Rajah 1 menunjukkan garis lurus $XYZ$ dengan $XY = (m-1)$ cm dan $YZ = (n+2)$ cm dengan keadaan $m$ dan $n$ ialah pemalar. Diberi panjang $XZ = 9$ cm dan hasil darab panjang $XY$ dan panjang $YZ$ ialah 20 cm². Cari nilai $m$ dan nilai $n$.
7 markah
27 markah
a
Diberi suatu lengkung $x(x+y) = 4$ tidak menyilang dengan garis lurus $2x + y = r$ dengan keadaan $r$ ialah pemalar. Dengan menggunakan kaedah jadual, cari julat nilai $r$.
4 markah
b
Selesaikan persamaan kuadratik $x^2 - 2mx + (m^2 - n^2) = 0$ dalam sebutan $m$ dan $n$.
3 markah
37 markah
Titik $J(p, 4)$ membahagi suatu garis lurus yang menyambungkan titik $K(-3, 6)$ dan $L(7, 1)$ dengan nisbah $m : n$. Cari
a
nisbah $m : n$,
2 markah
b
nilai $p$,
2 markah
c
persamaan garis lurus yang berserenjang dengan garis lurus $KL$ dan melalui titik $J$. Ungkapkan jawapan dalam bentuk pintasan.
3 markah
45 markah
Vicky bercadang untuk mencipta permainan yang memerlukan satu cakera berbentuk bulatan. Cakera itu dibahagi kepada lima bahagian seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.
Nisbah luas sektor $A : B : C : D$ ialah $1 : 2 : 4 : 5$. Diberi panjang lengkok sektor $E$ ialah 104.5 cm dengan sudut yang dicangkumnya ialah 2.09 rad. Sektor $D$ hendak dicat dengan warna merah. Satu tin cat berwarna merah boleh digunakan untuk mengecat kawasan seluas 600 cm². Tentukan bilangan minimum tin cat yang diperlukan oleh Vicky untuk mengecat sektor $D$.
(Guna $\pi = 3.142$).
5 markah
59 markah
Sebuah ladang menghasilkan buah jambu batu. Hanya buah jambu batu yang mempunyai diameter, $x$ lebih daripada $k$ cm digred dan dipasarkan.
Jadual 1 di bawah menunjukkan gred buah jambu batu berdasarkan ukuran diameter.
| Gred / *grade* | A | B | C |
|---|---|---|---|
| Diameter / *diameter* | $x > 7$ | $7 \geq x > 5$ | $5 \geq x > k$ |
Jadual 1
Diberi bahawa ukuran diameter buah jambu batu adalah mengikut taburan normal dengan min 5.8 cm dan sisihan piawai 1.5 cm.
a
Jika sebiji buah jambu batu diambil secara rawak, hitung kebarangkalian bahawa buah itu adalah gred A.
2 markah
b
Dalam satu bakul 500 buah jambu batu yang dihasilkan, anggarkan bilangan buah jambu batu gred B.
3 markah
c
Jika 85.7% buah jambu batu dipasarkan, cari nilai $k$.
4 markah
68 markah
a
Lakarkan graf $y = 1 + \tan 2x$ untuk $0 \leq x \leq 180^\circ$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai-nilai yang ditanda pada paksi-$x$ dan paksi-$y$, titik-titik penting dan garis asimptot.)*
4 markah
b
Diberi $f(x) = a\sin bx + c$ untuk $0^\circ \leq x \leq 360^\circ$. Jika amplitud bagi graf ialah 4, pusingan ialah $120^\circ$ dan nilai minimum bagi $f(x)$ ialah $-3$, nyatakan nilai $a$, nilai $b$ dan nilai $c$.
4 markah
77 markah
a
Diberi bahawa $\frac{3 - \sqrt{5}}{4}$, tukarkan kepada bentuk $p\left(\frac{1}{q + \sqrt{5}}\right)$.
Seterusnya cari nilai $p$ dan nilai $q$.
3 markah
Diberi bahawa $\ln x = p$ dan $\ln y = q$. Ungkapkan dalam sebutan $p$ atau $q$ atau kedua-duanya.
b(i)
$\log_e x^2\sqrt{y}$.
2 markah
b(ii)
$\log_{x^2} y$.
2 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Sebuah syarikat menghasilkan kerusi dalam kuantiti yang membentuk satu janjang geometri. Pada bulan pertama, syarikat menghasilkan 200 buah kerusi. Pengeluaran meningkat sebanyak 20% setiap bulan.
Selepas beberapa bulan, pihak syarikat ingin mengetahui jumlah keseluruhan kerusi yang telah dihasilkan.
a
Tunjukkan bahawa bilangan kerusi yang dihasilkan pada bulan ke-$n$ ialah
$T_n = \frac{500}{3}(1.2)^n$
2 markah
b
Seterusnya, hitung bilangan kerusi yang dihasilkan pada bulan ke-6.
2 markah
c
Cari jumlah keseluruhan kerusi yang dihasilkan dalam tempoh 8 bulan pertama.
3 markah
d
Ruang simpanan maksimum syarikat ialah 5000 buah kerusi.
Tentukan sama ada ruang simpanan itu mencukupi untuk menyimpan jumlah kerusi yang dihasilkan bagi 10 bulan pertama. Berikan justifikasi anda dengan pengiraan yang lengkap.
3 markah
910 markah
Rajah 9 menunjukkan lengkung $y = \frac{9}{x^2}$ dan garis lurus $y = px + q$. Diberi garis lurus tersebut ialah tangen kepada lengkung pada titik $(3, 1)$.
a
Cari nilai $p$ dan nilai $q$.
4 markah
b
Hitung luas rantau berlorek.
3 markah
c
Diberi isi padu janaan apabila rantau yang dibatasi oleh lengkung, paksi-$x$, garis lurus $x = 3$ dan $x = m$ diputarkan melalui empat sudut tepat pada paksi-$x$ ialah $\frac{98\pi}{125}$ unit³. Cari nilai $m$.
3 markah
1010 markah
Rajah 10 menunjukkan sebuah sisi empat $ACDE$. Diberi $\overrightarrow{AB} = \underset{\sim}{a}$, $\overrightarrow{AE} = \underset{\sim}{b}$, $AB : BC = 1 : 2$ dan $AE = \frac{1}{2}CD$.
Ungkapkan dalam sebutan $\underset{\sim}{a}$ dan $\underset{\sim}{b}$.
$\overrightarrow{AF} = n\overrightarrow{AD}$, cari nilai $m$ dan nilai $n$.
3 markah
c
Seterusnya nyatakan nisbah $BF : FE$.
1 markah
1110 markah
Jadual 11 menunjukkan hubungan antara kadar tindakbalas suatu bahan kimia, $x$ mols$^{-1}$, dengan suhu, $T$ °C. Diberi bahawa $T$ dan $x$ dihubungkan oleh persamaan $T = \frac{x^N}{e^K}$, dengan keadaan $N$ dan $K$ adalah pemalar manakala $e$ adalah pemalar eksponen.
| $x$ (mols$^{-1}$) | 2.0 | 2.4 | 3.1 | 3.8 | 4.5 | 4.8 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $T$ (°C) | 1.78 | 3.08 | 6.65 | 12.24 | 20.61 | 24.68 |
Jadual 11
a
Plotkan $\ln T$ melawan $\ln x$ dengan menggunakan skala 2 cm kepada 0.2 unit pada paksi-$\ln x$ dan 2 cm kepada 0.5 unit pada paksi-$\ln T$.
Seterusnya, lukiskan garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: nilai $\ln x$ dan $\ln T$ yang dikira, paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
5 markah
Gunakan graf anda dari **(a)** untuk mencari nilai:
b(i)
$K$
2 markah
b(ii)
$N$
1 markah
b(iii)
Seterusnya, cari nilai $T$ apabila $x = 3.5$.
2 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Jadual 12 di bawah menunjukkan harga, indeks harga dan pemberat bagi empat jenis bahan $P$, $Q$, $R$ dan $S$ yang digunakan dalam penghasilan sejenis roti.
| Bahan / *Ingredient* | Harga (RM) / *Price (RM)* 2018 | Harga (RM) / *Price (RM)* 2022 | Indeks harga pada tahun 2022 / *Price indices in the year 2022* (2018 = 100) | Pemberat / *Weightage* |
|---|---|---|---|---|
| $P$ | 2.30 | $b$ | 130 | $x$ |
| $Q$ | 6.00 | 4.80 | $c$ | $y$ |
| $R$ | $a$ | 4.10 | 140 | 3 |
| $S$ | $m$ | $m$ | $d$ | $z$ |
Jadual 12
a
Hitungkan nilai $a$, nilai $b$, nilai $c$ dan nilai $d$.
4 markah
Diberi bahawa indeks gubahan bagi bahan $P$ dan $Q$ pada tahun 2022 berasaskan tahun 2018 ialah 120.
b(i)
Tentukan nisbah $x : y$,
2 markah
b(ii)
Seterusnya, cari nilai $z$ jika indeks gubahan bagi kos penghasilan roti pada tahun 2022 berasaskan tahun 2018 ialah 120.
2 markah
c
Kos penghasilan roti pada tahun 2026 telah menokok sebanyak 25% berbanding tahun 2018, hitungkan perubahan peratus kos penghasilan roti pada tahun 2026 berbanding tahun 2022.
2 markah
1310 markah
Rajah 13 menunjukkan sebuah segi tiga $ACD$. Diberi $AB = 8$ cm, $CD = 12$ cm, $BE = 6$ cm dan $ED = 10$ cm. $\angle BED$ ialah sudut cakah, $ABC$ dan $AED$ ialah garis lurus. Diberi luas $\triangle BCD = 50$ cm².
Cari
a(i)
panjang, dalam cm, $BD$,
4 markah
a(ii)
$\angle CDB$,
2 markah
a(iii)
jarak terdekat, dalam cm, $C$ ke garis $BD$.
2 markah
b(i)
Lakar sebuah segi tiga $A'B'E'$ yang mempunyai bentuk berbeza daripada segi tiga $ABE$ dengan keadaan $A'E' = AE$, $B'E' = BE$ dan $\angle B'A'E' = \angle BAE$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan bucu $A'$, $B'$ dan $E'$, sudut dan panjang sisi yang ditanda, dan jenis setiap sudut (tirus/cakah).)*
1 markah
b(ii)
Seterusnya nyatakan $\angle A'E'B'$.
1 markah
1410 markah
Rajah 14 menunjukkan dua titik tetap, $A$ dan $B$, pada suatu garis lurus mengufuk. Satu zarah $P$ bergerak di sepanjang garis lurus itu. Halajunya, $V$ ms$^{-1}$, diberi oleh $V = 2t - 4$ dengan keadaan $t$ ialah masa dalam saat selepas melalui titik tetap $A$. Pada peringkat awal, gerakannya adalah ke arah $B$.
(Anggapkan arah $A$ ke $B$ sebagai arah negatif)
a
Cari julat nilai $t$ yang menunjukkan tempoh masa bagi gerakan zarah itu menuju $B$.
2 markah
b
Jika jarak $AB$ ialah 5 m, tentukan adakah zarah itu sampai ke $B$ dalam gerakannya.
3 markah
c
Cari jumlah jarak yang dilalui oleh zarah itu dalam masa 6 saat pertama.
3 markah
d
Lakarkan graf bagi $S_A$ melawan $t$ untuk $0 \leq t \leq 6$, diberi $S_A$ mewakili sesaran zarah itu dari titik tetap $A$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, paksi dan titik-titik yang dilalui graf.)*
2 markah
1510 markah
Bagi soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan.
| Model | Mesin $A$ (minit) | Mesin $B$ (minit) |
|---|---|---|
| $P$ | 8 | 5 |
| $Q$ | 18 | 8 |
Jadual 15
Jadual 15 menunjukkan masa yang digunakan oleh mesin $A$ dan mesin $B$ bagi mengeluarkan 2 jenis kereta kawalan jauh model $P$ dan model $Q$. Kilang itu menetapkan syarat-syarat berikut:
- I — Mesin $A$ beroperasi sekurang-kurangnya 720 minit sehari.
- II — Mesin $B$ beroperasi tidak melebihi 800 minit sehari.
- III — Nisbah bagi kereta model $Q$ kepada kereta model $P$ adalah tidak melebihi $5 : 8$.
Kilang itu mengeluarkan $x$ kereta model $P$ dan $y$ kereta model $Q$.
a
Tuliskan 3 ketaksamaan selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$ yang memuaskan syarat-syarat di atas.
3 markah
b
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 20 buah kereta pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 10 kereta pada paksi-$y$, bina dan lorekkan rantau $R$ yang memuaskan syarat-syarat di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau R yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
3 markah
Dengan menggunakan graf anda dari (b), cari
c(i)
bilangan maksimum dan minimum bagi kereta model $P$ yang boleh dihasilkan jika 25 kereta model $Q$ dihasilkan,
2 markah
c(ii)
jualan maksimum yang diperolehi oleh kilang itu jika setiap kereta kawalan jauh model $P$ dan model $Q$ masing-masing dijual dengan harga RM10 dan RM30.
2 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini