Kuala Lumpur Trial 2026 Matematik Tambahan Kertas 1
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Kuala Lumpur Trial 2026 Matematik Tambahan Kertas 1
Percubaan Kuala Lumpur · 2026
15 soalan · Jumlah 80 markah
120 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 12
15 markah
Sebutan ketiga bagi suatu janjang aritmetik ialah 4 dan sebutan keempat ialah 7.
a
Nyatakan beza sepunya janjang itu.
2 markah
b
Cari hasil tambah 25 sebutan pertama janjang itu.
3 markah
25 markah
Rajah 2 menunjukkan graf garis lurus penyuaian terbaik
a
Ungkapkan y dalam sebutan $x$.
3 markah
b
Diberi titik $(p , q - 1)$ terletak pada garis lurus penyuaian terbaik, ungkapkan $q$ dalam sebutan $p$.
2 markah
35 markah
Rajah 3 menunjukkan vektor $\underset{\sim}{p}$ , vektor $\underset{\sim}{q}$ , vektor $\underset{\sim}{r}$ dan vektor $\overrightarrow{AC}$ dilukis pada grid segi empat sama.
Diberi bahawa $\overrightarrow{AD} = 2\underset{\sim}{r} - \underset{\sim}{q}$
a
Lukis $\overrightarrow{DC}$ pada Rajah 3.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: kedudukan titik D dan setiap vektor yang anda lukis — titik mula, titik akhir, bilangan unit ke kanan/kiri dan ke atas/bawah, arah anak panah dan labelnya.)*
3 markah
b
Diberi $\underset{\sim}{p} = 4\underset{\sim}{i} + 2\underset{\sim}{j}$ , $\underset{\sim}{q} = -\underset{\sim}{i} + 3\underset{\sim}{j}$ dan $\underset{\sim}{r} = -\underset{\sim}{i} - \underset{\sim}{j}$ .
Cari magnitud $\overrightarrow{DC}$
2 markah
45 markah
a
Diberi persamaan kuadratik dalam bentuk am.
$ax^2 + bx + c = 0 \;,\; a \neq 0$
Dengan menggunakan kaedah penyempurnaan kuasa dua, terbitkan rumus kuadratik,
$x = \frac{-b \pm \sqrt{b^2 - 4ac}}{2a}$
3 markah
b
Seterusnya, selesaikan persamaan $3 = 2x^2 + 8x$.
Berikan jawapan betul kepada dua tempat perpuluhan.
2 markah
55 markah
a
Seorang murid mengira jumlah panjang dua utas dawai bagi Projek Model Matematik. Panjang dawai pertama dan kedua masing-masing ialah $\frac{5 - 2\sqrt{3}}{2 + \sqrt{3}}$ dan $\frac{4 + \sqrt{3}}{2 - \sqrt{3}}$ .
Cari jumlah panjang kedua-dua dawai itu dalam bentuk $a + b\sqrt{3}$ .
3 markah
b
Dawai dijual pada harga RM40 semeter. Murid tersebut hanya mempunyai RM100. Tentukan sama ada wang tersebut mencukupi untuk membeli kedua-dua dawai itu. Berikan alasan anda.
2 markah
65 markah
a
Cari nilai bagi:
$\underset{x \to 2}{\text{had}} \frac{x^2 + 5x - 14}{x^2 - 4}$
2 markah
b
Cari $\frac{dy}{dx}$ bagi $y = 3x^2 - 4x$ dengan menggunakan prinsip pertama.
3 markah
75 markah
Rajah 7 menunjukkan sektor ABC berpusat A. $AMN$ ialah sebuah bulatan berjejari 4 cm berpusat O.
Diberi panjang lengkok MN ialah $\frac{8}{3}\pi$ dan $MB$ ialah 3 cm,
[Guna $\pi = 3.142$ ]
a
Hitung $\angle MON$ in radian.
2 markah
b
Seterusnya, hitung perimeter dalam cm, bagi sektor $ABC$.
3 markah
86 markah
a
Ringkaskan dalam sebutan $n$ .
${}^{n-1}P_3$
2 markah
b
Dalam sebuah majlis makan malam, seorang praktikal diminta untuk menyusun 8 orang murid pada sebuah meja bulat. Murid-murid itu terdiri daripada 6 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan.
Berapakah cara susunan yang boleh disusun oleh guru itu untuk semua murid tersebut?
2 markah
c
Sebuah jawatankuasa sesuatu organisasi terdiri daripada 8 orang ahli. Pemilihan hendak dipilih daripada 36 orang lelaki dan 14 orang perempuan. Hitungkan bilangan jawatankuasa yang dapat dibentuk sekiranya jawatankuasa yang dipilih mesti seimbang bilangan dari segi jantina.
2 markah
96 markah
Rajah 9 menunjukkan garis lurus $MN$ dengan persamaan $\frac{x}{3} + \frac{y}{9} = 1$.
a
Diberi bahawa titik $P$ membahagi tembereng garis $MN$ dengan keadaan $MP = 2PN$ . Cari koordinat titik $P$.
2 markah
b
Seterusnya, cari persamaan lokus $T$ dengan keadaan $\angle MTP$ adalah sentiasa $90^\circ$ .
2 markah
c
Tentukan sama ada lokus $T$ menyentuh paksi-$x$. Justifikasikan jawapan anda.
2 markah
105 markah
Sebuah kotak mengandungi 3 biji bola berwarna merah dan 2 biji bola berwarna kuning. Dua biji bola dipilih secara rawak tanpa dikembalikan semula. Diberi $X$ ialah bilangan kali memilih bola merah, dengan menggunakan gambar rajah pokok,
a
hitung kebarangkalian bagi setiap nilai $X$ yang mungkin.
*(Huraikan gambar rajah pokok anda dalam perkataan: cabang bagi pilihan pertama dan pilihan kedua serta kebarangkalian pada setiap cabang.)*
3 markah
b
Seterusnya, isi Jadual 10 dan bina graf taburan kebarangkalian bagi $X$.
| $X = r$ | | | |
|---|---|---|---|
| $P(X = r)$ | | | |
Jadual 10
*(Tulis nilai-nilai dalam Jadual 10, kemudian huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan labelnya, serta kedudukan dan tinggi setiap palang/tiang.)*
2 markah
116 markah
a
Buktikan bahawa $\tan^2 x + 2\,\mathrm{kos}^2 x - \mathrm{sek}^2 x = \mathrm{kos}\, 2x$
3 markah
b
Selesaikan persamaan $4 \sin x \,\mathrm{kos}\, x = \sin x$ untuk $0^\circ \leq x \leq 270^\circ$.
3 markah
126 markah
a
Diberi lengkung $y = f(x)$ dan $\frac{d}{dx}[f(x)] = 2x - 4$ . Lengkung itu mempunyai nilai minimum 5 apabila $x = 2$. cari $f(x)$ dalam sebutan $x$.
3 markah
b
Rajah 12 menunjukkan lengkung $y = \frac{25}{x^2}$
Cari luas rantau yang dibatasi oleh lengkung, paksi – y, garis lurus $y = 1$ dan $y = 4$ .
3 markah
Bahagian BPilih 2 daripada 3Dipilih 0/2
138 markah
a
Diberi bahawa persamaan kuadratik $sx^2 - 7tx + 16s = 0$, dengan keadaan $s$ dan $t$ ialah pemalar mempunyai dua punca nyata yang sama, cari nisbah $s : t$ .
Seterusnya, cari nilai $s + t$ .
3 markah
b
Cari julat nilai $x$ bagi ketaksamaan kuadratik $3 < 4x^2 + 4x$ dengan menggunakan kaedah garis nombor.
*(Huraikan garis nombor anda dalam perkataan: nilai-nilai genting dan tanda dalam setiap selang.)*
3 markah
Diberi fungsi kuadratik $g(x) = a(x - b)^2 + c$ dengan keadaan $a$, $b$ dan $c$ ialah pemalar, mempunyai nilai maksimum 10. Persamaan paksi simetri bagi graf $g(x)$ itu ialah $x = 4$.
Cari
c(i)
julat nilai $a$ ,
1 markah
c(ii)
nilai $b$ ,
1 markah
148 markah
a
Diberi garis lurus $y = -x + 6$ ialah tangen kepada lengkung $y = x^3 + x^2 - 2x + 5$ dimana $x < 0$ pada titik $A$. Cari koordinat titik $A$.
3 markah
b
Rajah 14 menunjukkan sebuah kuboid dengan panjang, $(x - 1)$ cm, lebar, $x$ cm dan tinggi, $(x + 6)$ cm.
Diberi bahawa lebar kuboid itu menyusut sebanyak 3% daripada nilai asal 4. Cari peratus perubahan dalam isi padu kuboid tersebut.
5 markah
158 markah
(a) Rajah 15 menunjukkan hubungan antara set A dan set B.
a(i)
Dengan menggunakan tatatanda fungsi, ungkapkan $f$ dalam sebutan $x$.
1 markah
a(ii)
Seterusnya, dengan menggunakan jawapan di soalan 15(a)(i) , cari $f^n(x)$ .
4 markah
b
Suatu fungsi $f$ ditakrifkan oleh $f : x \rightarrow |x - 3|$ untuk domain $-2 \leq x \leq 8$ .
Lakarkan graf $f$ dan nyatakan julat yang sepadan.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf dan koordinat titik-titik hujung serta titik pada paksi-$x$.)*
3 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini