Cari kecerunan tangen bagi lengkung $y = -x^2 + 2x + 4$ apabila $x = 1$.
3 markah
b
Bezakan $y = \sqrt{(17 + 3x)^6}$ terhadap $x$.
2 markah
29 markah
Menyenaraikan semua sebutan bagi jujukan adalah **tidak** diterima.
Rajah 1 menunjukkan segulung kertas dinding dan Rajah 2 menunjukkan sebuah kubus. Kertas dinding itu dibahagikan kepada 20 keratan dengan ukuran panjangnya membentuk suatu janjang aritmetik. Diberi jumlah panjang bagi tiga keratan terpendek ialah 96 cm dan panjang bagi keratan terpanjang ialah 284 cm.
a
Cari panjang segulung kertas dinding itu.
6 markah
b
Jika keratan keempat kertas dinding digunakan untuk membalut kubus dalam Rajah 2, cari julat nilai $x$.
3 markah
35 markah
a
Selesaikan persamaan $9 - 4\sqrt{3} = 3 + 2\sqrt{m}$ dan tulis jawapan dalam bentuk $m = a + b\sqrt{3}$ dengan $a$ dan $b$ ialah integer.
2 markah
b
Diberi bahawa $\log_a 3 = x$ dan $\log_a 2 = y$, ungkapkan $\log_a \frac{18}{a^3}$ dalam sebutan $x$ dan $y$.
3 markah
47 markah
a
Buktikan bahawa $\frac{6\,\text{kot}\,x}{1 + \text{kot}^2 x} = 3\sin 2x$.
3 markah
b
Seterusnya, selesaikan persamaan $\frac{6\,\text{kot}\,x}{1 + \text{kot}^2 x} = \frac{3\sqrt{3}}{2}$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$. Berikan jawapan dalam sebutan $\pi$.
4 markah
57 markah
Kapal terbang sebuah syarikat penerbangan beroperasi setiap hari dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Kebarangkalian kapal terbang itu tiba lewat di Kuala Terengganu ialah 0.15.
a
Jika 7 hari dipilih secara rawak, hitung kebarangkalian bahawa kapal terbang tersebut tiba lewat kurang dari 3 hari.
3 markah
b
Jika 150 hari dipilih secara rawak, hitung kebarangkalian bahawa kapal terbang itu tiba lewat lebih dari 35 hari.
4 markah
67 markah
Bucu-bucu sebuah heksagon ialah $A(-1, 3)$, $B(1, 5)$, $C\left(\frac{1}{2}, 1\right)$, $D(3, 0)$, $E(2, -2)$ dan asalan $O$.
a
Cari luas heksagon tersebut.
2 markah
b
Tentukan garis lurus $OE$ dan $CD$ selari atau tidak.
2 markah
c
Titik $R$ bergerak dalam nisbah $RO : RD = 1 : 3$, cari persamaan lokus $R$.
3 markah
710 markah
Seorang arkitek landskap, Encik Haiqal telah ditugaskan untuk merancang membuat sebuah taman rekreasi. Taman tersebut terdiri daripada dua bahagian utama iaitu satu kawasan berbentuk segi empat tepat dan satu lagi berbentuk separuh bulatan. Encik Haiqal ingin memastikan bahawa jumlah luas kedua-dua kawasan ini memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan taman. Diberi luas taman segi empat, $A_1 = x^2 - 6x + 8$ dan luas taman separuh bulatan, $A_2$ berjejari, $r$, dengan keadaan $x = r + 2$. Tentukan nilai $x$ dan nilai $r$ apabila jumlah luas kedua-dua taman adalah 50 m$^2$. Seterusnya, cari luas setiap bahagian taman tersebut.
Beri jawapan kepada dua tempat perpuluhan.
10 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Jadual 1 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah, $x$ dan $y$ yang diperoleh daripada suatu eksperimen. Pemboleh ubah, $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $h + xy = \frac{2k}{x}$ dengan keadaan $h$ dan $k$ ialah pemalar.
| $x$ | 1.0 | 1.5 | 2.0 | 3.0 | 3.5 | 4.0 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 6.98 | 2.82 | 1.36 | 0.46 | 0.43 | 0.16 |
Jadual 1
a
Berdasarkan jadual 1, bina jadual bagi nilai-nilai $x^2y$.
*(Tulis nilai $x^2y$ bagi setiap nilai $x$ dalam Jadual 1.)*
1 markah
b
Plot graf $x^2y$ melawan $x$, dengan menggunakan skala 1 cm kepada 0.5 unit pada paksi-$x$ dan 1 cm kepada 1 unit pada paksi-$x^2y$. Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis lurus penyuaian terbaik — titik mana yang dilalui atau berhampiran dan di mana garis itu memotong paksi.)*
3 markah
Gunakan graf di (b) untuk mencari
c(i)
nilai $h$ dan nilai $k$,
3 markah
c(ii)
nilai $y$ yang betul jika satu daripada nilai $y$ tersalah catat semasa eksperimen.
3 markah
910 markah
Rajah 3 menunjukkan sebahagian lengkung $y = x^2$. Tangen kepada lengkung itu pada titik $P(3, 9)$ bersilang pada paksi-$y$ di titik $Q$.
Cari
a
persamaan tangen pada titik $P$,
3 markah
b
luas rantau berlorek,
4 markah
c
isipadu janaan, dalam sebutan $\pi$, apabila rantau yang dibatasi oleh lengkung itu, paksi-$x$ dan garis lurus $x = 3$, dikisarkan melalui $90^\circ$ pada paksi-$x$.
3 markah
1010 markah
$OABC$ ialah sebuah segi empat selari dengan keadaan $\overrightarrow{OA} = 3\underset{\sim}{i} + 4\underset{\sim}{j}$ dan $\overrightarrow{OC} = 12\underset{\sim}{i} + 5\underset{\sim}{j}$.
Cari
a(i)
$\overrightarrow{OB}$,
2 markah
a(ii)
vektor unit pada arah $\overrightarrow{OB}$,
2 markah
a(iii)
$\angle AOB$.
3 markah
$R$ ialah titik dengan keadaan $\overrightarrow{CR} = 3\underset{\sim}{i} + 7\underset{\sim}{j}$.
b(i)
Cari $\overrightarrow{AR}$,
1 markah
b(ii)
Seterusnya, tentukan sama ada $O$, $A$ dan $R$ adalah segaris.
2 markah
1110 markah
Rajah 4 menunjukkan sebuah bulatan berpusat $O$ dan berjejari 10 cm.
Diberi $KL = KN = 15$ cm dan $\angle LON = 2.89$ radian.
[Guna / Use $\pi = 3.142$]
Cari
a
panjang, dalam cm, lengkok $LKN$.
2 markah
b
perimeter, dalam cm, tembereng $LMNK$.
3 markah
c
luas, dalam cm$^2$, rantau berlorek.
5 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Rajah 5 menunjukkan segi tiga $ABC$ dan segi tiga $CDE$ dengan keadaan $ACE$ dan $BCD$ ialah garis lurus.
Hitung panjang, dalam cm, bagi
a(i)
$BC$,
2 markah
a(ii)
$DE$.
2 markah
Titik $C'$ terletak pada garis $AE$ dengan keadaan $DC = DC'$.
b(i)
Lakar segi tiga $AC'D$,
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bucu-bucu segi tiga, kedudukan $C'$ pada garis $AE$ dan jenis sudut di $C'$.)*
1 markah
b(ii)
Nyatakan $\angle AC'D$,
1 markah
b(iii)
Hitung luas, dalam cm$^2$, bagi segitiga $AC'D$.
4 markah
1310 markah
Sebuah kilang ingin mengambil pekerja baharu bagi jawatan penyelia dan operator. Wang berjumlah RM32 000 telah diperuntukkan untuk bayaran gaji sebulan pekerja. Gaji seorang penyelia dan seorang operator masing-masing ialah RM600 dan RM400 sebulan. Bilangan operator perlu melebihi bilangan penyelia seramai 10 orang atau lebih. Bilangan penyelia mesti sekurang-kurangnya 10% daripada bilangan operator. Diberi $x$ mewakili bilangan penyelia dan $y$ mewakili bilangan operator.
a
Rantau berlorek dalam graf pada halaman 31 mewakili salah satu kekangan. Tulis satu ketaksamaan mewakili kekangan itu.
1 markah
b
Tulis dua ketaksamaan selain daripada (a), $x \geq 0$ dan $y \geq 0$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
2 markah
c
Menggunakan skala 2 cm kepada 5 orang pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 10 orang pada paksi-$y$, bina dan label rantau R yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: garis-garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilalui) dan sempadan rantau R.)*
3 markah
Menggunakan graf yang dibina di **(c)** untuk menjawab soalan-soalan berikut:
d(i)
Jumlah maksimum pekerja yang boleh diambil oleh kilang tersebut jika bilangan penyelia adalah 10% daripada bilangan operator.
1 markah
d(ii)
Kilang tersebut akan membayar elaun lebih masa sebanyak RM8 sejam bagi seorang operator dan RM16 sejam bagi seorang penyelia.
Dengan melukis garis fungsi objektif, cari jumlah maksimum elaun lebih masa bagi sejam yang perlu dibayar oleh kilang tersebut.
3 markah
1410 markah
Rajah 6 menunjukkan tiga titik tetap $O$, $P$ dan $Q$ pada suatu garis lurus.
Suatu zarah bergerak di sepanjang garis lurus dan melalui satu titik tetap $O$. Halajunya, $v$ ms$^{-1}$, diberi oleh $v = 8 - 2t$, dengan keadaan $t$ ialah masa selepas meninggalkan titik tetap $O$. Zarah itu berhenti seketika pada titik $Q$.
[Anggapkan gerakan ke arah kanan sebagai positif]
Cari
a(i)
pecutan, dalam ms$^{-2}$, zarah itu,
1 markah
a(ii)
masa, dalam saat, apabila zarah itu berada di $Q$,
2 markah
a(iii)
halaju, dalam ms$^{-1}$, bagi zarah itu apabila melalui $P$.
4 markah
b
Hitung beza jarak di antara $PO$ dan $OQ$.
3 markah
1510 markah
Jadual 2 menunjukkan maklumat berkaitan tiga bahan yang digunakan dalam penghasilan kek brownies.
| Bahan | Indeks Harga Tahun 2023 (2021 = 100) | Indeks Harga Tahun 2024 (2021 = 100) | Indeks Harga Tahun 2024 (2023 = 100) | Pemberat |
|---|---|---|---|---|
| $A$ | 180 | $y$ | 105 | 5 |
| $B$ | $x$ | 258 | 120 | 7 |
| $C$ | 200 | 216 | $z$ | 3 |
Jadual 2
a
Cari nilai $x$, $y$ dan $z$.
3 markah
b(i)
Hitung indeks gubahan bagi kos penghasilan kek brownies itu pada tahun 2024 berasaskan tahun 2023.
2 markah
b(ii)
Seterusnya, hitung kos penghasilan kek brownies itu pada tahun 2024 jika kos penghasilan pada tahun 2023 ialah RM55.00.
2 markah
c
Kos untuk membuat sebiji kek brownies dijangka meningkat 50% dari tahun 2023 ke tahun 2025. Hitung kos pembuatan sebiji kek itu pada tahun 2025 jika kos pembuatan pada tahun 2024 ialah RM60.50.
3 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini