Diberi bahawa suatu fungsi diwakili oleh $ff^{-1}(p+3) = 7 - q$. Ungkapkan $p$ dalam sebutan $q$.
1 markah
Diberi bahawa $f(x) = (x-4)^2 - 1$, dengan domain $m \le x \le 7$ supaya $f^{-1}$ wujud.
b(i)
Tentukan nilai terkecil bagi $m$.
1 markah
b(ii)
Seterusnya, cari domain yang sepadan bagi $f^{-1}$.
2 markah
24 markah
Rajah 2(a) menunjukkan pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = 4x^2 - 12x + 9$ manakala Rajah 2(b) adalah graf persamaan linear yang terbentuk diwakili oleh paksi-$Y$ dan paksi-$X$ dengan kecerunan 2.
a
Tukar persamaan kepada bentuk linear, $Y = mX + C$.
2 markah
b
Seterusnya, cari nilai $k$ jika titik $(k, 7)$ terletak di atas garis lurus itu.
2 markah
33 markah
Rajah 3 menunjukkan sebuah bulatan berpusat $O$ dengan jejari ialah 3.5 cm dan panjang perentas adalah sama dengan jejari.
Cari perimeter, dalam cm, kawasan berlorek. [Guna $\pi = 3.142$]
3 markah
45 markah
Diberi bahawa $k$ ialah satu integer positif.
a
Ungkapkan $S_A$, hasil tambah semua integer dari $2k$ hingga $4k$ terangkum dalam sebutan $k$.
2 markah
b
Ungkapkan $S_B$, hasil tambah semua integer genap dari $2k$ hingga $4k$ terangkum dalam sebutan $k$.
2 markah
c
Tunjukkan bahawa $\frac{S_A}{S_B} = \frac{2k+1}{k+1}$.
1 markah
58 markah
Satu jawatankuasa persatuan Matematik terdiri daripada pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha, bendahari dan 6 orang ahli jawatankuasa (AJK) akan dilantik daripada 15 orang, 9 lelaki dan 6 perempuan.
Berapakah bilangan cara jawatankuasa yang berbeza dapat dibentuk jika,
a(i)
tiada syarat yang perlu dipatuhi, cari nilai tanpa menggunakan kalkulator,
2 markah
a(ii)
pengerusi dan timbalan mesti lelaki manakala setiausaha dan bendahari mesti perempuan.
3 markah
b
Semua jawatankuasa yang dilantik ini akan hadir ke majlis makan malam dan perlu duduk di satu meja bulat dengan 10 kerusi. Hitungkan bilangan cara mereka boleh disusun jika Pengerusi dan Timbalan Pengerusi mesti duduk sebelah menyebelah.
3 markah
66 markah
Didapati bahawa 80% daripada graduan kolej di sebuah negeri mendapat pekerjaan. Jika 8 orang graduan kolej dari negeri itu dipilih secara rawak, cari kebarangkalian bahawa
a(i)
tepat 5 orang mendapat pekerjaan,
1 markah
a(ii)
selebih-lebihnya 2 orang tidak mendapat pekerjaan.
2 markah
Rajah 6 menunjukkan graf taburan normal. Kebarangkalian bagi suatu pembolehubah $X$, $X \sim N(\mu, \sigma^2)$
b(i)
Diberi bahawa $AB$ adalah paksi simetri bagi graf itu.
Nyatakan nilai $\mu$
1 markah
b(ii)
Jika nilai $P(X > 15) = 0.28$, lorekkan rajah di atas dan nyatakan nilai bagi $P(5 \le X \le 15)$
*(Huraikan rantau yang anda lorek dalam perkataan: had-had nilai $x$ rantau itu dan kedudukannya terhadap lengkung.)*
2 markah
78 markah
Fungsi kuadratik $f(x) = x^2 - 6kx + h$ mempunyai nilai minimum $2k - 9k^2$, dengan keadaan $k$ dan $h$ ialah pemalar. Graf fungsi tersebut bersimetri pada $x = k + 4$.
a
Dengan menggunakan kaedah penyempurnaan kuasa dua, cari nilai $k$ dan nilai $h$.
4 markah
b
Lakarkan graf bagi fungsi kuadratik tersebut.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, pintasan pada paksi-paksi dan titik minimum.)*
2 markah
c
Jika graf itu digerakkan 4 unit ke kiri dan 3 unit ke atas, tentukan nilai minimum baharu dan persamaan paksi simetri graf itu.
2 markah
89 markah
a
Diberi bahawa $f(x) = 4x^{p+1} + 6x^{p} - 8$ dan $\frac{d}{dx}[f(x)] = qx^{p} + qx^{p-1}$ dengan keadaan $p$ dan $q$ adalah pemalar. Cari nilai $p$ dan nilai $q$.
4 markah
b(i)
Cari $\frac{dy}{dx}$ bagi $y = 8x^{-3}$.
2 markah
b(ii)
Seterusnya, anggarkan nilai $\frac{8}{(1.8)^3}$.
3 markah
99 markah
a
Dengan menggunakan kaedah penggantian, cari nilai bagi $\int_0^3 \frac{5}{(3-2x)^4}\,dx$.
4 markah
b
Diberi suatu fungsi kecerunan bagi suatu persamaan lengkung, $f(x)$ adalah $2x - 6$ dan mempunyai nilai minimum $-4$. Cari persamaan lengkung, $f(x)$, dengan menggunakan kaedah kalkulus.
3 markah
c
Diberi bahawa $\int_a^3 f(x)\,dx = 5$ dan $\int_a^3 [f(x) + 4]\,dx = 9$. Cari nilai $a$.
2 markah
103 markah
Diberi bahawa $4^m = a$ dan $2^n = b$.
$$\frac{a^3b^2}{ab^4} = 2^{pm+qn}$$
Cari nilai $p$ dan nilai $q$
3 markah
112 markah
Diberi bahawa $\log_a 2 = p^{-1}$, ungkapkan $\log_a (8)^{\frac{1}{2}}$ dalam sebutan $p$.
2 markah
123 markah
Pada satu satah cartes $\underset{\sim}{m} = 2\underset{\sim}{i} + 3\underset{\sim}{j}$, $\underset{\sim}{n} = -2\underset{\sim}{i} + \underset{\sim}{j}$, titik $P(2, -3)$ dan titik $Q(8, 2)$.
Diberi $\overrightarrow{PQ} = r\underset{\sim}{m} + s\underset{\sim}{n}$ dengan keadaan $r$ dan $s$ adalah pemalar. Cari nilai $r$ dan nilai $s$.
3 markah
Bahagian BPilih 2 daripada 3Dipilih 0/2
138 markah
Titik $W$ bergerak di sepanjang suatu lengkok bulatan yang berpusat di $D(2, 3)$ dan melalui titik $E(-2, 0)$ dan titik $F(5, h)$.
a
Cari persamaan lokus $W$ dan nilai-nilai $h$.
6 markah
b
Dengan menggunakan nilai $h < 0$, hitung luas $\triangle DEF$.
2 markah
148 markah
Diberi bahawa $\sin p = \frac{5}{13}$ dan $\operatorname{kos} q = -\frac{4}{5}$, dengan keadaan $p$ ialah sudut tirus dan $q$ ialah sudut cakah.
Cari
a(i)
$\tan p$
2 markah
a(ii)
$\operatorname{kos}(p + q)$
2 markah
b
Selesaikan persamaan $3\sin x \operatorname{kos} x - \operatorname{kos} x = 0$ dalam sebutan $\pi$ untuk $0 \le x \le 2\pi$.
4 markah
158 markah
Diberi satu fungsi $f$ ditakrifkan oleh $f : x \rightarrow -|4x - 2|$.
a(i)
Lakarkan graf bagi $f$ untuk domain $-2 \le x \le 3$ dan nyatakan julat $f$ yang sepadan untuk domain itu.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, titik pada paksi-$x$ dan titik-titik hujungnya.)*
3 markah
a(ii)
Seterusnya, tentukan sama ada $f(x)$ mempunyai fungsi songsang atau tidak, berikan justifikasi anda.
1 markah
b
Diberi bahawa $f^{-1}\left(\frac{2x-1}{1-x}\right) = \frac{x+1}{2x+1}$ dan $f(k) = 3$. Cari nilai $k$.
4 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini