Ungkapkan persamaan itu dalam bentuk $ax^2 + bx + c = 0$.
1 markah
a(ii)
Nyatakan hasil tambah punca dan hasil darab punca bagi persamaan itu.
2 markah
b
Ungkapkan $h(x) = -x^2 - 8x + 9$ dalam bentuk $h(x) = -(x + p)^2 + q$. Seterusnya nyatakan nilai maksimum $h(x)$ dan nilai $x$ yang sepadan.
3 markah
28 markah
Rajah 1 menunjukkan sebuah segitiga $OPQ$. Diberi $\overrightarrow{OP} = \underset{\sim}{a}$, $\overrightarrow{OQ} = \underset{\sim}{b}$ dan $\overrightarrow{OR} : \overrightarrow{RM} = 3 : 2$. $M$ ialah titik tengah bagi $PQ$.
Cari
a(i)
$\overrightarrow{OM}$
3 markah
a(ii)
$\overrightarrow{PR}$
2 markah
b
Jika $\overrightarrow{PN} = -\underset{\sim}{a} + \lambda\underset{\sim}{b}$ dan $\overrightarrow{PR} = k\overrightarrow{PN}$, cari $\overrightarrow{ON} : \overrightarrow{NQ}$.
3 markah
35 markah
Rajah 2 menunjukkan sebuah bulatan berpusat $O$ dengan jejari $x$. Lengkok $PQ$ mencangkum sudut $\theta$ pada $O$.
[Guna/Use: $\pi = 3.142$]
a
Jika $\theta = 1$ rad, nyatakan hubungan antara panjang lengkok $PQ$ dan jejarinya.
1 markah
b(i)
Jika $\theta = 60^\circ$, hitung panjang lengkok minor $PQ$ dalam sebutan $\pi$ dan $x$.
2 markah
b(ii)
Seterusnya, cari jejari, dalam cm, jika panjang lengkok minor $PQ$ ialah 12 cm.
2 markah
47 markah
Selesaikan persamaan berikut
a(i)
$49^{3x} \cdot \sqrt{3^{12x}} = 21$
2 markah
a(ii)
$y\sqrt{12} = 6 - \sqrt{3}$
2 markah
b
Diberi $\log_3 r = m$ dan $\log_9 s = n$. Ungkapkan $\log_3 (r^2 s^3)$ dalam sebutan $m$ dan/atau $n$.
Cari bilangan cara Balqis menyusun 8 biji manik untuk menjadi satu gelang tangan.
2 markah
c
Yusof mempunyai 5 helai baju, 7 pasang seluar panjang dan 4 pasang kasut. Berapakah cara Yusof boleh memilih dua daripada setiap item untuk dibawa bersama semasa cuti?
2 markah
68 markah
Sebuah kilang kicap menghasilkan 5000 liter kicap pada hari pertama beroperasi. Pada setiap hari berikutnya, isipadu penghasilan kicap berkurang sebanyak 2% daripada hari sebelumnya atas faktor kemerosotan biasa produktiviti mesin kilang kicap tersebut.
a(i)
Hitung isipadu penghasilan kicap pada hari keempat operasi.
3 markah
a(ii)
Seterusnya, cari jumlah isipadu penghasilan kicap pada seminggu pertama operasi.
2 markah
Diberi $x, 6, 10, 14, \ldots, 54$ ialah suatu janjang aritmetik.
b(i)
Nyatakan nilai $x$.
1 markah
b(ii)
Cari bilangan sebutan bagi jujukan itu.
2 markah
79 markah
Hobi Awang adalah memancing ikan. Apabila memancing, peluang untuk Awang mendapat ikan adalah 40%. Hitungkan
a(i)
kebarangkalian bahawa Awang akan mendapat tepat 3 ekor ikan dalam 7 balingan,
2 markah
a(ii)
bilangan kali balingan yang dibuat oleh Awang supaya kebarangkalian mendapat sekurang-kurangnya seekor ikan adalah lebih daripada 0.95.
3 markah
b
Rajah 3 menunjukkan taburan kebarangkalian bagi $X$ dengan keadaan $X$ ialah pemboleh ubah rawak diskret. Cari sisihan piawai.
4 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Rajah 4 menunjukkan graf $y = 2\sin bx + c$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$.
a(i)
Nyatakan nilai $b$ dan $c$.
2 markah
a(ii)
Dengan menandakan penyelesaian pada Rajah 4, nyatakan bilangan penyelesaian bagi $2\sin bx = \frac{1}{2}$.
*(Huraikan dalam perkataan garis yang anda lukis pada Rajah 4 dan titik-titik penyelesaian yang anda tandakan.)*
Selesaikan persamaan $3\,\text{kos } 2x - \sin x = 2$ bagi $0^\circ \leq x \leq 360^\circ$.
4 markah
910 markah
Jadual 1.1 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah, $x$ dan $y$, yang diperoleh daripada suatu eksperimen. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = \frac{p}{q^x}$ dengan keadaan $p$ dan $q$ ialah pemalar.
| $x$ | 4 | 6 | 8 | 10 | 12 | 14 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 2.82 | 2.05 | 1.58 | 1.23 | 0.89 | 0.66 |
Jadual 1.1
a
Berdasarkan Jadual 1.1, isi jadual 1.2.
| $x$ | 4 | 6 | 8 | 10 | 12 | 14 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $\log_{10} y$ | | | | | | |
Jadual 1.2
*(Tulis nilai $\log_{10} y$ bagi setiap nilai $x$.)*
1 markah
b
Plot $\log_{10} y$ melawan $x$, menggunakan skala 2 cm kepada 2 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 0.1 unit pada paksi-$\log_{10} y$.
Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
3 markah
Menggunakan graf di (b), cari nilai
c(i)
$y$ apabila $x = 2$,
1 markah
c(ii)
$p$ dan $q$.
5 markah
1010 markah
Rajah 5 menunjukkan sebuah segi tiga $ABC$. Garis lurus $CA$ dipanjangkan ke titik $E$ dengan keadaan garis lurus $BE$ berserenjang dengan garis lurus $CE$.
a
Cari persamaan garis lurus $CE$.
2 markah
b(i)
Cari luas segitiga $ABC$, seterusnya cari nisbah $EA$ kepada $AC$ jika diberi luas segi tiga $ABE$ ialah $37\frac{1}{2}$ unit$^2$.
4 markah
b(ii)
Seterusnya cari koordinat $E$.
2 markah
c
Titik $R$ bergerak dengan keadaan jaraknya dari $E$ adalah sentiasa $\frac{3}{2}$ kali jaraknya dari $C$. Cari persamaan lokus bagi $R$.
2 markah
1110 markah
Seorang kontraktor ditugaskan untuk membina satu tanjakan papan selaju yang berbentuk lengkung di sebuah sekolah sukan. Rajah 6 menunjukkan keratan rentas bagi lengkung tanjakan papan selaju yang dilukis pada satah Cartes dengan keadaan $y$ ialah jarak menegak pemain dari tanah dan $x$ ialah jarak mengufuk pemain dari paksi-$y$. Tanjakan papan selaju dengan ketinggian 8 meter dari aras tanah itu mempunyai palang pemegang di kedua-dua hujungnya yang terpisah sejauh 20 meter di antara satu sama lain. Diberi bahawa fungsi kecerunan bagi lengkung yang membentuk tanjakan papan selaju tersebut ialah $\frac{4}{25}x$.
a
Tentukan persamaan lengkung yang mewakili tanjakan papan selaju itu.
3 markah
b
Hitung luas yang dibatasi oleh lengkung tanjakan papan selaju itu dan $y = 8$.
4 markah
c
Untuk pelan jangka panjang, sekiranya tanjakan papan selaju tersebut tidak lagi digunakan, ia akan diubahsuai menjadi kawasan yang bertutup dan digunakan sebagai tangki simpanan air. Kira isipadu maksimum air, dalam sebutan $\pi$, apabila rantau dibatasi oleh lengkung tanjakan papan $y = f(x)$, garis lurus $y = 8$ dan paksi-$y$ dikisarkan $360^\circ$ terhadap paksi-$y$.
3 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Suatu zarah bergerak di sepanjang suatu garis lurus dan melalui satu titik tetap, $O$. Halajunya, $v$ $\text{ms}^{-1}$, diberi oleh $v = 10 + 3t - t^2$, dengan keadaan $t$ ialah masa, dalam saat, selepas melalui titik $O$.
Cari
a
halaju awal, dalam $\text{ms}^{-1}$, bagi zarah itu,
1 markah
b
nilai $t$, dalam saat, apabila zarah itu berhenti seketika,
2 markah
c
halaju maksimum, dalam $\text{ms}^{-1}$, bagi zarah itu,
3 markah
d
jumlah jarak, dalam m, yang dilalui oleh zarah itu dalam 8 saat yang pertama.
4 markah
1310 markah
Jadual 2 menunjukkan maklumat berkaitan lima bahan yang digunakan untuk membuat sebiji kek Tiramisu.
| Bahan | Harga pada tahun 2021 | Harga pada tahun 2023 | Indeks harga pada tahun 2023 berasaskan tahun 2021 | Peratus penggunaan |
|---|---|---|---|---|
| A | 16.00 | 19.20 | 120 | 25 |
| B | $p$ | 16.10 | 115 | 15 |
| C | 12.00 | $q$ | 110 | 10 |
| D | 9.00 | 9.45 | $r$ | $s$ |
| E | 13.00 | 16.90 | 130 | 30 |
Jadual 2
a
Cari nilai $p$, $q$ dan $r$.
3 markah
b
Hitung indeks gubahan bagi harga bahan pada tahun 2023 berasaskan tahun 2021.
3 markah
c
Jumlah kos bagi semua bahan itu pada tahun 2021 ialah RM2560. Hitung jumlah kos yang sepadan pada tahun 2023.
2 markah
d
Indeks gubahan dijangka menyusut sebanyak $m$% dari tahun 2023 ke tahun 2025. Diberi indeks gubahan pada tahun 2025 berasaskan tahun 2021 ialah 117, cari nilai $m$.
2 markah
1410 markah
a
Lakar sebuah segitiga $ABC$ dengan sisi $a = BC$, $b = AC$ dan sudut $C = \angle ACB$. Seterusnya, dengan menggunakan konsep trigonometri dan luas segitiga, terbitkan rumus:
$$\text{Luas} = \frac{1}{2}ab\sin C$$
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bucu, sisi dan sudut yang dilabel serta garis lain yang anda lukis.)*
4 markah
Rajah 7 menunjukkan kedudukan sebuah bot, kapal terbang, stesen pelantar minyak dan juga seekor ikan jerung.
b(i)
Diberi jarak antara bot dan kapal terbang ialah 24 unit dan jarak pelantar minyak ke jerung ialah 12 unit manakala sudut antara bot, kapal terbang dan pelantar minyak ialah $32^\circ$. Jarak antara pelantar minyak dan kapal terbang adalah sama dengan jarak bot dan pelantar minyak. Kedudukan jerung, pelantar minyak dan kapal terbang adalah segaris.
Cari jarak, dalam unit, antara kapal terbang dan pelantar minyak.
2 markah
b(ii)
Cari jarak antara bot dengan jerung.
2 markah
b(iii)
Hitung luas segi tiga yang dibatasi oleh kedudukan bot, kapal terbang dan jerung.
2 markah
1510 markah
Sebuah pusat latihan kemahiran menawarkan kelas memasak dan kelas menjahit kepada para pesertanya. Yuran untuk kelas memasak dan menjahit masing-masing ialah RM15 sejam dan RM25 sejam. Kelas-kelas tersebut dijalankan berdasarkan kekangan berikut:
- I: Jumlah maksimum masa yang boleh diperuntukkan untuk kedua-dua kelas ialah 20 jam seminggu.
- II: Jumlah yuran untuk kedua-dua kelas dalam seminggu tidak melebihi RM400.
- III: Hubungan antara masa kelas memasak dan menjahit yang mesti dipatuhi oleh setiap peserta ditunjukkan pada halaman **31**.
Kertas graf untuk Soalan 15 (halaman 31)
a
Dalam seminggu, peserta telah memperuntukkan $x$ jam untuk kelas memasak dan $y$ jam untuk kelas menjahit. Tuliskan ketaksamaan bagi kekangan I dan II.
2 markah
b
Tulis kekangan III dalam bentuk ketaksamaan dan terangkan maksudnya dalam ayat.
2 markah
c
Pada halaman **31**, bina dan labelkan rantau **R** yang memenuhi semua kekangan tersebut dan $x > 0$, $y > 0$.
*(Huraikan dalam perkataan garis-garis lurus yang anda lukis dan rantau R yang anda labelkan.)*
3 markah
Menggunakan graf dari soalan (c), selesaikan soalan berikut:
d
Diberi bahawa secara purata, aktiviti memasak membakar 350 kalori sejam, manakala menjahit membakar 450 kalori sejam.
Dengan melukis fungsi objektif, cari jumlah maksimum kalori yang boleh dibakar dalam seminggu.
*(Nyatakan fungsi objektif dan garis yang anda lukis dalam perkataan.)*
3 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini