Perak Trial 2026 Matematik Tambahan Kertas 1 · Set 1
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Perak Trial 2026 Matematik Tambahan Kertas 1 · Set 1
Percubaan Perak Set 1 · 2026
15 soalan · Jumlah 80 markah
120 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 12
14 markah
a
Permudahkan ungkapan algebra berikut dengan menggunakan hukum indeks.
$2^{n+3} - 2^{n+2}$
2 markah
b
Tanpa menggunakan kalkulator, permudahkan ungkapan berikut dalam bentuk $a\sqrt{b}$ dengan $a$ dan $b$ ialah integer.
$\sqrt{27} \times \sqrt{50}$
2 markah
23 markah
Dalam suatu pelan pembangunan bandar, sebatang paip lurus utama akan ditanam di bawah tanah untuk menyambungkan tangki air $A(-u, 5v)$ dan tangki air $C(x, y)$. Sebuah injap kawalan, $B\left(3u, \frac{11v}{5}\right)$, dipasang pada paip lurus tersebut dengan keadaan $AB = \frac{2}{5}AC$.
Cari koordinat kedudukan tangki air $C$ dalam sebutan $u$ dan $v$.
3 markah
35 markah
Fungsi kecerunan bagi lengkung $y = f(x)$ pada titik $A(0, 3)$ dalam Rajah 3 ialah $2x + 3$. Diberi garis normal bagi lengkung tersebut di titik $A$ menyilang pada paksi-$x$ di titik $B$.
a
cari persamaan lengkung $f(x)$.
2 markah
b
cari persamaan tangen di titik $B$ bagi lengkung $g(x)$.
3 markah
48 markah
Rajah 4 menunjukkan sebuah kereta kuda antik di sebuah muzium. Roda belakang berpusat $A$ mempunyai jejari 45 cm manakala roda hadapan berpusat $B$ mempunyai jejari 20 cm. Jarak antara pusat kedua-dua roda tersebut ialah 100 cm. Bagi tujuan penyelenggaraan, suatu rantai keselamatan dipasang secara tegang mengelilingi sebahagian kedua-dua roda melalui titik-titik sentuhan $P$, $Q$, $R$ dan $S$ seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.
Dengan menggunakan $\pi = 3.142$,
a
Hitung jumlah panjang rantai yang menghubungkan kedua-dua roda tersebut.
4 markah
b
Pihak muzium ingin menutup seluruh kawasan yang dilingkungi oleh rantai tersebut dengan sekeping aluminium. Hitung luas dalam, cm$^2$, yang dibatasi oleh rantai tersebut dan lengkok kedua-dua roda itu.
4 markah
54 markah
Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $\frac{y}{x} = ax^2 - bx$ dengan keadaan $a$ dan $b$ ialah pemalar. Rajah 5.1 dan Rajah 5.2 masing-masing menunjukkan graf linear yang diperoleh daripada hubungan tersebut. Diberi pintasan paksi mencancang bagi graf dalam Rajah 5.1 ialah $-6c$ dan pintasan paksi mencancang bagi graf dalam Rajah 5.2 ialah $c + 3$.
Ungkapkan $a$ dalam sebutan $b$.
4 markah
65 markah
Isi padu sebuah bongkah logam, $I$ cm$^3$, diberi oleh $I = \pi\left(\frac{32}{j} + j^3\right)$, dengan keadaan $j$ ialah jejari tapaknya dalam cm.
a
Bongkah logam itu mengembang apabila dipanaskan di dalam sebuah ketuhar. Diberi bahawa isi padu bongkah itu bertambah dengan kadar tetap $0.8\pi$ cm$^3$s$^{-1}$. Cari kadar perubahan jejari, dalam cms$^{-1}$, pada ketika jejarinya ialah 2 cm.
3 markah
b
Apabila dikeluarkan dari ketuhar, bongkah itu mula menyejuk dan mengecut. Cari perubahan hampir dalam isi padu bongkah tersebut, dalam sebutan $\pi$, apabila jejarinya menyusut daripada 2 cm kepada 1.97 cm.
Seorang arkitek sedang mereka bentuk sebuah rumah resort moden berbentuk piramid. Luas tapak rumah tersebut ialah $(6 + 3\sqrt{3})$ m$^2$ dan isipadu ruang dalaman rumah ialah $(30\sqrt{3} + 12)$ m$^3$.
Hitung tinggi rumah tersebut dalam bentuk $(a + b\sqrt{3})$, dengan keadaan $a$ dan $b$ ialah nombor nisbah.
4 markah
84 markah
Rajah 8 menunjukkan graf taburan normal piawai dengan min, $\mu$ dan sisihan piawai, $\sigma$.
a(i)
Pada Rajah 8, tunjuk dan labelkan kedudukan $\mu$.
*(Huraikan dalam perkataan di mana anda menanda $\mu$ pada paksi $z$.)*
1 markah
a(ii)
Nyatakan nilai $\sigma$.
1 markah
b
Diberi bahawa luas kawasan berlorek ialah 0.62 unit$^2$. Cari nilai $a$.
2 markah
95 markah
Diberi hasil tambah $n$ sebutan pertama bagi suatu janjang geometri ialah $S_n = \frac{5}{2}(2^n - 1)$.
Cari
a
sebutan pertama
1 markah
b
nisbah sepunya
4 markah
104 markah
Rajah 10 menunjukkan graf bagi suatu lengkung $y = f(x)$ dan garis lurus $y = g(x)$.
a
Pada Rajah 10, lorekkan rantau yang diwakili oleh $\int_0^{2k} x\,dy + \int_0^{h} y\,dx$ pada graf bagi lengkung $y = f(x)$. Seterusnya, nyatakan luas rantau berlorek tersebut **dalam sebutan $h$ dan/atau $k$**.
*(Huraikan rantau yang anda lorek dalam perkataan: garis dan lengkung yang membatasinya.)*
2 markah
b
Diberi $\int_0^{h} f(x)\,dx + \int_h^{6} g(x)\,dx = 8$, cari luas, dalam sebutan $k$, bagi rantau yang dibatasi oleh paksi-$y$, $y = f(x)$ dan $y = g(x)$.
2 markah
117 markah
Rajah 11 menunjukkan suatu satah Cartes.
Diberi $\underset{\sim}{s} = \begin{pmatrix} 2 \\ -3 \end{pmatrix}$ dan $\underset{\sim}{t} = \begin{pmatrix} 2 \\ 2k - 1 \end{pmatrix}$ masing-masing mewakili vektor kedudukan bagi titik-titik $S$ dan $T$ dengan $k$ ialah pemalar.
a
Pada Rajah 11, lukis dan label $-2\underset{\sim}{s}$ dari asalan.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: titik mula dan titik hujung vektor, arah anak panah dan labelnya.)*
2 markah
Cari nilai $k$ jika
b(i)
vektor $\underset{\sim}{t}$ selari dengan paksi-$x$,
2 markah
b(ii)
$\overrightarrow{ST}$ ialah vektor unit,
3 markah
127 markah
Rajah 12 menunjukkan sepuluh aksara yang terdiri daripada huruf dan digit digunakan untuk membentuk satu kata laluan.
| E | F | G | H | I |
|:-:|:-:|:-:|:-:|:-:|
| 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
Rajah 12
Tiada pengulangan aksara dibenarkan dalam membentuk kata laluan.
a(i)
Tentukan bilangan kata laluan sepuluh aksara yang boleh dibentuk.
1 markah
a(ii)
Cari bilangan kata laluan lapan aksara yang boleh dibentuk dengan keadaan tiada tiga huruf berturut-turut.
3 markah
Satu jawatankuasa hendak dibentuk bagi menangani masalah kekurangan murid aliran sains. Jawatankuasa itu mengandungi 7 ahli yang dipilih daripada 6 pensyarah, 3 pengetua dan 2 guru. Hitungkan
b(i)
bilangan cara jawatankuasa itu boleh dipilih.
1 markah
b(ii)
bilangan cara jawatankuasa itu boleh dipilih jika jawatankuasa itu mengandungi sekurang-kurangnya 3 atau 4 pensyarah.
2 markah
Bahagian BPilih 2 daripada 3Dipilih 0/2
138 markah
a(i)
Dengan menggunakan tatatanda fungsi, ungkapkan $f$ dalam sebutan $x$ bagi setiap gambar rajah anak panah dalam Rajah 13.1 dan Rajah 13.2
2 markah
a(ii)
Tentukan sama ada graf pada Rajah 13.3 ialah fungsi atau bukan. Beri alasan anda.
2 markah
Diberi fungsi $g(x) = \frac{2x + 6}{ax + b}, x \neq -\frac{13}{4}$,
b(i)
Cari nilai $a$ dan $b$.
2 markah
b(ii)
Seterusnya, cari fungsi songsangan bagi $g^{-1}(x)$.
2 markah
148 markah
a
Diberi bahawa garis lurus $y = 3x + p$ memotong lengkung $x^2 + y^2 = 5$ pada dua titik yang berbeza. Cari julat nilai $p$ dalam bentuk surd.
4 markah
Fungsi kuadratik $f$ ditakrifkan oleh $f(x) = -3\left(x - \frac{4}{3}\right)^2 + \frac{1}{3}$.
b(i)
Ungkapkan $f$ dalam bentuk pintasan $f(x) = a(x - p)(x - q)$ dengan keadaan $a$, $p$ dan $q$ ialah pemalar.
2 markah
b(ii)
Seterusnya, lakarkan graf $f(x)$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, titik pusingan, pintasan-$x$ dan pintasan-$y$.)*
2 markah
158 markah
Rajah 15 menunjukkan medan penglihatan bagi manusia.
a(i)
Jika medan penglihatan dinyatakan sebagai sudut positif dan kawasan di luar medan penglihatan dinyatakan sudut negatif, nyatakan nilai sudut negatif itu dalam sebutan $\pi$ rad.
1 markah
a(ii)
Seterusnya, lukis dan huraikan kedudukan sudut itu pada rajah yang diberi.
*(Ruang jawapan menunjukkan sepasang paksi. Huraikan lukisan anda dalam perkataan: dari paksi mana sudut diukur, arah putaran, saiz sudut dan sukuan di mana sudut itu berakhir.)*
2 markah
Diberi $\tan\theta = \frac{4}{3}$ dan $180^\circ \leq \theta \leq 270^\circ$
b(i)
Cari kos $\theta$.
2 markah
b(ii)
Cari $\sin(\pi + \theta)$
3 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini