Others Trial 2025 Matematik Tambahan Kertas 1 · SBP
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Others Trial 2025 Matematik Tambahan Kertas 1 · SBP
Percubaan SBP · 2025
15 soalan · Jumlah 80 markah
120 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 12
13 markah
Rajah 1 menunjukkan dua sektor, $POQ$ dan $AOB$, dengan pusat sepunya $O$.
Diberi bahawa $OA : AQ = 3 : 1$, panjang lengkok $PQ = 14.2$ cm, jejari $OA = 5$ cm dan $\angle POQ = \angle AOB$, cari
a
$\angle POQ$,
2 markah
b
panjang lengkok $AB$.
1 markah
25 markah
Tiga sebutan pertama suatu janjang aritmetik ialah $5, -3$ dan $-11$ dengan sebutan pertama, $a$ dan beza sepunya, $d$.
a
Tunjukkan bahawa $S_n = 9n - 4n^2$.
2 markah
b
Seterusnya, hitung nilai $n$ jika $S_{3n} + 765 = 0$.
3 markah
34 markah
Rajah 2($a$) menunjukkan graf bagi $y = f(x)$ manakala Rajah 2($b$) menunjukkan graf garis lurus yang diperoleh dengan memplot $xy$ melawan $\frac{1}{x}$ daripada $y = f(x)$.
Cari
a
kecerunan garis lurus dalam Rajah 2($b$),
2 markah
b
persamaan bagi lengkung dalam Rajah 2($a$).
2 markah
47 markah
Diberi bahawa $f(x) = -x^2 + 6x - 5$.
a
Cari julat nilai $x$ dengan keadaan $f(x) < 0$.
2 markah
Persamaan $mx - f(x) + n = 0$, dengan keadaan $m$ dan $n$ ialah pemalar, mempunyai punca-punca $\alpha$ dan $\beta$.
b(i)
Nyatakan $\alpha + \beta$ dan $\alpha\beta$ dalam sebutan $m$ dan / atau $n$.
1 markah
b(ii)
Punca-punca bagi persamaan kuadratik $x^2 + px + p = 8$ ialah $2\alpha$ dan $2\beta$, dengan keadaan $p$ ialah pemalar. Ungkapkan $m$ dalam sebutan $n$.
4 markah
56 markah
Koordinat bagi titik-titik $A$ dan $B$ masing-masing ialah $(-4, 2)$ dan $(m, 3m - 1)$.
a
Nyatakan nilai bagi $\left|\overrightarrow{AO} - \overrightarrow{BO} + \overrightarrow{BA}\right|$.
1 markah
b
Menggunakan hukum segi tiga vektor, cari $\overrightarrow{AB}$ dalam sebutan $m$.
2 markah
c
Diberi bahawa vektor unit dalam arah $\overrightarrow{AB}$ ialah $\frac{1}{15}$ kali $\overrightarrow{AB}$.
Tentukan vektor unit dalam arah $\overrightarrow{AB}$.
Seterusnya, cari nilai $m$ dengan keadaan $m > 0$.
3 markah
65 markah
Rajah 3 menunjukkan kedudukan sebuah stesen *MRT* dan rumah bagi tiga orang murid, Ella, Sidek dan Jack yang dilukis pada suatu satah Cartes. Rumah Ella, rumah Sidek dan stesen *MRT* terletak pada satu garis lurus yang selari dengan jalan raya $AB$.
a
Diberi jarak rumah Ella adalah tiga kali ganda dari rumah Sidek dan lima kali ganda dari stesen *MRT*, cari koordinat stesen *MRT* tersebut.
2 markah
b
Sebuah kereta bergerak di atas jalan raya $AB$ dengan keadaan ia sentiasa berada pada jarak yang sama dari rumah Sidek dan rumah Jack. Cari persamaan laluan kereta tersebut.
3 markah
76 markah
Rajah 4 di bawah menunjukkan kawasan berlorek yang dibatasi oleh garis lurus $x = f(y)$ dan lengkung $x = g(y)$ dari $y = 2$ ke $y = b$.
a
Diberi bahawa luas kawasan berlorek adalah $\frac{9}{2}$ unit$^2$ dan $\int_2^b \frac{2}{3} g(y)\,dy = 12$, cari nilai $\int_2^b f(y)\,dy$.
3 markah
b
Seterusnya, cari nilai $b$ jika $\frac{d}{dy}\left(\frac{3y^2 - 12y}{2}\right) = f(y)$.
3 markah
86 markah
Rajah 5 menunjukkan paparan aplikasi tempahan tempat duduk dalam sebuah bas ekspres yang bergerak dari Banting ke Ipoh. Bas ekspres ini mempunyai 17 tempat duduk, iaitu 5 tempat duduk di barisan belakang, manakala dua baris yang lain masing-masing mempunyai 2 tempat duduk di sebelah kiri dan 2 tempat duduk di sebelah kanan.
Qaid yang masih belum berkahwin ingin menempah 10 tempat duduk untuk ahli keluarganya termasuk dirinya.
a
Tentukan bilangan susunan tempat duduk yang mungkin jika 5 orang daripada ahli keluarga Qaid mesti duduk di barisan belakang dan 5 orang lagi duduk di tempat duduk lain.
3 markah
b
Ahli keluarga Qaid terdiri daripada 4 orang bujang dan 6 orang daripada 3 pasangan suami isteri.
Syarikat bas ekspres memberikan 5 tiket perjalanan balik ke Banting dengan diskaun. Tentukan bilangan cara memilih 5 orang untuk menerima tiket tersebut, dengan syarat satu pasangan suami isteri mesti dipilih.
3 markah
95 markah
Rajah 6 menunjukkan graf taburan normal bagi pemboleh ubah rawak $X \sim N(\mu, 25)$.
a(i)
Nyatakan nilai bagi $\mu$ dan sisihan piawai.
2 markah
a(ii)
Pada Rajah 6, lakarkan graf taburan normal yang berbeza jika nilai min adalah malar dan nilai sisihan piawai berubah menjadi semakin besar.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan paksi simetri, ketinggian puncak dan kelebaran lengkung baharu berbanding lengkung asal.)*
1 markah
b
Rajah 7 menunjukkan graf taburan normal piawai.
Pada Rajah 7, lorekkan rantau / rantau-rantau untuk mewakili $P(|Z| \le k)$.
Seterusnya, ungkapkan $P(|Z| \le k)$ dalam sebutan $m$ jika $P(Z > k) = \frac{m}{4}$.
*(Huraikan rantau yang anda lorek dalam perkataan.)*
Lengkapkan nilai-nilai $y$ dalam Jadual 1.
*(Tulis nilai $y$ bagi setiap nilai $x$ yang kosong.)*
1 markah
b
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada $22.5^\circ$ pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$y$, lukis graf $y = 1 - 3\operatorname{kos} 2x$ untuk $0^\circ \le x \le 180^\circ$.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung.)*
3 markah
117 markah
Jadual 2 menunjukkan harga kos dan harga pasaran seunit bagi tiga jenis produk $X$, $Y$ dan $Z$ yang dihasilkan dan dipasarkan oleh sebuah kilang. Jumlah keseluruhan produk yang dihasilkan ialah 2100 unit sebulan. Kos bulanannya ialah RM8600.
| Produk | Harga kos | Harga pasaran |
|---|---|---|
| $X$ | RM3.00 | RM4.00 |
| $Y$ | RM4.00 | RM5.50 |
| $Z$ | RM5.00 | RM6.50 |
Jadual 2
Jika kilang itu ingin memperolehi keuntungan bulanan sebanyak RM2875, cari bilangan minimum bagi setiap jenis produk yang perlu dipasarkan.
7 markah
126 markah
Sebuah syarikat teknologi menghasilkan cip pemprosesan kecil yang diletakkan dalam kotak khas berbentuk kubus. Isi padu bagi setiap cip (dalam mm$^3$) adalah diberikan oleh fungsi berikut:
$$v(x) = \sqrt{2^x \bullet 5}$$
di mana $x$ ialah bilangan jam cip tersebut beroperasi dalam mod ujian.
a(i)
Gunakan hukum logaritma untuk menyatakan $\log_{10} v(x)$ dalam bentuk $ax + b$, dengan keadaan $a$ dan $b$ ialah pemalar.
2 markah
a(ii)
Seterusnya, apabila isipadu cip ialah 50 mm$^3$, cari bilangan cip yang dihasilkan dalam operasi tersebut.
2 markah
b
Buktikan bahawa $a^{\ln b} = b^{\ln a}$, $a > 0$ dan $b > 0$.
2 markah
Bahagian BPilih 2 daripada 3Dipilih 0/2
138 markah
Penyelesaian secara kaedah penyenaraian **tidak** diterima.
Isyraf dan Haqim merupakan dua peserta yang berjaya ke peringkat akhir untuk suatu Pertandingan Bijak Matematik anjuran Persatuan Matematik SMK Siber. Kedua-dua peserta akan melalui 2 pusingan dalam pertandingan tersebut. Setiap peserta akan diberi papan putih kecil bagi menulis jawapan akhir mereka dan dipamerkan kepada para hakim untuk dinilai, sebelum diberi soalan seterusnya.
Peruntukan mata untuk soalan-soalan yang diberi dalam pertandingan tersebut adalah seperti berikut:
| Huraian | Pemberian mata |
|---|---|
| Soalan yang dijawab dengan **betul**. | 3 |
| Soalan yang dijawab dengan **betul**, berturutan dari soalan yang dijawab dengan **betul** sebelumnya. | Dua kali ganda bagi mata soalan yang dijawab dengan betul sebelumnya. |
| Soalan yang dijawab dengan **salah**. | 0 |
| Soalan yang dijawab dengan **betul** jika soalan sebelumnya dijawab dengan **salah**. | 3 |
Dalam pusingan pertama, para peserta akan menjawab 7 soalan. Hitung
a(i)
mata yang diperoleh oleh Isyraf untuk soalan terakhir, jika beliau menjawab semua soalan dengan betul,
2 markah
a(ii)
jumlah mata yang diperoleh oleh Haqim, jika jawapannya untuk soalan keenam sahaja yang salah.
2 markah
b
Dalam pusingan kedua, peserta yang mula-mula mengumpul mata sekurang-kurangnya 10 000 akan dianggap sebagai pemenang bagi pusingan tersebut. Jika kedua-dua peserta menjawab soalan kedua dengan salah, tentukan bilangan minimum soalan yang perlu dijawab oleh peserta untuk dinobatkan sebagai pemenang bagi pusingan kedua.
4 markah
148 markah
Diberi $f(x) = 5x + 4$ dan $g(x) = -8x - 3$. Cari
a(i)
nilai $m$ jika $f(m + 2) = \frac{1}{2}[g(-7)]$,
2 markah
a(ii)
$(g^{-1})^2(x)$.
3 markah
Fungsi $f$ ditakrifkan oleh $f : x \rightarrow |4x - 9|$.
b(i)
Lakar graf bagi $f(x)$ untuk $-3 \le x \le 6$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf dan koordinat titik-titik hujung serta titik di mana graf menyentuh paksi-$x$.)*
2 markah
b(ii)
Buat satu kesimpulan terhadap objek jika $f(x) = -8$. Berikan sebab untuk jawapan anda.
1 markah
158 markah
Rajah 8 menunjukkan sebahagian daripada garis lengkung, $y = \frac{4}{x}$ dan garis lurus $y = h(x)$. Diberi bahawa garis lurus itu adalah normal kepada lengkung pada titik $P$.
a
Tunjukkan bahawa $\frac{dy}{dx} = -\frac{4}{x^2}$ dengan menggunakan prinsip pertama.
2 markah
b(i)
Diberi bahawa garis normal itu adalah selari dengan garis lurus yang menyambungkan titik $A(0, -1)$ dan titik $B(1, 3)$, cari koordinat $P$.
4 markah
b(ii)
Seterusnya, cari persamaan tangen pada titik $P$.
2 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini