Terdapat 4 buah buku Matematik, 3 buah buku Sains dan 1 buah buku Sejarah di atas meja.
Cari bilangan cara buku-buku itu boleh disusun dalam satu baris.
Selangor Trial 2026 Additional Mathematics Kertas 1 · Set 1
- Selangor 州试卷 Set 1 · 2026
- 15 题 · 总分 80
- 120 分钟
- 评分标准
- 按原试卷附带的评分标准录入
- 批改方式
- 由 AI 按评分标准批改,仅供参考
- 作答语言
- 马来文或英文
- 最后更新
- 2026-11-25
Bahagian A
全答 12 题
Rajah 1 menunjukkan graf garis lurus $y^2x$ melawan $x$.
a
3 分
Ungkapkan $y$ dalam sebutan $x$.
b
1 分
Cari nilai $x$ apabila $y = 1$.
Penyelesaian yang menggunakan selain daripada kalkulus adalah **tidak** diterima.
a
1 分
Cari nilai bagi $\lim\limits_{x \to 8} \frac{x^2 - 64}{x - 8}$.
b
3 分
Diberi bahawa $y = 3x^2 - 2x$, cari perubahan kecil dalam $y$ apabila $x$ berubah daripada 4 kepada 4.01.
Sebuah syarikat tenaga memasang satu sistem panel solar di bangunan pejabatnya. Kos penyelenggaraan sistem tersebut pada tahun 2023 ialah RM4500. Disebabkan kemajuan teknologi dan kecekapan sistem, kos penyelenggaraan pada setiap tahun berikutnya berkurang sebanyak 12% daripada kos tahun sebelumnya.
a
2 分
Hitung kos penyelenggaraan sistem panel solar tersebut pada tahun 2026.
b
3 分
Syarikat itu telah memperuntukkan RM35000 untuk kos penyelenggaraan sistem tersebut. Jika sistem itu digunakan untuk suatu tempoh yang sangat lama, hitung jumlah maksimum kos penyelenggaraan yang mungkin dibayar oleh syarikat tersebut.
Seterusnya, tentukan sama ada peruntukan tersebut mencukupi atau tidak dan berikan justifikasi anda.
Seorang pengurus kedai dalam talian menjalankan kajian terhadap penghantaran pesanan yang lewat dalam tempoh 4 hari penghantaran. Rajah 2 menunjukkan graf taburan binomial bagi kajian tersebut, dengan keadaan $X$ mewakili bilangan hari pesanan dihantar lewat.
Cari
a
1 分
nilai $k$,
b
3 分
$P(X \geq 1)$.
Rajah 3 menunjukkan dua bulatan dengan pusat $O$. $OAC$ dan $OBD$ adalah garis lurus. Diberi panjang $OA$ ialah 8 cm dan $AD$ ialah 2 cm.
Diberi panjang lengkok minor $CD$ ialah 16 cm.
[Guna $\pi = 3.142$]
Cari
a
2 分
sudut minor $AOB$, dalam radian,
b
4 分
luas kawasan berwarna, dalam cm$^2$.
Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
Diberi titik $P(2, 4)$, $Q(3, 1)$, $R(-1, -2)$ dan $S(-1, 3)$ terletak pada suatu satah Cartes.
a
2 分
Cari persamaan garis lurus $PR$.
b
4 分
Seterusnya, tunjukkan bahawa $PQRS$ ialah sebuah lelayang.
a
1 分
Rajah 4 menunjukkan suatu satah Cartes.
Ungkapkan vektor $\overrightarrow{OP}$.
b
2 分
Diberi $\underset{\sim}{u} = \begin{pmatrix} 2 \\ -7 \end{pmatrix}$, $\underset{\sim}{v} = \begin{pmatrix} -5 \\ p \end{pmatrix}$ dan $\underset{\sim}{w} = \begin{pmatrix} 2 \\ -8 \end{pmatrix}$. Jika $\underset{\sim}{u} + 3\underset{\sim}{v} - \frac{1}{2}\underset{\sim}{w} = \begin{pmatrix} -14 \\ 11 \end{pmatrix}$, cari nilai $p$.
c
3 分
Zarah $X$ berada pada titik $A(6, -1)$. Zarah $X$ bergerak dengan halaju malar $(-3\underset{\sim}{i} + 3\underset{\sim}{j})$ m s$^{-1}$ dari titik $A$. Zarah $Y$ berada pada titik $B(8, 9)$ dan mula bergerak pada masa yang sama dengan zarah $X$. Diberi halaju malar zarah $Y$ ialah $(-4\underset{\sim}{i} - 2\underset{\sim}{j})$ m s$^{-1}$. Cari masa yang diambil untuk kedua-dua zarah bertemu.
a
2 分
Diberi bahawa $\int (qx + 3)^n\,dx = \frac{(qx + 3)^5}{10} + 1$.
Cari nilai $n$ dan nilai $q$.
b
3 分
Rajah 5 menunjukkan lengkung $h(x)$ dan garis lurus $m(x)$ yang bersilang pada titik $(0, 18)$ dan titik $(4, 2)$.
Diberi bahawa $\int_4^0 h(x)\,dx = -48$. Cari luas rantau berlorek.
Rajah 6 menunjukkan lengkung bagi fungsi kuadratik $f(x)$ yang menyilang paksi-$x$ pada dua titik.
a
2 分
Tunjukkan bahawa $m^2 > 48n - 108$.
b(i)
4 分
Menggunakan kaedah penyempurnaan kuasa dua, cari nilai $m$ dan nilai $n$.
b(ii)
1 分
Terangkan perubahan kepada graf sekiranya nilai $m$ ditukarkan menjadi nilai negatif.
Dalam satu sesi fotografi Kelab Seni Kreatif, terdapat 9 orang murid yang ingin mengambil gambar untuk dimasukkan dalam majalah sekolah. 5 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan tersebut diminta berdiri dalam satu barisan.
Cari bilangan cara untuk menyusun mereka jika
a(i)
2 分
seorang murid perempuan mesti berdiri di bahagian tengah,
a(ii)
2 分
murid lelaki dan murid perempuan mesti berdiri secara berselang seli.
b
3 分
Seorang pelanggan berada di sebuah pasar raya yang menawarkan promosi minuman. Rak promosi tersebut mengandungi 4 botol minuman bergas dan 7 botol jus oren. Pelanggan itu ingin membeli 6 botol minuman untuk dibawa ke majlis keluarga.
Cari bilangan cara pelanggan itu boleh memilih minuman jika bilangan botol minuman bergas yang dibeli tidak boleh melebihi bilangan botol jus oren.
Dalam satu permainan kuiz Matematik, peserta akan memperoleh hadiah berupa wang tunai setiap kali menjawab soalan dengan betul. Jika peserta menjawab soalan pertama dengan betul, dia layak menjawab soalan kedua. Kemudian, jika berjaya menjawab soalan kedua dengan betul, dia layak menjawab soalan ketiga. Permainan ini akan berterusan dan dihentikan sekiranya peserta gagal menjawab dengan betul. Peserta hanya akan memperoleh $\frac{1}{10}$ daripada jumlah ganjarannya. Jadual 1 menunjukkan ganjaran yang diperoleh dalam permainan tersebut.
| Nombor Soalan | 1 | 2 | 3 | … |
|---|---|---|---|---|
| Ganjaran (RM) | 3 | 5 | 7 | … |
Jadual 1
a
2 分
Tunjukkan bahawa nilai wang yang dimenangi bagi setiap soalan membentuk suatu janjang aritmetik. Beri justifikasi anda.
b
3 分
Cari sebutan ke-$n$ bagi janjang aritmetik tersebut.
Seterusnya, hitung wang yang dimenangi oleh Jasmine bagi soalan ke-12 yang dijawab dengan betul.
c
3 分
Aimy hanya menerima hadiah sebanyak RM44 daripada permainan tersebut setelah salah menjawab soalan. Hitung bilangan soalan yang telah dijawab dengan betul oleh Aimy.
Bahagian B
3 题选 2 题
已选 0/2
a
2 分
Tanpa menggunakan kalkulator, cari nilai bagi $\tan\left(-\frac{17}{6}\pi\right)$.
b
2 分
Buktikan $\frac{1}{1 - \text{kos}\,x} + \frac{1}{1 + \text{kos}\,x} = 2\,\text{kosek}^2\,x$.
c
4 分
Rajah 7 menunjukkan sebuah segi empat tepat $ABCD$ dan sebuah segi tiga $CDE$ dengan $E$ ialah titik tengah bagi $AB$. Diberi $\alpha$, $\beta$ dan $\theta$ adalah sudut pedalaman kepada segi tiga $CDE$.
Tunjukkan bahawa luas segi tiga $CDE$ adalah seperti di bawah.
$$L = \frac{2p^2 \sin\alpha \sin\beta}{\sin(\alpha + \beta)}$$
Selesaikan:
a(i)
2 分
$625(5^{m+1}) - 125^m = 0$,
a(ii)
2 分
$12\sqrt{4^x} - 4^{x+1} = 8$, $x > 0$.
b
4 分
Dalam satu eksperimen fizik, satu kuantiti diwakili oleh $\sqrt{a + b\sqrt{3}}$. Nilai tersebut juga boleh ditulis sebagai $\frac{1}{3 - \sqrt{3}}$. Cari nilai $a + b$, tanpa menggunakan kalkulator.
Rajah 8 menunjukkan fungsi $f$ yang memetakan set $K$ kepada set $M$ dan fungsi $g$ yang memetakan set $M$ kepada set $N$.
Cari
a(i)
1 分
imej bagi 3 di bawah fungsi $f$,
a(ii)
2 分
nilai $k$ jika $gf\left(\frac{15}{2}k\right) = -1$,
b
3 分
fungsi songsangan bagi $f$ dan seterusnya, cari nilai $x$ apabila $f(x) = 20$,
c
2 分
$g(x)$ dalam sebutan $k$.

AI 正在批改
一题一题对照评分标准,请不要关闭页面
0%得分率
0总分
0满分小题
有几题没批改成功。
每题得分

