Perlis Trial 2026 Matematik Tambahan Kertas 2 · Set 1
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Perlis Trial 2026 Matematik Tambahan Kertas 2 · Set 1
Percubaan Perlis Set 1 · 2026
15 soalan · Jumlah 100 markah
150 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 7
19 markah
Rajah menunjukkan fungsi f dan fungsi g yang ditakrifkan oleh $f: x \rightarrow ax + b$ dan $g: x \rightarrow \frac{36}{c - x}$, $x \neq c$.
a
Cari nilai-nilai a, b dan c.
4 markah
b
Ungkapkan fungsi gf. Seterusnya, tunjukkan bahawa hanya satu nilai x sahaja yang memetakan kepadanya sendiri di bawah gf dengan menyatakan nilai x yang berkenaan.
5 markah
27 markah
a
Buktikan bahawa
$$\frac{1}{\text{sek}\, x - \tan x} - \frac{1}{\text{sek}\, x + \tan x} = 2\tan x$$
2 markah
b
Lakarkan graf bagi $y = |2\tan x|$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$. Seterusnya dengan menggunakan paksi yang sama lakar satu garis lurus yang sesuai untuk mencari bilangan penyelesaian bagi persamaan $\frac{x}{\pi} - \frac{1}{\text{sek}\,x - \tan x} - \frac{1}{\text{sek}\,x + \tan x} = 0$. Nyatakan bilangan penyelesaian itu.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai-nilai x di mana graf menyentuh paksi-x dan asimptot, julat x, persamaan garis lurus yang dilukis dan bagaimana ia dilukis.)*
5 markah
37 markah
Rajah 3 di bawah menunjukkan sepotong tembikai dengan setiap keratan rentasnya ialah sektor bagi bulatan berjejari 11 cm. *AOB* ialah keratan rentas tembikai itu Diberi bahawa ketebalan tembikai itu ialah 8 cm dan ∠AOB = 40°.
Kira :
a
panjang, dalam cm, lengkok *AB*,
3 markah
b
luas, dalam $cm^2$, sektor *AOB*,
2 markah
c
isi padu, dalam $cm^3$, tembikai itu
2 markah
46 markah
Rajah 4 menunjukkan lengkung $y = x^2 - 8x + 12$ bersilang dengan garis lurus $y = x - 2$ pada titik R dan titik S.
Cari koordinat titik R dan titik S.
6 markah
55 markah
Diberi bahawa .....$50, x + 17, 25 + y, 71, 78, ....$. ialah sebahagian daripada suatu janjang arimetik.
a
Ungkapkan *y* dalam sebutan *x*
2 markah
b
Jika sebutan yang ke 21 ialah 155, cari nilai sebutan pertama.
Persamaan garis lurus $y = mx + 3$ , melalui titik $(1 + \sqrt{5}, 7)$. Tentukan kecerunan garis lurus dalam bentuk nisbah integer.
2 markah
c
Diberi $\log_3 h - 3\log_{27} k = 1$ ,ungkapkan *h* dalam sebutan *k*.
3 markah
77 markah
Dalam Rajah 7, $\overrightarrow{OP} = 6\underset{\sim}{x}$ , $\overrightarrow{OQ} = 8\underset{\sim}{y}$ dan $\overrightarrow{PS} = 2\underset{\sim}{y}$.
Ungkapkan setiap vektor yang berikut dalam sebutan $\underset{\sim}{x}$ dan $\underset{\sim}{y}$
a(i)
$\overrightarrow{OS}$
1 markah
a(ii)
$\overrightarrow{QP}$
2 markah
Diberi $\overrightarrow{OR} = m\overrightarrow{OS}$ dan $\overrightarrow{QR} = n\overrightarrow{QP}$ , ungkapkan $\overrightarrow{OR}$ dalam sebutan
b(i)
m, $\underset{\sim}{x}$ dan $\underset{\sim}{y}$
2 markah
b(ii)
n, $\underset{\sim}{x}$ dan $\underset{\sim}{y}$
2 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Jadual menunjukkan nilai-nilai bagi dua pembolehubah, *x*,dan *y* yang diperoleh daripada satu eksperimen . Pembolehubah *x* dan *y* dihubungkan oleh persamaan $y = pq^{3x}$, dengan keadaan *p* dan *q* ialah pemalar.
| $x$ | 1 | 2 | 3 | 5 | 6 | 7 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 1.78 | 2.09 | 3.3 | 3.39 | 3.98 | 4.68 |
a
Plot $\log_{10} y$ melawan *x*, dengan menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-*x* dan 2 cm kepada 0.1 unit pada paksi-$\log_{10} y$. Seterusnya, Lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: jadual nilai $\log_{10} y$, skala paksi, titik-titik yang diplot dan garis lurus penyuaian terbaik.)*
4 markah
b(i)
Tukarkan $y = pq^{3x}$ dalam bentuk linear.
1 markah
Gunakan graf di (a) cari
b(ii)(a)
nilai *p* dan nilai *q*.
3 markah
b(ii)(b)
nilai *y* yang betul jika satu daripada nilai-nilai *y* telah tersalah catat dalam eksperimen.
2 markah
910 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala tidak diterima.
Berdasarkan Rajah 9, titik A(0,1) dan B (0,-2) ialah dua titik tetap. Titik P(x,y) bergerak dengan keadaan PA:PB = 1:2.
a
Tunjukkan bahawa persamaan lokus P ialah $x^2 + y^2 - 4y = 0$. Seterusnya, tahkikkan bahawa titik C (-2,2) terletak pada lokus P.
4 markah
b
Cari persamaan garis lurus AC.
2 markah
c
Garis lurus AC menyilang semula lokus P pada titik D. carikan koordinat titik D.
2 markah
d
Seterusnya, hitung luas segitiga OCD.
2 markah
1010 markah
Rajah 10 di bawah menunjukkan satu garis lurus $4y = x - 2$, menyentuh lengkung $x = y^2 + 6$ pada titik R.
Cari:
a
Koordinat titik R.
2 markah
b
Luas Kawasan berlorek.
5 markah
c
Isipadu janaan, dalam sebutan π, apabila rantau yang dibatasi oleh lengkung dan juga garis lurus x = 8, dikisarkan 180° pada paksi – x.
3 markah
1110 markah
Kajian menunjukkan 3 orang daripada 10 orang rakyat Malaysia berada dalam kategori berat badan berlebihan. Hasil kajian di sebuah sekolah menunjukkan 180 orang murid mempunyai berat badan berlebihan.
a(i)
Cari jumlah bilangan murid di sekolah tersebut.
2 markah
a(ii)
Satu sampel 7 orang murid dipilih secara rawak dari sekolah tersebut, cari kebarangkalian bahawa maksimum 2 orang murid mempunyai berat badan berlebihan.
3 markah
Pembolehubah rawak selanjar X bertaburan normal dengan min 12 dan sisihan piawai σ. Diberi bahawa skor-z ialah 2.25 apabila X = 16.5. Cari
b(i)
nilai σ
2 markah
b(ii)
nilai *k* apabila $P(X > k) = 0.7145$
3 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Rajah 12 di bawah menunjukkan segi tiga *ABC*. Cari
a
panjang, dalam cm bagi *CD*
2 markah
b
nilai θ
2 markah
c
panjang, dalam cm bagi AC
3 markah
d
luas, dalam $cm^2$, bagi segi tiga *ABC*
3 markah
1310 markah
Suatu zarah bergerak di sepanjang garis lurus dan melalui satu titik tetap *O*. Sesarannya, *s* m pada masa *t* saat setelah melalui *O* diberi oleh $s = 3t^3 + t^2 - 5t$. Cari
a
halaju awal, dalam $ms^{-1}$, bagi zarah itu.
3 markah
b
pecutan awal, dalam $ms^{-2}$ , bagi zarah itu.
3 markah
c
nilai t apabila zarah itu berhenti
4 markah
1410 markah
Sebuah restoran hendak membeli *x* buah meja dan *y* buah kerusi untuk restorannya. Harga sebuah meja ialah RM50 dan sebuah kerusi ialah RM40. Restoran itu hanya boleh memuatkan 350 buah meja dan kerusi. Bilangan kerusi mesti tidak melebihi dua kali bilangan meja. Bilangan kerusi sekurang-kurangnya 100 buah.
a
Tuliskan tiga ketaksamaan selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$ yang memenuhi semua syarat-syarat di atas.
3 markah
b
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 50 pada kedua-dua paksi, bina dan lorekkan rantau R yang memuaskan semua syarat di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: garis-garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik yang dilalui) dan rantau R yang dilorek — garis-garis yang membatasinya dan bucu-bucunya.)*
3 markah
c
Berdasarkan graf anda, carikan :
(i) Dengan melukis garis fungsi objektif, cari jumlah maksimum bagi pembelian meja dan kerusi.
(ii) Julat bilangan kerusi yang dapat dibeli jika 200 buah meja telah dibeli.
4 markah
1510 markah
Jadual 15 menunjukkan indeks harga dan peratus perbelanjaan bagi empat jenis ramuan, A, B, C dan D yang digunakan untuk membuat sejenis makanan.
| Bahan *Ingredient* | Harga (RM) per kg 2014 *Price (RM) per kg 2014* | Harga (RM) per kg 2018 *Price (RM) per kg 2018* | Indeks harga pada tahun 2018 berasaskan tahun 2014 *Price index in year 2018 based on the year 2014* | Peratus perbelanjaan (%) *Percentage expenditure (%)* |
|---|---|---|---|---|
| A | 6.00 | 7.50 | x | 48 |
| B | 4.00 | y | 150 | 24 |
| C | 9.00 | 11.25 | 125 | P |
| D | z | 7.70 | 140 | 12 |
Jadual 15 / *Table 15*
a
Cari nilai bagi x, y dan z.
3 markah
b
Hitung indeks gubahan bagi kos pembuatan makanan itu pada tahun 2018 berasaskan tahun 2014.
3 markah
c(i)
Kos untuk membuat sebungkus makanan itu pada tahun 2014 ialah RM60.00. Hitung kos sepadan pada tahun 2018
2 markah
c(ii)
Kos bagi semua bahan itu meningkat sebanyak 15% dari tahun 2018 ke tahun 2020. Cari indeks gubahan bagi tahun 2020 berasaskan tahun 2014.
2 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini