melukis.
2 markah
Sepuluh orang murid dipilih secara rawak dari kumpulan murid yang berbelanja lebih daripada RM300 dalam pembelian alatan melukis tersebut. Cari kebarangkalian bahawa
c(i)
enam daripada mereka membelanjakan lebih daripada RM300 dalam pembelian alatan melukis.
2 markah
c(ii)
tidak lebih daripada dua orang murid membelanjakan lebih daripada RM300 dalam pembelian alatan melukis.
3 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Rajah 12 menunjukkan garis lurus $ABC$. Suatu zarah bergerak di sepanjang garis lurus $ABC$ dan melalui satu titik tetap $B$.
Rajah 12
Halajunya, $v$ ms$^{-1}$, pada $t$ saat selepas melalui $B$ diberi oleh $v = -t^2 + ht - 4$, dengan keadaan $h$ ialah satu pemalar positif. Zarah itu berhenti seketika di titik $A$ dan titik $C$ masing-masing satu saat dan $k$ saat selepas meninggalkan $B$ dengan keadaan $k > 1$.
[Anggapkan gerakan ke arah kanan sebagai positif]
Cari
a(i)
halaju awal, dalam ms$^{-1}$, bagi zarah itu.
1 markah
a(ii)
nilai $h$ dan nilai $k$.
3 markah
b
Lakar graf halaju-masa bagi $0 \leq t \leq k$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: paksi, bentuk graf dan titik-titik persilangan dengan paksi.)*
2 markah
c
Hitung jarak, dalam m, antara titik $A$ dan titik $C$.
4 markah
1310 markah
Gunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini.
Pusat Tuisyen Gemilang menawarkan dua pakej pembelajaran, pakej Alpha dan pakej Elit. Pakej Alpha terdiri daripada $x$ orang murid, dan pakej Elit terdiri daripada $y$ orang murid. Yuran bagi pakej Alpha dan pakej Elit masing-masing ialah RM100 dan RM120 sebulan. Penyertaan murid adalah berdasarkan kekangan berikut:
I Bilangan maksimum murid ialah 80 orang.
II Bilangan murid yang memilih pakej Elit adalah selebih-lebihnya tiga kali ganda murid yang memilih pakej Alpha.
III Jumlah yuran yang dikutip adalah tidak kurang daripada RM5000.
a
Tulis tiga ketaksamaan linear, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi semua kekangan di atas.
3 markah
b
Menggunakan skala 2 cm kepada 10 orang peserta bagi kedua-dua paksi, bina dan lorekkan rantau $R$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: garis-garis yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilalui) dan rantau $R$ yang dilorek, termasuk bucu-bucunya.)*
3 markah
Menggunakan graf yang dibina di (b), cari
c(i)
bilangan maksimum murid yang memilih pakej Elit jika nisbah murid yang mengambil pakej Alpha kepada murid yang memilih pakej Elit adalah 1 : 3.
1 markah
c(ii)
Sebanyak RM20 diambil daripada yuran pakej Alpha dan RM30 daripada yuran pakej Elit untuk penyediaan modul. Dengan melukis garis fungsi objektif, hitung kos minimum yang perlu digunakan oleh Pusat Tuisyen Gemilang dari kutipan yuran tersebut dengan mengambil kira kedua-dua pakej itu mendapat penyertaan dari murid.
*(Nyatakan garis fungsi objektif yang anda lukis dan titik yang memberi kos minimum.)*
3 markah
1410 markah
Rajah 14 menunjukkan sebuah trapezium $RSTU$. $RU$ adalah selari dengan $ST$ dan $\angle STU$ ialah sudut cakah . Cari
Rajah 14
a
panjang $SU$, dalam cm.
2 markah
b
panjang $TU$, dalam cm.
2 markah
c
$\angle STU$
2 markah
d
Garis lurus $SR$ dipanjangkan ke $R'$ dengan keadaan $UR = UR'$. Lakarkan segitiga $SUR'$, seterusnya hitung luas, dalam cm$^2$, bagi segitiga tersebut.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bucu-bucu segi tiga dan kedudukan $R'$.)*
4 markah
1510 markah
Satu alat terdiri daripada empat komponen $P$, $Q$, $R$ dan $S$ . Jadual 15 menunjukkan harga dan indeks harga bagi empat komponen itu pada tahun 2021 dan 2023. Carta pai menunjukkan pemberat bagi setiap komponen yang digunakan.
| Komponen | Harga (RM) seunit 2021 | Harga (RM) seunit 2023 | Indeks harga pada tahun 2023 berasaskan tahun 2021 |
|---|---|---|---|
| $P$ | 40 | 48 | 120 |
| $Q$ | 75 | $x$ | 130 |
| $R$ | 50 | 45 | 150 |
| $S$ | $y$ | 81 | 135 |
Jadual 15
Rajah 15
a
Cari nilai $x$ dan $y$.
3 markah
b
Hitung indeks gubahan bagi harga alat itu pada tahun 2023 berasaskan tahun 2021.
2 markah
c
Kos membuat alat meningkat sebanyak $p$% dari tahun 2023 ke tahun 2025 dan indeks gubahan pada tahun 2025 berasaskan 2021 ialah 146.16. Cari nilai $p$.
2 markah
d
Jika kos membuat alat itu pada tahun 2023 ialah RM600, cari kos membuat alat itu pada tahun 2025. Berapakah harga yang sesuai untuk menjual alat tersebut dengan keuntungan sebanyak 27%.
3 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini