Others Trial 2025 Matematik Tambahan Kertas 2 · SBP
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Others Trial 2025 Matematik Tambahan Kertas 2 · SBP
Percubaan SBP · 2025
15 soalan · Jumlah 100 markah
150 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 7
16 markah
Rajah 1 menunjukkan trapezium $SPQR$ dan titik $T$ terletak pada $PR$.
Rajah 1
Diberi bahawa $\overrightarrow{SR} = 10\underset{\sim}{b}$, $\overrightarrow{SP} = 8\underset{\sim}{a}$, $SR : PQ = 2 : 1$ dan $PT : PR = 1 : 3$.
a
Ungkapkan $\overrightarrow{SQ}$ dalam sebutan $\underset{\sim}{a}$ dan $\underset{\sim}{b}$.
2 markah
b(i)
Jika $\overrightarrow{ST} = h\overrightarrow{SQ}$, ungkapkan $\overrightarrow{ST}$ dalam sebutan $h$, $\underset{\sim}{a}$ dan $\underset{\sim}{b}$.
1 markah
b(ii)
Cari nilai $h$ jika titik-titik $S$, $T$ dan $Q$ adalah segaris.
3 markah
27 markah
a
Di sebuah kilang, terdapat sebuah mesin pemotong kayu yang memotong blok kayu berbentuk kuboid kepada bahagian yang lebih kecil. Isi padu blok kayu itu diwakili oleh persamaan $V = \frac{39}{2}(x^2 - 12x)$ dengan keadaan $x$ ialah panjang blok kayu tersebut dan $x > 12$ cm. Apabila mesin pemotong dihidupkan, diberi bahawa panjang blok kayu itu berkurang pada kadar $0.5\ \text{cms}^{-1}$, cari kadar perubahan isi padu, dalam $\text{cm}^3\text{s}^{-1}$, apabila panjang blok kayu ialah 15 cm.
3 markah
b
Dengan menggunakan konsep kalkulus, cari peratus perubahan bagi isi padu sebuah sfera apabila terdapat perubahan kecil pada jejari sebanyak 3.6%.
[Isipadu sfera $= \frac{4}{3}\pi r^3$]
4 markah
36 markah
Rajah 2 menunjukkan dua bulatan sepusat, $PRU$ dan $QST$ berpusat di $O$.
Rajah 2
$PQR$ ialah tangen kepada bulatan kecil pada titik $Q$. Diberi $OP = PR = OR$ dan $OS = 8$ cm.
[Guna $\pi = 3.142$]
a
Tunjukkan bahawa luas sektor $OPR$ boleh ditulis sebagai $A = \frac{1}{2}j^2\theta$.
2 markah
b
Seterusnya, cari luas, dalam $\text{cm}^2$, bagi kawasan berlorek.
4 markah
48 markah
a
Permudahkan
$$49^n \times \frac{1}{(16807)^{\frac{n}{3}}} \times \sqrt[3]{7^{5n}}$$
Seterusnya, tunjukkan bahawa jawapannya sentiasa positif bagi semua nilai $n$.
3 markah
b(i)
Diberi $\frac{9^{x+1}}{729^{\sqrt{y}-2}} = 1$, ungkapkan $y$ dalam sebutan $x$.
3 markah
b(ii)
Nisbahkan penyebut dan permudahkan $\frac{7}{7+\sqrt{7}}$.
2 markah
57 markah
Sebuah makmal menggunakan satu alat pemanas automatik yang dikawal berdasarkan masa dan suhu. Suhu bilik selepas alat pemanas diaktifkan selama $x$ minit diwakili oleh fungsi $f : x \rightarrow \sqrt{5x+6}$ manakala sistem penyejuk bertindak balas terhadap suhu tersebut dengan fungsi $g : x \rightarrow x^2 + 4$ yang menunjukkan kadar kuasa sistem penyejukan berdasarkan suhu semasa.
a
Cari masa, dalam minit, apabila nilainya sama dengan suhu bilik.
2 markah
b
Tulis satu ungkapan bagi kadar kuasa penyejukan, dalam bentuk fungsi gubahan.
3 markah
c
Hitung kadar kuasa penyejukan apabila alat pemanas telah berfungsi selama 3 minit.
2 markah
68 markah
a(i)
Buktikan bahawa $2\tan\theta\cos^2\theta = \sin 2\theta$.
Rajah 3 menunjukkan sebuah segi tiga bersudut tegak $ABD$. $BCD$ ialah garis lurus.
Rajah 3
Tanpa mencari $\angle CAD$, hitung nilai $\cos\angle CAD$.
3 markah
78 markah
Diberi bahawa $f(x) = 4px - 5p^2 - 1 - x^2$ mempunyai nilai maksimum $-q^2 - 2p$, dengan keadaan $p$ dan $q$ ialah pemalar.
a
Dengan penyempurnaan kuasa dua, tunjukkan bahawa $q = p - 1$.
4 markah
b
Seterusnya, cari nilai $p$ dan $q$ jika graf fungsi itu bersimetri pada paksi $x = q^2 - 1$, dengan keadaan $p > 0$.
2 markah
c
Dengan menggunakan nilai $p$ di (b), hitung nilai pembezalayan fungsi tersebut.
2 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Jadual 1 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah, $x$ dan $y$, yang diperoleh daripada suatu eksperimen. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = pq^{x-1}$, dengan keadaan $p$ dan $q$ adalah pemalar.
| $x$ | 4.0 | 4.5 | 5.0 | 5.5 | 6.0 | 6.6 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 25.1 | 33.9 | 48 | 67.9 | 96 | 138.1 |
Jadual 1
a
Plot $\log_{10} y$ melawan $(x-1)$, dengan menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$(x-1)$ dan 2 cm kepada 0.2 unit pada paksi-$\log_{10} y$.
Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: nilai-nilai $(x-1)$ dan $\log_{10} y$ yang anda kira, skala paksi, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
5 markah
Menggunakan graf di 8(a), cari
b(i)
nilai $p$ dan nilai $q$,
4 markah
b(ii)
nilai $x$ apabila $y = 15.85$.
1 markah
910 markah
Kebarangkalian seorang murid memiliki sebuah telefon pintar ialah $p$. Suatu sampel yang terdiri daripada 7 orang murid dipilih secara rawak.
a(i)
Jika kebarangkalian bagi kesemua murid itu memiliki sebuah telefon pintar ialah 0.02799, cari nilai $p$. Berikan jawapan anda betul kepada satu tempat perpuluhan.
2 markah
a(ii)
Cari kebarangkalian bahawa sekurang-kurangnya 2 orang murid memiliki sebuah telefon pintar.
3 markah
Dalam suatu acara larian amal yang disertai oleh 300 orang peserta, masa yang diambil untuk larian adalah bertabur secara normal dengan min 25 minit dan varians 81 minit$^2$. Peserta tidak akan diberi sebarang mata jika masa larian mereka melebihi 34 minit.
b(i)
Jika seorang peserta dipilih secara rawak, cari kebarangkalian bahawa peserta itu tidak mendapat sebarang mata.
2 markah
b(ii)
Pingat diberikan kepada 48 orang peserta pertama yang mengambil masa kurang daripada $h$ minit untuk menamatkan larian itu. Cari nilai $h$.
3 markah
1010 markah
Rajah 4 menunjukkan sebahagian daripada lengkung $f(x) = -(x+4)(x-1)(x-3)$ dan $PQR$ adalah lengkung $g(x) = -\frac{1}{3}(-2x+6)^2$. Kedua-dua lengkung itu memintas paksi-$y$ dan paksi-$x$ pada titik $P$ dan titik $Q$.
Rajah 4
Cari
a
koordinat $P$,
2 markah
b
luas rantau berlorek,
4 markah
c
isi padu rantau yang dijanakan, dalam sebutan $\pi$, apabila rantau yang dibatasi oleh lengkung $y = g(x)$, paksi-$y$ dan paksi-$x$ dikisarkan $360^\circ$ pada paksi-$x$.
4 markah
1110 markah
Rajah 5 menunjukkan sebuah segi tiga sama kaki $RST$, di mana $RS = ST$ dan titik $M(2, 0)$ ialah titik tengah bagi garis $RT$. Diberi bahawa $\angle RMO = 45^\circ$.
Rajah 5
Diberi bahawa persamaan garis lurus $MS$ ialah $y - x + 2 = 0$, cari
a(i)
nilai bagi $k$,
2 markah
a(ii)
persamaan garis lurus yang selari dengan garis $MS$ dan melalui titik $R$.
3 markah
Diberi bahawa $RT$ ialah pepenjuru bagi sisi empat selari $RSTU$.
b(i)
Cari luas sisi empat selari $RSTU$ itu.
2 markah
b(ii)
Titik $K$ bergerak dengan keadaan jaraknya dari titik $S$ adalah sentiasa $\frac{4}{3}$ kali jaraknya dari titik $R$.
Cari persamaan lokus $K$.
3 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Puan Sabariah ingin menjual $x$ balang biskut biscoff dan $y$ balang biskut coklat sempena musim perayaan. Biskut-biskut yang dijual adalah berdasarkan kepada kekangan-kekangan berikut:
- I : Jumlah bilangan balang biskut tidak melebihi 400 balang.
- II : Bilangan balang biskut coklat selebih-lebihnya 2 kali ganda daripada bilangan balang biskut biscoff.
- III : Bilangan balang biskut coklat melebihi sepertiga bilangan balang biskut biscoff sekurang-kurangnya 60 balang.
a
Tulis tiga ketaksamaan, selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi semua kekangan di atas.
3 markah
b
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 50 balang biskut pada kedua-dua paksi, bina dan lorek rantau $R$ yang memuaskan ketaksamaan dalam 12(a).
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, garis-garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau $R$ yang dilorek.)*
3 markah
Dengan menggunakan graf yang dibina di 12(b), cari
c(i)
julat bilangan balang biskut coklat jika bilangan balang biskut biscoff ialah 150 balang,
1 markah
c(ii)
jumlah keuntungan maksimum jika keuntungan 1 balang biskut biscoff ialah RM5 dan keuntungan 1 balang biskut coklat ialah RM2.
3 markah
1310 markah
Penyelesaian secara lakaran graf **tidak** diterima.
Suatu zarah bermula dalam keadaan pegun dari titik tetap $O$, bergerak di sepanjang garis lurus dengan halaju $v\ \text{ms}^{-1}$. Diberi bahawa $v = qt^2 - rt$ dengan keadaan $t$ ialah masa, dalam saat, $q$ dan $r$ ialah pemalar, selepas gerakan bermula. Zarah berada dalam keadaan pegun seketika apabila $t = 1$ s dan jarak seketika ialah 2 m di sebelah kiri titik $O$.
[Anggap pergerakan ke kanan adalah positif]
a
Hitung nilai bagi $q$ dan $r$.
4 markah
Seterusnya, dengan menggunakan nilai $q$ dan $r$ dari 13(a),
b(i)
cari pecutan awal,
2 markah
b(ii)
lakarkan graf halaju-masa bagi zarah pada $0 \leq t \leq 2$,
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: paksi, bentuk graf dan titik-titik penting yang ditanda.)*
2 markah
b(iii)
hitung jumlah jarak yang dilalui oleh zarah dalam masa 2 saat pertama.
2 markah
1410 markah
Jadual 2 menunjukkan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sebuku roti kismis. Peratus perubahan harga barang dan peratusan penggunaan setiap bahan pada tahun 2024 berbanding tahun 2022 dalam menghasilkan sebuku roti kismis masing-masing dinyatakan dalam lajur kedua dan ketiga.
| Bahan | Peratusan perubahan harga | Peratus penggunaan bahan dalam sebuku roti kismis |
|---|---|---|
| Tepung | Meningkat 20% | 65 |
| Gula | Meningkat 30% | $4p$ |
| Yis | Menurun 20% | $\frac{1}{2}p$ |
| Minyak | Meningkat 10% | $\frac{3}{2}p$ |
| Kismis | Menurun 10% | $p$ |
Jadual 2
a
Hitung harga tepung pada tahun 2024 jika harganya pada tahun 2022 ialah RM3.00.
2 markah
b
Hitung indeks gubahan bagi kos pengeluaran sebuku roti kismis pada tahun 2024 berasaskan tahun 2022.
4 markah
c
Kos penghasilan sebuku roti kismis pada tahun 2024 ialah RM10. Harga setiap bahan dijangka meningkat 33% dari tahun 2022 ke tahun 2026.
Pada tahun 2026, jika RM2200 diperuntukkan untuk menghasilkan 200 buku roti kismis, tentukan sama ada peruntukan itu mencukupi atau tidak.
4 markah
1510 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
Rajah 6 menunjukkan sebuah pepejal berbentuk prisma tegak dengan permukaan segi empat tepat mengufuk $ABCD$. Trapezium $ABFE$ ialah keratan rentas seragam prisma itu. Segi empat tepat $ADHE$ dan $BCGF$ adalah suatu satah mencancang manakala permukaan tapak $EFGH$ ialah satah condong.
Rajah 6
a
Diberi bahawa $\angle HEC = 63.66^\circ$, cari $\angle HCE$.
3 markah
b
Cari $\angle BFE$.
Seterusnya, hitung luas, dalam $\text{cm}^2$, bagi segi tiga $BFE$ dengan menggunakan rumus Heron.
5 markah
c
Tentukan jarak terdekat, dalam cm, dari titik $F$ ke $EB$.
2 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini