Cari nilai $n$ bagi ungkapan di bawah.
$$2^{n+3} + 2^{n+1} - 2^n = 36$$
Putrajaya Trial 2026 Additional Mathematics Kertas 1 · Set 1
- Putrajaya 州试卷 Set 1 · 2026
- 15 题 · 总分 80
- 120 分钟
- 评分标准
- 按原试卷附带的评分标准录入
- 批改方式
- 由 AI 按评分标准批改,仅供参考
- 作答语言
- 马来文或英文
- 最后更新
- 2026-11-25
Bahagian A
全答 12 题
Satu bandul mengayun dengan bebas seperti rajah 2
Hitung,
a
3 分
nilai sudut pada ayunan ke-7.
b
2 分
jumlah sudut bagi keseluruhan ayunan bandul tersebut.
Rajah 3 menunjukkan sebuah segi tiga bersudut tegak $PQR$ dengan $PQ = 7\text{cm}$, $RP = 9.73\text{cm}$. Diberi $\angle QRP = 0.803 \text{ rad}$ dan $\angle QPR = 44^\circ$.
$PQS$ dan $RST$ ialah masing-masing sektor bagi dua buah bulatan berpusat $P$ dan $R$.
Hitung,
a
2 分
panjang lengkok $ST$, dalam cm.
b
4 分
luas kawasan berlorek, dalam $\text{cm}^2$.
Diberi bahawa $\sqrt{a + b\sqrt{5}} = \frac{4}{3 - \sqrt{5}}$, di mana $a$ dan $b$ ialah pemalar. Tentukan nilai $a$ dan $b$.
a
2 分
Nilaikan $\log_8 235$ menggunakan logaritma jati.
b
3 分
Harga sebuah kereta menyusut dan boleh ditentukan dengan menggunakan persamaan $x\log_{10}\left(1 - \frac{2}{y}\right) = \log_{10} h - \log_{10} k$. Dalam persamaan ini, kereta dengan tempoh penggunaan $y$ tahun dan harga RM$k$ akan menyusut kepada RM$h$ selepas digunakan selama $x$ tahun. Sebuah kereta dibeli dengan tempoh penggunaan 15 tahun dengan harga RM125000 menyusut kepada RM45000. Berapa tahunkah kereta itu telah digunakan?
Rajah 6 menunjukkan suatu objek $P$ ditarik oleh dua daya, $\boldsymbol{F_1}$ dan $\boldsymbol{F_2}$.
Arah dan magnitud dua daya itu diberi oleh $\boldsymbol{F_1} = (12\underset{\sim}{i} + 4\underset{\sim}{j})$ N dan $\boldsymbol{F_2} = (20\underset{\sim}{i} - 6\underset{\sim}{j})$ N.
Cari
a
2 分
daya paduan yang bertindak ke atas objek $P$ itu.
b
2 分
vektor unit dalam arah daya paduan itu.
c
2 分
arah gerakan objek $P$ dengan merujuk kepada garis mengufuk itu.
Diberi $X = \{0, 1, 2, 3, 4\}$ ialah pembolehubah rawak diskret dengan taburan kebarangkalian diberi dalam jadual berikut:
| $X = r$ | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 |
|---|---|---|---|---|---|
| $P(X = r)$ | $p$ | $q$ | $p + q$ | $q + p$ | 0.1 |
Jadual 7
Diberi bahawa $P(X = 3) - P(X = 1) = 0.1$,
a
2 分
cari nilai $p$ dan $q$.
b
2 分
cari $P(X > 1)$
a
5 分
Rajah 8 menunjukkan sebahagian daripada landasan *roller coaster* dengan $T$ adalah asalan, diwakili oleh fungsi ,
$$y = \frac{1}{3}x^3 - \frac{7}{2}x^2 + 10x$$
Cari koordinat-koordinat titik pusingan bagi landasan tersebut dan tentukan sama ada setiap titik pusingan itu ialah titik maksimum atau titik minimum.
b
3 分
Satu garis lurus menyentuh satu titik $P(3, 4)$ pada lengkung $y = 2x^2 + 3x + 7$. Cari persamaan garis normal pada lengkung tersebut.
Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
Rajah 9 menunjukkan kedudukan Prakash, Qistina dan Rizal satu pasukan yang sama dalam satu permainan dalam talian '*Clash of Clans*'. Kedudukan awal setiap pemain ialah $P(1, 4)$, $Q(6, 10)$ dan $R(3, -4)$.
a
2 分
Ketiga-tiga pemain membentuk benteng pertahanan berbentuk suatu segitiga. Cari luas benteng pertahanan yang terbentuk.
b
3 分
Seorang musuh berada pada jarak terdekat dari titik $P$ ke garis yang menghubungkan antara $Q$ dan $R$. Cari persamaan jarak terdekat bagi musuh itu.
a
3 分
Jika $\int (3x + 2)^n\,dx = a(3x + 2)^{-2} + c$, cari nilai $a$ dan nilai $n$.
b
3 分
Diberi bahawa,
$$\frac{d}{dx}\left(\frac{2x}{2x^2 + 3}\right) = g(x),$$
cari nilai
$$\int_0^2 \left[\frac{g(x)}{2} - 2x\right] dx.$$
Rajah 11 di bawah menunjukkan graf $\log_{10} y$ melawan $x$.
a
3 分
Ungkapkan $y$ dalam sebutan $x$.
b
1 分
Cari nilai $y$ apabila $x = 3$.
a(i)
2 分
Dengan menggunakan rumus ${}^{n}C_r = \frac{n!}{(n-r)!\,r!}$, tunjukkan bahawa
$${}^{n}C_r = {}^{n}C_{n-r}$$
a(ii)
2 分
Puan Hamidah ingin membeli 5 biji buah-buahan yang terdiri daripada 6 biji betik dan 5 biji mangga. Cari bilangan cara membeli buah-buahan itu sekiranya sekurang-kurangnya 3 biji buah betik dipilih
Rajah 12 menunjukkan sesi fotografi majlis perkahwinan yang terdiri daripada pengantin lelaki , pengantin perempuan, ibu pengantin lelaki , bapa pengantin lelaki, kakak, abang, adik lelaki dan adik perempuan
b(i)
2 分
Hitung bilangan susunan yang mungkin sekiranya pengantin lelaki dan pengantin perempuan mesti berdiri bersebelahan semasa fotografi
b(ii)
2 分
Selesai majlis perkahwinan, seisi keluarga akan duduk di meja bulat untuk makan malam bersama-sama. Hitung bilangan susunan yang mungkin sekiranya abang, kakak dan adik lelaki mesti duduk berasingan di meja bulat itu.
Bahagian B
3 题选 2 题
已选 0/2
Rajah 13(*a*)
Rajah 13(*a*) menunjukkan gambar rajah anak panah bagi fungsi $f$ memetakan set $A$ kepada set $B$ dan fungsi $g$ memetakan set $B$ kepada set $C$.
a(i)
3 分
Tentukan fungsi $g(x)$.
a(ii)
2 分
Cari objek yang memetakan kepada diri sendiri di bawah fungsi $g(x)$.
Rajah 13(*b*) menunjukkan garis $y = x$ dan graf bagi $y = f(x)$ untuk domain $-1 \le x \le 4$. Titik $A(-1, 3)$ dan titik $B(4, 8)$ dan titik $P(h, k)$ terletak pada graf itu.
b(i)
2 分
Rajah 13(*b*)
Lakarkan graf $y = f^{-1}(x)$ pada rajah 13(*b*) di atas untuk menunjukkan titik titik pada $y = f^{-1}(x)$ yang sepadan dengan titik $A$ dan $B$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf $y = f^{-1}(x)$ dan koordinat titik-titik pada graf itu yang sepadan dengan titik $A$ dan $B$.)*
b(ii)
1 分
Cari koordinat $P$ jika koordinatnya yang sepadan yang terletak pada $y = f^{-1}(x)$ ialah $(5, 2)$.
a
5 分
Diberi $f(x) = -2x^2 + 8x - 3$. Menggunakan kaedah penyempurnaan kuasa dua, tukarkan kepada bentuk vertex $f(x) = a(x - h)^2 + k$.
Seterusnya, lakarkan graf $f(x)$ tersebut.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, koordinat titik pusingan dan titik-titik persilangan graf dengan paksi.)*
Graf $f(x)$ di (*a*) dipantulkan pada paksi-$x$.
b(i)
1 分
Nyatakan persamaan bagi graf yang dipantulkan tersebut dalam bentuk vertex.
b(ii)
2 分
Pada paksi graf yang sama di (*a*), lakarkan graf yang dipantulkan itu.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf yang dipantulkan dan koordinat titik pusingannya.)*
a
3 分
Buktikan
$$\frac{1 + \sin 2x}{1 - 2\sin^2 x} - \text{sek}\,2x = \tan 2x$$
b
5 分
Lakarkan graf bagi $y = |\tan 2x|$ untuk $0 \le x \le 2\pi$.
Seterusnya , dengan menggunakan paksi yang sama, lakar satu garis lurus yang sesuai untuk mencari bilangan penyelesaian bagi persamaan
$$\frac{1 + \sin 2x}{1 - 2\sin^2 x} - \text{sek}\,2x + \frac{x}{2\pi} = 1 \text{ untuk } 0 \le x \le 2\pi$$
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, bilangan kitaran, garis asimptot, garis lurus yang dilukis beserta persamaannya, dan bilangan penyelesaian.)*

AI 正在批改
一题一题对照评分标准,请不要关闭页面
0%得分率
0总分
0满分小题
有几题没批改成功。
每题得分

