Cari pembezalayan dan tentukan jenis punca persamaan tersebut.
3 markah
b
Cari julat nilai $x$ bagi $(x-3)^2 - 14 \geq -7(x-1)$ dengan menggunakan kaedah garis nombor.
*(Huraikan garis nombor anda dalam perkataan: titik genting dan tanda bagi setiap selang.)*
3 markah
27 markah
a
Diberi fungsi $f(x) = 3x - 2$, cari $f^{-1}(x)$ dan seterusnya tentusahkan bahawa $f^{-1}(x)$ yang diperoleh ialah songsangan bagi $f(x) = 3x - 2$.
3 markah
b
Rajah 1(a) di bawah menunjukkan empat graf $P$, $Q$, $R$ dan $S$.
Nyatakan graf-graf yang mempunyai fungsi songsang dan beri sebab kepada jawapan anda.
1 markah
c
Rajah 1(b) menunjukkan graf bagi fungsi $g(x) = |-x + 4| - 2$ untuk domain $-2 \leq x \leq k$.
Cari nilai $m$ dan nilai $k$.
3 markah
36 markah
Diberi bahawa $\int_1^2 f(x)\,dx = w$ dan $\int_2^4 f(x)\,dx = 6$. Cari
a
$\int_4^2 f(x)\,dx$,
1 markah
b
$w$ jika $\int_1^4 f(x)\,dx = 8$,
1 markah
c
$w$ jika $\int_1^2 [4f(x) - wx]\,dx = 15$.
4 markah
44 markah
Rajah 2(a) menunjukkan sebahagian daripada graf bagi $y = -3x^2 + 6x$ yang melalui titik $A(1, 3)$ dan $B(3, -9)$. Pada Rajah 2(b), lakarkan graf garis lurus bagi $\frac{y}{x}$ melawan $x$, dan tunjukkan dengan jelas koordinat bagi titik pintasan-$x$ dan pintasan-$y$, titik A dan titik B.
(Rajah 2(b) ialah paksi $\frac{y}{x}$ melawan $x$ yang kosong.)
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf dan koordinat pintasan-$x$, pintasan-$y$, titik A dan titik B.)*
4 markah
55 markah
Rajah 3 di bawah menunjukkan tiga buah segi tiga sama sisi yang pertama yang dibentuk oleh Mastura dengan menggunakan seutas tali.
Panjang tali yang diberikan kepada Mastura ialah 8.82 m. Jika Mastura dapat membentuk 12 buah segi tiga sama sisi, cari nilai $x$.
5 markah
64 markah
Rajah 4 di bawah menunjukkan sektor $PQR$ berpusat $P$ dan sektor $POQ$ berpusat $O$. Diberi $OP = 8$ cm dan $\angle POQ = 1.92$ rad.
Guna $\pi = 3.142$
Cari
a
panjang garis lurus $PQ$, dalam cm,
2 markah
b
perimeter, dalam cm, kawasan berlorek.
2 markah
76 markah
Sebuah kolam renang berbentuk segi empat tepat mempunyai lebar $5 - \sqrt{7}$ meter dan panjang $\frac{3 + \sqrt{7}}{5 - \sqrt{7}}$ meter.
a
Cari nilai panjang kolam renang tersebut dalam bentuk $a + b\sqrt{7}$ dengan keadaan $a$ dan $b$ ialah nombor nisbah.
3 markah
b
Seterusnya, hitung perimeter kolam tersebut.
3 markah
85 markah
Sebuah robot bergerak dalam arah vektor $\underset{\sim}{r} = \begin{pmatrix} 5 \\ 12 \end{pmatrix}$. Jurutera ingin mengarahkan robot ke arah yang sama tetapi dengan kelajuan tetap sebanyak 1 unit/saat.
a
Tentukan vektor unit dalam arah pergerakan robot.
3 markah
b
Selepas 4 saat, berapakah jarak robot tersebut?
2 markah
97 markah
a
Rajah 5 menunjukkan seorang pengilang ingin mereka bentuk sebuah kotak tanpa penutup yang mempunyai tapak berbentuk segi empat sama dan jumlah luas permukaan ialah 108 cm$^2$. Apakah dimensi (ukuran) yang akan menghasilkan isi padu maksimum?
4 markah
b
Diberi bahawa $y = 3x^2 + 4x - 2$, cari nilai $\frac{dy}{dx}$ apabila $x = 2$ dan seterusnya, tentukan nilai hampir bagi $y$ apabila $x$ menyusut daripada 2 kepada 1.99.
3 markah
103 markah
Rajah 6 menunjukkan graf bagi $f(x) = (x - b)^2 + c$
a
Cari nilai $a$.
1 markah
b
Buat generalisasi tentang kesan perubahan nilai paksi simetri yang baru, iaitu $x = -3$ terhadap bentuk dan kedudukan graf.
2 markah
114 markah
Rajah 7 menunjukkan graf taburan kebarangkalian bagi suatu pemboleh ubah rawak $X$, $X \sim N(\mu, 144)$.
Diberi bahawa $BC$ adalah paksi simetri bagi graf itu.
a
Jika skor $z$ yang diperoleh dengan menyeragamkan nilai $a$ ialah $-1.5$, cari nilai $a$.
2 markah
b
Seterusnya, cari luas kawasan berlorek.
2 markah
127 markah
Dalam sebuah poligon yang mempunyai $n$ bucu, bilangan pepenjuru yang boleh dilukis ialah $5n$.
a(i)
Tentukan bilangan pepenjuru yang boleh dilukis dalam sebutan $n$.
2 markah
a(ii)
Cari nilai bagi $n$.
2 markah
Encik Razid membeli 6 rak pasu bunga dua tingkat, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8, untuk menyusun pasu bunga di rumahnya. Dia mempunyai 12 pasu bunga. Jadual 1 menunjukkan berat 12 buah pasu yang perlu disusun di atas rak-rak tersebut.
b(i)
| Pasu Bunga | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Berat (kg) | 4.8 | 3.2 | 2.1 | 1.8 | 4.7 | 5.1 | 2.9 | 4.5 | 2.3 | 3.9 | 4.2 | 2.5 |
Jadual 1
Cari bilangan cara berlainan untuk menyusun pasu bunga tersebut jika,
tanpa syarat dikenakan,
1 markah
b(ii)
pasu-pasu bunga yang beratnya melebihi 4.5 kg diletakkan di aras bawah rak pasu bunga dan pasu bunga A dan B perlu disusun dalam rak yang sama.
2 markah
Bahagian BPilih 2 daripada 3Dipilih 0/2
138 markah
a
Rajah 9 di bawah menunjukkan sebuah segitiga $PQR$ bersudut tegak di $Q$. Diberi $PQ = 12$ cm dan $QR = 5$ cm, tentukan nilai bagi kosek $x$.
3 markah
b
Selesaikan persamaan kos $2x + 2 \sin x = \sin^2 x$ untuk $0^\circ \leq x \leq 360^\circ$.
5 markah
148 markah
a
Rajah 10 menunjukkan suatu tembereng garis $AB$.
Diberi bahawa koordinat titik $P(x, y)$ yang membahagi tembereng garis yang menyambungkan titik $A(x_1, y_1)$ dan titik $B(x_2, y_2)$ dengan nisbah $m : n$ ialah:
$$P(x, y) = \left(\frac{nx_1 + mx_2}{m + n}, \frac{ny_1 + my_2}{m + n}\right)$$
Dengan menggunakan rumus pembahagi tembereng garis $AB$ di atas, tunjukkan bahawa titik tengah bagi tembereng garis $AB$ yang diwakili oleh $M$ ialah:
$$\left(\frac{x_1 + x_2}{2}, \frac{y_1 + y_2}{2}\right)$$
2 markah
Diberi bahawa $A(-3, 1)$ dan $B(9, 9)$, cari
b(i)
persamaan pembahagi dua sama serenjang $AB$,
3 markah
b(ii)
persamaan garis lurus yang melalui titik $(-2, 3)$ dan selari dengan garis pembahagi dua sama serenjang $AB$.
3 markah
158 markah
Rajah 11 menunjukkan perwakilan pemetaan $y$ kepada $x$ oleh fungsi $f: y \to py + q$ dan pemetaan $y$ kepada $z$ oleh fungsi $g: y \to \frac{5}{3y - q}$, $y \neq \frac{q}{3}$.
Cari
a
nilai $p$ dan nilai $q$.
4 markah
b
fungsi yang memetakan $x$ kepada $y$.
2 markah
c
fungsi yang memetakan $x$ kepada $z$.
2 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini