Diberi fungsi $f(x) = \frac{hx + k}{x - m}, x \neq 2$ dan $f^{-1}(x) = \frac{2x - 5}{x - 3}, x \neq 3$.
a(i)
Nyatakan nilai $m$.
1 markah
a(ii)
Cari nilai $h$ dan $k$.
3 markah
b
Seterusnya, cari nilai-nilai $x$ dengan keadaan fungsi $f(x) = 2x$.
3 markah
27 markah
Rajah 2(a) menunjukkan lengkung $y = f(x)$ dan lengkung $y = g(x)$ yang bersilang pada titik $A(0, 3)$ dan titik $B(k, 6)$.
Cari,
a(i)
nilai $k$,
2 markah
a(ii)
luas yang dibatasi oleh lengkung $f(x)$ dan $g(x)$.
3 markah
b
Rajah 2(b) menunjukkan lengkung $y = \sqrt{x - 1}$ dan titik $C(5, 2)$ berada pada lengkung itu.
Cari isipadu janaan dalam sebutan $\pi$ yang dibatasi oleh lengkung $y = \sqrt{x - 1}$, $x = 5$ dan paksi-$x$ dikisarkan sepenuhnya terhadap paksi-$x$.
2 markah
38 markah
a
Diberi bahawa $x - 3 = 2\sqrt{x}$, cari nilai $x$ yang memuaskan persamaan.
2 markah
b
Diberi bahawa $4^{x+2} = 24 + 4^{x+1}$, cari nilai $x$.
3 markah
c
Diberi bahawa $\log_3 b = p$ dan $\log_3 c = q$, ungkapkan $\log_9\left(\frac{27b}{c}\right)$ dalam sebutan $p$ dan $q$.
3 markah
47 markah
Sebuah firma kejuruteraan hendak membina sebuah kerangka logam berbentuk segi tiga bersudut tegak bagi model sebuah bangunan. Diberi bahawa jumlah panjang kerangka logam yang digunakan ialah 24 cm. Beza antara dua kali panjang sisi mengufuk, $x$ dengan sisi menegak, $y$ ialah 4 cm dan $x + y$ adalah 4 cm lebih panjang daripada hipotenus. Selesaikan sistem persamaan tersebut untuk mencari panjang setiap sisi tapak kerangka logam itu.
7 markah
56 markah
Rajah 5 menunjukkan keratan rentas sebuah tasik yang diwakili oleh persamaan $g(x) = \frac{1}{2}x^3 - 3x^2 - 5$ dengan keadaan $g(x)$ ialah kedalaman tasik, dalam meter, dan $x$ ialah jarak mengufuk dari paksi-$g(x)$.
Titik $A$ ialah dasar paling dalam sebuah tasik. Dengan menggunakan kaedah pembezaan, cari koordinat-$x$ bagi titik-titik pusingan dan tunjukkan bahawa titik $A$ ialah titik paling dalam. Seterusnya, nyatakan kedalaman tasik pada titik $A$ tersebut.
6 markah
68 markah
Rajah 6 menunjukkan sebuah taman berbentuk bulatan berpusat di $O$. Kawasan berlorek ialah kolam ikan dan kawasan selebihnya ditanam dengan rumput.
Diberi panjang $OA = OB = 10$ m dan sudut minor sektor $OAB$ ialah 1.75 rad.
[ Guna $\pi = 3.142$ ]
Cari,
a
perimeter, dalam m, kawasan yang ditanam dengan rumput,
5 markah
b
luas, dalam $\text{m}^2$, kolam ikan itu.
3 markah
77 markah
Rajah 7(a) menunjukkan tiga segiempat sama yang pertama dengan keadaan sisi-sisinya bertambah sebanyak 1 unit secara berturutan. Perimeter segiempat sama membentuk suatu janjang aritmetik.
Diberi perimeter segiempat sama yang pertama ialah $\sqrt{128}$ cm.
a(i)
Cari $y$ dalam sebutan surd yang termudah.
2 markah
a(ii)
Cari hasil tambah enam sebutan yang pertama, $\frac{1}{S_6}$ dan seterusnya ungkapkan $\frac{1}{S_6}$ dalam bentuk $\frac{p + 4\sqrt{2}}{84}$ dengan keadaan $p$ adalah pemalar.
3 markah
b
Rajah 7(b) menunjukkan tiga segiempat tepat yang pertama dengan lebar tetap dan panjangnya bertambah sebanyak 1 unit secara berturutan.
Tunjukkan bahawa luas segiempat tepat membentuk suatu janjang aritmetik.
2 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Masa yang digunakan untuk mengisi sambal pedas dalam botol $A$ dan botol $B$ masing-masing diwakili oleh $X_A \sim N(h, 100)$ dan $X_B \sim N(15.5, 100)$.
a(i)
Jika seorang pekerja dipilih secara rawak, kebarangkalian masa yang diambil untuk pekerja mengisi sambal pedas dalam botol $A$ lebih daripada 20 s ialah 0.2420.
Cari nilai $h$. Seterusnya, labelkan $A$ dan $B$ pada lengkung di Rajah 8($a$) yang mewakili taburan masa mengisi sambal pedas itu.
*(Nyatakan label bagi lengkung kiri dan lengkung kanan.)*
5 markah
a(ii)
Hitung kebarangkalian bagi pekerja yang dipilih secara rawak mengisi sambal pedas dalam botol $B$ yang mengambil masa 10 s hingga 20 s.
3 markah
b
Rajah 8($b$) menunjukkan dua lengkung normal $P_1$ dan $P_2$ bagi masa dalam saat, s yang digunakan oleh pekerja kilang untuk mengisi sambal pedas dalam botol. Masa yang digunakan pekerja untuk mengisi sambal pedas dalam botol $C$ dan botol $D$ masing-masing diwakili dengan $X_C \sim N(50, 100)$ dan $X_D \sim N(50, 144)$.
Berdasarkan Rajah 8($b$), lengkapkan Jadual 8 yang mewakili $X_C$ dan $X_D$.
| Botol | Lengkung Normal |
|---|---|
| $C$ | |
| $D$ | |
Jadual 8
*(Tulis lengkung normal bagi setiap botol.)*
2 markah
910 markah
Jadual 9 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah, $x$ dan $y$, yang diperoleh daripada suatu eksperimen. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = e^{bx^3 + ax}$, dengan keadaan $a$ dan $b$ ialah pemalar.
| $x$ | 1.0 | 1.5 | 2.0 | 2.5 | 3.0 | 3.5 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 1.90 | 2.99 | 5.58 | 16.86 | 75.19 | 426.24 |
Jadual 9($a$)
a
Berdasarkan Jadual 9(a), lengkapkan Jadual 9(b).
| $x^2$ | | | | | | |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $\frac{\ln y}{x}$ | | | | | | |
Jadual 9(b)
*(Tulis enam nilai $x^2$ dan enam nilai $\frac{\ln y}{x}$.)*
2 markah
b
Daripada Jadual 9(b), plot $\frac{\ln y}{x}$ melawan $x^2$, dengan menggunakan skala 2 cm kepada 2 unit pada paksi-$x^2$ dan 2 cm kepada 0.2 unit pada paksi-$\frac{\ln y}{x}$.
Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
3 markah
Dengan menggunakan graf di ($b$), cari nilai
c(i)
$a$,
2 markah
c(ii)
$b$,
2 markah
c(iii)
$y$, apabila $x = 1.6733$.
1 markah
1010 markah
Rajah 10 menunjukkan trajektori roket air yang membentuk suatu lintasan parabola $f(x) = -\frac{3}{100}x^2 + \frac{12}{5}x$. $f(x)$ mewakili tinggi, dalam m, roket air dari aras tanah dan $x$, ialah jarak, dalam m, dari tapak pelancar. Sasaran ditetapkan ialah $d$ m dengan keadaan $d$ ialah pemalar dari tapak pelancar.
Cari,
a(i)
ketinggian maksimum, dalam m, roket air itu,
3 markah
a(ii)
nilai $d$.
1 markah
Kumpulan Aleeya dan Badrul telah layak ke pertandingan akhir roket air. Kumpulan dengan roket airnya paling hampir dengan sasaran akan dikira sebagai pemenang.
b(i)
Tuliskan persamaan trajektori bagi pergerakan roket air kumpulan Aleeya dalam bentuk verteks jika roket airnya mencapai ketinggian maksimum 24 m dan jatuh di atas tanah 8 m sebelum sasaran.
3 markah
b(ii)
Jika trajektori roket air kumpulan Badrul ialah $f(x) = -\frac{20}{1369}x^2 + \frac{40}{37}x$, adakah kumpulan Badrul akan memenangi pertandingan roket air tersebut ? Berikan justifikasi jawapan anda.
3 markah
1110 markah
Rajah 11 menunjukkan sebuah rombus $PQRS$.
Cari,
a(i)
nilai $h$,
2 markah
a(ii)
luas rombus $PQRS$.
2 markah
Diberi bahawa titik $M(x, y)$ bergerak dengan keadaan $MR : MP = 1 : 2$.
b(i)
Cari persamaan lokus bagi $M$.
3 markah
b(ii)
Seterusnya, tunjukkan bahawa lokus $M$ menyilang paksi-$x$ pada dua titik dan nyatakan koordinat titik-titik tersebut.
3 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Satu zarah bergerak di sepanjang suatu garis lurus dan melalui satu titik tetap $O$. Halaju zarah itu, $v$ $\text{m s}^{-1}$, diberi oleh $v = 21 + 4t - t^2$, dengan keadaan $t$ ialah masa, dalam saat, selepas melalui $O$.
[Andaikan gerakan ke arah kanan adalah positif]
Cari,
a
halaju awal, dalam $\text{m s}^{-1}$, bagi zarah itu,
1 markah
b
masa dalam saat, apabila zarah itu menukar arah,
2 markah
c
halaju maksimum, dalam $\text{m s}^{-1}$, bagi zarah itu,
3 markah
d
jumlah jarak, dalam m, yang dilalui oleh zarah itu dalam 10 saat yang pertama.
4 markah
1310 markah
Jadual 13 menunjukkan maklumat berkaitan empat jenis bahan yang digunakan untuk menghasilkan sejenis produk.
| Bahan | Harga pada tahun 2022 (RM) | Harga pada tahun 2024 (RM) | Pemberat |
|---|---|---|---|
| $A$ | 4.20 | $x$ | 5 |
| $B$ | $y$ | $z$ | $m$ |
| $C$ | 12.60 | 18.90 | $n$ |
| $D$ | 20.00 | 25.00 | 4 |
Jadual 13
a(i)
Diberi bahawa indeks harga bahan $A$ pada tahun 2024 berasaskan tahun 2022 ialah 130, cari nilai $x$.
1 markah
a(ii)
Indeks harga bahan $B$ pada tahun 2024 berasaskan tahun 2022 ialah 140. Harga bahan $B$ pada tahun 2024 adalah RM2.10 lebih tinggi daripada harga sepadannya pada tahun 2022. Hitung nilai $y$ dan $z$.
3 markah
b
Diberi bahawa indeks gubahan untuk menghasilkan produk tersebut pada tahun 2024 berasaskan tahun 2022 ialah 128. Ungkapkan $m$ dalam sebutan $n$.
3 markah
c
Kos pembuatan sebungkus produk tersebut meningkat sebanyak 35% dari tahun 2024 ke tahun 2025. Harga jualan produk itu pada tahun 2025 ialah RM52 dengan keuntungan sebanyak RM8 bagi setiap bungkus. Hitung kos pembuatan bagi sebungkus produk itu pada tahun 2022.
3 markah
1410 markah
Rajah 14 menunjukkan bongkah kaca $VABC$ dengan tapak berbentuk segi tiga $ABC$ terletak di atas permukaan mengufuk. $V$ ialah puncak bagi bongkah dan bersudut tegak dengan tapak $ABC$.
a
Tunjukkan bahawa luas tapak $\Delta ABC$, $L$ $\text{cm}^2$ ialah $L = \frac{1}{2}ab\sin C$.
2 markah
Diberi bahawa tinggi $VA$ = 10 cm, $AB$ = 7 cm, $BC$ = 9 cm dan $\angle ABC = 105^\circ$.
b(i)
Hitung panjang $AC$ dalam cm.
2 markah
b(ii)
Lakarkan segi tiga $A'B'C'$ yang mempunyai bentuk berbeza daripada segi tiga $ABC$ dengan keadaan $AB = A'B'$, $AC = A'C'$ dan $\angle ACB = \angle A'C'B'$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: panjang sisi dan sudut-sudut segi tiga $A'B'C'$.)*
2 markah
Bongkah tersebut akan dipasangkan dengan jalur emas secara lurus pada garisan terpendek dari puncak $V$ ke $BC$.
c(i)
Cari luas, dalam $\text{cm}^2$, $\Delta VBC$.
2 markah
c(ii)
Seterusnya, hitung panjang jalur emas itu.
2 markah
1510 markah
Sebuah kedai jualan Roti John menjual $x$ biji roti John ayam dan $y$ biji Roti John daging dalam sehari sepanjang bulan Ramadan. Diberi enam kali jualan Roti John daging adalah melebihi tujuh kali Roti John ayam sekurang-kurangnya 140. Tempahan dalam sehari untuk Roti John daging adalah selebih-lebihnya 120 biji.
a
Tulis dua ketaksamaan, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi semua kekangan di atas.
2 markah
b
Kekangan ketiga ditunjukkan pada graf pada halaman 39. Rantau berlorek mewakili titik-titik yang memenuhi kekangan itu.
Tulis ketaksamaan yang diwakili oleh graf tersebut.
1 markah
c
Pada halaman 39, bina dan label rantau $\boldsymbol{R}$ yang memenuhi semua kekangan itu.
*(Huraikan dalam perkataan: garis-garis yang anda lukis dan rantau $R$ yang dilorek.)*
2 markah
Gunakan graf yang dibina di (c) untuk menjawab soalan-soalan berikut :
d(i)
Nyatakan julat bilangan biji Roti John daging yang dapat dijual jika bilangan jualan Roti John ayam ialah 30 biji.
1 markah
d(ii)
Harga jualan Roti John ayam dan Roti John daging masing-masing ialah RM6.00 dan RM8.00. Hari Jumaat merupakan jualan minimum Roti John ayam dan Roti John daging.
Dengan melukis graf fungsi objektif, cari hasil jualan Roti John tersebut pada hari Jumaat.
*(Nyatakan fungsi objektif, huraikan garis fungsi objektif yang anda lukis dan titik yang anda gunakan.)*
4 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini