Selesaikan persamaan serentak berikut:
$x + 2y - z = 3$
$2x - y + 3z = 1$
$3x + 4y - 2z = 5$
Selangor Trial 2025 Matematik Tambahan Kertas 2
- Percubaan Selangor · 2025
- 15 soalan · Jumlah 100 markah
- 150 minit
- Skema pemarkahan
- Daripada skema pemarkahan kertas asal
- Pemarkahan
- Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
- Bahasa jawapan
- Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
- Kemas kini terakhir
- 2026-11-25
Bahagian A
Jawab semua 7
a
1 markah
Tentukan sama ada $\sqrt[4]{154}$ surd atau bukan. Berikan alasan anda.
b(i)
2 markah
Buktikan $\log_a b = \frac{\log_c b}{\log_c a}$.
b(ii)
4 markah
Seterusnya, selesaikan $\log_2 2x - \log_4 (3x + 4) = 1$.
Diberi bahawa fungsi $f : x \rightarrow 2x$ dan fungsi $g : x \rightarrow \sqrt{x - 4}$.
Cari nilai
a(i)
1 markah
$gf(10)$,
a(ii)
2 markah
$x$ apabila $f^2(x) = 1$.
b
4 markah
Tentukan fungsi $h(x)$ dengan keadaan $hg(x) = x + 3$. Seterusnya, cari nilai $h(-3)$.
Rajah 1 menunjukkan graf fungsi $y = -3(x - h)^2 + k$.
a(i)
1 markah
Rajah 1
Lakarkan graf fungsi $y_1$, dalam Rajah 1, dengan keadaan fungsi $y_1$ dibentuk daripada pantulan graf $y = -3(x - h)^2 + k$ pada paksi $y$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf $y_1$, kedudukannya berbanding paksi-$y$ dan koordinat titik maksimumnya.)*
a(ii)
1 markah
Nyatakan fungsi $y_1$ dalam sebutan $x$, $h$ dan $k$.
Rajah 2 menunjukkan tempat peluncuran bunga api dari sebuah rumah. Fungsi $h(x) = -2x^2 + 26x - 17$ mewakili tinggi bunga api dengan keadaan $x$ mewakili jarak mengufuk, dalam meter, antara dinding rumah $OA$ dengan bunga api. Bunga api itu meletup pada titik tertinggi.
b(i)
2 markah
Rajah 2
Tentukan jarak mengufuk antara bunga api itu dengan tepi dinding rumah $OA$ apabila bunga api itu meletup.
b(ii)
1 markah
Nyatakan ketinggian, dalam m, bunga api ketika ia meletup.
b(iii)
2 markah
Cari jarak, dalam m, antara dinding rumah $OA$ dengan tempat bunga api itu jatuh semula ke tanah.
a
2 markah
Buktikan bahawa $\text{kosek } 2A = \frac{1}{2} \text{ sek } A \text{ kosek } A$.
Diberi bahawa $\sin A = -\frac{4}{5}$ dan $\text{kos } B = -\frac{1}{\sqrt{3}}$, dengan keadaan $A$ dan $B$ berada di sukuan yang sama.
Cari
b(i)
1 markah
$\sin B$,
b(ii)
2 markah
$\text{kos } (A + B)$.
c(i)
3 markah
Lakar graf $y = |2 + 5\sin 3x|$ untuk $0 \leq x \leq \pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, bilangan kitaran, nilai $y$ di hujung-hujung domain serta nilai-nilai maksimum dan minimum.)*
c(ii)
1 markah
Terdapat 6 penyelesaian apabila $y = m$, dengan keadaan $m$ ialah pemalar.
Nyatakan julat nilai bagi $m$.
Rajah 3 menunjukkan segi tiga $BOA$. Garis lurus $OX$ dan garis lurus $BY$ bersilang pada titik $P$.
Rajah 3
Diberi bahawa $\overrightarrow{OA} = 2\underset{\sim}{a}$, $\overrightarrow{OB} = 3\underset{\sim}{b}$, $5\overrightarrow{BX} = 3\overrightarrow{BA}$ dan $\overrightarrow{OY} = \frac{5}{7}\overrightarrow{OA}$.
Diberi $\overrightarrow{OP} = m\overrightarrow{OX}$ dan $\overrightarrow{BP} = n\overrightarrow{BY}$, ungkapkan $\overrightarrow{OP}$ dalam sebutan
a(i)
2 markah
$m$, $\underset{\sim}{a}$ dan / atau $\underset{\sim}{b}$,
a(ii)
1 markah
$n$, $\underset{\sim}{a}$ dan / atau $\underset{\sim}{b}$.
b
5 markah
Seterusnya, cari nilai $m$ dan nilai $n$.
a
3 markah
Lengkung $f(x)$ mempunyai fungsi kecerunan $\frac{5}{x^2} - 2$ dan melalui titik $(15, -1)$. Tentukan fungsi $f(x)$.
b
4 markah
Hitung isi padu janaan, dalam sebutan $\pi$, apabila rantau yang dibatasi oleh lengkung $2y = 1 - \sqrt{x}$, paksi-$y$ dan $y = -1$ dikisarkan melalui $360^\circ$ pada paksi-$y$.
Bahagian B
Pilih 3 daripada 4
Dipilih 0/3
Diberi bahawa fungsi kecerunan suatu lengkung ialah $8 - x^3$ dan mempunyai satu titik pusingan pada $(p, 3)$.
a(i)
1 markah
Cari nilai $p$.
a(ii)
3 markah
Tentukan titik pusingan itu titik maksimum atau titik minimum.
Isi padu udara, $V$ cm^3^, dalam sebiji belon berbentuk sfera diberi oleh $V = \frac{4}{3}\pi r^3$ dengan keadaan $r$ cm ialah jejari belon.
b(i)
4 markah
Belon diisikan dengan udara pada kadar 189 cm^3^ s^-1^. Hitung kadar perubahan jejari, dalam cm s^-1^, apabila jejari 6 cm.
b(ii)
2 markah
Didapati bahawa belon itu bocor dan jejari menyusut daripada 20 cm ke 19.9 cm. Tentukan perubahan kecil bagi isi padu belon itu.
Rajah 4 menunjukkan garis $L_1$ selari dengan garis $L_2$.
a
2 markah
Rajah 4
Tunjukkan bahawa $m_1 = m_2$ dengan keadaan $m_1$ dan $m_2$ masing-masing ialah kecerunan bagi garis $L_1$ dan $L_2$.
Sisi empat $PQRS$ mempunyai luas 36 unit^2^. Diberi bahawa titik $P(-2, 6)$, $Q(-5, h)$, $R(2, 0)$, $S(k, 7)$ dan $h = 3k$.
b(i)
4 markah
Cari nilai-nilai $k$.
Titik $T(x, y)$ bergerak di sepanjang lilitan bulatan yang berdiameter $PR$.
b(ii)(a)
3 markah
Cari persamaan lokus $T$.
b(ii)(b)
1 markah
Tentukan sama ada titik $(-3, 2)$ terletak pada lilitan bulatan itu.
Jadual 1.1 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah, $x$ dan $y$, yang diperoleh daripada suatu eksperimen. Satu garis lurus akan diperoleh apabila graf $xy$ melawan $x^2$ diplotkan.
| $x$ | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 12.8 | 7.6 | 6.6 | 6.2 | 6.3 | 6.8 |
Jadual 1.1
a
2 markah
Berdasarkan Jadual 1.1, isi Jadual 1.2.
| $x^2$ | | | | | | |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $xy$ | | | | | | |
Jadual 1.2
*(Tulis nilai $x^2$ dan $xy$ bagi setiap lajur.)*
b
3 markah
Plot $xy$ melawan $x^2$, menggunakan skala 2 cm kepada 5 unit pada paksi-$xy$ dan paksi-$x^2$.
Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
Menggunakan graf di (b),
c(i)
1 markah
cari nilai $y$ apabila $x = 4.472$,
c(ii)
4 markah
ungkapkan $y$ dalam sebutan $x$.
Kebarangkalian seorang murid berbasikal ke sekolah ialah $p$. Suatu sampel yang terdiri daripada 5 orang murid dipilih secara rawak dari sekolah itu.
a(i)
2 markah
Jika kebarangkalian bagi semua murid itu berbasikal ke sekolah ialah 0.07776 . Cari nilai $p$,
a(ii)
2 markah
Hitung nilai min.
a(iii)
2 markah
Cari kebarangkalian bahawa lebih daripada 3 orang berbasikal ke sekolah.
b
4 markah
Markah 150 orang murid bertabur secara normal dengan min 52 markah dan sisihan piawai 30 markah. Jika markah lulus sekurang-kurangnya 40 markah, tentukan bilangan murid yang gagal.
Bahagian C
Pilih 2 daripada 4
Dipilih 0/2
Suatu zarah bergerak di sepanjang suatu garis lurus dan melalui satu titik tetap $O$. Halaju zarah itu, $v$ ms^-1^, diberi oleh $v = 3t^2 - 2t - 8$, dengan keadaan $t$ ialah masa, dalam saat, selepas melalui titik tetap $O$.
[Anggapkan gerakan ke arah kanan sebagai positif.]
Cari
a
3 markah
pecutan, dalam ms^-2^, pada ketika zarah itu berhenti seketika,
jarak, dalam m, yang dilalui oleh zarah itu
b(i)
5 markah
dari halaju maksimum sehingga zarah itu berhenti seketika.
b(ii)
2 markah
dalam 7 saat yang pertama.
Jadual 2 di bawah menunjukkan maklumat bagi empat bahan, $A$, $B$, $C$ dan $D$ untuk menghasilkan sebiji kek coklat.
| Bahan | Indeks harga pada tahun 2023 berasaskan tahun 2022 | Perubahan indeks harga dari tahun 2023 ke tahun 2024 | Pemberat |
|---|---|---|---|
| $A$ | 110 | Naik 25% | $m$ |
| $B$ | 120 | Tidak berubah | 30 |
| $C$ | 125 | Tidak berubah | 15 |
| $D$ | 150 | Menyusut 10% | 15 |
Jadual 2
a
3 markah
Harga bahan $A$ pada tahun 2024 ialah RM35. Cari harga yang sepadan pada tahun 2022.
b
3 markah
Indeks gubahan bagi empat bahan tersebut pada tahun 2023 berasaskan 2022 ialah 121.25 . Hitung nilai $m$.
c
4 markah
Hitung kos penghasilan kek coklat tersebut pada 2024 jika kos penghasilan yang sepadan pada tahun 2022 ialah RM80.
Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
Rajah 5 menunjukkan sebuah sisi empat $PQRS$. Diberi $PR = 7$ cm, $PQ = 4$ cm dan $QR = 5$ cm.
Rajah 5
Hitung
a(i)
2 markah
$\angle QPR$,
a(ii)
2 markah
panjang, dalam cm, $PS$,
a(iii)
3 markah
luas sisi empat $PQRS$.
Garis lurus $PQ$ dipanjangkan ke $Q'$ dengan keadaan $Q'R' = QR$, $P'R' = PR$ dan $\angle R'P'Q' = \angle RPQ$.
b(i)
1 markah
Lakar $\triangle P'Q'R'$ yang mempunyai bentuk berbeza daripada $\triangle PQR$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan titik $P'$, $Q'$ dan $R'$ serta sisi dan sudut yang diketahui.)*
b(ii)
2 markah
Seterusnya, cari nilai bagi $\angle P'Q'R'$.
Jadual 3 menunjukkan jisim setiap bahan yang diperlukan dalam pembuatan setiap kek, kos dan harga jualan bagi dua jenis kek yang dijual di sebuah kedai bakeri dalam tempoh satu minggu.
| Kek | Jisim (kg): Tepung | Jisim (kg): Gula | Jisim (kg): Mentega | Kos sebiji kek (RM) | Harga jualan sebiji kek (RM) |
|---|---|---|---|---|---|
| Kek Coklat | 0.4 | 0.1 | 0.1 | 35 | 70 |
| Kek Vanila | 0.1 | 0.2 | 0.1 | 30 | 50 |
Jadual 3
Untuk meminimumkan kos, dia perlu menggunakan sekurang-kurangnya 8 kg tepung dan sekurang-kurangnya 6 kg gula. Jisim maksimum mentega yang perlu digunakan adalah 5 kg.
a
3 markah
Kedai bakeri itu menghasilkan $x$ biji kek coklat dan $y$ biji kek vanila.
Tulis tiga ketaksamaan, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
b
3 markah
Menggunakan skala 2 cm kepada 10 biji kek coklat pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 5 biji kek vanila pada paksi-$y$, bina dan lorek rantau **R** yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau R yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
Gunakan graf yang dibina di 15(b) untuk menjawab soalan-soalan berikut:
c(i)
3 markah
Hitung keuntungan maksimum yang diperoleh.
c(ii)
1 markah
Seterusnya, cari jisim tepung yang perlu digunakan.

AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini
0%Peratus
0Markah
0Markah penuh
Beberapa soalan tidak dapat ditanda.
Markah setiap soalan

