Selesaikan persamaan serentak berikut.
$2z - 3x - y = -3$
$4x - 4 + y = z$
$x + y = \frac{z - 5}{2}$
Melaka Trial 2026 Matematik Tambahan Kertas 2
- Percubaan Melaka · 2026
- 15 soalan · Jumlah 100 markah
- 150 minit
- Skema pemarkahan
- Daripada skema pemarkahan kertas asal
- Pemarkahan
- Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
- Bahasa jawapan
- Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
- Kemas kini terakhir
- 2026-11-25
Bahagian A
Jawab semua 7
a(i)
2 markah
Buktikan
$\log_\beta 1 = 0$.
a(ii)
3 markah
Rajah 2 menunjukkan sebuah segi empat tepat $ABCD$. Tentukan panjang pepenjuru $AC$. Berikan jawapan dalam bentuk $a\sqrt{b}$ .
Suhu sejenis cecair meningkat daripada 37°C kepada $k$°C berdasarkan persamaan $k = 37(2.15)^t$ apabila cecair itu dipanaskan selama $t$ saat. Hitung,
b(i)
1 markah
suhu cecair itu, dalam °C, apabila dipanaskan selama 2.5 saat
b(ii)
2 markah
masa, dalam saat, yang diambil untuk meningkatkan suhu cecair itu daripada 37°C kepada 925°C.
Diberi fungsi $f : x \rightarrow x + 1$ dan fungsi gubahan $gf : x \rightarrow x^2 - 2x - 3$ .
a
2 markah
Tanpa mencari $f^{-1}(x)$, tentukan fungsi $g(x)$ .
b
2 markah
Cari nilai-nilai $x$ apabila $gf(x) = 5$ .
c
3 markah
Cari nilai-nilai $x$ apabila $gf(x) = 2g(x) - 24$ . Berikan jawapan anda betul kepada empat angka bererti.
a(i)
3 markah
Tunjukkan bahawa $\frac{\sin A}{1 + \text{kos}\,A} + \frac{\sin A}{1 - \text{kos}\,A} = 2\,\text{kosek}\,A$.
a(ii)
2 markah
Seterusnya selesaikan persamaan $\frac{\sin A}{1 + \text{kos}\,A} + \frac{\sin A}{1 - \text{kos}\,A} = 4$ untuk $0 \leq A \leq 2\pi$ dalam sebutan $\pi$.
b
4 markah
Lakar graf $y = 1 + |2 \tan A|$ untuk $0 \leq A \leq 2\pi$ .
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai-nilai yang ditanda pada paksi, garis-garis lain yang dilukis dan nilai-nilai $y$ penting.)*
Rajah 4 menunjukkan dua lengkung bagi suatu fungsi kuadratik.
a
3 markah
Tentukan julat nilai $k$.
b
1 markah
Nyatakan nilai $p$ dan nilai $q$.
c
3 markah
Dengan menggunakan kaedah penyempurnaan kuasa dua, cari titik maksimum bagi lengkung $f(x) = -(x + p)(x + q)$.
Rajah 6 menunjukkan sisi empat PQRS. Garis lurus $PR$ bersilang dengan garis lurus $QS$ di titik $T$.
Diberi bahawa $QT : TS = 2:3$, $\overrightarrow{PQ} = 10\underset{\sim}{u}$, $\overrightarrow{PS} = 25\underset{\sim}{v}$ dan $\overrightarrow{QR} = -\underset{\sim}{u} + 15\underset{\sim}{v}$ .
Ungkapkan dalam sebutan $\underset{\sim}{u}$ dan $\underset{\sim}{v}$ .
a(i)
1 markah
$\overrightarrow{QS}$
a(ii)
2 markah
$\overrightarrow{PT}$
b
4 markah
Nyatakan $PT : TR$.
Rajah 7 menunjukkan sebahagian daripada lengkung $x = f(y)$. Lengkung tersebut melalui titik (1, 2), (1, -2) dan (5,0). Diberi bahawa $\frac{dx}{dy} = -2y$.
a
3 markah
Cari persamaan lengkung tersebut.
b
4 markah
Cari isipadu kisaran, dalam sebutan $\pi$ apabila rantau yang dibatasi oleh lengkung itu, garis lurus $y = 2$ dan garis lurus $y = -2$, dikisarkan melalui $90^\circ$ pada paksi-$x$.
Bahagian B
Pilih 3 daripada 4
Dipilih 0/3
a
6 markah
Tentukan titik minimum dan titik maksimum bagi lengkung $y = 4x^3 - 3x^2 - 18x + 6$. Seterusnya, lakar graf tersebut bagi $0 \leq x \leq 2.5$ .
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, titik-titik yang ditanda beserta koordinatnya dan pintasan pada paksi.)*
Rajah 8 menunjukkan sebuah kelalang bawah bulat berjejari 6 cm. Diberi tinggi paras air di dalam kelalang itu adalah $h$ cm. paras air bertambah pada kadar 0.4 cm s$^{-1}$.
b(i)
2 markah
Tunjukkan bahawa luas permukaan membulat air, $A$ cm$^2$ adalah $A = \pi(12h - h^2)$.
b(ii)
2 markah
Hitung kadar perubahan luas permukaan membulat air itu apabila $h = 5$. Berikan jawapan anda dalam sebutan $\pi$.
Sebuah syarikat pemaju perumahan ingin membina sebuah taman rekreasi berbentuk segi tiga pada satah Cartesian. Tiga mercu utama bagi taman tersebut diwakili oleh titik $A(-1, 2)$, $B$ dan $C(k, -2)$.
a
2 markah
Sebuah pondok pengawal, $P(1,4)$, akan dibina di atas jalan lurus yang menghubungkan titik $A$ dan $B$ dengan keadaan nisbah $AP : PB = 1 : 2$.
Cari koordinat bagi titik $B$
Diberi bahawa luas kawasan taman rekreasi itu ialah 33 unit$^2$.
b(i)
2 markah
Cari nilai positif bagi $k$.
b(ii)
3 markah
Cari persamaan garis lurus yang berserenjang dengan garis $CP$ dan melalui titik $P$.
c
3 markah
Sebuah sistem longkang bawah tanah yang lurus hendak dibina di kawasan taman tersebut dengan keadaan jaraknya dari mercu $A$ dan mercu $B$ adalah sentiasa sama. Cari persamaan lokus bagi sistem longkang tersebut.
Jadual 10 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah, $x$ dan $y$ yang dihubungkan oleh persamaan $x^2 + 2xy - kx + y^2 = h$, dengan keadaan $h$ dan $k$ ialah pemalar.
| $x$ | 1 | 6 | 13 | 22 | 28 | 34 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 1 | -3 | -9 | -17 | -22.43 | -27.92 |
Jadual 10.1
a
1 markah
Berdasarkan Jadual 10.1, isi Jadual 10.2.
| $x$ | 1 | 6 | 13 | 22 | 28 | 34 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $(x + y)^2$ | | | | | | |
Jadual 10.2
*(Tulis nilai $(x + y)^2$ bagi setiap nilai $x$.)*
b
3 markah
Plot graf $(x + y)^2$ melawan $x$ dengan menggunakan skala 2 cm kepada 5 unit pada kedua-dua paksi. Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
Berdasarkan graf, cari
c(i)
4 markah
nilai $h$ dan $k$,
c(ii)
2 markah
nilai $y$ apabila $x = 15$.
Jisim bagi buah tembikai dari sebuah kebun bertaburan secara normal dengan min 2.2 kg dan sisihan piawai 0.7 kg. Buah tembikai itu dikelaskan kepada gred $A$, $B$ dan $C$ mengikut jisimnya :
Gred $C$ < Gred $B$ < Gred $A$
a(i)
2 markah
Jisim minimum bagi sebiji tembikai gred $A$ ialah 2.5 kg. Jika sebiji tembikai dipilih secara rawak dari kebun itu, cari kebarangkalian bahawa tembikai itu bergred $A$.
a(ii)
3 markah
Cari jisim minimum, dalam kg, bagi buah tembikai gred $B$ jika 26% daripada buah tembikai itu bergred $C$.
Dalam satu permainan membaling damak, kebarangkalian untuk mengenai sasaran ialah 25%. Jannah telah bermain $n$ kali. Kebarangkalian untuk mengenai sasaran sekali adalah 10 kali kebarangkalian dia tidak mengenai sasaran langsung.
b(i)
3 markah
Cari nilai $n$.
b(ii)
2 markah
Hitung sisihan piawai bagi bilangan kali dia mengenai sasaran.
Bahagian C
Pilih 2 daripada 4
Dipilih 0/2
Suatu zarah bergerak di sepanjang satu garis lurus dari titik tetap O. Halaju, $v$ ms$^{-1}$, zarah itu pada masa $t$ saat selepas melalui titik tetap O diberi oleh $v = pt^2 + qt$ dengan keadaan $p$ dan $q$ ialah pemalar. Zarah itu berhenti seketika selepas 5 saat dengan pecutan pada ketika itu ialah 15 ms$^{-2}$.
[Anggapkan gerakan ke arah kanan sebagai positif]
Cari
a(i)
2 markah
nilai $p$ dan nilai $q$,
a(ii)
3 markah
masa, dalam saat, apabila zarah itu kembali semula ke titik tetap $O$.
b
2 markah
Lakarkan graf halaju-masa bagi pergerakan zarah itu untuk $0 \leq t \leq 6$
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf dan titik-titik yang ditanda beserta koordinatnya.)*
c
3 markah
Seterusnya, cari jumlah jarak, dalam m, yang dilalui oleh zarah itu dalam 6 saat.
Jadual 13 menunjukkan harga dan indeks harga bagi empat jenis bahan mentah yang digunakan oleh sebuah kilang untuk menghasilkan sarung tangan getah.
| Bahan mentah | Harga (RM) per kg Tahun 2020 | Harga (RM) per kg Tahun 2022 | Indeks harga pada tahun 2022 berasaskan tahun 2020 | Peratusan (%) |
|---|---|---|---|---|
| $P$ | 4.00 | $x$ | 135 | 37 |
| $Q$ | 2.80 | 3.22 | 115 | 33 |
| $R$ | 3.75 | 3.60 | $y$ | $m$ |
| $S$ | $z$ | 7.20 | 150 | 14 |
Jadual 13
a
3 markah
Cari nilai $x$, $y$ dan $z$.
b
3 markah
Hitung indeks gubahan bagi harga kos pembuatan sarung tangan getah pada tahun 2022 berasaskan tahun 2020.
c
4 markah
Diberi bahawa indeks gubahan bagi harga kos pembuatan sarung tangan getah itu meningkat sebanyak 60% dari tahun 2020 ke tahun 2024. Hitung harga kos pembuatan sarung tangan getah itu pada tahun 2024 jika harga kos yang sepadan pada tahun 2022 ialah RM2.00 sekotak.
Rajah 14 menunjukkan sebuah model tiga dimensi (3D) bagi reka bentuk sebuah khemah poligon moden dengan tapak $CDE$ pada satah mengufuk. Segi tiga $BCD$ merupakan salah satu satah sisi khemah itu yang membentuk segi tiga bersudut tegak di mana $\angle BCD = 90^\circ$.
Diberi bahawa $BC$ = 6.24 cm, $BE$ = 9.403 cm, $CD$ = 6 cm, $DE = \sqrt{135}$ cm, $\angle CBE = 106.33^\circ$ dan $\angle BEC = 28.19^\circ$. Luas segi tiga $ABE$ adalah separuh daripada luas segi tiga $BDE$.
Hitung
a(i)
3 markah
$\angle BED$.
a(ii)
2 markah
panjang, dalam cm, bagi $CE$
a(iii)
3 markah
jarak terpendek, dalam cm, dari titik $A$ ke garis $BE$.
Diberi bahawa $BC = B'C'$, $CE = C'E'$ dan $\angle BEC = \angle B'E'C'$.
b(i)
1 markah
Lakar $\Delta B'C'E'$ yang mempunyai bentuk berbeza daripada $\Delta BCE$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan bucu $B'$, $C'$ dan $E'$, sisi dan sudut yang sama dengan $\Delta BCE$, dan jenis setiap sudut (tirus/cakah).)*
b(ii)
1 markah
Seterusnya, hitung $\angle B'C'E'$.
Gunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini.
Syarikat binaan, Megah Holding, ingin mengambil pekerja baharu untuk mengisi jawatan jurutera dan buruh binaan. Gaji bulanan bagi jurutera ialah RM3700 manakala gaji bulanan bagi buruh binaan ialah RM1800.
Pengambilan kedua-dua jawatan adalah berdasarkan kekangan berikut:
I : Bilangan buruh binaan melebihi bilangan jurutera sekurang-kurangnya 10 orang.
II : Bilangan jurutera sekurang-kurangnya 10% daripada bilangan buruh binaan.
III : Jumlah wang yang diperuntukkan kepada bayaran gaji ialah sebanyak RM54 000.
Diberi $x$ mewakili bilangan jurutera dan $y$ mewakili bilangan buruh binaan.
a
3 markah
Tulis tiga ketaksamaan selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
b
3 markah
Menggunakan skala 2 cm kepada 2 orang pekerja pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 5 orang pekerja pada paksi-$y$, bina dan lorek rantau $\boldsymbol{R}$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau R yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
c
1 markah
Dengan menggunakan graf yang dibina, cari bilangan maksimum pekerja yang diambil jika bilangan jurutera ialah 10% bilangan buruh binaan.
d
3 markah
Syarikat bersetuju memberi elaun RM 10 setiap jam untuk buruh binaan dan RM 25 setiap jam untuk jurutera. Dengan menggunakan fungsi objektif, hitung elaun maksimum yang dibayar oleh syarikat.

AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini
0%Peratus
0Markah
0Markah penuh
Beberapa soalan tidak dapat ditanda.
Markah setiap soalan

