Jadual 1 menunjukkan tiga jenis unit pelaburan bagi satu syarikat yang mempunyai kadar pulangan tahunan yang berbeza.
| Jenis unit pelaburan | Arif | Bijak | Cerdik |
|---|---|---|---|
| Kadar pulangan tahunan | 4.5% | 5.2% | 3.0% |
Jadual 1
Mirza telah melaburkan sejumlah RM 25000 dalam tiga unit pelaburan iaitu Arif, Bijak, dan Cerdik. Jumlah pelaburan Mirza dalam unit pelaburan Bijak melebihi unit pelaburan Cerdik sebanyak RM 3000. Jumlah pulangan pelaburan yang diperoleh selepas satu tahun ialah RM 1125. Berapakah jumlah pelaburan dalam setiap unit pelaburan tersebut?
Negeri Sembilan Trial 2025 Matematik Tambahan Kertas 2
- Percubaan Negeri Sembilan · 2025
- 15 soalan · Jumlah 100 markah
- 150 minit
- Skema pemarkahan
- Daripada skema pemarkahan kertas asal
- Pemarkahan
- Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
- Bahasa jawapan
- Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
- Kemas kini terakhir
- 2026-11-25
Bahagian A
Jawab semua 7
Rajah 1 menunjukkan sebuah segi empat selari $OABC$.
Diberi $\overrightarrow{OA} = \underset{\sim}{x}$ dan $\overrightarrow{OC} = \underset{\sim}{y}$. $OB$ dipanjangkan ke titik $D$ di mana $OB = BD$ dan $OA$ dipanjangkan ke titik $E$ dengan keadaan $AE = \frac{1}{2}OA$. Garis $CE$ dan $AD$ bersilang di titik $X$.
Diberi $\overrightarrow{AX} = p\overrightarrow{AD}$ dan $\overrightarrow{CX} = q\overrightarrow{CE}$, cari
a(i)
2 markah
$\overrightarrow{AX}$ dalam sebutan $p$, $\underset{\sim}{x}$ dan $\underset{\sim}{y}$,
a(ii)
2 markah
$\overrightarrow{AX}$ dalam sebutan $q$, $\underset{\sim}{x}$ dan $\underset{\sim}{y}$.
b
4 markah
Seterusnya, tentukan nilai $p$ dan $q$.
Seorang perancang bandar ingin menghias sebuah taman rekreasi dengan membina beberapa barisan pasu bunga seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Barisan pertama mempunyai 5 pasu, barisan kedua mempunyai 8 pasu, barisan ketiga mempunyai 11 pasu, dan bilangan pasu bagi barisan seterusnya bertambah secara seragam.
a
2 markah
Cari bilangan pasu pada barisan ke-$n$.
b
2 markah
Jika jumlah pasu tidak melebihi 1500 pasu, berapakah bilangan maksimum barisan yang boleh disusun?
a
2 markah
Buktikan bahawa $\frac{-2\sin 2x}{\text{kos } 2x + 1} = -2\tan x$.
b(i)
3 markah
Lakarkan graf $y = -2\tan x$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, asimptot, bilangan kitaran dan titik-titik pada paksi.)*
b(ii)
3 markah
Seterusnya, dengan menggunakan paksi yang sama, lakar satu garis lurus yang sesuai untuk mencari bilangan penyelesaian bagi persamaan $\frac{-2\sin 2x}{\text{kos } 2x + 1} = \frac{3x}{2\pi}$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$. Nyatakan bilangan penyelesaian itu.
*(Huraikan garis lurus anda dalam perkataan: persamaannya dan titik-titik yang dilaluinya.)*
a
4 markah
Diberi garis lurus $y = x + p$ menyilang lengkung $x^2 + y^2 - 2 = 0$ pada titik $M$ dan titik $N$. Cari julat nilai $p$.
Diberi fungsi kuadratik $f(x) = 3 + 5x - 2x^2$.
b(i)
2 markah
Dengan menggunakan kaedah penyempurnaan kuasa dua, ungkapkan $f(x)$ dalam bentuk $f(x) = a(x + p)^2 + q$, dengan keadaan $a$, $p$ dan $q$ ialah pemalar.
b(ii)
2 markah
Seterusnya, lakar graf bagi $f(x)$ untuk $0 \leq x \leq 5$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf dan koordinat titik-titik penting yang dilabel.)*
Rajah 3 menunjukkan keratan rentas pintu hadapan sebuah bangsal di mana $ABCD$ adalah sebuah segi empat tepat dan $OAPB$ adalah sebuah sektor berpusat di $O$ dengan jejari $r$ m.
$PQ$ adalah pembahagi dua sama serenjang $AB$. Diberi bahawa panjang $AB$ ialah 8 m dan panjang $PQ$ ialah 2 m.
[Guna $\pi = 3.142$]
a
2 markah
Hitung nilai $r$, dalam m,
Seterusnya, cari
b(i)
3 markah
perimeter, dalam m, permukaan melengkung bangsal, seperti yang berlorek dalam Rajah 3.
b(ii)
3 markah
luas, dalam m$^2$, permukaan melengkung bangsal, seperti yang berlorek dalam Rajah 3.
Rajah 4 menunjukkan satu acuan kek yang berbentuk silinder dan Rajah 5 menunjukkan acuan kek tersebut diisi dengan adunan kek belum dibakar. Tinggi acuan kek ialah $h$ cm dan diameter ialah 24 cm. Adunan kek mempunyai tinggi 3 cm sebelum dibakar.
a
3 markah
Diberi bahawa tinggi adunan meningkat dengan kadar tetap $\frac{1}{720}$ cm s$^{-1}$ semasa dibakar pada suhu 180°C. Cari kadar perubahan bagi isi padu adunan kek tersebut, dalam cm$^3$s$^{-1}$.
Diberi kek yang telah dibakar mencapai tinggi $h$ cm. Kek tersebut dikeluarkan daripada acuan untuk disejukkan. Selepas masa tertentu, didapati tinggi kek berubah menjadi $(h - 0.001)$ cm dan peratus perubahan kecil tinggi kek ialah $-0.0125\%$.
Cari
b(i)
2 markah
nilai $h$,
b(ii)
2 markah
isi padu selepas kek disejukkan pada tempoh masa itu.
Bahagian B
Pilih 3 daripada 4
Dipilih 0/3
Jadual 2 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah $x$ dan $y$, yang diperoleh daripada satu eksperimen. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = ae^{b(x-5)^2}$ dengan keadaan $a$ dan $b$ ialah pemalar.
| $x$ | 5.84 | 6.58 | 6.79 | 6.94 | 7.12 |
|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 0.22 | 4.66 | 44.70 | 81.45 | 330.31 |
Jadual 2
a
5 markah
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada kedua-dua paksi, plot $\ln y$ melawan $(x - 5)^2$. Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: jadual nilai $(x - 5)^2$ dan $\ln y$ yang anda kira, skala paksi, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
Dengan menggunakan graf di (a), cari nilai bagi
b(i)
3 markah
$a$,
b(ii)
1 markah
$b$,
b(iii)
1 markah
$x$ apabila $y = 74$.
Rajah 6 menunjukkan lengkung $y^2 = x + 4$ dan garis lurus $5y + 3x = 30$ bersilang pada titik $R$. Garis lurus $5y + 3x = 30$ menyilang paksi-$y$ pada titik $P$.
Cari
a
3 markah
nilai bagi $h$ dan $k$,
b
4 markah
luas kawasan berlorek,
c
3 markah
isi padu janaan, dalam sebutan $\pi$, apabila rantau berlorek dikisarkan melalui $90^\circ$ pada paksi-$x$.
Kebiasaannya, apabila memancing, Pak Amad mendapat ikan sebanyak 60% daripada jumlah lontaran yang dibuat.
Hitung
a(i)
2 markah
kebarangkalian bahawa Pak Amad mendapat 4 ekor ikan dengan 5 lontaran.
a(ii)
3 markah
bilangan lontaran yang dibuat supaya kebarangkalian mendapat sekurang-kurangnya seekor ikan ialah 0.9744.
b
5 markah
Waktu perhimpunan SMK Gemilang bermula pukul 7.20 pagi. Pada suatu hari tertentu, didapati murid tiba di sekolah bertaburan secara normal dengan min 7.10 pagi dan kebarangkalian seorang murid tiba sebelum 7.05 pagi ialah 0.2380. Cari peratus murid tiba selepas perhimpunan bermula.
Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
Rajah 7 menunjukkan titik-titik $A(2, -1)$, $B(6, 3)$ dan $C(10, r)$.
Diberi titik $D$ ialah titik tengah bagi garis lurus $BC$, $AB$ serenjang dengan $AD$ dan jarak $BD$ ialah $2\sqrt{26}$.
Cari
a(i)
3 markah
nilai $r$,
a(ii)
2 markah
luas segi tiga $ABC$.
b(i)
2 markah
Titik $P$ bergerak membentuk bulatan melalui titik-titik $A$, $B$ dan $D$. Cari persamaan lokus $P$.
b(ii)
3 markah
Diberi persamaan garis lurus $AC$ ialah $y = 3 - 2x$. Tentukan sama ada garis lurus $AC$ adalah tangen kepada bulatan tersebut atau bukan.
Bahagian C
Pilih 2 daripada 4
Dipilih 0/2
Jadual 3 menunjukkan indeks harga dan perubahan indeks harga bagi empat bahan $A$, $B$, $C$ dan $D$ yang digunakan untuk membuat sebuah beg tangan berjenama Spade. Rajah 8 pula mewakili peratusan penggunaan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat beg tangan itu pada tahun 2019.
| Bahan | Indeks harga pada tahun 2022 berasaskan 2019 | Perubahan indeks harga dari 2022 ke 2025 |
|---|---|---|
| A | 117 | Menyusut 5% |
| B | 110 | Tidak berubah |
| C | 126 | Menokok 15% |
| D | 140 | Menyusut 10% |
Jadual 3
a
2 markah
Harga bahan $D$ pada tahun 2022 ialah RM 35. Cari harga yang sepadan pada tahun 2019.
b
3 markah
Hitung indeks gubahan bagi kos membuat beg tangan tersebut pada tahun 2025 berasaskan tahun 2019.
c
2 markah
Seterusnya, cari bilangan maksimum beg tangan yang boleh dihasilkan dengan menggunakan peruntukan sebanyak RM 10 000 pada tahun 2025 jika kos penghasilan beg tangan adalah RM 250 pada tahun 2019.
d
3 markah
Kos pengeluaran dijangka meningkat sebanyak 20% dari tahun 2022 ke tahun 2025. Hitung peratusan perubahan kos pengeluaran dari tahun 2019 ke tahun 2025.
Sebuah kilang mengeluarkan dua jenis produk makanan, $A$ dan $B$. Kilang tersebut mengeluarkan $x$ unit produk $A$ dan $y$ unit produk $B$ setiap hari. Pengeluaran produk makanan ini adalah berdasarkan kekangan berikut:
I Jumlah bagi kedua-dua produk makanan yang dikeluarkan sehari adalah tidak melebihi 80 unit.
II Bilangan produk $B$ yang dikeluarkan dalam sehari selebih-lebihnya tiga kali ganda bilangan produk $A$ yang dikeluarkan sehari.
III Bilangan produk $B$ yang dikeluarkan sehari adalah tidak kurang 20 unit.
a
3 markah
Tuliskan tiga ketaksamaan, selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi kesemua kekangan di atas.
b
3 markah
Menggunakan skala 2 cm kepada 10 unit pada kedua-dua paksi, bina dan lorek rantau $R$ yang memenuhi kesemua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: garis-garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik yang dilalui) dan rantau $R$ yang dilorek.)*
Dengan menggunakan graf yang dibina di (b), cari
c(i)
1 markah
bilangan maksimum bagi produk $A$ jika 30 unit produk $B$ dikeluarkan dalam sehari.
c(ii)
3 markah
keuntungan maksimum yang diperoleh kilang tersebut dalam sehari jika keuntungan daripada jualan seunit produk $A$ dan seunit produk $B$ masing-masing ialah RM25 dan RM60.
Satu zarah bergerak di sepanjang garis lurus dan melalui satu titik tetap $O$. Halajunya, $v$ dalam ms$^{-1}$ diberi oleh $v = t^2 - 6t + 8$ dengan keadaan $t$ ialah masa dalam saat selepas melalui titik $O$. Zarah itu berhenti seketika pada titik $A$ dan titik $B$.
Cari
a(i)
3 markah
halaju minimum zarah itu, dalam ms$^{-1}$.
a(ii)
4 markah
jarak antara titik $A$ dan titik $B$.
Seorang ahli Fizik melakar satu graf halaju melawan masa zarah itu untuk memahami pergerakannya, dari mula sehingga 7 saat pertama.
b(i)
2 markah
Lakar graf itu.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf dan titik-titik penting pada paksi.)*
b(ii)
1 markah
Seterusnya, tentukan julat bagi nilai $t$ apabila halaju zarah itu meningkat.
Rajah 9 menunjukkan sebuah pentas yang berbentuk segi tiga, $ABC$. $AE$ dan $CF$ ialah dua batang tiang tegak di atas tapak bucu $A$ dan $C$ untuk membina bumbung pentas yang berbentuk segi tiga $BEF$.
Diberi panjang $AE = CF = 8$ m dan $BC = 16.03$ m.
Cari
a(i)
2 markah
panjang, dalam m, bagi $AC$,
a(ii)
3 markah
sudut yang mungkin bagi $\angle BAC$,
a(iii)
3 markah
**[Bonus]** $\angle BEF$, jika luas bumbung $BEF$ ialah 18.64 m$^2$ dan $\angle BEF$ ialah sudut cakah.
Pentas tersebut telah dibesarkan ke satu bentuk $\Delta A'B'C'$ yang mempunyai bentuk berbeza dari $\Delta ABC$, dengan keadaan $A'B' = AB$, $B'C' = BC$ dan $\angle A'C'B' = \angle ACB$.
b(i)
1 markah
Lakar $\Delta A'B'C'$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: panjang sisi dan saiz sudut-sudut segi tiga itu.)*
b(ii)
1 markah
Seterusnya, nyatakan nilai bagi $\angle A'B'C'$.

AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini
0%Peratus
0Markah
0Markah penuh
Beberapa soalan tidak dapat ditanda.
Markah setiap soalan

