Dalam suatu janjang geometri, sebutan pertama ialah $a$ dan nisbah sepunya ialah $r$. Tunjukkan bahawa hasil tambah $n$ sebutan pertama bagi janjang itu ialah $S_n = \frac{a(r^n - 1)}{r - 1}$.
3 markah
b
Rajah 1 menunjukkan tiga sukuan bulatan pertama untuk suatu siri tak terhingga bagi sukuan bulatan. Panjang jejari sukuan bulatan pertama ialah 2 cm dan luasnya diwakili oleh $B_1$. Panjang jejari sukuan bulatan kedua ialah dua kali panjang jejari sukuan bulatan pertama dan luasnya diwakili oleh $B_2$. Panjang jejari sukuan bulatan ketiga ialah dua kali panjang jejari sukuan bulatan kedua dan luasnya diwakili oleh $B_3$. Jejari sukuan bulatan yang berikutnya adalah dua kali ganda ukuran jejari sukuan bulatan sebelumnya. Hitung hasil tambah luas dari sukuan bulatan keempat hingga sukuan bulatan ketujuh dalam sebutan $\pi$.
Rajah 2 di bawah menunjukkan kedudukan tiga buah pondok rehat $A$, $B$ dan $C$ di sebuah taman yang dilukis pada suatu satah Cartes. Garis lurus $AB$ adalah garisan sempadan taman tersebut yang bersilang pada paksi-$x$ dan paksi-$y$ pada titik $B$ dan titik $A$ dihubungkan dengan persamaan $y = -3x + 15$.
a
Satu laluan lurus akan dibina dari pondok $C$ ke garisan sempadan $AB$. Cari jarak terdekat, dalam m, bagi laluan yang dibina itu. Beri jawapan anda betul kepada empat angka bererti.
5 markah
b
Satu titik $P$ bergerak dengan keadaan jaraknya dari pondok rehat $A$ sentiasa setengah jaraknya dari pondok rehat $B$. Cari persamaan lokus bagi $P$.
4 markah
47 markah
a
Diberi persamaan kuadratik $ax^2 + bx + c = 0$, dengan keadaan $a$, $b$ dan $c$ adalah pemalar dan $a \neq 0$. Terbitkan rumus kuadratik berikut dengan menggunakan kaedah penyempurnaan kuasa dua.
$x = \frac{-b \pm \sqrt{b^2 - 4ac}}{2a}$
3 markah
Sebuah taman berbentuk segi empat tepat mempunyai luas 24 m$^2$. Panjang taman itu adalah 5 meter lebih daripada lebar taman tersebut.
Cari
b(i)
persamaan kuadratik yang sesuai berdasarkan situasi yang diberikan.
1 markah
b(ii)
lebar dan panjang taman tersebut dengan menggunakan kaedah rumus.
Diberi $3\log_{10}(pq^2) = 4 + 2\log_{10} q - \log_{10} p$, cari nilai bagi $\log_{10} pq$.
3 markah
67 markah
Emilia menggunting satu sektor bulatan berpusat $O$ dengan jejari $OA$ daripada sehelai kertas seperti dalam Rajah 3.1. Sudut tercangkum sektor itu ialah $\theta$ radian. Selepas itu, Emilia menggunakan sektor itu untuk membuat topi parti. Topi itu berbentuk kon seperti dalam Rajah 3.2. Tinggi topi itu ialah 15 cm dan berjejari 7.5 cm.
(Guna / use $\pi = 3.142$)
Cari
a(i)
jejari $OA$, dalam cm, sektor itu,
1 markah
a(ii)
sudut $\theta$, dalam radian, sektor itu.
3 markah
b
Jika luas kertas ialah 1300 cm$^2$, cari bilangan maksimum topi parti yang serupa dapat dihasilkan oleh Emilia.
3 markah
78 markah
a
Buktikan $\text{kot}\,x + \tan x = \text{sek}\,x\,\text{kosek}\,x$.
2 markah
b(i)
Lakarkan graf bagi fungsi $y = \sin 2x + 2$ dan $y = -\frac{x}{\pi} + 3$ pada paksi yang sama untuk domain $0 \leq x \leq 2\pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk setiap graf, nilai-nilai yang ditanda pada paksi dan bilangan kitaran.)*
4 markah
b(ii)
Seterusnya, tentukan bilangan penyelesaian bagi persamaan trigonometri $\sin 2x + \frac{x}{\pi} = 1$ dalam domain ini.
2 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Pemboleh ubah rawak binomial $X \sim B(n, p)$ mempunyai min 20 dan sisihan piawai 2.
a(i)
Cari nilai $n$ dan $p$.
3 markah
a(ii)
Seterusnya, cari $P(X = 16)$.
1 markah
Markah ujian Matematik bagi 150 orang murid di sebuah sekolah adalah bertaburan normal dengan min 55 markah dan sisihan piawai 20 markah.
b(i)
Tentukan bilangan murid yang lulus ujian itu jika markah lulus ialah 40 markah.
3 markah
b(ii)
Didapati 15 orang murid mendapat markah kurang daripada $k$ markah. Cari nilai $k$.
3 markah
910 markah
Jadual 1.1 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah, $x$ dan $y$, yang diperoleh daripada suatu eksperimen. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y - \frac{q}{\sqrt{x}} = p\sqrt{x}$, dengan keadaan $p$ dan $q$ ialah pemalar.
| $x$ | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 |
|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 1.6 | 3.4 | 4.9 | 6.1 | 7.1 |
Jadual 1.1
a
Berdasarkan Jadual 1.1, lengkapkan Jadual 1.2.
| $x$ | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 |
|---|---|---|---|---|---|
| $y\sqrt{x}$ | | | | | |
Jadual 1.2
*(Tulis nilai $y\sqrt{x}$ bagi setiap nilai $x$.)*
1 markah
b
Plotkan $y\sqrt{x}$ melawan $x$, menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 2 unit pada paksi-$y\sqrt{x}$. Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
3 markah
Menggunakan graf di 9(b),
c(i)
cari nilai $y$ bila $x = 2.7$,
1 markah
c(ii)
cari nilai $p$ dan $q$.
4 markah
d
Hitung nilai $y$ apabila $x = 3.5$.
1 markah
1010 markah
Rajah 4 menunjukkan sebuah segitiga $ABC$.
Diberi bahawa $AE : AC = 2 : 3$, $CF : CB = 3 : 5$, $\vec{AC} = 4\underset{\sim}{x}$ dan $\vec{AB} = 3\underset{\sim}{y}$.
Ungkapkan dalam sebutan $\underset{\sim}{x}$ dan/atau $\underset{\sim}{y}$.
a(i)
$\vec{AF}$
2 markah
a(ii)
$\vec{EF}$
2 markah
b(i)
Gunakan $\vec{AB} = h\vec{AD}$, dengan keadaan $h$ ialah pemalar, cari nilai $h$ jika $E$, $F$ dan $D$ adalah segaris.
3 markah
b(ii)
Seterusnya, cari $\frac{\vec{EF}}{\vec{ED}}$.
3 markah
1110 markah
a
Pada Rajah 5, lakarkan graf bagi fungsi kuadratik $y = x^2 + 1$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf dan nilai yang ditanda pada paksi.)*
2 markah
Dengan menggunakan graf yang telah dilakarkan di (a), hitung:
b(i)
luas rantau yang dibatasi oleh lengkung $y = x^2 + 1$ dan garis lurus $y = 5$,
4 markah
b(ii)
isi padu janaan, dalam sebutan $\pi$, apabila rantau yang dibatasi oleh lengkung $y = x^2 + 1$ dan garis lurus $y = 5$ dikisarkan melalui $360^\circ$ pada paksi-$x$.
4 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Rajah 6 menunjukkan dua zarah, $P$ dan $Q$, bergerak di sepanjang suatu garis lurus.
Pada ketika $t = 0$, zarah $P$ dan zarah $Q$ masing-masing meninggalkan titik $A$ dan titik $B$. Jarak di antara titik $A$ dan $B$ ialah 12 m. Sesaran zarah $P$, $S_P$ m, dari titik $A$ diberi oleh $S_P = 3t^2 + 9t$, dengan keadaan $t$ ialah masa dalam saat, selepas meninggalkan titik $A$. Halaju zarah $Q$, $V_Q$ ms$^{-1}$, diberi oleh $V_Q = 8t - 2$, dengan keadaan $t$ ialah masa dalam saat, selepas meninggalkan titik $B$.
[Anggap gerakan ke kanan adalah positif]
a
Cari halaju awal, dalam ms$^{-1}$, bagi zarah $P$.
2 markah
b
Cari julat nilai $t$, dalam saat, apabila zarah $Q$ bergerak ke kanan.
2 markah
c(i)
Ungkapkan sesaran bagi zarah $Q$, $S_Q$ m, dari titik $A$, dalam sebutan $t$ dengan keadaan $t$ ialah masa dalam saat, selepas meninggalkan titik $B$.
2 markah
c(ii)
Seterusnya, tentukan sama ada zarah $Q$ pernah melalui titik $A$.
2 markah
d
Cari nilai $t$, dalam saat, apabila zarah $P$ melalui titik $B$.
2 markah
1310 markah
Rajah 7.1 menunjukkan sebuah kotak hadiah berbentuk kuboid.
Diberi bahawa panjang $VP = m$ cm dan $VR = n$ cm.
a
Tunjukkan luas segitiga satah $PVR$ adalah
$A = \frac{1}{2}mn\sin V$
3 markah
b(i)
Berdasarkan Rajah 7.2 di atas, diberi panjang $SR = 4$ cm, $PS = 8$ cm dan $WR = 6$ cm.
cari $\angle PVR$.
3 markah
b(ii)
dengan menggunakan sudut di (b)(i), cari luas satah $PVR$.
2 markah
c
Cari jarak terdekat dari $V$ ke $PR$.
2 markah
1410 markah
Encik Kelvin membeli $x$ kabinet $P$ dan $y$ kabinet $S$ untuk pejabat baharunya. Kabinet $P$ berharga RM400 seunit, memerlukan ruang lantai sebanyak 48 m$^2$ dan mempunyai muatan simpanan sebanyak 24 m$^3$ fail. Kabinet $S$ pula berharga RM200 seunit, memerlukan ruang lantai sebanyak 36 m$^2$ dan mempunyai muatan simpanan sebanyak 16 m$^3$ fail. Encik Kelvin mempunyai selebih-lebihnya RM2000 untuk pembelian tersebut. Pejabat baharu itu mempunyai bilik dengan kabinetnya memenuhi luas tidak lebih daripada 288 m$^2$ ruang lantai.
Tulis dalam perkataan, kekangan untuk
a(i)
kos pembelian kabinet-kabinet.
1 markah
a(ii)
ruang lantai yang diperlukan oleh kabinet-kabinet.
1 markah
b
Tulis dua ketaksamaan, selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi dua kekangan di (a).
2 markah
c
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada kedua-dua paksi, bina dan lorek rantau $\boldsymbol{R}$ yang memenuhi semua kekangan di (b).
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, garis-garis lurus yang dilukis (titik persilangan dengan paksi) dan rantau yang dilorek.)*
3 markah
d
Diberi bahawa jumlah muatan penyimpanan fail bagi kabinet $P$ dan kabinet $S$ ialah $k$ m$^3$. Ungkapkan $k$ dalam sebutan $x$ dan $y$. Seterusnya, lukis fungsi objektif itu.
*(Nyatakan juga garis fungsi objektif yang anda lukis.)*
1 markah
Daripada graf di (c), cari
e(i)
bilangan setiap jenis kabinet yang patut dibeli oleh Encik Kelvin untuk muatan penyimpanan yang optimum,
1 markah
e(ii)
kapasiti penyimpanan maksimum, dalam m$^3$.
1 markah
1510 markah
Jadual 2 menunjukkan indeks harga bagi empat jenis bahan, $A$, $B$, $C$ dan $D$ yang digunakan dalam penghasilan sejenis roti.
| Bahan | Indeks harga pada tahun 2025 berasaskan tahun 2022 |
|---|---|
| $A$ | 132.6 |
| $B$ | $x$ |
| $C$ | 125 |
| $D$ | $y$ |
Jadual 2
Harga bahan $B$ menurun sebanyak 5% daripada tahun 2022 ke tahun 2025 dan harga bahan $D$ tidak berubah dari tahun 2022 ke tahun 2025. Nyatakan nilai
a(i)
$x$
1 markah
a(ii)
$y$
1 markah
b
Penggunaan bahan $A$, $B$, $C$ dan $D$ adalah sama banyak untuk menghasilkan roti pada tahun tersebut. Hitungkan indeks gubahan bagi kos penghasilan roti untuk tahun 2025 berdasarkan tahun 2022.
2 markah
Diberikan bahawa indeks gubahan bagi kos penghasilan roti meningkat sebanyak 35% dari tahun 2020 ke tahun 2025.
c(i)
Hitungkan indeks gubahan bagi kos penghasilan roti pada tahun 2022 berdasarkan tahun 2020.
2 markah
c(ii)
Encik Amir ingin menyasarkan keuntungan tahunan sebanyak 30% pada tahun 2025. Pada tahun 2020, jumlah kos penghasilan roti ialah RM400. Cari jumlah harga jualan roti itu pada tahun 2025.
Seterusnya, berapakah bilangan minimum roti yang perlu dikeluarkan pada tahun 2025 untuk mencapai sasaran keuntungan tersebut jika harga jualan sebiji roti ialah RM2.50?
4 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini