Others Trial 2026 Matematik Tambahan Kertas 1 · MRSM Set 1
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Others Trial 2026 Matematik Tambahan Kertas 1 · MRSM Set 1
Percubaan MRSM Set 1 · 2026
15 soalan · Jumlah 80 markah
120 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 12
12 markah
Rajah 1 menunjukkan graf garis lurus $\frac{1}{y}$ melawan $\sqrt{x}$.
Ungkapkan $\frac{1}{y}$ dalam sebutan $\sqrt{x}$.
2 markah
23 markah
Rajah 2 menunjukkan suatu fungsi $f(x)$.
Nyatakan
a
imej bagi 2,
1 markah
b
julat,
1 markah
c
jenis fungsi.
1 markah
37 markah
Rajah 3 menunjukkan suatu tembereng garis $PR$.
a(i)
Diberi bahawa titik $Q$ membahagi tembereng garis $PR$ dalam nisbah $m : n$.
Tunjukkan bahawa $x = \frac{nx_1 + mx_2}{m+n}$.
2 markah
a(ii)
Jika $Q$ adalah titik tengah bagi $PR$, nyatakan nisbah bagi $m : n$.
1 markah
Diberi bahawa $(2-h)\underset{\sim}{a} + (k-5)\underset{\sim}{b} = 0$, dengan keadaan $h$ dan $k$ ialah pemalar.
b(i)
Nyatakan dua ciri vektor sifar.
2 markah
b(ii)
Jika vektor $\underset{\sim}{a}$ dan vektor $\underset{\sim}{b}$ adalah bukan sifar dan tidak selari, cari nilai $h$ dan nilai $k$.
2 markah
42 markah
Rajah 4 menunjukkan sebuah sektor $AOB$ berpusat $O$.
Diberi bahawa perimeter bagi sektor $AOB$ ialah 7 cm.
Ungkapkan $\beta$ dalam sebutan $x$.
2 markah
53 markah
Air di dalam sebuah bekas dibiarkan menyejuk dengan keadaan suhu air, $S$ °C selepas $t$ minit diwakili oleh persamaan $S = 33 + 52(0.83)^t$.
Cari
a
suhu awal air, dalam °C,
1 markah
b
masa, dalam minit, apabila suhu air ialah 61 °C.
2 markah
66 markah
Rajah 6 menunjukkan resit jumlah bayaran yang dikenakan kepada tiga buah keluarga untuk memasuki sebuah taman tema.
Cari bayaran masuk bagi setiap seorang dewasa, kanak-kanak dan warga emas.
6 markah
76 markah
a(i)
Tunjukkan bahawa jujukan $h,\ h^2 + 2h,\ h(h+2)^2, \ldots$ ialah suatu janjang geometri.
2 markah
a(ii)
Seterusnya, ungkapkan $T_6$ dalam sebutan $h$.
1 markah
b
Diberi bahawa suatu janjang aritmetik mempunyai 15 sebutan dengan sebutan pertama, $a$ dan beza sepunya, $d$.
Jika sebutan pertama dan terakhir dikeluarkan, hasil tambah baki sebutan ialah separuh daripada hasil tambah janjang asal.
Cari $a$ dalam sebutan $d$.
3 markah
85 markah
Rajah 8 menunjukkan graf fungsi trigonometri bagi domain $-\frac{\pi}{3} \le x \le \pi$.
a
Nyatakan fungsi trigonometri bagi graf $f(x)$.
2 markah
b
Diberi bahawa graf $g(x)$ adalah pantulan graf $f(x)$ pada garis keseimbangannya.
Pada Rajah 8, lakarkan graf $g(x)$ untuk $-\frac{\pi}{3} \le x \le \pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: titik permulaan dan titik akhir, titik maksimum dan minimum, serta bentuk lengkung.)*
1 markah
c
Seterusnya, nyatakan penyelesaian bagi $f(x) = g(x)$.
2 markah
99 markah
Rajah 9 menunjukkan gabungan dua semibulatan dan satu segi empat tepat.
Diberi bahawa perimeter bentuk tersebut ialah 30 cm.
[ Guna $\pi = 3.142$ ]
a
Tunjukkan bahawa luas, $L$ cm², bagi bentuk tersebut ialah $L = 30r - \pi r^2$.
3 markah
b
Seterusnya, cari luas maksimum, dalam cm², bentuk tersebut.
3 markah
c
Apabila $r = 4.55$ cm, luas bentuk tersebut menyusut sebanyak 0.22%. Cari perubahan kecil bagi $r$, tepat kepada dua titik perpuluhan.
3 markah
106 markah
Diberi bahawa $g'(x) = px^n$.
a(i)
Menggunakan konsep pengamiran adalah proses songsangan kepada pembezaan, nyatakan fungsi bagi $\int px^n\,dx$.
1 markah
a(ii)
Jika $g(x) = 4x^2$, cari nilai $p$ dan nilai $n$.
3 markah
b
Rajah 10 menunjukkan sebahagian daripada lengkung $y = f(x)$.
Diberi bahawa $\int_0^6 f(x)\,dx = 0$ dan luas kawasan berlorek ialah 3.5 unit².
Cari $\int_0^3 f(x)\,dx$.
2 markah
117 markah
a
Sebuah kotak mengandungi guli hijau dan guli biru dengan nisbah bilangan 1 : 3. Sebanyak 10 biji guli telah diambil secara rawak daripada kotak tersebut. Cari kebarangkalian sekurang-kurangnya 2 biji guli hijau diambil.
4 markah
b
Jadual 11 menunjukkan bilangan calon yang bertanding dalam satu pemilihan Badan Wakil Pelajar (BWP).
| Tingkatan | Lelaki | Perempuan |
|---|---|---|
| Tiga | 2 | 2 |
| Empat | 9 | 7 |
Bilangan ahli BWP mesti terdiri daripada 8 lelaki dan 7 perempuan. Jika pelajar tingkatan tiga terpilih, hanya seorang sahaja daripada mereka yang boleh menjadi ahli BWP.
Cari bilangan cara untuk memilih ahli BWP.
3 markah
128 markah
a(i)
Bilangan pilih atur bagi $n$ objek yang berbeza diambil $r$ objek pada satu masa diberi oleh ${}^{n}P_r$. Nyatakan syarat bagi nilai $r$.
1 markah
a(ii)
Diberi bahawa ${}^{n}P_5 = 56n(n^2 - 5n + 4)$, cari nilai $n$.
3 markah
Kelab Makmur menganjurkan acara cabutan bertuah di mana setiap orang akan mendapat suatu nombor empat digit. Jika nombor tersebut boleh dibahagi tepat dengan 3, maka pemegang nombor cabutan bertuah tersebut akan layak untuk cabutan hadiah utama.
[Suatu nombor boleh dibahagi tepat dengan 3 jika hasil tambah digit bagi nombor tersebut boleh dibahagi tepat dengan 3]
b(i)
Cari bilangan nombor cabutan bertuah yang layak untuk memasuki cabutan hadiah utama menggunakan digit 3, 4, 6 dan 8 tanpa pengulangan.
1 markah
b(ii)
Menggunakan digit 1, 3, 5, 6 dan 7 dengan keadaan hanya digit 7 boleh diulang sekali, cari bilangan nombor cabutan bertuah yang layak untuk memasuki cabutan utama.
3 markah
Bahagian BPilih 2 daripada 3Dipilih 0/2
138 markah
Rajah 13 menunjukkan $\underset{\sim}{p}$ dan $\underset{\sim}{q}$ dilukis pada grid segi empat sama dengan sisi 1 unit.
a(i)
Ungkapkan $\overrightarrow{RS}$ dan $\overrightarrow{RO}$ dalam sebutan $\underset{\sim}{p}$ dan $\underset{\sim}{q}$.
2 markah
a(ii)
Seterusnya, dengan menggunakan hukum segi tiga vektor, cari $\overrightarrow{OS}$.
2 markah
b
Imran ingin menguji dua buah dron dalam sebuah terowong angin. Jadual 13 menunjukkan halaju bagi dron-dron yang diuji.
| Dron | Halaju dron (m s⁻¹) |
|---|---|
| $F$ | $\frac{7}{2}\underset{\sim}{i} + 5\underset{\sim}{j}$ |
| $G$ | $x\underset{\sim}{i} + y\underset{\sim}{j}$ |
Diberi bahawa halaju angin yang dihasilkan oleh terowong angin tersebut ialah $\underset{\sim}{w} = (-3\underset{\sim}{i} - 5\underset{\sim}{j})$ m s⁻¹. Jika halaju paduan dron $G$ ialah vektor unit pada arah halaju paduan dron $F$, cari vektor halaju, dalam m s⁻¹, dron $G$.
4 markah
148 markah
Rajah 14 menunjukkan hubungan bagi tiga set.
a
Nyatakan nilai $g^{-1}(3)$.
1 markah
b(i)
Cari fungsi gubahan $fg(x)$.
2 markah
b(ii)
Seterusnya, jika $fg(x)$ dan $gf(x)$ mempunyai imej yang sama, cari imej tersebut.
3 markah
c
Tentukan $h(x)$ jika $hg(x) = \frac{1}{x-3}$, $x \ne 3$.
2 markah
158 markah
a
Diberi bahawa julat nilai $x$ bagi ketaksamaan kuadratik $x^2 + 3x - 28 < 0$ ialah $k - 5 < x < k + 6$. Dengan menggunakan kaedah jadual, cari julat nilai $x$. Seterusnya, cari nilai $k$.
3 markah
b
Diberi bahawa persamaan kuadratik $px^2 + (3 - 2p)x + p - 5q = 0$ mempunyai nilai pembezalayan 5, ungkapkan $p$ dalam sebutan $q$.
2 markah
c
Persamaan kuadratik $3x^2 - 8x + 2 = 0$ mempunyai punca-punca $2\alpha$ dan $2\beta$. Bentukkan persamaan kuadratik yang mempunyai punca-punca $\frac{2}{\alpha} + 1$ dan $\frac{2}{\beta} + 1$.
3 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini