Pahang Trial 2026 Matematik Tambahan Kertas 1 · Set 1
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Pahang Trial 2026 Matematik Tambahan Kertas 1 · Set 1
Percubaan Pahang Set 1 · 2026
15 soalan · Jumlah 80 markah
120 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 12
14 markah
Persamaan bukan linear $\frac{y}{k^{\sqrt{x}}} = p$, dengan keadaan $k$ dan $p$ ialah pemalar ditukarkan kepada bentuk linear $Y = \log_{10} k\,(X) + c$.
a
Nyatakan $X$, dan $Y$ dalam sebutan $x$ dan / atau $y$.
2 markah
b
Diberi pintasan-$Y$ ialah $-1$, cari nilai $p$.
2 markah
25 markah
Fungsi $f$ ditakrifkan sebagai:
$$f(x) = \begin{cases} 2 - x, & x \geq 0 \\ x + 2, & x < 0 \end{cases}$$
a
Cari nilai $f(-4)$ dan $f(8)$.
3 markah
b
Rajah 1 menunjukkan graf $f(x)$.
Rajah 1
Nyatakan domain dan julat graf $f$.
2 markah
35 markah
a
Diberi bahawa vektor $\underset{\sim}{p} = \begin{pmatrix} 8 \\ 5 \end{pmatrix}$ dan vektor $\underset{\sim}{q} = \begin{pmatrix} h \\ 4 \end{pmatrix}$, dengan keadaan $h$ ialah pemalar. Cari nilai positif bagi $h$ jika $\left|\underset{\sim}{p} + \underset{\sim}{q}\right| = \sqrt{277}$.
3 markah
b
Rajah 2 menunjukkan dua vektor, $\overrightarrow{OA}$ dan $\overrightarrow{OB}$ pada satah Cartes.
Rajah 2
Ungkapkan $\overrightarrow{AB}$ dalam bentuk $\begin{pmatrix} x \\ y \end{pmatrix}$.
2 markah
44 markah
Diberi $\alpha$ dan $\beta$ adalah punca-punca bagi persamaan kuadratik $3x^2 - 5x - 7 = 0$.
a
Cari nilai $\alpha + \beta$ dan nilai $\alpha\beta$.
2 markah
b
Seterusnya, bentukkan persamaan kuadratik dengan punca-punca $2\alpha$ dan $2\beta$ dalam bentuk $ax^2 + bx + c = 0$.
2 markah
56 markah
Rajah 3 menunjukkan tujuh keping kad huruf.
| P | E | L | A | N | G | I |
|:-:|:-:|:-:|:-:|:-:|:-:|:-:|
Rajah 3
Cari bilangan cara yang berlainan untuk menyusun semua huruf dalam satu baris tanpa ulangan jika
a(i)
tiada syarat dikenakan,
1 markah
a(ii)
huruf vokal dan konsonan berselang-seli, selepas dua kad baharu berlabel E dan P dimasukkan ke dalam set kad tersebut.
2 markah
b
Dalam satu kuiz Matematik, terdapat lapan soalan dalam Bahagian $A$ dan enam soalan dalam Bahagian $B$. Seorang peserta perlu menjawab 10 soalan dengan syarat sekurang-kurangnya empat soalan daripada Bahagian $B$. Cari bilangan cara peserta itu dapat menjawab kuiz tersebut.
3 markah
64 markah
Diberi $X \sim N(45, 36)$, dengan keadaan $X$ ialah pemboleh ubah rawak selanjar. Cari nilai $k$ jika $3P(X > k) = 2P(X \leq k)$.
4 markah
75 markah
a
Diberi $y = \frac{4x-1}{x^2-3}$ dan $\frac{dy}{dx} = 2g(x)$, dengan keadaan $g(x)$ ialah fungsi dalam sebutan $x$. Cari nilai $\int_0^2 g(x)\,dx$.
3 markah
b
Diberi bahawa $\int \frac{24}{(3x-1)^5}\,dx = \frac{m}{(3x-1)^n} + c$, dengan keadaan $m, n$ dan $c$ ialah pemalar. Cari nilai $m$ dan nilai $n$.
2 markah
84 markah
Diberi kos $\theta = b$ untuk $0^\circ \leq \theta \leq 90^\circ$, ungkapkan dalam sebutan $b$ bagi
a
sek $\theta$,
1 markah
b
$\tan(180^\circ - \theta)$.
3 markah
98 markah
Rajah 4 menunjukkan pandangan depan sebuah tingkap separuh bulatan berhias kaca yang dilukis pada satah Cartes mengikut skala $1 : 10$.
Rajah 4
Diberi bahawa $B(8, 10)$, $D(8, 6)$ dan $F(14, 6)$.
[Guna $\pi = 3.142$]
Hitung
a(i)
sudut $\theta$ dalam radian,
2 markah
a(ii)
panjang lengkok $AGC$, dalam unit.
2 markah
b
Tingkap kaca tersebut akan ditampal dengan filem pelekat cermin kecuali kawasan segi tiga $ADC$. Segulung filem pelekat cermin yang dapat menutup kawasan seluas 18 000 unit$^2$ telah dibeli. Adakah filem pelekat cermin itu mencukupi untuk menampal 5 tingkap yang serupa? Berikan justifikasi anda.
4 markah
107 markah
a
Cari persamaan garis lurus yang melalui titik persilangan $2x + 3y = 5$ dan $3x - y = 2$ dan selari dengan $4y - x = 14$.
4 markah
b
Diberi $P(1, 2)$, $Q(2k, 8)$ dan $R(12, k)$ ialah tiga titik pada segi tiga $PQR$ yang bersudut tegak, dengan keadaan $PR$ ialah sisi terpanjang.
Cari nilai – nilai $k$.
3 markah
115 markah
Graf fungsi kuadratik $f(x) = -x^2 + 2hx - 5h$, dengan keadaan $h$ ialah pemalar, mempunyai nilai maksimum 6.
a
Ungkapkan $f(x) = -x^2 + 2hx - 5h$ dalam bentuk $f(x) = a(x - p)^2 + q$, seterusnya cari nilai-nilai yang mungkin bagi $h$.
4 markah
b
Graf $y = g(x)$ ialah pantulan bagi graf $y = f(x)$ pada paksi-$x$. Dengan menggunakan nilai $h$ yang positif pada 11(a), tulis fungsi $g(x)$ dalam bentuk verteks.
1 markah
127 markah
Rajah 5 menunjukkan hubungan antara set $X$ dan set $Y$ dalam bentuk graf.
Rajah 5
Nyatakan
a(i)
hubungan itu dalam bentuk pasangan tertib,
1 markah
a(ii)
jenis hubungan itu,
1 markah
a(iii)
julat hubungan itu.
1 markah
Diberi $f(x) = \frac{1}{2x+1},\ x \neq -\frac{1}{2}$ dan $g^{-1}(x) = x - 1$.
b(i)
Nyatakan fungsi $g$.
1 markah
b(ii)
Seterusnya, hitung nilai $x$ dengan keadaan $f^2 = gf$.
3 markah
Bahagian BPilih 2 daripada 3Dipilih 0/2
138 markah
Rajah 6 menunjukkan keratan rentas sebuah bekas berbentuk kon terbalik. Air di dalam bekas itu mempunyai tinggi $h$ cm dan jejari permukaan air $r$ cm.
Diberi isi padu air di dalam bekas itu ialah $V$ cm$^3$.
Rajah 6
a
Dengan menggunakan hubungan antara $r$ dan $h$, tunjukkan bahawa $V = \frac{3}{25}\pi h^3$.
3 markah
b
Air mengalir keluar daripada kon menyebabkan paras air menyusut daripada 10 cm kepada 9.98 cm. Cari peratus perubahan isi padu air dalam kon itu.
5 markah
148 markah
a
Rajah 7 menunjukkan sebuah segiempat tepat.
Rajah 7
Cari nilai $x$ jika luas segiempat tepat ialah $4^{x+2}$.
4 markah
b
Diberi $\frac{t + \sqrt{5}}{4 - \sqrt{5}} = x + y\sqrt{5}$. Ungkapkan $x$ dalam sebutan $y$.
4 markah
158 markah
Rajah 8 menunjukkan susunan beberapa bekas berbentuk silinder yang digunakan oleh seorang pengusaha untuk mengisi cecair kimia di dalam sebuah makmal. Diameter setiap bekas adalah sama iaitu $b$ cm. Tinggi bekas pertama ialah $h$ cm dan tinggi setiap bekas berikutnya bertambah 2 cm.
Rajah 8
a
Tunjukkan bahawa isi padu setiap bekas membentuk suatu janjang aritmetik dan nyatakan beza sepunya dalam sebutan $\pi$ dan $b$.
3 markah
b
Diberi bahawa isi padu bekas ke-6 ialah $19074\pi$ cm$^3$ dan tinggi bekas pertama ialah 56 cm, cari nilai $b$.
2 markah
c
Bagi tujuan keselamatan, kapasiti maksimum cecair kimia yang dibenarkan di dalam makmal ialah $145656\pi$ cm$^3$.
Tentukan bilangan maksimum bekas berturutan yang boleh digunakan tanpa melebihi kapasiti tersebut.
3 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini