Sarawak Trial 2026 Additional Mathematics Kertas 2 · Set 1
设置
震动
音效
题目语言
同时显示原文
translate
Additional Mathematics
Sarawak Trial 2026 Additional Mathematics Kertas 2 · Set 1
Sarawak 州试卷 Set 1 · 2026
15 题 · 总分 100
150 分钟
评分标准
按原试卷附带的评分标准录入
批改方式
由 AI 按评分标准批改,仅供参考
作答语言
马来文或英文
最后更新
2026-11-25
Bahagian A全答 7 题
17 分
Rajah 1 menunjukkan sisi empat $OABC$ dengan keadaan $\overrightarrow{OA} = \underline{a}$, $\overrightarrow{OB} = \underline{b}$ dan $\overrightarrow{OC} = \underline{c}$. Garis lurus $OB$ dan $AC$ bersilang pada titik $P$, dengan keadaan $AP : PC = 3 : 2$.
a
Cari $\overrightarrow{OP}$ dalam sebutan $\underline{a}$ dan $\underline{c}$.
2 分
b
Diberi $OP : PB = 2 : 3$, tunjukkan bahawa $2\underline{b} = 3\underline{c} + 2\underline{a}$.
3 分
c
Diberi $\underline{a} = \begin{pmatrix} 6 \\ k \end{pmatrix}$ dan $\underline{c} = \begin{pmatrix} 4 \\ -1 \end{pmatrix}$, cari nilai pemalar $k$ dengan keadaan vektor $AC$ adalah selari dengan paksi-$x$.
2 分
27 分
Jeffry mempunyai modal sebanyak RM200 000 untuk dilaburkan dalam portfolio yang terdiri daripada tiga jenis instrumen kewangan. Beliau menyasarkan jumlah pendapatan faedah tahunan sebanyak RM5850. Pecahan pelaburan beliau adalah seperti berikut: amanah saham yang memberikan pulangan tahunan 5%, bon korporat yang memberikan pulangan tahunan 4% dan akaun simpanan tetap yang memberikan pulangan tahunan 2%.
Diberi bahawa jumlah wang yang disimpan dalam akaun simpanan tetap adalah RM80 000 kurang daripada tiga kali ganda jumlah gabungan pelaburan dalam amanah saham dan bon korporat.
Hitung amaun pelaburan bagi setiap instrumen tersebut.
7 分
38 分
Sebuah kilang pintar menggunakan lengan robotik untuk memantau bungkusan yang bergerak di atas tali sawat. Sebuah bungkusan sedang bergerak menuju ke stesen pemprosesan akhir yang terletak 4.94 m di hadapan. Disebabkan oleh kelembapan sistem, bungkusan itu bergerak sejauh 50 cm pada saat pertama, 48 cm pada saat kedua, 46 cm pada saat ketiga, dan seterusnya. Sebuah lengan robot bermula 10 m di belakang bungkusan pada laluan selari dan bergerak ke arahnya, meliputi 120 cm pada saat pertama, 115 cm pada saat kedua, 110 cm pada saat ketiga, dan seterusnya.
a
Cari jarak antara lengan robot dengan bungkusan pada akhir saat ke-10.
4 分
b
Sistem mengesan bahawa bungkusan itu tidak mempunyai label. Lengan robot perlu mencapai bungkusan itu dan memasang label sebelum bungkusan itu tiba di stesen pemprosesan.
Tentukan sama ada lengan robot dapat mencapai bungkusan itu sebelum bungkusan itu tiba di stesen pemprosesan. Justifikasi jawapan anda.
4 分
46 分
a
Dengan menggunakan **kaedah lakaran graf**, cari julat nilai $x$ jika
$2x^2 \geq -5x + 3$
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf dan titik-titik persilangan dengan paksi-$x$; kemudian nyatakan julat nilai $x$.)*
2 分
Diberi fungsi kuadratik
$f(x) = 2x^2 - 4mx + m + 6$
Cari nilai $m$, jika
b(i)
faktor bagi fungsi tersebut ialah $(x - 2)$,
2 分
b(ii)
garis lurus $y = 3$ ialah tangen kepada lengkung $y = f(x)$.
2 分
58 分
Rajah 5 menunjukkan dua sektor. $QPV$ ialah sektor bagi sebuah bulatan berpusat $P$ dengan jejari 8 cm. $SWT$ ialah sektor bagi sebuah bulatan berpusat $W$ dengan jejari 10 cm. $PQ$ adalah selari dengan $WS$. Panjang lengkok $ST$ ialah 7 cm.
Jumlah luas bagi rajah $PQRSTUV$ ialah 63.88 cm².
[Gunakan $\pi = 3.142$]
a
Cari sudut yang dicangkum oleh lengkok $ST$ pada pusat $W$, dalam radian. Seterusnya, tentukan nilai $\theta$, dalam radian, betul kepada tiga tempat perpuluhan.
Lakarkan graf $y = |3\tan x| + 1$ untuk $0 \leq x \leq \pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai-nilai yang ditanda pada paksi-$x$ dan paksi-$y$ (titik mula, titik akhir, asimptot) dan bilangan kitaran.)*
4 分
b(ii)
Terdapat **dua penyelesaian** jika garis lurus $y = t$ dilukis pada paksi yang sama seperti di 6(*b*)(i), dengan keadaan $t$ ialah pemalar. Nyatakan julat nilai $t$.
1 分
77 分
Tangen kepada lengkung $y = x^3 - nx^2 - 4x + 3$ pada $x = 1$ adalah selari dengan garis $y = 3x$.
Cari
a
nilai $n$,
2 分
b
persamaan normal kepada lengkung pada $x = 1$,
3 分
c
koordinat-$x$ bagi titik-titik pusingan.
2 分
Bahagian B4 题选 3 题已选 0/3
810 分
Rajah 8 menunjukkan susun atur zon perkhidmatan penghantaran makanan di sebuah pusat bandar.
Titik $L$ mewakili restoran yang terletak pada paksi-$x$, manakala titik $N$ dan titik $P$ mewakili dua hab penghantaran yang terletak pada paksi-$y$. Titik $M$ dan titik $Q$ ialah stesen pemeriksaan penghantar. Pusat penghantaran terletak di titik $O$, iaitu titik asalan.
Berdasarkan Rajah 8,
a(i)
stesen pemeriksaan $M$ terletak tepat di tengah-tengah restoran $L$ dan hab $N$. Cari koordinat $M$.
1 分
a(ii)
cari luas kawasan sisi empat $LMOP$ yang mewakili zon liputan penghantaran utama.
2 分
b
Satu stesen pemeriksaan baharu $Q$ dibina di sepanjang laluan titik $M$ dan titik $P$ dengan keadaan $MP : PQ = 2 : 1$. Cari koordinat $Q$.
2 分
Seorang penghantar bergerak dengan jaraknya dari hab $N$ adalah sentiasa dua kali ganda jaraknya dari stesen pemeriksaan $Q$.
c(i)
Cari persamaan yang mewakili laluan pergerakan penghantar tersebut.
3 分
c(ii)
Tentukan sama ada laluan penghantar tersebut melalui jalan utama (paksi-$x$). Justifikasi jawapan anda.
2 分
910 分
Gunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini.
Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = kx^n$, dengan keadaan $k$ dan $n$ ialah pemalar.
| $x$ | 1.20 | 1.51 | 2.00 | 2.51 | 3.16 | 3.80 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 2.00 | 3.47 | 6.31 | 9.12 | 14.45 | 19.95 |
Jadual 9
a
Berdasarkan Jadual 9, bina satu jadual bagi nilai-nilai $\log_{10} x$ dan $\log_{10} y$.
2 分
b
Plot graf $\log_{10} y$ melawan $\log_{10} x$ dengan menggunakan skala 2 cm kepada 0.1 unit pada paksi-$\log_{10} x$ dan 2 cm kepada 0.2 unit pada paksi-$\log_{10} y$.
Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
3 分
Menggunakan graf di 9(*b*), cari nilai bagi
c(i)
$n$,
3 分
c(ii)
$k$.
2 分
1010 分
Rajah 10 menunjukkan garis lurus $y = px$ yang merupakan tangen kepada lengkung $y = x^2 + 4$ pada titik $A$.
a
Cari nilai $p$.
3 分
b
Hitung luas rantau berlorek.
3 分
c
Diberi isi padu kisaran apabila rantau yang dibatasi oleh lengkung itu, paksi-$y$ dan garis lurus $y = q$ dikisarkan melalui $180^\circ$ pada paksi-$y$ ialah $\frac{9}{4}\pi$ unit³. Cari nilai $q$.
4 分
1110 分
Jisim buah mangga yang dipetik dari sebuah kebun bertaburan secara normal dengan min 0.75 kg dan sisihan piawai 0.15 kg. Buah mangga itu diklasifikasikan kepada tiga gred, $A$, $B$ dan $C$ mengikut jisimnya:
Gred $A$ > Gred $B$ > Gred $C$
a(i)
Jisim minimum bagi mangga gred $A$ ialah 0.95 kg. Jika sebiji mangga dipilih secara rawak dari kebun itu, cari kebarangkalian bahawa mangga itu ialah gred $A$.
2 分
a(ii)
Cari jisim minimum, dalam kg, bagi mangga gred $B$ jika 28% daripada buah mangga itu ialah gred $C$.
3 分
Terdapat $n$ orang peserta menyertai satu pertandingan dalam talian. Kebarangkalian bahawa seorang peserta berjaya menamatkan pertandingan itu ialah 75%. Kebarangkalian bahawa tepat seorang peserta gagal adalah 4 kali kebarangkalian bahawa semua peserta berjaya menamatkan pertandingan itu.
Cari
b(i)
nilai $n$,
3 分
b(ii)
sisihan piawai bagi bilangan peserta yang berjaya menamatkan pertandingan itu.
2 分
Bahagian C4 题选 2 题已选 0/2
1210 分
Rajah 12 menunjukkan sebuah tetrahedron $PQRS$ dengan keadaan $\angle QPR = 64.04^\circ$, $\angle PRS = 35^\circ$, $\angle QSR = 104^\circ$, $PQ = 8$ cm dan $QS = 15$ cm.
Diberi bahawa luas segi tiga $QRS$ ialah 29.1 cm² dan $PQR$ adalah sebuah segi tiga bersudut tegak.
Hitung
a(i)
panjang, dalam cm, bagi $RS$,
2 分
a(ii)
panjang, dalam cm, bagi $PS$,
3 分
a(iii)
$\angle RPS$.
2 分
Titik $R'$ terletak pada $PR$ dengan keadaan $SR' = SR$.
b(i)
Lakar segi tiga $\Delta PSR'$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan bucu $P$, $S$ dan $R'$, sisi yang sama panjang dan jenis sudut di setiap bucu (tirus/cakah).)*
1 分
b(ii)
Hitung panjang, dalam cm, bagi $PR'$.
2 分
1310 分
Jadual 13 menunjukkan indeks harga bagi lima bahan utama $P$, $Q$, $R$, $S$ dan $T$ yang digunakan untuk menghasilkan satu jenis alat elektronik.
| Bahan | 2025 (2023 = 100) |
|---|---|
| $P$ | 137 |
| $Q$ | 90 |
| $R$ | $m - 2$ |
| $S$ | $2m$ |
| $T$ | 125 |
Jadual 13
Cari
a(i)
harga sepadan bagi bahan $P$ pada tahun 2023 jika harga bahan $P$ pada tahun 2025 ialah RM18.50.
2 分
a(ii)
harga bahan $T$ pada tahun 2023 dan tahun 2025 jika harga bahan $T$ pada tahun 2025 adalah RM9.00 lebih tinggi daripada harganya pada tahun 2023.
2 分
b
Indeks gubahan bagi harga bahan-bahan tersebut pada tahun 2025 berasaskan tahun 2023 ialah 127. Cari nilai $m$, diberi bahawa nisbah setiap bahan adalah sama.
2 分
c
Diberi bahawa indeks gubahan untuk menghasilkan satu alat elektronik itu dijangka meningkat sebanyak 34% dari tahun 2023 ke 2026, hitung anggaran kos untuk menghasilkan satu alat elektronik itu pada tahun 2026 jika kos sepadan pada tahun 2025 ialah RM125.00.
4 分
1410 分
Rajah 14 menunjukkan garis lurus $AB$ yang berjarak 28 m.
Zarah $P$ bergerak melalui titik $A$ dengan halaju yang diberi oleh $v_P = 4 + 3t - t^2$, dengan keadaan $t$ ialah masa, dalam saat, selepas melalui $A$. Manakala zarah $Q$ bergerak dari titik $B$ dengan halaju malar $-2$ ms⁻¹. Zarah $P$ berhenti seketika di titik $C$.
[Anggapkan bergerak ke arah kanan sebagai positif]
a
Hitung halaju maksimum, dalam ms⁻¹, zarah $P$ bagi pergerakannya ke arah kanan.
3 分
b
Cari jarak, dalam m, titik $C$ dari titik $A$.
4 分
c
Hitung jarak, dalam m, antara $P$ dan $Q$ ketika $P$ berada di titik $C$.
3 分
1510 分
Gunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini.
Sebuah kafe menjual dua jenis minuman kopi premium, iaitu jenis $A$ dan jenis $B$. Keuntungan bagi setiap cawan kopi jenis $A$ ialah RM6 dan bagi setiap cawan kopi jenis $B$ ialah RM9.
Kafe tersebut menjual sebanyak $x$ cawan kopi jenis $A$ dan $y$ cawan kopi jenis $B$, tertakluk kepada kekangan berikut:
**I** Bilangan maksimum cawan kopi yang dijual dalam sehari ialah 180.
**II** Bilangan cawan kopi jenis $B$ adalah sekurang-kurangnya $\frac{1}{2}$ daripada bilangan cawan kopi jenis $A$.
**III** Jumlah keuntungan bagi kedua-dua jenis minuman kopi adalah sekurang-kurangnya RM540.
a
Tulis tiga ketaksamaan, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi semua kekangan di atas.
3 分
b
Menggunakan skala 2 cm kepada 20 cawan kopi pada kedua-dua paksi, bina dan lorek rantau $R$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau $R$ yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
3 分
Guna graf yang dibina dalam 15(*b*), cari,
c(i)
bilangan minimum cawan kopi jenis $A$ yang dijual jika 36 cawan kopi jenis $B$ dijual,