Others Trial 2026 Matematik Tambahan Kertas 2 · MRSM Set 1
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Others Trial 2026 Matematik Tambahan Kertas 2 · MRSM Set 1
Percubaan MRSM Set 1 · 2026
15 soalan · Jumlah 100 markah
150 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 7
18 markah
Rajah 1 menunjukkan suatu semibulatan $PQTS$ berpusat di $O$.
Diberi bahawa jejari semibulatan itu ialah 8 cm.
[Guna / *Use* $\pi = 3.142$]
a
Tunjukkan bahawa $\angle PQS = 0.644$ rad.
2 markah
Seterusnya, cari
b(i)
panjang, dalam cm, lengkok $STQ$,
2 markah
b(ii)
luas, dalam cm$^2$, bagi kawasan berlorek.
4 markah
26 markah
Fungsi kuadratik $f(x) = a(x - m)^2 + n$ mempunyai titik minimum $R\left(\frac{3}{2}, -36\right)$.
a
Nyatakan nilai $m$ dan nilai $n$.
2 markah
b(i)
Lakar graf bagi $f(x)$ jika $a = 4$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, titik minimum dan titik-titik persilangan graf dengan paksi.)*
2 markah
b(ii)
Jika nilai $a > 4$, buat generalisasi terhadap bentuk dan kedudukan graf tersebut.
2 markah
36 markah
a
Ungkapkan $\frac{343 \times 7^{4n-1}}{49^n \times 7^{n-3}}$ dalam bentuk $x\left(y^n\right)$ dengan keadaan $x$ dan $y$ ialah integer.
3 markah
b
Sebuah segi empat selari mempunyai luas $8 + \sqrt{45}$ cm$^2$ dan panjang tapaknya ialah $\sqrt{5} + 2$ cm.
Cari tinggi segi empat selari tersebut dalam bentuk $a + b\sqrt{5}$.
3 markah
47 markah
Diberi bahawa $\overrightarrow{OP} = -3a + 4b$ dan $\overrightarrow{PB} = \frac{27}{5}a - \frac{8}{5}b$;
a(i)
Ungkapkan $\overrightarrow{PR}$ dalam sebutan $a$ dan $b$.
2 markah
a(ii)
Seterusnya, tentukan sama ada titik-titik $P$, $B$ dan $R$ adalah segaris.
3 markah
b
Diberi bahawa vektor kedudukan bagi titik $Q$ ialah $\begin{pmatrix} 12 \\ 45 \end{pmatrix}$ dan $\overrightarrow{OQ} = 3\overrightarrow{SR}$.
Jika $S\,(2, -2)$, cari koordinat $R$.
2 markah
58 markah
Suatu lengkung $y = f(x)$ mempunyai fungsi kecerunan $10 - 4x$.
a
Tangen kepada lengkung itu pada $P(x, 10)$ adalah selari dengan garis lurus $y = 5 - 2x$.
Cari persamaan lengkung tersebut.
4 markah
b
Garis normal kepada lengkung $y = f(x)$ pada $(1, 6)$ bersilang dengan garis lurus $y = 3x - 16$ pada titik $M$.
Cari koordinat $M$.
4 markah
67 markah
Sebuah kilang menghasilkan air minuman di dalam botol. Isi padu air, $x$ ml, mengikut taburan normal, $X \sim N(505, 64)$.
Rajah 6 menunjukkan graf taburan normal piawai bagi isi padu air di dalam botol.
a(i)
Rantau berlorek mewakili kebarangkalian bagi isi padu air di dalam botol adalah kurang daripada 490 ml.
Ungkapkan rantau berlorek dalam tatatanda kebarangkalian dalam sebutan $k$.
1 markah
a(ii)
Seterusnya, cari kebarangkalian rantau berlorek.
2 markah
Botol yang mengandungi isi padu air dari 490 ml hingga $h$ ml akan diterima untuk dijual. Diberi bahawa 92% daripada botol-botol itu dijual.
b(i)
Cari nilai $h$.
2 markah
b(ii)
Kilang itu beroperasi selama 24 hari dalam sebulan dan kos pembotolan semula bagi botol yang tidak diterima untuk dijual adalah RM0.05 sebotol. Jika kilang itu mengeluarkan 2000 botol sehari dan memperuntukkan RM200 sebulan untuk kos pembotolan semula, tentukan sama ada pembotolan semula adalah efisien.
2 markah
78 markah
Kelab Robotik MRSM Z membina sebuah robot untuk sebuah pertandingan. Robot itu akan melangkah dari titik mula hingga ke titik tamat. Jarak langkah robot tersebut menyusut mengikut suatu nisbah yang tetap.
Jumlah jarak langkah pertama dan jarak langkah kedua robot itu ialah 95 cm. Beza antara jarak langkah pertama dan jarak langkah ketiga ialah 9.5 cm.
Jika jarak di antara titik mula dan titik tamat ialah 5.5 m, tunjukkan dengan pengiraan bahawa robot itu tidak melepasi titik tamat. Seterusnya, menggunakan nisbah jarak yang sama, cari jarak minimum, dalam cm, langkah pertama robot itu supaya berjaya tiba di titik tamat.
[Anggapkan pergerakan robot adalah pada suatu garis lurus]
8 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Rajah 8 menunjukkan sebuah segi tiga.
a(i)
Berdasarkan Rajah 8, terbitkan $1 + \tan^2\theta = \text{sek}^2\theta$.
2 markah
a(ii)
Seterusnya, selesaikan persamaan $\text{sek}^2 A = \frac{3}{2}$ untuk $90^\circ \leq A \leq 180^\circ$.
3 markah
b(i)
Lakar graf $y = 1 - 2\sin x$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai maksimum dan minimum, serta nilai $y$ pada $x = 0$ dan $x = 2\pi$.)*
3 markah
b(ii)
Seterusnya, menggunakan paksi yang sama, lakar satu garis lurus yang sesuai untuk mencari bilangan penyelesaian bagi persamaan $4\sin\frac{x}{2}\,\text{kos}\frac{x}{2} + \frac{x}{\pi} = 1$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$.
Nyatakan bilangan penyelesaian.
*(Huraikan garis lurus anda dalam perkataan: persamaannya dan titik-titik hujungnya.)*
2 markah
910 markah
Jadual 9 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah, $x$ dan $y$, yang diperoleh daripada suatu eksperimen. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y\sqrt{x} = -\frac{1}{2}b\sqrt{x} + \frac{3a}{2\sqrt{x}}$, dengan keadaan $a$ dan $b$ ialah pemalar.
| $x$ | 1.493 | 0.500 | 0.376 | 0.300 | 0.250 | 0.167 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 0 | 2 | 3 | 4 | 6 | 8 |
Jadual 9
Didapati satu daripada nilai-nilai $y$ telah tersalah catat.
a
Plot $y$ melawan $\frac{1}{x}$, menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada kedua-dua paksi.
Seterusnya, dengan mengabaikan nilai $y$ yang tersalah catat, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: nilai-nilai $\frac{1}{x}$ yang dikira, paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis lurus penyuaian terbaik.)*
4 markah
Menggunakan graf di (*a*),
b(i)
cari nilai $a$ dan nilai $b$,
5 markah
b(ii)
nyatakan nilai $y$ yang betul.
1 markah
1010 markah
Rajah 10 menunjukkan lengkung bagi $f(x)$ dan $g(x)$.
Lengkung-lengkung itu bersilang pada titik $P$.
Cari
a(i)
koordinat $P$,
2 markah
a(ii)
persamaan tangen kepada lengkung $g(x)$ pada titik $P$, dalam bentuk am.
3 markah
b
Hitung luas rantau berlorek.
3 markah
c
Cari isi padu janaan, dalam sebutan $\pi$, apabila rantau yang dibatasi oleh lengkung $g(x)$, paksi-$x$ dan paksi-$y$ dikisarkan melalui $120^\circ$ pada paksi-$y$.
2 markah
1110 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala dan / atau vektor **tidak** diterima.
Rajah 11(*a*) menunjukkan sebuah sisi empat $PQRS$.
Titik $Q$ terletak di atas paksi-$x$ dan $QS$ adalah berserenjang dengan $PR$.
a
Cari koordinat $Q$.
3 markah
b
Diberi bahawa titik $M$ terletak pada garis lurus $PR$ dengan keadaan $PM : PR = 1 : 2$.
Cari luas segi tiga $PMQ$.
3 markah
Titik $N$ bergerak dengan keadaan jaraknya dari titik $M$ dan titik $S$ adalah sama.
c(i)
Cari persamaan lokus $N$.
2 markah
c(ii)
Nyatakan bentuk lokus itu dan lakar lokus tersebut pada Rajah 11(*b*) dalam ruangan jawapan.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan lokus itu berbanding titik $M$ dan titik $S$.)*
2 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
a
Jadual 12 menunjukkan ukuran panjang sisi dan nilai sudut untuk membina sebuah segi tiga $ABC$.
| Panjang sisi (cm) | Sudut |
|---|---|
| $AC = 8.6$ | $\angle ABC = 67^\circ$ |
| $BC = 7.3$ | $\angle BAC = 35^\circ$ |
| $AB = 4.5$ | $\angle BCA = 78^\circ$ |
Jadual 12
Menggunakan petua sinus, tentukan sama ada segi tiga $ABC$ tersebut boleh dibina.
2 markah
Rajah 12 menunjukkan sebuah sisi empat $PQRS$.
b(i)
Cari panjang, dalam cm, bagi $PR$.
2 markah
b(ii)
Hitung $\angle PRS$.
2 markah
b(iii)
Lakar $\Delta P'R'S'$ yang mempunyai bentuk berbeza daripada $\Delta PRS$, dengan keadaan $P'S' = PS$, $R'S' = RS$ dan $\angle P'R'S' = \angle PRS$.
Seterusnya, cari luas, dalam cm$^2$, bagi $\Delta R'P'S'$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: sisi-sisi dan sudut-sudut segi tiga itu.)*
4 markah
1310 markah
Mario seorang pengusaha kedai runcit mempunyai peruntukan kurang daripada RM225 untuk membeli $x$ botol kicap dan $y$ botol sos cili sebagai stok jualan. Jumlah kedua-dua barangan tersebut adalah tidak kurang daripada 15 unit. Harga sebotol kicap dan sebotol sos cili masing-masing ialah RM9 dan RM5.
a
Tulis dua ketaksamaan, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi semua kekangan di atas.
2 markah
b
Rantau berlorek dalam graf pada halaman **33**, mewakili kekangan ketiga. Tulis satu ketaksamaan untuk mewakili kekangan itu.
1 markah
c
Seterusnya, bina dan label rantau **R** yang memenuhi semua kekangan itu.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: garis-garis lurus yang dilukis (titik-titik yang dilalui, garis padu atau putus-putus) dan kedudukan rantau R.)*
2 markah
Gunakan graf yang dibina di (*c*) untuk menjawab soalan-soalan berikut:
d(i)
Mario ingin membeli kuantiti yang sama bagi kedua-dua kicap dan sos cili. Dengan melukis garis lurus yang sesuai, nyatakan bilangan maksimum botol yang boleh dibeli.
1 markah
d(ii)
Diberi harga jualan bagi sebotol kicap dan sebotol sos cili masing-masing ialah RM13 dan RM7.
Tentukan sama ada penjualan kuantiti kicap dan sos cili yang sama atau berbeza akan mendapat keuntungan yang maksimum. Berikan justifikasi anda.
4 markah
1410 markah
Zarah $P$ dan zarah $Q$ bergerak di sepanjang suatu garis lurus dan melalui satu titik tetap $O$. Halajunya, $v$ m s$^{-1}$, diberi oleh $v_p = t^2 - 4t$ dan $v_Q = 12t$ dengan keadaan $t$ ialah masa dalam saat, selepas melalui titik $O$.
[Anggapkan gerakan ke arah kanan sebagai positif.]
a
Tafsirkan pergerakan zarah $P$ apabila $t = 4$ dengan menggunakan fungsi halaju.
2 markah
b
Cari julat masa, dalam saat, apabila zarah $Q$ bergerak dengan pecutan malar.
2 markah
c
Cari jumlah jarak, dalam m, yang dilalui oleh zarah $P$ dalam 4 saat pertama.
4 markah
d
Cari jarak antara zarah $P$ dan zarah $Q$ apabila zarah $P$ berada $\frac{32}{3}$ m di kiri titik tetap $O$.
2 markah
1510 markah
Jadual 15 menunjukkan maklumat berkaitan empat bahan yang digunakan dalam pembuatan beg sekolah.
| Bahan | Perubahan indeks harga dari tahun 2020 ke tahun 2025 | Peratus penggunaan |
|---|---|---|
| $P$ | Menokok 25% | 45 |
| $Q$ | Menyusut 15% | |
| $R$ | Menokok 40% | 15 |
| $S$ | Menokok 10% | 20 |
Jadual 15
a
Jika harga bahan $R$ pada tahun 2020 ialah RM72.50, cari harganya pada tahun 2025.
3 markah
b
Indeks harga bahan $P$ pada tahun 2027 berasaskan tahun 2025 ialah 120. Harga bahan $P$ pada tahun 2027 ialah RM18 lebih daripada harga sepadannya pada tahun 2020.
Cari harga bahan $P$ pada tahun 2027.
3 markah
Kos pengeluaran bagi kesemua beg sekolah itu ialah RM38 400 pada tahun 2025.
c(i)
Hitung kos pengeluaran yang sepadan bagi beg sekolah itu pada tahun 2020.
3 markah
c(ii)
Jika kos pengeluaran dikekalkan RM38 400 pada tahun 2027, nyatakan indeks gubahan kos pengeluaran tahun 2027 berasaskan tahun 2025.
1 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini