Others Trial 2026 Matematik Tambahan Kertas 2 · SBP Set 1
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Others Trial 2026 Matematik Tambahan Kertas 2 · SBP Set 1
Percubaan SBP Set 1 · 2026
15 soalan · Jumlah 100 markah
150 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 7
16 markah
a
Diberi bahawa salah satu punca persamaan kuadratik $x^2 + (q + 3)x = -2q$ adalah salingan bagi punca yang satu lagi. Cari nilai hasil tambah punca-puncanya.
3 markah
b
Diberi bahawa fungsi kuadratik $f(x) = x^2 - mx - m + 3$ adalah sentiasa positif dengan keadaan $m$ ialah pemalar, apabila $p < m < v$. Cari nilai $p$ dan $v$.
3 markah
29 markah
a
Diberi bahawa $\sin \beta = q$, dengan keadaan $\beta$ ialah sudut cakah. Ungkapkan $\text{kos}^2 \frac{\beta}{2}$ dalam sebutan $q$.
Lakarkan graf $y = \left|\frac{2 \tan x}{1 + \tan^2 x}\right| - 1$ untuk $0 \leq x \leq \frac{3\pi}{2}$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai maksimum dan minimum pada paksi-$y$, nilai-nilai yang ditanda pada paksi-$x$ dan bilangan kitaran.)*
3 markah
b(iii)
Seterusnya, nyatakan julat nilai $k$ jika persamaan trigonometri $\left|\frac{2 \tan x}{1 + \tan^2 x}\right| - 1 = k$, dengan keadaan $k$ ialah pemalar, mempunyai 6 penyelesaian.
1 markah
35 markah
Diberi bahawa $f : x \rightarrow \frac{a + bx}{2x + 1}, x \neq -\frac{1}{2}$.
Cari
a
$f^{-1}(x)$ dalam sebutan $a$ dan $b$,
2 markah
b
nilai $a$ dan nilai $b$ jika $f^{-1}(7) = \frac{1}{3}$ dan $f(2) = 6$.
3 markah
48 markah
Diberi bahawa $3^{2x+3} = 108$.
a(i)
Tanpa mencari nilai $x$, tentukan nilai $3^x$, dengan keadaan $3^x > 0$.
2 markah
a(ii)
Seterusnya, tentukan nilai $x$.
2 markah
b
Selesaikan persamaan :
$$2\left(\frac{x}{\sqrt{3}} - \frac{\sqrt{2}}{4\sqrt{3}} + \sqrt{3}\right) = \frac{7x}{\sqrt{12}} - \frac{\sqrt{2}\,x}{\sqrt{3}}$$
Ungkapkan jawapan anda dalam bentuk $a + b\sqrt{2}$.
4 markah
56 markah
Rajah 5 menunjukkan sebuah mangkuk berbentuk hemisfera yang berjejari 12 cm.
Cecair dituangkan ke dalam mangkuk sehingga mencapai ketinggian $h$ cm dari dasar mangkuk.
Diberi bahawa luas permukaan cecair di dalam mangkuk ialah $A = \pi(24h - h^2)$.
a
Jika kadar perubahan ketinggian cecair dari dasar mangkuk ialah $0.3\ \text{cms}^{-1}$, cari kadar perubahan luas permukaan cecair, dalam sebutan $\pi$, apabila ketinggian cecair 5 cm.
3 markah
b
Terdapat lubang kecil pada mangkuk itu menyebabkan cecair mengalir keluar. Berlaku perubahan hampir dalam luas permukaan cecair daripada $12.25\pi\ \text{cm}^2$ kepada $10\pi\ \text{cm}^2$ menyebabkan perubahan kecil terhadap ketinggian cecair ialah $\delta h = \frac{k}{\pi(12 - h)}$ pada ketika $h = 1.5$ cm. Cari nilai bagi $k$, dalam sebutan $\pi$.
3 markah
68 markah
Menyenaraikan semua sebutan bagi jujukan adalah **tidak** diterima.
Dua bola dijatuhkan secara serentak dari ketinggian yang berbeza di mana lantunan bola tersebut membentuk suatu janjang geometri. Bola $P$ dijatuhkan dari ketinggian 32 m. Selepas setiap lantunan, bola itu mencapai separuh daripada ketinggian sebelumnya. Bola $Q$ dijatuhkan dari ketinggian $\frac{32}{3}$ m. Selepas setiap lantunan, bola itu mencapai $k$ kali ganda daripada ketinggian sebelumnya. Bola $P$ dan bola $Q$ terus melantun sehingga berhenti. Jumlah ketinggian yang dicapai oleh kedua-dua bola itu adalah sama.
a
Cari nilai $k$.
2 markah
b
Hitung jumlah hasil tambah ketinggian dari lantunan ke-3 hingga lantunan ke-5 bagi kedua-dua bola $P$ dan bola $Q$.
3 markah
c
Selepas lantunan yang ke berapakah ketinggian bola $Q$ menjadi sekurang-kurangnya tiga kali ganda ketinggian bola $P$?
3 markah
78 markah
Penyelesaian menggunakan operasi aritmetik vektor sahaja diterima.
Dalam satu program penanaman pokok di sebuah sekolah, kedudukan tiga kawasan, $A$, $B$ dan $C$ diwakili oleh titik (1, 2), (7, 5) dan (5, 9) masing-masing pada satah Cartes.
Pihak sekolah bercadang untuk mewujudkan sebuah pusat pengumpulan pokok di kawasan $D$. Kedudukan titik $D$ ditentukan supaya vektor dari titik $A$ memenuhi hubungan
$$\overrightarrow{AD} = 2\overrightarrow{AB} - \overrightarrow{AC}.$$
Selain itu, pihak sekolah merancang untuk membina laluan penghantaran terus melalui titik $A$, $D$ dan $E$(17, 0).
a
Cari koordinat titik $D$.
4 markah
b
Tentukan sama ada titik $A$, $D$ dan $E$ adalah segaris. Tunjukkan langkah pengiraan anda.
4 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Titik $P$(−2, 8), $Q$($h$, 9) dan $R$(10, 2) mewakili tiga buah stesen pemantauan dalam suatu kawasan hutan. Sebuah pusat kawalan, $V$, dibina pada garis lurus yang menghubungkan $P$ dan $R$ dengan keadaan $2VP = VR$. Sebuah menara komunikasi akan dipasang di lokasi $W$ dengan syarat jaraknya daripada pusat kawalan $V$ sentiasa 6 unit.
Cari
a
nilai $h$ jika luas $OPQR$ ialah 78 unit$^2$ dengan keadaan $h > 0$,
2 markah
b
**[Bonus]** persamaan garis lurus yang menghubungkan stesen $Q$ dan pusat kawalan, $V$ yang berserenjang dengan garis lurus yang menghubungkan stesen $P$ dan stesen $R$,
3 markah
c
koordinat pusat kawalan, $V$,
2 markah
d
persamaan lokus bagi titik $W$.
3 markah
910 markah
Rajah 9 menunjukkan lengkung $y = x^2 - 5$ dan garis lurus $y = -4x - 5$ yang bersilang pada titik $A$ dan titik $B$.
Cari
a
koordinat titik $A$,
2 markah
b
luas kawasan berlorek,
4 markah
c
isi padu janaan, dalam sebutan $\pi$, apabila rantau berlorek dikisarkan melalui $180^\circ$ pada paksi-$y$.
4 markah
1010 markah
Jadual 10.1 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah, $x$ dan $y$ yang diperoleh daripada suatu eksperimen. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = pq^x$, dengan keadaan $p$ dan $q$ ialah pemalar.
| $x$ | 4 | 6 | 8 | 10 | 12 | 14 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 2.82 | 2.05 | 1.58 | 1.23 | 0.89 | 0.66 |
Jadual 10.1
a
Berdasarkan Jadual 10.1, isi Jadual 10.2 pada halaman **22** bagi nilai-nilai $\log_{10} y$.
| $x$ | 4 | 6 | 8 | 10 | 12 | 14 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $\log_{10} y$ | | | | | | |
Jadual 10.2
*(Tulis nilai $\log_{10} y$ bagi setiap nilai $x$.)*
1 markah
b
Plot $\log_{10} y$ melawan $x$, menggunakan skala 2 cm kepada 2 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 0.1 unit pada paksi-$\log_{10} y$.
Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
3 markah
Menggunakan graf di (b),
c(i)
cari nilai $y$ apabila $x^2 = 42.25$,
1 markah
c(ii)
tukarkan $y = pq^x$ dalam bentuk linear, seterusnya cari nilai $p$ dan nilai $q$.
5 markah
1110 markah
Masa penggunaan telefon pintar sehari dalam kalangan murid Tingkatan 5 di sebuah sekolah bertaburan secara normal dengan min 3.51 jam. Pihak sekolah mencadangkan bahawa murid yang menggunakan telefon pintar kurang daripada 2 jam sehari berkemungkinan mempunyai masa ulang kaji yang mencukupi. Diberi bahawa kebarangkalian seorang murid yang dipilih secara rawak menggunakan telefon pintar kurang daripada 2 jam sehari ialah 0.273.
a(i)
Jika sekolah mempunyai 125 orang murid Tingkatan 5, anggarkan bilangan murid yang mempunyai masa ulang kaji yang mencukupi
2 markah
a(ii)
Jika 8 orang murid dipilih secara rawak daripada sekolah itu, cari kebarangkalian bahawa tepat 5 murid mempunyai masa ulang kaji yang tidak mencukupi.
2 markah
Pemboleh ubah rawak $X$ mewakili masa penggunaan telefon pintar tersebut.
b(i)
Cari sisihan piawai.
3 markah
b(ii)
Diberi bahawa $P(|Z| \geq 1.87) = \frac{1}{n}P(2.61 \leq X \leq 4.585)$, cari nilai $n$.
3 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Dua zarah, $P$ dan $Q$, bergerak di sepanjang suatu garis lurus dari satu titik tetap $O$. Sesaran zarah $P$, $S_P$ m, diberi oleh $S_P = t^3 - 4t^2 - 3t$, manakala halaju zarah $Q$, $V_Q\ \text{ms}^{-1}$, diberi oleh $V_Q = 7 - 2t$, dengan keadaan $t$ ialah masa, selepas kedua-dua zarah melalui titik tetap $O$.
a
Cari halaju, dalam $\text{ms}^{-1}$, bagi zarah $P$ pada ketika halaju zarah $Q$ ialah $4\ \text{ms}^{-1}$.
3 markah
b
Tentukan masa, dalam saat, apabila kedua-dua zarah itu bertemu semula.
3 markah
c
Seterusnya, hitungkan jumlah jarak keseluruhan, dalam m, yang dilalui oleh zarah $P$ bermula dari titik $O$ sehinggalah pertemuan di (b) berlaku.
4 markah
1310 markah
Rajah 13 menunjukkan sebuah sisi empat $ABCD$ dengan sisi $AD$ selari dengan sisi $BC$. Diberi segi tiga $ACD$ ialah segi tiga sama kaki, dengan keadaan $AD = CD$.
Hitung
a(i)
$\angle ADC$
2 markah
a(ii)
luas segi tiga $ACD$,
2 markah
a(iii)
$\angle ABC$.
3 markah
Titik $C'$ terletak pada garis $AC$. Diberi $A'B' = AB$ dan $\angle B'A'C' = \angle BAC$.
b(i)
Lakarkan segi tiga $A'B'C'$ dengan keadaan kes ambiguiti tidak wujud.
*(Huraikan lakaran segi tiga anda dalam perkataan: kedudukan bucu $A'$, $B'$ dan $C'$, sisi dan sudut yang diketahui.)*
1 markah
b(ii)
Seterusnya, cari panjang, dalam cm, $B'C'$.
2 markah
1410 markah
Jadual 14 menunjukkan harga dan indeks harga bagi empat jenis bahan $P$, $Q$, $R$ dan $S$ yang digunakan dalam penghasilan sebuah beg sekolah.
| Bahan / *Ingredients* | Harga (RM) per kg pada tahun 2023 / *Price (RM) per kg for the year 2023* | Harga (RM) per kg pada tahun 2025 / *Price (RM) per kg for the year 2025* | Indeks harga pada tahun 2025 berasaskan tahun 2023 / *Price index for the year 2025 based on the year 2023* | Pemberat / *Weightage* |
|---|---|---|---|---|
| $P$ | 7.30 | 8.50 | 110 | 6 |
| $Q$ | $x$ | 3.90 | $y$ | 5 |
| $R$ | 0.80 | 1.53 | 172 | 3 |
| $S$ | 3.40 | 4.90 | $z$ | 1 |
Jadual 14
Harga bahan $Q$ menokok sebanyak 20% dari tahun 2023 hingga tahun 2025.
a(i)
Nyatakan nilai $y$.
1 markah
a(ii)
Cari nilai $x$ dan nilai $z$.
2 markah
b
Hitung peratus perubahan bagi kos membuat beg sekolah dari tahun 2023 ke tahun 2025.
2 markah
Diberi bahawa indeks bagi kos membuat beg sekolah meningkat sebanyak 70% dari tahun 2021 hingga tahun 2025.
c(i)
Hitung indeks bagi kos membuat sebuah beg sekolah tahun 2023 berasaskan tahun 2021.
2 markah
c(ii)
Kos membuat sebuah beg sekolah ialah RM3.20 pada tahun 2021. Cari bilangan maksimum beg sekolah yang boleh dihasilkan menggunakan peruntukan sebanyak RM180 000 pada tahun 2025.
3 markah
1510 markah
Sebuah pusat perlindungan haiwan merancang melaksanakan projek membina $x$ buah rumah kucing $A$ dan $y$ buah rumah kucing $B$. Bilangan keping papan lapis yang diperlukan untuk membina sebuah rumah kucing $A$ dan sebuah rumah kucing $B$ masing-masing ialah 8 keping dan 12 keping.
Graf untuk Soalan 15 (halaman 35):
a
Pusat perlindungan itu mempunyai sekurang-kurangnya 240 keping papan lapis yang boleh digunakan untuk kerja-kerja pembinaan. Tulis satu ketaksamaan untuk mewakili kekangan ini.
1 markah
b
Kekangan kedua ditunjukkan pada graf pada halaman **35**. Rantau berlorek mewakili titik-titik yang memenuhi kekangan itu. Tulis kekangan itu dalam perkataan.
1 markah
c
Jumlah maksimum rumah kucing yang boleh dibina ialah sebanyak 35 buah.
Pada halaman **35**, bina dan label rantau $\boldsymbol{R}$ yang memenuhi semua kekangan itu dan $x > 0, y > 0$.
*(Huraikan dalam perkataan: ketaksamaan bagi kekangan ini, garis-garis lurus yang anda lukis dan rantau $R$.)*
3 markah
Gunakan graf yang dibina di (c) untuk menjawab soalan-soalan berikut:
d(i)
Nyatakan bilangan minimum rumah kucing $A$ yang dibina.
1 markah
d(ii)
Pusat perlindungan mempunyai peruntukan sebanyak RM4200 untuk kerja-kerja mengecat. Jumlah cat yang diperlukan untuk mengecat sebuah rumah kucing $A$ adalah 2 liter manakala rumah kucing $B$ adalah 5 liter. Harga 1 liter cat adalah RM25 dan RM20 bagi rumah kucing $A$ dan $B$ masing-masing. Pemilik pusat perlindungan ingin memberi token penghargaan sebanyak RM150 seorang kepada 8 orang sukarelawan yang terlibat.
Dengan melukis garis fungsi objektif untuk mengira jumlah kos mengecat, tentukan adakah peruntukan itu mencukupi atau tidak. Beri justifikasi anda.
*(Huraikan garis fungsi objektif yang anda lukis dan titik yang anda gunakan dalam perkataan.)*
4 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini