Perak Trial 2026 Matematik Tambahan Kertas 2 · Set 1
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Perak Trial 2026 Matematik Tambahan Kertas 2 · Set 1
Percubaan Perak Set 1 · 2026
15 soalan · Jumlah 100 markah
150 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 7
15 markah
Diberi $f(x) = (3x + 1)(5 - x)$.
a
Cari julat nilai $x$ untuk $f(x) > 13$ dengan menggunakan kaedah garis nombor. *(Huraikan garis nombor anda dalam perkataan: nilai genting dan tanda bagi setiap selang.)*
3 markah
b
Dengan mencari nilai pembezalayan, tentukan jenis punca bagi persamaan kuadratik $f(x) = \frac{x + 88}{4}$.
2 markah
26 markah
Rajah 2 menunjukkan satu trapezium $PQRS$. Diberi bahawa $\overrightarrow{PQ} = 6\underset{\sim}{i} + 2\underset{\sim}{j}$, $\overrightarrow{PS} = \underset{\sim}{i} + 5\underset{\sim}{j}$, $\overrightarrow{PT} = 5\underset{\sim}{i} + 4\underset{\sim}{j}$ dan $\overrightarrow{QT} = \frac{1}{2}\overrightarrow{QR}$.
a
Cari
(i) $\overrightarrow{QR}$
(ii) $\overrightarrow{SR}$
3 markah
b
Diberi $\overrightarrow{PQ} = k\underset{\sim}{i} + 2\underset{\sim}{j}$ dengan keadaan $k$ ialah pemalar dan $\overrightarrow{PQ}$ selari dengan $\overrightarrow{SR}$.
Cari nilai $k$.
3 markah
37 markah
Amir merupakan seorang usahawan berjaya dalam bidang automotif. Amir memperoleh pendapatan daripada tiga sumber iaitu hasil daripada pusat servis kenderaan, hasil jualan alat ganti kenderaan dan hasil jualan aksesori kenderaan. Jumlah pendapatan Amir pada bulan Mei ialah RM21 300. Hasil daripada pusat servis kenderaan, apabila ditambah RM1 500, adalah dua kali jumlah hasil jualan alat ganti kenderaan dan aksesori kenderaan. Jumlah hasil daripada pusat servis kenderaan dan jualan aksesori kenderaan pula ialah dua kali ganda hasil jualan alat ganti kenderaan.
a
Hitung pendapatan, dalam RM, yang diperoleh bagi setiap sumber.
6 markah
b
Pada penghujung bulan Mei, Amir perlu membayar cukai sebanyak RM3 505.75 dan perbelanjaan sebanyak 15% daripada hasil jualan alat ganti kenderaan. Justifikasikan sama ada hasil jualan alat ganti kenderaan pada bulan Mei dapat menampung cukai dan perbelanjaan berkenaan.
1 markah
49 markah
Rajah 4 menunjukkan graf bagi $y = 2\sin 2x + h$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$, dengan keadaan $h$ adalah pemalar.
a(i)
Terdapat 4 penyelesaian tepat apabila $y = k$, dengan keadaan $k$ adalah pemalar.
Nyatakan
nilai $h$,
1 markah
a(ii)
julat nilai $k$.
1 markah
b(i)
Lakar graf $y = -2\tan\theta$ untuk $-\pi \leq \theta \leq \pi$. *(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, bilangan kitaran, asimptot dan nilai yang dilabel pada paksi.)*
Fungsi $f$ ditakrifkan oleh $f : x \rightarrow |2x + 1| + 2$.
a
Lakarkan graf bagi $f$ untuk $-1 \leq x \leq 2$. *(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, bucu dan titik hujung, serta pintasan.)*
3 markah
b(i)
Nyatakan julat nilai $f$ yang sepadan bagi graf di ($a$).
1 markah
b(ii)
Cari domain bagi $f(x) < 3$.
2 markah
c
Selesaikan $f(x) = 9$.
2 markah
66 markah
Luas permukaan sebuah tin, $L$ cm$^2$, diberikan oleh fungsi $L = 8r^2 - 64r + 140$, dengan keadaan $r$ ialah jejari tin itu dalam cm.
a
Cari nilai $r$, dalam cm, supaya $L$ adalah minimum.
Seterusnya, tentukan nilai minimum bagi $L$, dalam cm$^2$.
4 markah
b
Lakarkan graf $L = 8r^2 - 64r + 140$.
Jelaskan kaitan jawapan di ($a$) dengan graf anda. *(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, pintasan dan titik penting.)*
2 markah
79 markah
a
Jika $a$ ialah sebutan pertama dan $d$ ialah beza sepunya bagi suatu janjang aritmetik, tunjukkan bahawa hasil tambah $n$ sebutan pertama bagi janjang itu ialah
$$S_n = \frac{n}{2}[2a + (n - 1)d]$$
3 markah
Menyenaraikan semua sebutan bagi jujukan adalah **tidak** diterima untuk soalan ini.
Puan Nurul ingin menyusun gelas dalam bentuk bertingkat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7. Tingkat paling atas terdiri daripada 3 biji gelas dan setiap tingkat di bawahnya mempunyai satu gelas lebih daripada tingkat di atasnya. Diberi bahawa tinggi sebiji gelas ialah 15 cm.
b(i)
Jika Puan Nurul hanya mempunyai 100 biji gelas, cari bilangan maksimum tingkat susunan gelas.
3 markah
b(ii)
Cari jumlah gelas pada dua tingkat paling bawah apabila susunan gelas itu mencapai ketinggian 1.50 m.
3 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Markah yang diperoleh murid-murid di SMK Puteri Seri dalam suatu ujian Matematik Tambahan bertaburan normal dengan min $\mu$ markah dan varians 320 markah$^2$. Didapati bahawa 10% daripada murid-murid itu memperoleh lebih daripada 75 markah.
a(i)
Cari nilai $\mu$.
4 markah
a(ii)
Seterusnya, cari kebarangkalian bahawa markah yang diperoleh oleh seorang murid yang dipilih secara rawak adalah antara 50 dengan 80.
3 markah
b
Dalam suatu permainan menjatuhkan tin yang dianjurkan sempena Karnival STEM di SMK Puteri Seri, seorang pemain dibenarkan membuat 3 lontaran. Seorang pemain dianggap memenangi permainan tersebut jika dia berjaya menjatuhkan semua tin dalam sekurang-kurangnya 2 daripada 3 lontaran itu. Kebarangkalian seorang pemain berjaya menjatuhkan semua tin dalam satu lontaran ialah 0.7.
Hitung kebarangkalian bahawa seorang pemain memenangi permainan tersebut.
Seterusnya, tafsirkan jawapan anda dalam konteks permainan tersebut.
3 markah
910 markah
Jadual 9 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah $x$ dan $y$, yang diperoleh daripada suatu eksperimen. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $e^{\sqrt{y}} = kx^h$, dengan keadaan $h$ dan $k$ ialah pemalar.
| $x$ | 1.68 | 2.72 | 8.20 | 42.52 | 450.34 | 1096.63 |

| $y$ | 64 | 169 | 576 | 1651.61 | 4225 | 5476 |
Jadual 9
a
Berdasarkan Jadual 9, bina sebuah jadual bagi nilai-nilai $\sqrt{y}$ dan $\ln x$.
2 markah
b
Plot $\sqrt{y}$ melawan $\ln x$, menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$\ln x$ dan 2 cm kepada 10 unit pada paksi-$\sqrt{y}$.
Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik. *(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
3 markah
c
Tulis $e^{\sqrt{y}} = kx^h$ dalam bentuk linear.
Seterusnya, dengan menggunakan graf di ($b$), cari nilai $h$ dan nilai $k$.
5 markah
1010 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
Rajah 10.1 menunjukkan laluan bagi suatu titik bergerak $J(x, y)$. Titik $J$ sentiasa bergerak pada jarak tetap dari titik $A(2, -5)$.
Titik $B$ dan $C$ berada pada laluan titik $J$. Paksi-$y$ ialah tangen kepada laluan itu di titik $B$.
a(i)
Cari persamaan bagi laluan titik $J$.
3 markah
a(ii)
Seterusnya, cari nilai $k$.
2 markah
Rajah 10.2 menunjukkan tiga titik $P(x_1, y_1)$, $Q(x_2, y_2)$ dan $R(x_3, y_3)$ yang membentuk segi tiga $PQR$. Jika $P$, $Q$ dan $R$ berada dalam tertib lawan arah jam, luas segi tiga $PQR$ diberi oleh $\frac{1}{2}(x_1y_2 + x_2y_3 + x_3y_1 - x_2y_1 - x_3y_2 - x_1y_3)$.
b(i)
Berdasarkan Rajah 10.2, terbitkan luas segitiga $PQR$ apabila $P$, $Q$ dan $R$ berada dalam tertib ikut arah jam.
Seterusnya, tunjukkan bahawa rumus luas segi tiga ialah
$$\frac{1}{2}\left|(x_1y_2 + x_2y_3 + x_3y_1) - (x_2y_1 + x_3y_2 + x_1y_3)\right|$$
3 markah
b(ii)
Seterusnya, cari luas segi tiga $ABC$ dalam Rajah 10.1.
2 markah
1110 markah
Rajah 11 menunjukkan garis lurus $OP$ dan garis lurus $y = h$ yang menyilang lengkung $x = 5y - y^2$ pada titik $P$.
Diberi bahawa luas rantau berlorek ialah $\frac{125}{48}$ unit$^2$.
a
Cari nilai $h$.
6 markah
b
Rantau yang dibatasi oleh lengkung itu dengan paksi-$y$ dikisarkan melalui $360^\circ$ pada paksi-$y$.
Cari isipadu kisaran, dalam sebutan $\pi$.
4 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Sebuah kilang mengeluarkan kereta mainan dalam dua model, SUV dan MPV, menggunakan mesin $A$ dan mesin $B$. Dalam seminggu, kilang itu mengeluarkan $x$ unit kereta mainan model SUV dan $y$ unit kereta mainan model MPV.
Pengeluaran kereta mainan adalah berdasarkan kekangan berikut:
I Mesin $A$ memerlukan 70 minit untuk menghasilkan satu unit kereta mainan model SUV dan 40 minit untuk menghasilkan satu unit kereta mainan model MPV. Jumlah masa mesin $A$ digunakan kurang daripada 4200 minit.
II Mesin $B$ memerlukan 20 minit untuk menghasilkan satu unit kereta mainan model SUV dan 80 minit untuk menghasilkan satu unit kereta mainan model MPV. Jumlah masa mesin $B$ digunakan melebihi 1600 minit.
III Bilangan kereta mainan model MPV yang dihasilkan tidak melebihi dua kali bilangan kereta mainan model SUV yang dihasilkan.
a
Tuliskan tiga ketaksamaan, selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi semua kekangan di atas.
3 markah
b
Menggunakan skala 2 cm kepada 10 unit pada kedua-dua paksi, bina dan lorek rantau $R$ yang memenuhi semua kekangan di atas. *(Huraikan graf anda dalam perkataan: garis-garis lurus yang dilukis dan rantau $R$ yang dilorek.)*
3 markah
Gunakan graf yang dibina di ($b$) untuk menjawab soalan-soalan berikut:
c(i)
Cari bilangan maksimum kereta mainan model MPV yang boleh dihasilkan jika kilang tersebut mengeluarkan 20 unit kereta mainan model SUV.
1 markah
c(ii)
Dengan melukis garis fungsi objektif, cari keuntungan maksimum yang diperoleh dalam seminggu jika keuntungan bagi seunit kereta mainan model SUV dan seunit kereta mainan model MPV ialah RM15 dan RM25 masing-masing.
3 markah
1310 markah
Penyelesaian secara lakaran graf **tidak** diterima.
Rajah 13.1 menunjukkan graf pecutan-masa bagi suatu zarah yang bergerak di sepanjang suatu garis lurus melalui satu titik tetap $O$, dengan keadaan $t$ ialah masa, dalam saat, selepas melalui $O$. Rajah 13.2 menunjukkan graf halaju-masa dengan titik minimum $(4, k)$ bagi gerakan yang sama.
a
Bentukkan satu persamaan $a$ dalam sebutan $t$.
2 markah
b
Cari nilai $k$.
3 markah
Cari
c(i)
julat masa, dalam saat, apabila zarah itu bergerak ke kiri,
2 markah
c(ii)
jumlah jarak, dalam m, yang dilalui oleh zarah itu dalam 6 saat pertama.
3 markah
1410 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
Rajah 14 menunjukkan kedudukan tiga orang juru ukur tanah, Fairiz, Harith dan Khaseh, yang berada di sebuah tanah lapang. Jarak antara Fairiz dan Harith ialah 15 m manakala jarak antara Fairiz dan Khaseh ialah 20 m. Diberi bearing Khaseh dari Fairiz ialah 055°.
a(i)
Hitung jarak, dalam m, antara Harith dan Khaseh.
2 markah
a(ii)
Cari bearing Harith dari Khaseh.
3 markah
Terdapat seorang lagi juru ukur tanah, Intan, yang berdiri pada suatu kedudukan lain supaya jarak antara Harith dan Intan adalah sama dengan jarak antara Harith dan Khaseh. Bearing Khaseh dari Intan ialah 055°.
b(i)
Lakar satu segi tiga yang menunjukkan kedudukan Intan dibandingkan dengan kedudukan Fairiz, Harith dan Khaseh. *(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan setiap orang dan sisi yang dihubungkan.)*
1 markah
b(ii)
Hitung luas, dalam m$^2$, yang dibatasi oleh sisi-sisi yang menghubungkan Fairiz, Harith dan Intan.
4 markah
1510 markah
Jadual 15 menunjukkan maklumat berkaitan lima bahan $A$, $B$, $C$, $D$ dan $E$ yang digunakan untuk menghasilkan sabun pencuci pakaian.
| Bahan
*Ingredient* | Indeks harga pada tahun 2021 berasaskan tahun 2019
*Price index for the year 2021 based on the year 2019* | Perubahan indeks harga dari tahun 2021 ke tahun 2023
*Change in the price index from the year 2021 to the year 2023* | Indeks harga pada tahun 2023 berasaskan tahun 2019
*Price index for the year 2023 based on the year 2019* | Pemberat
*Weightage* |

| $A$ | 150 | Tidak berubah
*No change* | 150 | 2 |
| $B$ | 140 | Menyusut 15%
*Decrease 15%* | 119 | 3 |
| $C$ | $m$ | Meningkat 10%
*Increase 10%* | | 5 |
| $D$ | 115 | Tidak berubah
*No change* | 115 | 1 |
| $E$ | 120 | Meningkat 20%
*Increase 20%* | 144 | 4 |
Jadual 15
a
Hitung harga, dalam RM, bahan $E$ pada tahun 2019 jika harganya pada tahun 2023 ialah RM6.15.
2 markah
b(i)
Indeks gubahan **tanpa pemberat** bagi kos membuat sebungkus sabun pencuci pakaian itu pada tahun 2021 berasaskan tahun 2019 ialah 126.
Cari nilai $m$.
2 markah
b(ii)
Hitung kos penghasilan sabun pencuci pakaian, dalam RM, pada tahun 2023 jika kos sepadan pada tahun 2019 ialah RM20.20.
3 markah
c
Kos semua bahan yang digunakan untuk menghasilkan sebungkus sabun pencuci pakaian dijangka meningkat sebanyak 15% dari tahun 2023 hingga tahun 2025. Syarikat tersebut ingin memperoleh keuntungan sebanyak 30% daripada kos penghasilan pada tahun 2025.
Hitung harga jualan, dalam RM, sebungkus sabun pencuci pakaian pada tahun 2025.
3 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini