Rajah 1 menunjukkan sebuah rombus $ABCD$. Persamaan garis lurus $AB$ dan $BC$ masing-masing adalah $2y - x - 8 = 0$ dan $2y + x - 4 = 0$. Garis lurus $DB$ dipanjangkan ke satu titik $N$ dengan keadaan $DB : BN = 2 : 1$. Cari
a
koordinat $N$,
4 markah
b
persamaan garis lurus $AD$.
2 markah
27 markah
a
Diberi $h(x) = (1 - 2x)^3$, cari nilai $h'(1)$.
3 markah
b
Suatu lengkung mempunyai persamaan $y = 3x + \frac{4}{x}$. Jika $x$ menyusut dengan kadar tetap 3 unit per saat, cari kadar perubahan $y$ apabila $x = 2$.
4 markah
33 markah
Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $\frac{x}{y} = ax^2 + bx$, dengan keadaan $a$ dan $b$ ialah pemalar. Dua garis lurus diperoleh dengan memplot hubungan daripada persamaan tersebut. Jadual 1.1 dan Jadual 1.2 masing-masing menunjukkan koordinat titik yang terletak pada garis lurus tersebut.
| $x$ | 0 |
|---|---|
| $\frac{1}{y}$ | $-2k$ |
Jadual 1.1
| $\frac{1}{x}$ | 0 |
|---|---|
| $\frac{1}{xy}$ | $k - 4$ |
Jadual 1.2
Ungkapkan $a$ dalam sebutan $b$.
3 markah
45 markah
Selesaikan sistem persamaan linear yang berikut dengan menggunakan kaedah penghapusan dan / atau penggantian.
$2x - 3y + z = 16$
$3x - y + 2z = 19$
$4x + 3y + 3z = 18$
5 markah
54 markah
a
Lakarkan graf bagi $y = 2 + \tan 2x$ untuk $0 \leq x \leq \pi$.
*(Huraikan lakaran graf anda dalam perkataan: bentuk graf, bilangan kitaran, asimptot dan titik-titik penting seperti pintasan-$y$.)*
3 markah
b
Rajah 2 menunjukkan sudut $-\frac{10}{9}\pi$ rad pada suatu satah Cartes.
Nyatakan sudut rujukan dalam sebutan $\pi$ rad.
1 markah
65 markah
a
Rajah 3.1 menunjukkan sebuah sektor bulatan dengan pusat $O$ dan lengkok $AD$ yang mencangkum sudut $\theta$ rad pada $O$. Diberi bahawa jejari sektor bulatan itu ialah $j$ unit dan luas sektor $AOD$ ialah $L$ unit².
Berdasarkan Rajah 3.1, terbitkan $L = \frac{1}{2}j^2\theta$.
2 markah
b
Rajah 3.2 menunjukkan satu lagi lengkok $EF$ berpusat sama di $O$ dan berjejari 16 cm yang dilukis pada Rajah 3.1. Diberi $OBE$ dan $OCF$ ialah dua garis lurus dengan keadaan $B$ dan $C$ terletak pada lengkok $AD$. Panjang lengkok $AB$, $BC$ dan $CD$ adalah sama. Dua garis $AE$ dan $DF$ merupakan garis tangen kepada lengkok $AD$ pada titik $A$ dan $D$ masing-masing.
[Guna $\pi = 3.142$]
Diberi panjang $OA = 12$ cm kira luas dalam cm², keseluruhan Rajah 3.2.
3 markah
75 markah
Fungsi $h$ ditakrifkan sebagai $h(x) = |2x - 5|$.
a
Nyatakan $h(1)$.
1 markah
b(i)
Cari domain bagi $h(x) \leq 5$.
2 markah
b(ii)
Seterusnya, lakarkan graf bagi fungsi $h(x)$.
*(Huraikan lakaran graf anda dalam perkataan: bentuk graf dan titik-titik yang diplot.)*
2 markah
86 markah
a
Rajah 4 menunjukkan graf lengkung taburan normal piawai. Diberi $P(0 < z < k) = 0.3125$.
Nyatakan $P(z > k)$.
1 markah
Jisim pelajar di sebuah sekolah mempunyai satu taburan normal dengan min 55 kg dan sisihan piawai 10 kg. Cari
b(i)
jisim pelajar yang memberi skor piawai 0.5,
2 markah
b(ii)
peratus pelajar dengan jisim lebih besar daripada 48 kg.
3 markah
96 markah
a
Kandungan kafein dalam badan seseorang selepas minum kopi diberikan oleh:
$$C = C_0e^{-0.15t}$$
dengan keadaan $C_0$ ialah kandungan kafein asal, dalam mg, dan $C$ ialah kandungan kafein, dalam mg, selepas $t$ jam.
Cari masa yang diperlukan supaya kandungan kafein menjadi separuh daripada nilai asal. Bundarkan jawapan anda pada nombor bulat yang terhampir.
3 markah
b
Rajah 5 menunjukkan sebuah segi tiga logam $ABC$ yang direka bentuk oleh seorang jurutera untuk menyokong struktur bangunan.
Tentukan sama ada segi tiga $ABC$ merupakan segi tiga bersudut tegak di $C$ atau tidak. Tunjukkan pengiraan anda.
3 markah
107 markah
a
Cari persamaan lengkung yang mempunyai fungsi kecerunan $\frac{dy}{dx} = 4x + 9$ dan melalui titik $A(2, -3)$.
3 markah
Diberi $\int_1^3 f(x)\,dx = 4$, $\int_3^6 f(x)\,dx = 5$ dan $\int_1^6 f(x)\,dx = k$. Cari
b(i)
nilai $k$,
1 markah
b(ii)
$\int_1^3 7 - 2f(x)\,dx$.
3 markah
113 markah
Graf fungsi kuadratik $f(x) = px^2 - 8x + q$, dengan keadaan $p$ dan $q$ ialah pemalar, mempunyai satu titik maksimum.
a
Diberi $p$ ialah suatu integer dengan keadaan $-2 < p < 2$, nyatakan nilai $p$.
1 markah
b
Menggunakan jawapan daripada 11(a), cari nilai $q$ apabila graf itu menyentuh paksi-$x$ pada satu titik.
2 markah
127 markah
Seorang guru merancang untuk menyimpan wang selama 2 tahun sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Beliau mempertimbangkan dua pelan simpanan yang berbeza seperti berikut:
Pelan A: Beliau menyimpan RM$x$ pada bulan pertama dan menambah RM20 setiap bulan selepas itu.
Pelan B: Beliau menyimpan RM2100 pada tahun pertama dan meningkatkan simpanan tahun berikutnya sebanyak RM400.
a
Bagi pelan A, jika dia menyimpan RM240 pada bulan ke-3, kira simpanannya pada bulan ke-6?
3 markah
b
Tentukan pelan yang membolehkan guru tersebut mencapai sasaran simpanan RM10320 terlebih dahulu. Justifikasikan jawapan anda.
4 markah
Bahagian BPilih 2 daripada 3Dipilih 0/2
138 markah
a
Diberi graf fungsi kuadratik $f(x) = rx^2 + 2x + r$ tidak memintas paksi-$x$. Cari julat nilai $r$ dengan menggunakan kaedah garis nombor.
*(Huraikan garis nombor anda dalam perkataan: titik genting, titik ujian dan tanda bagi setiap selang.)*
3 markah
b(i)
Rajah 6 menunjukkan graf bagi $f(x) = 2x^2 - 4mx + 2m^2 + 2n$ dengan $a = 2$, $b = -4m$, dan $c = 2m^2 + 2n$. Pada Rajah 6, lakarkan graf $y = g(x)$ apabila pemboleh ubah $a$ berubah kepada 1.
*(Huraikan lakaran graf $y = g(x)$ anda dalam perkataan, berbanding dengan graf $y = f(x)$.)*
1 markah
b(ii)
Ungkapkan $f(x) = 2x^2 - 4mx + 2m^2 + 2n$ dalam bentuk $a(x - h)^2 + k$ dengan keadaan $h$ dan $k$ ialah pemalar.
Seterusnya, cari nilai $m$ dan nilai $n$.
4 markah
148 markah
a
Rajah 7 menunjukkan segi empat selari $DEFG$. Titik $P$ terletak pada garis lurus $DE$ dan titik $Y$ terletak pada garis lurus $GF$. $PT$ ialah satu garis lurus yang melalui titik $F$.
Diberi bahawa $\overrightarrow{DY} = \underset{\sim}{a} + 6\underset{\sim}{b}$, dan $\overrightarrow{DT} = \frac{3}{2}\underset{\sim}{a} + 9\underset{\sim}{b}$.
Satu garis lurus dilukis dengan menyambung titik $D$ ke titik $T$. Dengan menggunakan kaedah vektor, tentukan sama ada garis lurus tersebut akan melalui titik $Y$ atau tidak.
4 markah
Rajah 8 menunjukkan sebuah heksagon sekata, $PQRSTU$, yang dilukis pada satah Cartes dan berpusat di asalan, $O$.
b(i)
Ungkapkan $\overrightarrow{PQ} + \overrightarrow{TS}$ sebagai satu vektor tunggal.
1 markah
b(ii)
Diberi $\overrightarrow{OR} = 5\underset{\sim}{i}$, $\overrightarrow{OT} = -\frac{5}{2}\underset{\sim}{i} - \frac{5\sqrt{3}}{2}\underset{\sim}{j}$, cari vektor unit dalam arah $\overrightarrow{RT}$, dalam bentuk $\underset{\sim}{i}$ dan $\underset{\sim}{j}$.
3 markah
158 markah
Diberi bahawa $f^{-1}(x) = \frac{k + x}{3x}$, $x \neq 0$ dan $fg(x) = \frac{2}{3x^2 + 2}$, cari
a
$f(x)$ dalam sebutan $k$,
2 markah
b
nilai $k$ dengan keadaan $f(1) = 4fg(\sqrt{2})$,
2 markah
c
seterusnya, cari $g(x)$ dan tentukan sama ada fungsi songsangan wujud atau tidak, dengan menggunakan ujian garis mengufuk. Berikan justifikasi anda.
*(Huraikan lakaran graf dan ujian garis mengufuk anda dalam perkataan.)*
4 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini