Sarawak Trial 2026 Matematik Tambahan Kertas 1 · Set 1
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Sarawak Trial 2026 Matematik Tambahan Kertas 1 · Set 1
Percubaan Sarawak Set 1 · 2026
15 soalan · Jumlah 80 markah
120 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 12
16 markah
Diberi bahawa fungsi kuadratik $f(x) = x^2 - 2x - 3$.
a
Menggunakan kaedah penyempurnaan kuasa dua, cari nilai minimum atau maksimum bagi fungsi kuadratik $f(x)$.
3 markah
b
Lakarkan graf $f(x) = x^2 - 2x - 3$ untuk domain $-2 \leq x \leq 5$. Seterusnya, nyatakan julat $f(x)$.
*(Huraikan lakaran graf anda dalam perkataan: bentuk graf, label paksi, titik-titik penting yang ditanda beserta koordinatnya dan hujung-hujung domain.)*
3 markah
26 markah
a
Tunjukkan bahawa $\frac{p^n}{(a+b)^m} - \frac{p^{n-1}}{(a+b)^{m-1}} = \frac{p^{n-1}}{(a+b)^m}(p - a - b)$ benar bagi semua nilai $m$ dan $n$.
3 markah
b
Jika $\frac{\frac{2}{\sqrt{x}} + 3x\sqrt{x}}{2\sqrt{x} + \frac{4}{\sqrt{x}}} = x + 1$, cari nilai yang mungkin bagi $x$.
3 markah
34 markah
Diberi bahawa $2\log_a x - \log_a 4 = \log_a (y - 1)$, ungkapkan $x$ dalam sebutan $y$.
4 markah
45 markah
a
Cari nilai bagi ${}^nC_n$.
2 markah
b
Diberi ${}^9C_k > 1$, senaraikan semua nilai $k$ yang mungkin dengan keadaan $k$ ialah integer positif.
1 markah
c
Diberi ${}^nC_x = {}^nC_{2x-3}$, ungkapkan $n$ dalam sebutan $x$ dengan keadaan $x \neq 3$.
2 markah
56 markah
Terdapat 4 buah buku Kimia, 2 buah buku Fizik dan $n$ buah buku Biologi yang akan disusun di atas sebuah rak.
a
Bilangan cara untuk menyusun semua buku itu supaya buku-buku daripada subjek yang sama diletakkan bersebelahan ialah 1728, cari nilai $n$.
2 markah
Dengan menggunakan nilai $n$ yang diperoleh dalam **5**$(a)$, seorang pelajar ingin memilih 4 buah buku dari rak tersebut. Cari bilangan cara untuk memilih buku-buku itu jika
b(i)
tepat dua buah buku daripada subjek yang sama, manakala dua buah buku yang lain daripada dua subjek yang berlainan.
2 markah
b(ii)
sekurang-kurangnya 3 buah buku Kimia dipilih.
2 markah
67 markah
Diberi bahawa fungsi $f(x) = \frac{2}{x+1}, x \neq -1$ dan fungsi $gf(x) = \frac{4 - 2x}{x+1}, x \neq -1$.
a(i)
Cari objek bagi $f(x)$ jika imejnya ialah $\frac{1}{2}$.
2 markah
a(ii)
Diberi bahawa $x$ memetakan kepada dirinya sendiri di bawah fungsi $f$. Cari nilai-nilai $x$ yang mungkin.
2 markah
b(i)
Cari $g(x)$.
2 markah
b(ii)
Seterusnya, tentukan sama ada fungsi songsang bagi $g(x)$ wujud. Berikan justifikasi anda.
1 markah
75 markah
Sebuah tin berbentuk silinder bertutup dengan jejari $r$ cm diperbuat daripada 300 cm$^2$ kepingan logam nipis.
a
Tunjukkan bahawa tinggi silinder, $h$ cm, diberi oleh
$$h = \frac{150 - \pi r^2}{\pi r}$$
1 markah
b
Cari nilai $r$ dan nilai $h$, betul kepada nombor bulat terdekat, supaya tin tersebut mempunyai isi padu maksimum. Seterusnya, hitung isi padu maksimum itu.
[Guna $\pi = 3.142$]
4 markah
88 markah
Rajah 8 menunjukkan keratan rentas berbentuk bulatan bagi sebatang balak seragam yang mempunyai jejari 40 cm dan terapung di dalam air. Titik $A$ dan titik $B$ berada pada permukaan air dan titik tertinggi $X$ berada 8 cm di atas permukaan air.
[Guna $\pi = 3.142$]
a(i)
Tunjukkan bahawa $\angle AOB \approx 1.29$ radian.
2 markah
a(ii)
Seterusnya, cari panjang lengkok $AXB$.
1 markah
b
Cari luas keratan rentas di bawah permukaan air.
3 markah
c
Cari peratus isi padu balak yang berada di bawah permukaan air.
2 markah
94 markah
Diberi bahawa $x^2y = 2 + 3x^2$ adalah persamaan dalam bentuk linear.
a
Ungkapkan persamaan tersebut kepada bentuk linear yang lain. Seterusnya, nyatakan $X$ dan $Y$ dalam sebutan $x$ dan/ atau $y$.
2 markah
b
Seterusnya, nyatakan kecerunan dan pintasan-$Y$ bagi hubungan linear tersebut.
2 markah
105 markah
Rajah 10 menunjukkan jisim sekumpulan murid mengikut taburan normal.
a
Diberi bahawa $m\%$ daripada murid mempunyai jisim antara $\mu - \sigma$ dan $\mu + \sigma$. Cari nilai $m$.
2 markah
b
Seterusnya, diberi bahawa $X \sim N(55, 64)$, cari kebarangkalian bahawa seorang murid yang dipilih secara rawak mempunyai jisim antara 47 kg dengan 63 kg.
1 markah
c
Jika terdapat 500 orang murid dalam kumpulan itu, anggarkan bilangan murid yang mempunyai jisim dalam julat yang ditunjukkan sebagai $m\%$ dalam Rajah 10.
2 markah
114 markah
Diberi $f(x) = \frac{2x}{1 - 2x}$, cari $f'(x)$. Seterusnya, cari nilai bagi $\int_1^2 -\frac{3}{(1 - 2x)^2}\,dx$.
4 markah
124 markah
Diberi bahawa $\overrightarrow{AC} = 9\mathbf{i} + 3\mathbf{j}$. Koordinat titik $A$ ialah $(1, 5)$. Titik $B$ merupakan titik tengah bagi tembereng garis $AD$ dengan $D(5, -1)$.
Cari
a
vektor $\overrightarrow{BC}$,
2 markah
b
vektor unit dalam arah $\overrightarrow{BC}$.
2 markah
Bahagian BPilih 2 daripada 3Dipilih 0/2
138 markah
Rajah 13 menunjukkan tiga peranti pintar $A$, $B$ dan $C$ yang disambungkan dalam satu sistem rangkaian. Peranti $A$ terletak pada saluran data utama yang diwakili oleh paksi-$y$. Laluan komunikasi yang menghubungkan peranti $A$ dan peranti $B$ diwakili oleh persamaan $2y - x = 6$. Satu sambungan isyarat baharu akan dibina dari peranti $C$ ke laluan komunikasi $AB$ yang berserenjang dengan $AB$ di peranti $B$.
a
Tentukan kedudukan peranti $A$ dalam sistem rangkaian tersebut.
1 markah
b(i)
Diberi bahawa kedudukan peranti $B$ ialah $(6, 6)$, cari persamaan sambungan isyarat $BC$ dalam bentuk pintasan.
4 markah
b(ii)
Tentukan sama ada titik $(6, 1)$ terletak pada sambungan isyarat $BC$.
1 markah
c
Sambungan isyarat itu dirancang untuk dipanjangkan ke sebuah menara komunikasi $D$ dengan keadaan peranti $B$ berada di antara peranti $C$ dan menara komunikasi $D$. Jarak dari $B$ ke $C$ adalah $\frac{2}{5}$ dari jarak $B$ ke $D$. Tanpa menggunakan kaedah vektor, cari koordinat menara komunikasi $D$ jika koordinat peranti $C$ ialah $(7, 4)$.
2 markah
148 markah
Encik Ali membeli sebuah motosikal dengan harga asal RM25,000. Nilai harga motosikal menyusut sebanyak 8% setiap tahun.
a(i)
Hitungkan nilai motosikal tersebut selepas 8 tahun.
2 markah
a(ii)
Tentukan jumlah penyusutan nilai motosikal tersebut sepanjang 8 tahun.
2 markah
b
Sebutan pertama dan sebutan kelima bagi suatu janjang geometri masing-masing ialah 4 dan 324. Cari nilai $n$, diberi bahawa hasil tambah $n$ sebutan pertama ialah 13120.
4 markah
158 markah
Diberi bahawa $\cot \lambda = p$, dengan keadaan $\lambda$ ialah sudut tirus, ungkapkan setiap yang berikut dalam sebutan $p$.
a(i)
kosek $(180^\circ + \lambda)$
3 markah
a(ii)
sek $(360^\circ - \lambda)$
2 markah
b
Selesaikan $\cos\theta - \cos\theta\sin^2\theta = 0$ bagi $-\pi \leq \theta \leq \pi$, berikan jawapan anda dalam sebutan $\pi$.
3 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini