Selesaikan persamaan serentak berikut.
$x - y = 7$
$xy = 120$
Others Trial 2025 Matematik Tambahan Kertas 2 · MRSM
- Percubaan MRSM · 2025
- 15 soalan · Jumlah 100 markah
- 150 minit
- Skema pemarkahan
- Daripada skema pemarkahan kertas asal
- Pemarkahan
- Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
- Bahasa jawapan
- Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
- Kemas kini terakhir
- 2026-11-25
Bahagian A
Jawab semua 7
Rajah 1 menunjukkan sebuah heksagon sekata $ABCDEF$.
a(i)
1 markah
Ungkapkan $\overrightarrow{AC}$,
dalam sebutan $\overrightarrow{AB}$ dan $\overrightarrow{BC}$,
a(ii)
1 markah
dalam sebutan $\overrightarrow{AF}$ dan $\overrightarrow{AD}$.
b
2 markah
Diberi bahawa $\overrightarrow{PQ} = 2\underset{\sim}{a}$, $\overrightarrow{RS} = -\underset{\sim}{a}$ dan $\overrightarrow{TU} = 2\underset{\sim}{b}$.
Nyatakan pasangan vektor yang selari. Berikan justifikasi anda.
Penyelesaian yang menggunakan selain daripada kalkulus adalah **tidak** diterima.
Rajah 2 menunjukkan dasar sebuah kolam $PQRST$ yang akan dibina dengan keadaan $PQR$ adalah semi bulatan dan $TP = SR$.
[Guna $\pi = 3.142$]
a
3 markah
Jika perimeter dasar kolam tersebut ialah 120 m, tunjukkan luas, dalam $\text{m}^2$, bagi dasar kolam itu ialah $A = 60x - \frac{(4 + 3\pi)x^2}{8}$.
b
4 markah
Sekiranya kolam tersebut mempunyai kedalaman 10 m, tentukan sama ada ia mampu menampung 5000 $\text{m}^3$ air.
a(i)
2 markah
Buktikan $\frac{2\sin\theta\,\text{kos}^3\theta}{1 - \sin^2\theta} = \sin 2\theta$.
a(ii)
3 markah
Seterusnya, selesaikan persamaan $8\sin\theta\,\text{kos}^3\theta = 3 - 3\sin^2\theta$, bagi $0^\circ \leq \theta \leq 270^\circ$.
Rajah 3 menunjukkan suatu graf fungsi trigonometri.
b(i)
3 markah
Nyatakan
(a) julat bagi domain $0 \leq x \leq 2\pi$,
(b) fungsi yang diwakili oleh graf tersebut.
b(ii)
1 markah
Jika satu garis lurus $y = k$ dilukis pada paksi yang sama, dengan keadaan $k$ adalah pemalar, nyatakan bilangan penyelesaian yang mungkin.
Lompatan Johari dari sebuah tebing ke dalam sungai boleh diwakilkan oleh fungsi kuadratik $h(t) = -8t^2 + 32t + 96$, dengan keadaan $t$ ialah masa dalam saat dan $h$ ialah tinggi dalam cm.
a(i)
2 markah
Dengan menggunakan kaedah penyempurnaan kuasa dua, ungkapkan $h(t)$ dalam bentuk $p(t - q)^2 + r$, dengan keadaan $p$, $q$ dan $r$ ialah pemalar.
a(ii)
2 markah
Seterusnya, lakarkan graf bagi $h(t)$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, titik maksimum, titik-titik persilangan dengan paksi dan label paksi.)*
b
2 markah
Hitung jumlah jarak menegak, dalam cm, lompatan Johari dari tebing sungai sehingga dia mencecah permukaan air.
c
1 markah
Tentukan kesan pada persamaan paksi simetri jika nilai pekali $p$ di dalam fungsi kuadratik $p(t - q)^2 + r$ berubah kepada $-3$.
Rajah 4 menunjukkan langkah untuk menghasilkan segi-segi tiga dalam model Sierpinski. Pada setiap langkah, setiap segi tiga dibahagikan kepada empat segi tiga yang kongruen dan segi tiga yang di tengah akan dikeluarkan. Proses ini akan diulang pada setiap langkah yang berikutnya.
a
2 markah
Bilangan segi-segi tiga yang dikeluarkan pada langkah ke-$n$, $T_n$ membentuk suatu janjang. Tunjukkan bahawa $T_n = \frac{3^n}{3}$.
b
3 markah
Cari hasil tambah bilangan segi-segi tiga yang tidak dikeluarkan bagi 8 langkah yang pertama.
c
3 markah
Diberi bahawa luas segi tiga yang dikeluarkan pada langkah pertama ialah 12 $\text{unit}^2$, cari hasil tambah ketidakterhinggaan bagi luas segi-segi tiga yang dikeluarkan.
Rajah 5 menunjukkan sebuah pentas di dalam sebuah dewan. Diberi bahawa sektor $OPRT$ berpusat di $O$ dengan jejari 13 m merupakan kawasan pentas utama. Kawasan yang berlorek akan dipenuhi dengan hiasan.
a(i)
3 markah
Diberi bahawa $QS$ adalah tangen kepada lengkok $PRT$ pada titik $R$ dengan panjang 24 m. $PQ$ dan $TS$ berserenjang dengan $QS$ dan $PQ = TS$.
[Guna $\pi = 3.142$]
Lampu jalur LED akan dipasang di sekeliling kawasan berlorek.
Hitung panjang, dalam m, lampu jalur LED tersebut.
a(ii)
5 markah
Sebuah lampu sorot akan dipasang pada $T$ dan akan menyinari kawasan berbentuk bulatan dengan jejari 6 m.
Cari luas, dalam $\text{m}^2$, kawasan pentas utama yang akan disinari oleh lampu sorot tersebut.
b
2 markah
Terbitkan rumus luas sektor, $L = \frac{1}{2}j^2\theta$.
Bahagian B
Pilih 3 daripada 4
Dipilih 0/3
Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
Rajah 6 menunjukkan segi tiga $RST$. Titik $U$ terletak pada garis lurus $RT$.
a
2 markah
Titik $U$ membahagi tembereng garis $RT$ dalam nisbah $m : n$.
Terbitkan rumus untuk koordinat-$x$ bagi titik yang membahagi tembereng garis itu.
Diberi bahawa $U(6, 2)$ dan $2RU = UT$.
b(i)
3 markah
Cari koordinat $R$ dan koordinat $T$ jika $b = a + 1$ dan $c = -6d$.
b(ii)
2 markah
Seterusnya, hitung luas, dalam $\text{unit}^2$, segi tiga $RST$.
c
3 markah
Cari persamaan lokus bagi titik bergerak $Q$ dengan keadaan segi tiga $RSQ$ sentiasa bersudut tegak di $Q$.
Adakah lokus itu melalui titik $(-2, 4)$? Berikan justifikasi anda.
a(i)
2 markah
Satu kajian di sebuah negara mendapati bahawa 40% belia memilih untuk bekerja sendiri. Jika 9 orang belia dipilih secara rawak, cari kebarangkalian
tiada belia yang memilih untuk bekerja sendiri,
a(ii)
2 markah
sekurang-kurangnya 2 belia memilih untuk tidak bekerja sendiri.
Seorang pekerja mesti sampai ke pejabatnya sebelum jam 0800 setiap hari untuk mendapatkan pek sarapan percuma. Masa perjalanan yang diambil dari rumah ke pejabatnya adalah bertabur secara normal dengan min 40 minit dan sisihan piawai 8 minit.
b(i)
3 markah
Jika dia bertolak dari rumahnya pada jam 0725, cari kebarangkalian dia tidak mendapat pek sarapan percuma tersebut.
b(ii)
3 markah
Jika dia bertolak pada jam 0710 setiap hari, hitung bilangan hari dia mendapat pek sarapan percuma dalam tempoh 300 hari bekerja.
Rajah 7.1 menunjukkan lengkung $x = 9 - y^2$ dan garis lurus $y = 2$.
a(i)
5 markah
Hitung luas bagi kawasan berlorek.
a(ii)
3 markah
Cari isipadu yang dijanakan, dalam sebutan $\pi$, apabila rantau yang dibatasi oleh lengkung $x = 9 - y^2$, garis lurus $y = 1$ dan paksi-$y$ dikisarkan melalui $60^\circ$ pada paksi-$y$.
b
2 markah
Rajah 7.2 menunjukkan sebahagian daripada lengkung $y = f(x)$.
Diberi bahawa $\int_0^b x\,dy = -\pi$, cari luas kawasan berlorek.
Jadual 1.1 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah, $x$ dan $y$, yang diperolehi daripada suatu eksperimen. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = px + \frac{r}{px}$, dengan keadaan $p$ dan $r$ ialah pemalar.
| $x$ | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 5.9 | 4.2 | 4.3 | 4.6 | 5.1 | 5.9 |
Jadual 1.1
a(i)
1 markah
Berdasarkan Jadual 1.1, lengkapkan Jadual 1.2.
| $x^2$ | 1 | 4 | 9 | 16 | 25 | 36 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $xy$ | | | | | | |
Jadual 1.2
*(Tulis nilai $xy$ bagi setiap nilai $x^2$.)*
a(ii)
3 markah
Plot $xy$ melawan $x^2$, menggunakan skala 2 cm kepada 5 unit bagi kedua-dua paksi.
Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
b
4 markah
Menggunakan graf di 11(a)(ii), cari
(i) $p$,
(ii) $r$.
*(Nyatakan titik-titik pada garis lurus penyuaian terbaik anda yang digunakan.)*
c
2 markah
Seterusnya, cari nilai kecerunan dan pintasan-$y$ bagi bentuk linear lain yang mungkin bagi $y = px + \frac{r}{px}$.
Bahagian C
Pilih 2 daripada 4
Dipilih 0/2
Penyelesaian secara lukisan berskala adalah **tidak** diterima.
Rajah 8 menunjukkan sebuah segi tiga sama kaki $ABC$ dan garis lurus $AD$ dan $BCD$.
Hitung
a(i)
2 markah
$\angle ABD$,
a(ii)
3 markah
panjang, dalam cm, bagi $BC$,
a(iii)
2 markah
luas, dalam $\text{cm}^2$, bagi segi tiga $ABC$ dengan menggunakan rumus Heron.
b(i)
1 markah
Diberi bahawa $\Delta A'C'D'$ mempunyai bentuk berbeza daripada $\Delta ACD$ dengan keadaan $A'C' = AC$, $C'D' = CD$ dan $\angle C'A'D' = \angle CAD$.
Lakarkan $\Delta A'C'D'$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan bucu $A'$, $C'$ dan $D'$, sisi dan sudut yang sama dengan $\Delta ACD$, dan jenis sudut di $D'$ (tirus/cakah).)*
b(ii)
2 markah
Hitung $\angle A'D'C'$.
Roy's Collection adalah sebuah butik pakaian yang menerima tempahan seluar panjang dan baju kemeja. Jadual 2 menunjukkan masa persediaan dan masa menjahit bagi setiap helai seluar panjang dan setiap helai baju kemeja. Masa persediaan maksimum ialah $A$ jam dan masa menjahit ialah sekurang-kurangnya 5 jam 50 minit. Dalam tempoh masa tertentu, butik itu menyiapkan $x$ helai seluar panjang dan $y$ helai baju kemeja. Nisbah bilangan seluar panjang kepada baju kemeja yang berjaya disiapkan dalam masa tersebut tidak melebihi $4 : 5$.
| Pakaian | Masa Persediaan (minit) | Masa Menjahit (minit) |
|---|---|---|
| Seluar Panjang | 45 | 50 |
| Baju kemeja | 30 | 70 |
Jadual 2
a
2 markah
Ketaksamaan yang melibatkan masa persediaan maksimum, $A$ jam, diwakilkan oleh garis lurus pada halaman 36. Cari nilai bagi $A$.
b
2 markah
Tulis dua ketaksamaan selain daripada ketaksamaan di (a), $x \geq 0$ dan $y \geq 0$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
c
2 markah
Bina dan label rantau $R$ yang memenuhi semua kekangan.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau $R$ — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
d
4 markah
Harga bagi sehelai seluar panjang dan sehelai kemeja ialah masing-masing RM350 dan RM200. Diberi bahawa butik itu berjaya menyiapkan $x$ helai seluar panjang dan $y$ helai baju kemeja dalam tempoh 2 hari. Dengan menggunakan fungsi objektif, tentukan sama ada butik itu berupaya meneruskan operasi jika kos bulanan ialah RM40 000.
Jadual 3 menunjukkan bilangan pelajar mengikut semua kursus di sebuah kolej.
| Kursus | Bilangan pelajar pada tahun 2024 | Bilangan pelajar pada tahun 2025 | Indeks bilangan pelajar pada tahun 2025 (2024 = 100) | Peratus penyertaan (%) |
|---|---|---|---|---|
| Perakaunan | 220 | 242 | 110 | $b$ |
| Kulinari | $x$ | 84 | 105 | 25 |
| Elektronik | 90 | $y$ | 90 | 15 |
| Automotif | 160 | 178 | $z$ | $c$ |
Jadual 3
a
3 markah
Cari nilai $x$, nilai $y$ dan nilai $z$.
b
2 markah
Diberi bahawa bilangan pelajar bagi kursus perakaunan berkurang 12% dari tahun 2023 ke tahun 2025. Hitung indeks bilangan pelajar kursus perakaunan bagi tahun 2024 berasaskan tahun 2023.
Kolej tersebut menganjurkan seminar motivasi dan peratus penyertaan dalam seminar tersebut adalah seperti dalam Jadual 3.
c(i)
3 markah
Jika $b$ adalah 2 kali ganda $c$, hitung indeks gubahan bagi penyertaan pelajar dalam seminar itu pada tahun 2025 berasaskan tahun 2024.
c(ii)
2 markah
Diberi bahawa jumlah penyertaan pelajar dalam seminar pada tahun 2026 dijangka meningkat sebanyak 15% berbanding tahun 2025.
Cari peratus perubahan jumlah penyertaan pelajar dalam seminar itu dari tahun 2024 ke tahun 2026.
Penyelesaian secara lakaran graf **tidak** diterima.
Suatu zarah mula bergerak dari titik tetap $O$ di sepanjang satu garis lurus. Fungsi pecutan diwakilkan oleh $a = h(4 - t^2)$ dengan keadaan $h$ ialah pemalar. Halaju zarah apabila $t = 3$ ialah 12 $\text{ms}^{-1}$.
[Anggapkan gerakan ke arah kanan sebagai positif]
a
3 markah
Ungkapkan fungsi halaju zarah tersebut dalam sebutan $t$.
b
3 markah
Hitung sesaran apabila halaju adalah maksimum.
c
4 markah
Cari jumlah jarak yang dilalui oleh zarah itu dalam saat ke-4.

AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini
0%Peratus
0Markah
0Markah penuh
Beberapa soalan tidak dapat ditanda.
Markah setiap soalan

