Penyelesaian secara lukisan berskala dan / atau vektor **tidak** diterima.
Rajah 1 menunjukkan garis lurus $ABC$ dan $BD$.
Diberi bahawa persamaan garis lurus $BD$ ialah $x + y - 10 = 0$ dan $AB : BC = 1 : 2$.
Cari
a(i)
koordinat $D$,
1 markah
a(ii)
nilai kecerunan $AC$.
2 markah
b
Dengan menggunakan rumus pembahagi tembereng garis, ungkapkan $p$ dalam sebutan $q$. Seterusnya, cari nilai $p$ dan $q$.
4 markah
26 markah
Rajah 2 menunjukkan sebahagian daripada lengkung $y = x^2 + 9x$, yang melalui titik asalan dan titik $P$.
a
Cari persamaan tangen kepada lengkung pada titik $P$ apabila $x = -7$.
3 markah
b
Diberi bahawa luas segitiga $OPQ$ ialah $A = \frac{1}{2}(x^3 + 9x^2)$ dan $x$ menokok dengan kadar 3 unit per saat. Cari kadar susutan bagi $A$ apabila $x = -5$.
3 markah
34 markah
a
Diberi bahawa $3^n + 3^{n-1} = k(3^{n-1})$. Tentukan nilai pemalar $k$.
2 markah
b
Diberi bahawa $m\left(\sqrt{p} - \sqrt{q}\right) = p - q$, ungkapkan $m$ dalam sebutan $p$ dan $q$ dalam bentuk $\sqrt{a} + \sqrt{b}$.
2 markah
43 markah
Rajah 4 menunjukkan garis lurus yang diperoleh dengan memplot $\ln y$ melawan $x$. Pembolehubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = pq^x$ dengan keadaan $p$ dan $q$ adalah pemalar.
Diberi pintasan-$X$ dan pintasan-$Y$ masing-masing ialah 5 dan 2. Cari nilai $p$ dan $q$.
3 markah
56 markah
Kaedah penyenaraian **tidak** diterima.
Keluarga Arfan bercadang untuk menjual ayam panggang di tapak Bazar Ramadan selama 30 hari dengan mensasarkan keuntungan sebanyak RM30000. Pada hari pertama mereka membuat pesanan sebanyak 50 ekor ayam dan pesanan tersebut bertambah sebanyak 15 ekor ayam pada setiap hari berikutnya. Walau bagaimanapun, kapasiti penyediaan maksimum mereka ialah 245 ekor ayam panggang sehari. Harga jualan seekor ayam panggang ialah RM25 dan sewa tapak ialah RM15 sehari. Kos untuk seekor ayam panggang ialah RM18.
a
Pada hari ke berapakah bilangan pesanan ayam tersebut mencapai had maksimum dan tidak lagi berubah?
2 markah
b
Sekiranya 87 ekor ayam panggang tidak habis dijual sepanjang bulan tersebut, adakah keluarga Arfan dapat mencapai keuntungan yang disasarkan? Berikan justifikasi anda.
4 markah
63 markah
Suatu lengkung mempunyai fungsi kecerunan $f'(x) = 5x^2 - 8x + k$, dengan keadaan $k$ ialah suatu pemalar. Jika lengkung tersebut melalui titik $(2, 18)$ dan $(-1, -6)$, cari nilai $k$.
3 markah
77 markah
Lakarkan graf kesan perubahan bagi fungsi $f(x)$ pada ruang jawapan di bawah. Jika,
a(i)
paksi simetri $x = 2$ berubah kepada $x = 3$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf baharu dan koordinat titik minimumnya.)*
1 markah
a(ii)
nilai minimum berubah daripada -2 kepada -1.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf baharu dan koordinat titik minimumnya.)*
1 markah
Diberi fungsi kuadratik $f(x) = -x^2 + mx - 4$.
b(i)
Jika seluruh graf $f(x)$ berada di bawah paksi-$x$, cari julat nilai $m$.
2 markah
b(ii)
Dengan menggunakan nilai integer $m$ yang terbesar dari (b) (i), ungkapkan $f(x)$ dalam bentuk verteks dan cari titik maksimum bagi lengkung itu.
3 markah
87 markah
a
Rajah 8 menunjukkan graf bagi fungsi $h$.
Dengan menggunakan ujian garis mengufuk, tentukan sama ada fungsi $h$ mempunyai fungsi songsang atau tidak. Berikan justifikasi anda.
1 markah
Diberi bahawa $f(x) = \frac{2x + 9}{3}$ dan $f^{-1}g(x) = \frac{15x + 3\sqrt{2} + 9}{2}$, cari,
b(i)
$f^{-1}(4)$
2 markah
b(ii)
nilai $n$ jika $g(3) = \frac{7}{3}n + \sqrt{2}$.
4 markah
95 markah
a
Rajah 9(a) menunjukkan sebuah bulatan berpusat $O$ dan sektor $OMN$.
Diberi bahawa jejari bulatan tersebut ialah $p$ cm dan panjang lengkok minor $MN$ ialah $L$ cm. Lengkok tersebut mencangkum sudut $\alpha$ rad pada pusat $O$.
Berdasarkan Rajah 9(a), terbitkan $L = p\alpha$.
2 markah
b
Rajah 9(b) menunjukkan sebuah jam dinding yang mempunyai bandul dengan panjang $OD$ ialah 30 cm.
Diberi bahawa hujung bandul itu bergerak di sepanjang lengkok berpusat di $O$ dari titik $C$ ke $D$ sejauh 18 cm dan $OB : OD = 1 : 3$. Cari luas $ACDB$, dalam cm².
3 markah
106 markah
Rajah 10 menunjukkan graf taburan kebarangkalian bagi bilangan anak panah yang mengenai sasaran bagi seorang pemanah dalam suatu kejohanan memanah. Bilangan anak panah mengenai sasaran bagi seorang pemanah bertaburan secara binomial iaitu, $X \sim B(m, p)$.
a
Nyatakan nilai bagi $m$ dan kebarangkalian bahawa tiada anak panah yang mengenai sasaran.
2 markah
b
Cari nilai bagi $k$.
2 markah
c
Hitung kebarangkalian bahawa pemanah tersebut mengenai sasaran sekurang-kurangnya 3 anak panah.
2 markah
116 markah
a
Sebuah kedai pakaian terpakai telah menerima 10 helai baju dengan reka bentuk dan saiz yang sama tetapi terdiri daripada tiga warna berbeza iaitu merah, biru dan kuning.
| Merah | Biru | Kuning |
|---|---|---|
| 4 helai | 3 helai | 3 helai |
Cari bilangan susunan yang berbeza jika semua baju digantung sebaris pada rak.
2 markah
b
Rajah 11 menunjukkan penyangkut baju berbentuk bulat di kedai Amsyar.
Amsyar ingin menyusun 14 baju berbeza warna pada penyangkut baju tersebut. Cari bilangan cara berbeza yang boleh dilakukan oleh Amsyar untuk menyusun baju tersebut.
1 markah
Kedai pakaian terpakai tersebut akan mengadakan promosi jualan yang melibatkan 10 helai kemeja-T dan 8 pasang seluar trek yang berlainan. Hadif telah diberi tugasan untuk membelanjakan RM30 tanpa sebarang baki dalam promosi itu. Jadual di bawah menunjukkan harga seunit bagi setiap item.
| Item | Kemeja-T | Seluar Trek |
|---|---|---|
| Harga seunit | RM 5.00 | RM 10.00 |
Cari bilangan cara yang berlainan Hadif boleh membeli item-item itu jika
c(i)
dia ingin membeli seluar trek sahaja.
1 markah
c(ii)
bilangan kemeja-T melebihi bilangan seluar trek.
2 markah
124 markah
Diberi titik $A$, $B$ dan $C$ adalah tiga titik dengan keadaan $\overrightarrow{OA} = 2\underset{\sim}{i} + \underset{\sim}{j}$, $\overrightarrow{OB} = 6\underset{\sim}{i} + 5\underset{\sim}{j}$ dan $AC : CB = 1 : 2$.
Cari,
Lakar graf bagi $y = |\tan\theta| + 1$ untuk $0 \le \theta \le 2\pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, julat $\theta$, nilai $y$ pada titik-titik penting dan garis asimptot.)*
3 markah
148 markah
Diberi $\alpha$ dan $\beta$ ialah punca-punca bagi persamaan kuadratik $px^2 + 25 = 20x$.
a
Nyatakan $\alpha + \beta$ dan $\alpha\beta$ dalam sebutan $p$.
3 markah
b(i)
Bentukkan satu persamaan kuadratik yang mempunyai punca-punca $\alpha - 2$ dan $\beta - 2$ dalam sebutan $p$.
3 markah
b(ii)
Seterusnya, cari nilai $p$ jika persamaan kuadratik tersebut mempunyai dua punca yang sama.
2 markah
158 markah
Sebuah bot penyelamat $A$ sedang melakukan rondaan di sektor tertentu. Pusat Kawalan $O$ (asalan) menerima panggilan kecemasan daripada sebuah bot nelayan $B$ yang mengalami kerosakan enjin dan hanyut di tengah laut. Diberi bahawa vektor kedudukan bagi bot penyelamat $A$ ialah $\overrightarrow{OA} = 8\underset{\sim}{i} + 6\underset{\sim}{j}$ dan bot nelayan $B$ ialah $\overrightarrow{OB} = 14\underset{\sim}{i} - 2\underset{\sim}{j}$.
[Unit ukuran adalah dalam km]
Bot penyelamat $A$ diarahkan untuk bergerak terus ke lokasi bot nelayan $B$ untuk memberi bantuan.
a(i)
Cari $\overrightarrow{AB}$ dalam bentuk $x\underset{\sim}{i} + y\underset{\sim}{j}$.
2 markah
a(ii)
Hitung jarak, dalam km, yang perlu dilalui oleh bot penyelamat $A$ ke lokasi bot $B$.
2 markah
b
Sebuah helikopter penyelamat berlepas dari Pusat Kawalan $O$ ke lokasi $C$ untuk memantau zon pencarian. Lokasi $C$ terletak pada laluan lurus $AB$ dengan keadaan jarak dari $A$ ke $C$ adalah tiga kali jarak dari $C$ ke $B$. Cari vektor kedudukan $C$.
4 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini