Negeri Sembilan Trial 2025 Matematik Tambahan Kertas 1
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Negeri Sembilan Trial 2025 Matematik Tambahan Kertas 1
Percubaan Negeri Sembilan · 2025
15 soalan · Jumlah 80 markah
120 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 12
13 markah
Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y - qx = px^2$ dengan keadaan $p$ dan $q$ ialah pemalar. Rajah 1 menunjukkan graf garis lurus yang diperoleh dengan memplot hubungan dari persamaan itu.
a
Diberi kecerunan yang diperoleh daripada graf garis lurus ialah $p$, ungkapkan $Y$ dalam sebutan $x$ dan / atau $y$.
1 markah
b
Satu titik $\left(2, \frac{1}{5}\right)$ berada di atas graf garis lurus tersebut, ungkapkan $q$ dalam sebutan $p$.
2 markah
25 markah
Diberi fungsi $f : x \rightarrow 2 - x$, fungsi $g : x \rightarrow qx^2 + r$ dan fungsi gubahannya $fg : x \rightarrow 3x^2 - 8$.
a
Cari nilai $q$ dan nilai $r$.
3 markah
b
Seterusnya, cari nilai $g^2(0)$.
2 markah
36 markah
a
Diberi $2^m \times 5^m = a^{2m} \times b^m$, ungkapkan $a$ dalam sebutan $b$.
3 markah
b
Selesaikan
$$\log_{16} 2x + \log_2 x = -1$$
3 markah
45 markah
Diberi titik-titik $P(-3, 2)$, $Q(12, 7)$ dan $R$ berada atas suatu garis lurus di mana $PR = \frac{3}{5}PQ$.
Dengan menggunakan operasi aritmetik vektor, cari
a
$\overrightarrow{PQ}$,
2 markah
b
$|\overrightarrow{OR}|$.
3 markah
55 markah
Rajah 2 menunjukkan sebuah lelayang $ABCD$.
Diberi titik-titik $B(2, 2)$, $C(5, 1)$ dan $D(6, 4)$. Garis $AB$ selari dengan paksi-$y$ dan garis $AC$ ialah paksi simetri lelayang tersebut.
a
Cari persamaan garis lurus $AC$.
3 markah
b
Pepenjuru $BD$ memotong garis $AC$ pada titik $P$ dengan keadaan $AP : PC = m : n$. Cari nisbah tersebut.
2 markah
64 markah
Rajah 3 menunjukkan dua buah sektor $OAB$ dan $OCD$ dengan panjang lengkok $AB$ dan $CD$ berpusat $O$.
Diberi $\angle AOB = 0.52$ radian, $OA = 6$ cm dan panjang lengkok $CD = 5.98$ cm. Hitung
a
panjang, dalam cm, $OD$,
2 markah
b
luas, dalam cm$^2$, kawasan berlorek.
2 markah
75 markah
a
Diberi bahawa tiga sebutan pertama bagi satu jujukan ialah $x, x^2, x^3$. Nyatakan jenis jujukan tersebut. Beri satu sebab untuk jawapan anda.
1 markah
b
Bermula tahun 2020, jualan kereta elektrik di Malaysia meningkat secara konsisten sebanyak 8.5%. Sejumlah 32 550 unit kereta elektrik telah terjual pada tahun 2021. Syarikat T merupakan salah sebuah syarikat yang membekalkan kereta elektrik di pasaran Malaysia dan telah berjaya menguasai 30% daripada pasaran tersebut dari tahun 2023 hingga tahun 2025. Anggarkan bilangan kereta elektrik yang berjaya dijual oleh syarikat tersebut bagi tempoh tahun 2023 hingga tahun 2025.
4 markah
86 markah
a
Selesaikan persamaan $\tan^2 x + 2\tan x - 3 = 0$ bagi $0^\circ \leq x \leq 180^\circ$.
3 markah
Diberi $\text{kos}\,\frac{\theta}{2} = p$ dengan keadaan $\theta$ ialah sudut tirus, ungkapkan dalam sebutan $p$
b(i)
$\sin\frac{\theta}{2}$,
1 markah
b(ii)
$\sin\theta$.
2 markah
96 markah
Rajah 4 menunjukkan sebahagian daripada graf fungsi $y = f(x)$.
a(i)
Berdasarkan graf, nyatakan
$\underset{x \to 0}{\text{had}} f(x)$,
1 markah
a(ii)
nilai bagi $m$, jika $\underset{x \to m}{\text{had}} f(x)$ tidak tertakrif.
1 markah
Diberi fungsi kecerunan bagi $y = g(x)$ ialah $3x^2 - px + 3$ dan titik $L(1, y)$ merupakan satu titik pusingan pada graf fungsi tersebut.
b(i)
Cari nilai $p$.
2 markah
b(ii)
Tentukan sifat titik $L$. Tunjukkan pengiraan untuk menyokong jawapan anda.
2 markah
107 markah
Rajah 5 pada ruang jawapan menunjukkan graf bagi suatu taburan normal piawai di mana $X \sim N(\mu, \sigma^2)$.
a(i)
Nyatakan nilai $\mu$ dan $\sigma^2$.
1 markah
a(ii)
Diberi $a < \mu < b$, lorekkan pada Rajah 5 bagi rantau-rantau yang mewakili $P(a \leq Z \leq \mu) + P(Z > b)$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan $a$ dan $b$ pada paksi $z$ dan rantau-rantau yang dilorek.)*
1 markah
a(iii)
Tentukan $P(-\infty < Z < \infty)$.
1 markah
Rajah 6 menunjukkan graf bagi suatu taburan binomial di mana $X \sim B(n, p)$.
b(i)
Nyatakan nilai $n$.
1 markah
b(ii)
Cari nilai $p$.
3 markah
116 markah
Rajah 7 menunjukkan graf $f(x) = |2x - 5|$ bagi $-2 \leq x \leq 6$.
a
Nyatakan julat yang sepadan bagi domain yang diberi.
2 markah
b
Cari domain bagi $f(x) > 9$.
2 markah
c
Dengan menggunakan Rajah 8 di ruangan jawapan, tunjukkan sama ada fungsi $f$ mempunyai fungsi songsang atau tidak. Justifikasi jawapan anda.
*(Huraikan garis yang anda lukis pada Rajah 8 dalam perkataan, kemudian beri kesimpulan dan justifikasi.)*
2 markah
126 markah
Rajah 9 menunjukkan lima keping kad nombor.
| 3 | 4 | 6 | 7 | 9 |
|---|---|---|---|---|
Rajah 9
a(i)
Cari bilangan nombor 4 digit yang lebih daripada 6000 yang dapat dibentuk daripada digit-digit yang diberikan tanpa ulangan.
2 markah
a(ii)
Berapakah bilangan cara menyusun semua kad dalam satu bulatan?
1 markah
b
4 orang murid akan dipilih daripada 4 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan untuk menyertai suatu kuiz. Cari bilangan cara yang berbeza memilih peserta jika sekurang-kurangnya 3 orang murid lelaki dipilih.
3 markah
Bahagian BPilih 2 daripada 3Dipilih 0/2
138 markah
a
Diberi
$$\sqrt{m}\,x + \sqrt{7} = \sqrt{3}$$
Ungkapkan $x$ dalam sebutan $m$.
2 markah
b
Diberi $m = a^x$, tunjukkan bahawa
$$\log_a m^n = n\log_a m$$
dengan keadaan $n$ ialah sebarang nombor nyata.
2 markah
c
Rajah 10 menunjukkan segi tiga bersudut tegak.
Cari nilai $k$.
4 markah
148 markah
Diberi satu fungsi kuadratik $y = ax^2 - bx + c$ tidak menyentuh paksi-$x$ dan $c < 0$.
Nyatakan julat bagi
a(i)
$a$,
1 markah
a(ii)
fungsi pembezalayan.
1 markah
Rajah 11 menunjukkan bentuk pintu gerbang yang berbentuk parabola. Pintu gerbang tersebut perlu cukup lebar untuk dua buah kenderaan masuk melaluinya. Rajah 12 menunjukkan kenderaan terbesar yang akan menggunakan laluan tersebut.
b(i)
Syarikat Syabas telah mencadangkan untuk membina pintu gerbang setinggi 6 meter dan lebar tapak 10 meter.
Wakilkan reka bentuk pintu gerbang yang dicadangkan oleh Syarikat Syabas dalam bentuk $f(x) = a(x + p)^2 + q$.
3 markah
b(ii)
Adakah reka bentuk pintu gerbang tersebut dapat dilalui dua buah kenderaan seperti dalam Rajah 12 dengan serentak? Justifikasi jawapan anda.
3 markah
158 markah
Sebuah kapal terbang bergerak dari titik $P$ ke titik $Q$, di mana $Q$ terletak 900 km ke arah timur dari $P$. Halaju kapal terbang dalam udara pegun ialah $\underset{\sim}{v} = 700\underset{\sim}{i} - 100\underset{\sim}{j}$ kmj$^{-1}$. Terdapat angin yang bertiup dengan halaju tetap $\underset{\sim}{u} = a\underset{\sim}{i} + b\underset{\sim}{j}$ kmj$^{-1}$.
a
Diberi bahawa kapal terbang terbang terus dari $P$ ke $Q$, cari nilai $b$.
3 markah
b
Jika perjalanan tersebut mengambil masa 1.25 jam, buktikan bahawa $a = 20$.
2 markah
c
Kapal terbang itu pulang dari $Q$ ke $P$, dengan halajunya dalam udara pegun ialah $\underset{\sim}{v} = -700\underset{\sim}{i} - 100\underset{\sim}{j}$ kmj$^{-1}$. Kira masa yang diambil untuk pulang dengan andaian halaju angin tidak berubah.
2 markah
d
Berapakah laju sebenar kapal terbang apabila tiada angin?
1 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini