Rajah 1(a) menunjukkan pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = x^2 - 8x + 16$ manakala rajah 1(b) adalah graf persamaan linear yang terbentuk diwakili oleh paksi-$Y$ dan paksi-$X$ dengan kecerunan ialah $1$.
a
Ungkapkan $X$ dan $Y$ dalam sebutan $x$ dan / atau $y$.
2 markah
b
Tentukan sama ada (10,4) terletak di atas garis lurus itu atau tidak. Beri alasan anda.
2 markah
26 markah
a
Diberi vektor unit pada arah vektor $\overrightarrow{MN} = k\underset{\sim}{i} - 4\underset{\sim}{j}$ ialah $\frac{1}{3k}\begin{pmatrix} k \\ -4 \end{pmatrix}$, dengan keadaan $k$ ialah pemalar. Cari nilai $k$.
3 markah
b
Diberi bahawa titik $P(2, 5)$ dan vektor $\overrightarrow{PQ} = 7\underset{\sim}{i} + 9\underset{\sim}{j}$. Cari koordinat titik terminal bagi vektor $\overrightarrow{PQ}$.
3 markah
36 markah
a
Garis lurus $y = 3x - 2$ ialah tangen kepada lengkung $y = px^2 + qx$ dengan keadaan $p$ dan $q$ ialah pemalar, pada koordinat $x = 4$. Cari nilai $p$ dan nilai $q$.
4 markah
b
Tentukan nilai had bagi $\underset{x \to -3}{\text{had}}\ \frac{2x^2 + 3x - 9}{x + 3}$.
2 markah
44 markah
Rajah 2 menunjukkan sebuah graf binomial dengan taburan $X \sim B(n, p)$.
a
Tentukan nilai $k$.
1 markah
b
**[Bonus]** Cari nilai $n$ dan nilai $p$.
3 markah
56 markah
a
Diberi bahawa $\frac{h}{k} = \frac{1}{3} + 0.0454545\ldots$, cari nilai $h$ dan nilai $k$ tanpa menggunakan kaedah janjang.
3 markah
b
Diberi bahawa $q\sqrt{2} = \frac{7}{3 - \sqrt{2}} - p$, cari nilai $p$ dan nilai $q$.
3 markah
66 markah
a
Diberi persamaan $4(3^{2x+1}) + 17(3^x) - 7 = 0$. Menggunakan kaedah hukum indeks, tunjukkan bahawa nilai $x = -1$ memenuhi persamaan.
3 markah
b
Jadual 1(a) menunjukkan pembolehubah diwakili oleh $x$ dan $y$, manakala Jadual 1(b) diwakili oleh pembolehubah $\log_q x$ dan pembolehubah $\log_p y$.
| $x$ | 1 | 9 |
|---|---|---|
| $y$ | 8 | 16 |
Jadual 1(a)
| $\log_q x$ | 0 | 2 |
|---|---|---|
| $\log_p y$ | 3 | 4 |
Jadual 1(b)
Cari nilai $p$ dan nilai $q$.
3 markah
74 markah
Rajah 3 menunjukkan dua bulatan yang berpusat $P$ dan $Q$ dengan jejari $6\text{ cm}$ dan $10\text{ cm}$ masing-masing. Dua bulatan itu menyentuh satu sama lain pada $R$. $TS$ ialah tangen kepada kedua-dua bulatan itu.
a
Tunjukkan bahawa $\angle PQS$ adalah secara hampir $75^\circ 31'$.
2 markah
b
Hitungkan perimeter bagi kawasan berlorek.
2 markah
85 markah
Diberi $\text{kosek}(90^\circ - \alpha) = \frac{13}{5}$. Cari
a
$\sin\alpha$.
2 markah
b
Seterusnya, buktikan bahawa $1 - \text{kos}^2\alpha = \frac{144}{169}$.
3 markah
96 markah
a
Nyatakan perbezaan antara sistem persamaan linear dalam tiga pemboleh ubah yang mempunyai **penyelesaian tak terhingga** dengan **tiada penyelesaian**.
1 markah
b
Selesaikan persamaan serentak yang berikut dengan menggunakan kaedah penghapusan.
$$3x - 2y = 6$$
$$2x^2 + 4xy = 2$$
Berikan jawapan anda tepat kepada tiga titik perpuluhan.
5 markah
106 markah
Tiga sebutan yang pertama bagi suatu janjang aritmetik ialah $2x$, $2x + 5$ dan $4x$. Cari
a(i)
nilai $x$. Seterusnya tentukan nilai min aritmetik.
2 markah
a(ii)
hasil tambah 8 sebutan yang pertama bagi janjang itu.
1 markah
Diberi bahawa sebutan ke-$n$ bagi suatu janjang aritmetik diberi oleh $T_n = 5n - 8$. Cari
b(i)
beza sepunya bagi janjang itu.
2 markah
b(ii)
nilai $n$ jika $T_n = 47$.
1 markah
116 markah
Satu pasukan tenis yang terdiri daripada 4 orang lelaki dan 4 orang perempuan dipilih daripada 6 orang lelaki dan 7 orang perempuan termasuk sepasang kembar Dania dan Damia.
a
Cari bilangan cara pasukan itu dibentuk jika tiada syarat dikenakan.
2 markah
b
Jika Dania dan Damia sama ada mesti dipilih bersama atau kedua-duanya tidak dipilih, cari bilangan pemilihan yang mungkin.
2 markah
c
Pasukan yang dipilih itu termasuk Dania dan Damia disusun sebaris untuk sesi bergambar. Cari bilangan susunan ini boleh dilakukan jika Dania dan Damia tidak mahu duduk bersama.
2 markah
125 markah
a
Diberi suatu fungsi yang diwakili oleh $m(x) = x^2 - 4x + 3$ dengan domain $x \geq p$ mempunyai fungsi songsang. Cari nilai $p$ yang sepadan.
2 markah
b
Diberi bahawa $g^{-1}h(x) = 5x + 4$ dan $fg(x) = 1 + 2x$, carikan nilai $fh(5)$.
3 markah
Bahagian BPilih 2 daripada 3Dipilih 0/2
138 markah
Rajah 4 menunjukkan fungsi kuadratik $f(x) = x^2 - (p - 2)x + 4$, mempunyai titik minimum $(h, -k)$.
a(i)
Ungkapkan $p$ dalam sebutan $h$.
2 markah
a(ii)
Dengan menggunakan kaedah garis nombor, cari julat nilai $p$, jika titik minimum adalah $(h, k)$, pintasan-y tidak berubah.
*(Huraikan garis nombor anda dalam perkataan: nilai-nilai genting, jenis bulatan dan julat yang dipilih.)*
3 markah
Diberi bahawa $2 + 2i$ dan $2 - 2i$ adalah punca-punca bagi suatu persamaan kuadratik.
b(i)
Cari nilai pembezalayan persamaan kuadratik tersebut.
1 markah
b(ii)
Bentukkan persamaan kuadratik tersebut.
2 markah
148 markah
Diberi $P(1, p)$ dan $Q(q, 2)$ ialah dua titik pada lengkung $y = \frac{8}{x}$.
a
Cari nilai $p$ dan nilai $q$.
2 markah
b
Cari persamaan garis lurus $PQ$.
2 markah
c
Dengan menggunakan kaedah koordinat geometri, cari persamaan-persamaan tangen kepada lengkung yang selari dengan garis lurus $PQ$.
4 markah
158 markah
a
Diberi bahawa $\int \frac{3}{(2x + 7)^3}\,dx = \frac{a}{b(2x + 7)^2} + c$, cari nilai $a$ dan nilai $b$.
2 markah
b
Jika $3 - 4x + \frac{dy}{dx} = 3x^2$, dimana $\frac{dy}{dx}$ adalah fungsi kecerunan bagi sesuatu lengkung yang melalui asalan. Cari nilai $\int_1^3 y\,dx$.
4 markah
c
Diberi bahawa $\int_{3k+2}^{2q-k} x^2\,dx = 0$. Ungkapkan $k$ dalam sebutan $q$.
2 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini