Rajah 1 menunjukkan sektor $AOC$ berpusat di $O$ dan $ABO$ ialah sebuah segitiga bersudut tegak. Diberi $\measuredangle ABO = \frac{\pi}{5}$ radian, cari panjang lengkok, dalam cm, bagi $AC$.
[Guna $\pi = 3.142$]
2 markah
24 markah
Rajah 2 menunjukkan sebahagian daripada garis penyuaian terbaik apabila graf $\log_{10} y$ melawan $\log_{10} x$ diplot.
Nyatakan persamaan garis penyuaian terbaik. Seterusnya ungkapkan $y$ dalam sebutan $x$.
4 markah
38 markah
Sebuah syarikat menawarkan dua skim pembayaran gaji untuk tempoh tiga tahun kepada pekerjanya.
| | |
|---|---|
| Skim $A$ | : 36 kali bayaran bulanan dengan gaji permulaan RM1 200 dan kenaikan bulanan RM5 |
| Skim $B$ | : 3 kali bayaran tahunan dengan gaji permulaan RM15 000 dan kenaikan tahunan RM $y$ |
a
Hitung jumlah gaji yang dibayar di bawah skim $A$ untuk tahun pertama
2 markah
b
Cari nilai $y$, jika kedua-dua skim itu membayar jumlah gaji yang sama pada hujung tempoh tiga tahun ini.
3 markah
c
Jika dia ingin bekerja di Syarikat itu selama 5 tahun, skim yang manakah lebih bermanfaat kepadanya? Jelaskan jawapan anda.
3 markah
44 markah
**[Bonus]** Diberi persamaan lengkung ialah $y = (3x - 2)^3$, cari persamaan normal kepada lengkung pada titik $S(1, -2)$.
4 markah
57 markah
a
Diberi bahawa $f(x) = 2x^2 - 3x - 3$, cari julat nilai $x$ dengan keadaan $f(x) \leq 2$ menggunakan kaedah jadual.
2 markah
Persamaan $f(x) + mx + n = 0$, dengan keadaan $m$ dan $n$ ialah pemalar, mempunyai punca-punca $\alpha$ dan $\beta$.
b(i)
Nyatakan $\alpha + \beta$ dan $\alpha\beta$ dalam sebutan $m$ dan/atau $n$.
2 markah
b(ii)
Diberi bahawa punca-punca bagi persamaan kuadratik $x^2 - kx + 2k = 2$ ialah $\frac{1}{\alpha}$ dan $\frac{1}{\beta}$, dengan keadaan $k$ ialah pemalar. Ungkapkan $m$ dalam sebutan $n$.
3 markah
66 markah
Dalam Rajah 6, $P$ dan $Q$ ialah dua titik pada lengkok satu bulatan berpusat di $O$. Tangen pada titik $P$ dan $Q$ bersilang di titik $R$.
[Guna $\pi = 3.142$]
Jika panjang lengkok PQ ialah 14.4 cm, cari
a
$\theta$ dalam radian,
2 markah
b
luas kawasan berlorek .
4 markah
76 markah
Rajah 7 menunjukkan dua vektor, $\overrightarrow{PO}$ dan $\overrightarrow{OQ}$, pada satah Cartes.
a(i)
Ungkapkan $\overrightarrow{OP}$ dalam bentuk $\begin{pmatrix} x \\ y \end{pmatrix}$.
1 markah
a(ii)
Ungkapkan $\overrightarrow{QP}$ dalam bentuk $x\underset{\sim}{i} + y\underset{\sim}{j}$.
2 markah
b
Diberi $KLMN$ ialah sebuah segi empat selari, dengan keadaan $\overrightarrow{LM} = \underset{\sim}{i} - 3\underset{\sim}{j}$ dan $\overrightarrow{MN} = -3\underset{\sim}{i} + 4\underset{\sim}{j}$. Cari vektor unit dalam arah $\overrightarrow{KM}$.
3 markah
86 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala dan/ atau vektor tidak diterima.
Rajah 8 menunjukkan segi empat $ABCD$ pada suatu satah Cartes.
a
Titik $P$ berada pada garis $BD$ dengan keadaan $3BP = 2PD$. Tentukan sama ada titik $P$ adalah pintasan-$y$ atau tidak.
2 markah
b
Seterusnya tentukan persamaan garis lurus yang berserenjang dengan garis $AP$ dan melalui pintasan-$y$ garis $AP$ tersebut.
4 markah
95 markah
Diberi $\int_1^2 h(x)\,dx = 5$, cari
a
nilai bagi $\int_2^1 3h(x)\,dx$.
1 markah
b
nilai $k$ jika $\int_1^2 [h(x) + kx]\,dx = 11$.
4 markah
105 markah
Diberi tiga sebutan pertama bagi suatu janjang geometri ialah 8, 12, 18, …
a
Tentukan hasil tambah $n$ sebutan pertama.
2 markah
b
Cari hasil tambah dari sebutan keempat hingga sebutan ketujuh.
3 markah
117 markah
a
Diberi ${}^{n+2}P_3 = 30n$, tentukan nilai $n$.
4 markah
Rajah 11 menunjukkan satu set grid $4 \times 4$ bagi permainan Sudoku. Setiap baris, lajur dan subgrid hanya boleh diisi dengan digit satu hingga empat tanpa pengulangan.
b(i)
Berapakah cara yang mungkin untuk anda mengisi digit-digit dalam baris yang pertama dalam permainan Sudoku tersebut?
1 markah
b(ii)
Encik Parker perlu memilih 3 orang wakil sekolah ke pertandingan Sudoku daripada sekumpulan 4 murid lelaki dan 3 murid perempuan. Berapakah bilangan cara untuk memilih wakil tersebut sekiranya Encik Parker menetapkan sekurang-kurangnya 2 murid perempuan mesti dipilih?
Bolehkah $7^{n+3} + 7^{2+n} - 2(7^n)$ dibahagi tepat dengan 21 bagi semua integer positif $n$?
4 markah
b
Ungkapkan $\frac{5 + \sqrt{2}}{\sqrt{32} - 2\sqrt{2}}$ dalam bentuk $a + b\sqrt{c}$. Seterusnya, nyatakan nilai-nilai $a$, $b$ dan $c$.
4 markah
148 markah
a
Diberi bahawa $\sin 2\theta = \operatorname{kos} 2\theta$, dengan keadaan $\theta$ ialah sudut cakah, cari nilai $\theta$.
2 markah
b
Diberi bahawa $\operatorname{sek} x = p$, dengan keadaan $0 < x < \frac{\pi}{2}$. Ungkapkan $\sin 2x$ dalam sebutan $p$.
2 markah
c
Tanpa menggunakan kalkulator, cari nilai $\sin 15^\circ$ dalam bentuk surd.
4 markah
158 markah
a
Diberi $f(x) = x - 4$, cari $f^{-1}(x)$
1 markah
b
Diberi bahawa $f(x) = 6x - 1$ dan $gf(x) = \frac{3}{1 - 6x}$, $x \neq \frac{1}{6}$. Cari $g(x)$.
Seterusnya, tentukan $g^{2n-1}(x)$.
5 markah
c
Rajah 15 menunjukkan garis $y = x$ dan sebahagian graf bagi $y = f(x)$ untuk domain $-1 \leq x \leq 3$. Lakarkan graf $y = f^{-1}(x)$ pada Rajah 15. Seterusnya nyatakan julat bagi $f^{-1}(x)$ .
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, titik-titik hujungnya dan kedudukannya berbanding garis $y = x$.)*
2 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini