Selesaikan persamaan serentak $2x - y = 3$ dan $x^2 + y^2 + xy = 13$. Berikan jawapan anda betul kepada tiga tempat perpuluhan.
Selangor Trial 2026 Matematik Tambahan Kertas 2 · Set 1
- Percubaan Selangor Set 1 · 2026
- 15 soalan · Jumlah 100 markah
- 150 minit
- Skema pemarkahan
- Daripada skema pemarkahan kertas asal
- Pemarkahan
- Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
- Bahasa jawapan
- Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
- Kemas kini terakhir
- 2026-11-25
Bahagian A
Jawab semua 7
Rajah 1 menunjukkan rantau berlorek yang dibatasi oleh sebahagian dari lengkung $y = g(x)$, paksi-$x$ dan garis lurus yang selari dengan paksi-$x$.
Diberi bahawa $g'(x) = 2x - 1$.
Cari
a
3 markah
persamaan $g(x)$,
b
4 markah
isi padu janaan, dalam sebutan $\pi$, apabila rantau berlorek dikisarkan melalui $360^\circ$ pada paksi-$x$.
Rajah 2 menunjukkan graf fungsi $f(x)$ dan graf fungsi gubahan $gf(x)$.
a(i)
1 markah
Diberi bahawa fungsi $f(x) = x + 1$.
Cari
persamaan graf $gf(x)$,
a(ii)
2 markah
$g(x)$.
b
4 markah
Sebuah kedai alat tulis menawarkan dua jenis promosi kepada pelanggan. Kedai tersebut memberikan diskaun sebanyak 20% daripada harga sesuatu barang. Selain itu, kedai tersebut juga menawarkan rebat sebanyak RM30 bagi setiap pembelian. Diberi fungsi $f(x) = 0.8x$ dan $g(x) = x - 30$, dengan keadaan $x$ ialah harga sesuatu barang dalam ringgit. Jika harga sebuah mesin pencetak ialah RM250, tentukan susunan promosi yang memberikan harga akhir yang lebih rendah kepada pelanggan. Gunakan fungsi gubahan untuk menyokong jawapan anda.
Rajah 3 menunjukkan sebuah segi tiga $OPT$. Titik $R$ dan titik $Q$ masing-masing terletak pada garis lurus $OP$ dan $OT$.
Diberi $\overrightarrow{OP} = \underline{p}$, $\overrightarrow{OQ} = \underline{q}$, $OR : RP = 2 : 1$ dan $PS = \frac{2}{5}PQ$.
Ungkapkan vektor berikut dalam sebutan $\underline{p}$ dan $\underline{q}$
a(i)
2 markah
$\overrightarrow{PQ}$,
a(ii)
1 markah
$\overrightarrow{RS}$.
b
5 markah
Diberi bahawa $\overrightarrow{QT} = k\overrightarrow{OQ}$ dan $\overrightarrow{RT} = \lambda\overrightarrow{RS}$, cari nilai $k$ dan nilai $\lambda$.
a(i)
2 markah
Buktikan bahawa $\text{kos}\, 2\theta = \text{kos}^2\theta - \sin^2\theta$.
a(ii)
3 markah
Seterusnya, selesaikan persamaan $2\sin^2\theta = 2\text{kos}^2\theta + 1$ untuk $0^\circ \leq \theta \leq 360^\circ$.
b(i)
3 markah
Lakar graf bagi $y = -|\text{kos}^2\theta - \sin^2\theta| + \frac{1}{2}$ untuk $0^\circ \leq \theta \leq 360^\circ$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, bilangan kitaran, nilai maksimum dan minimum, serta titik-titik penting pada paksi.)*
b(ii)
1 markah
Terdapat 8 penyelesaian jika $y = m$ dilakarkan pada paksi-paksi yang sama di 5(b)(i), dengan keadaan $m$ ialah pemalar. Nyatakan julat nilai bagi $m$.
a
2 markah
Diberi bahawa $-3 < x < 2$ ialah penyelesaian bagi $x^2 + mx < n$. Cari nilai $m$ dan nilai $n$.
b
5 markah
Persamaan $2x^2 + 3x - 5 = 0$ mempunyai punca-punca $p$ dan $q$ dengan keadaan $p$ dan $q$ adalah pemalar, manakala persamaan $4x^2 + \alpha x + \beta = 0$ mempunyai punca-punca $p + q + 2$ dan $pq - 3$. Cari nilai $\alpha$ dan nilai $\beta$.
a
1 markah
Nyatakan sama ada nombor berikut ialah nombor nisbah atau nombor tak nisbah dan berikan alasan anda.
$3\sqrt{2}$
b(i)
4 markah
Buktikan bahawa
$\log_a hk = \log_a h + \log_a k$
b(ii)
2 markah
Seterusnya, jika $\frac{1}{2}\log_a 5 + \frac{1}{2}\log_a q = 1$, ungkapkan $a$ dalam sebutan $q$.
Bahagian B
Pilih 3 daripada 4
Dipilih 0/3
Rajah 4 menunjukkan empat titik $A$, $B$, $C$ dan $D$ yang terletak pada suatu satah Cartes.
a
3 markah
Titik $B$ membahagikan tembereng garis $AC$ dengan nisbah $m : n$. Cari nilai $m : n$.
b
2 markah
Cari nilai $r$ jika luas $\triangle ACD$ ialah 15 unit$^2$.
$P$ ialah suatu titik yang bergerak dengan keadaan jaraknya dari titik $A$ adalah sentiasa 2 kali jaraknya dari titik $B$.
c(i)
3 markah
Cari persamaan lokus $P$.
c(ii)
2 markah
Seterusnya, tentukan sama ada lokus tersebut bersilang dengan paksi-$y$ atau tidak. Justifikasikan jawapan anda.
Diberi persamaan lengkung $y = x^3 - 6x^2 + 9x + 4$.
a(i)
4 markah
Cari persamaan garis normal kepada lengkung pada $x = 2$.
a(ii)
3 markah
Tentukan koordinat titik pusingan lengkung tersebut dan nyatakan sama ada titik tersebut merupakan titik maksimum atau minimum.
b
3 markah
Diberi bahawa ketinggian jambatan dimodelkan mengikut persamaan berikut:
$h = 7x - x^2$
Jika $x$ bertambah sebanyak 0.01 apabila $x = 2$, cari peratus perubahan dalam $h$.
Jadual 1 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah $x$ dan $y$ yang diperoleh daripada satu uji kaji. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = ae^{bx}$, dengan keadaan $a$ dan $b$ ialah pemalar.
| $x$ | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 0.37 | 0.86 | 2.23 | 5.75 | 12.81 | 33.11 |
Jadual 1
a
1 markah
Berdasarkan Jadual 1, bina jadual bagi nilai-nilai $\ln y$.
b
3 markah
Plot $\ln y$ melawan $x$, dengan menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 0.5 unit pada paksi-$\ln y$. Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
Dengan menggunakan graf di 10(b), cari
c(i)
5 markah
nilai $a$ dan nilai $b$,
c(ii)
1 markah
nilai y apabila $x = 3.70$.
Dalam satu kuiz dalam talian, kebarangkalian seorang pelajar menjawab satu soalan dengan salah ialah 0.1. Seorang pelajar menjawab $n$ soalan yang dipilih secara rawak. Diberi bahawa kebarangkalian pelajar tersebut menjawab semua soalan dengan betul ialah 0.2059.
a(i)
3 markah
Cari nilai $n$.
Seterusnya, tentukan min soalan yang dijawab dengan betul.
a(ii)
3 markah
Hitung kebarangkalian bahawa pelajar tersebut menjawab lebih daripada 13 soalan dengan betul.
b
4 markah
Berat buah mangga yang dituai di sebuah ladang di Perlis mengikut taburan normal dengan min 1.8 kg dan sisihan piawai 0.5 kg. Pemilik ladang akan menghantar mangga yang beratnya antara 1.2 kg dan 2.4 kg ke pasar raya.
Hitung bilangan mangga yang akan dihantar ke pasar raya jika terdapat 400 biji mangga yang dituai pada hari tersebut.
Bahagian C
Pilih 2 daripada 4
Dipilih 0/2
Suatu zarah bergerak di sepanjang satu garis lurus dan melalui titik tetap $O$. Sesaran zarah itu, $s$ m, dari titik $O$ diberi oleh $s = 3t^3 - \frac{45}{2}t^2 + 36t$, dengan keadaan $t$ ialah masa, dalam saat, selepas melalui $O$.
Cari
a
3 markah
masa, dalam saat, apabila zarah itu berada dalam keadaan rehat seketika,
b
2 markah
pecutan awal, dalam ms$^{-2}$, zarah itu,
c(i)
2 markah
julat nilai $t$, dalam saat, ketika zarah mula bergerak sehingga mencapai halaju minimum,
c(ii)
3 markah
jumlah jarak yang dilalui, dalam m, bagi soalan (c)(i).
Rajah 5 menunjukkan sebuah sisi empat $PQRS$.
Diberi bahawa panjang $PQ = 9.2$ cm, $QR = 6.5$ cm dan $RS = 12.4$ cm.
Hitung
a(i)
2 markah
panjang, dalam cm, $QS$,
a(ii)
2 markah
$\angle QRS$,
a(iii)
3 markah
luas, dalam cm$^2$, sisi empat $PQRS$.
b(i)
1 markah
Lakar sebuah segi tiga $Q'R'S'$ yang mempunyai bentuk berbeza daripada segi tiga $QRS$ dengan keadaan $QR = Q'R'$, $RS = R'S'$ dan $\angle QSR = \angle Q'S'R'$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: panjang sisi-sisi dan saiz sudut-sudut segi tiga $Q'R'S'$.)*
b(ii)
2 markah
Cari $\angle Q'S'R'$.
Jadual 2 menunjukkan harga dan indeks harga bahan-bahan $P$, $Q$, $R$ dan $S$ yang digunakan dalam pembuatan kuih bulan.
| Bahan-bahan | Harga (RM) per 100g pada tahun 2024 | Harga (RM) per 100g pada tahun 2025 | Indeks harga (2025 berasaskan tahun 2024) | Peratus penggunaan (%) |
|---|---|---|---|---|
| $P$ | 1.20 | 1.20 | 100 | 25 |
| $Q$ | 1.00 | 1.20 | $y$ | 14 |
| $R$ | $z$ | 3.00 | 150 | $m$ |
| $S$ | 2.00 | 2.50 | 125 | 19 |
Jadual 2
a
2 markah
Hitungkan nilai $y$ dan nilai $z$.
b
3 markah
Hitungkan indeks gubahan bagi kos membuat kuih bulan bagi tahun 2025 berasaskan tahun 2024. Seterusnya, tafsirkan indeks gubahan yang diperolehi.
c(i)
2 markah
Kos pembuatan sekotak kuih bulan pada tahun 2024 ialah RM150. Cari kos yang dijangkakan pada tahun 2025.
c(ii)
3 markah
Dari tahun 2025 ke tahun 2026, kos pembuatan kuih bulan meningkat pada kadar yang sama seperti dari tahun 2024 ke tahun 2025. Hitungkan harga kos sekotak kuih bulan pada tahun 2026.
Perpustakaan sekolah bercadang untuk membeli $x$ naskhah buku cerita dan $y$ naskhah buku rujukan. Harga senaskah buku cerita dan buku rujukan masing-masing ialah RM8 dan RM24.
Bilangan buku yang dibeli adalah berdasarkan kekangan berikut:
I Peruntukan maksimum ialah RM3200.
II Nisbah buku rujukan kepada buku cerita mestilah sekurang-kurangnya 1 : 2.
a
2 markah
Tulis dua ketaksamaan, selain dari $x > 0$ dan $y > 0$, yang memenuhi semua kekangan di atas.
b
1 markah
Kekangan III ditunjukkan pada graf pada halaman 35. Rantau berlorek mewakili titik-titik yang memenuhi kekangan itu. Tulis satu ketaksamaan bagi kekangan III dalam perkataan.
c
3 markah
Pada halaman 35, bina dan label rantau $R$ yang memenuhi semua kekangan itu.
*(Huraikan dalam perkataan: garis-garis lurus yang anda lukis dan kedudukan rantau $R$.)*
Gunakan graf yang dibina di (c) untuk menjawab soalan-soalan berikut.
Berdasarkan rekod sebelumnya, setiap buku cerita dipinjam sebanyak 5 kali sebulan manakala setiap buku rujukan dipinjam sebanyak 9 kali sebulan.
d(i)
1 markah
Tulis satu fungsi objektif untuk memaksimumkan bilangan kali peminjaman pada suatu bulan tertentu.
d(ii)
3 markah
Seterusnya, nyatakan nilai maksimum tersebut.

AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini
0%Peratus
0Markah
0Markah penuh
Beberapa soalan tidak dapat ditanda.
Markah setiap soalan

