Johor Trial 2024 Matematik Tambahan Kertas 1 · Johor Bahru
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Johor Trial 2024 Matematik Tambahan Kertas 1 · Johor Bahru
Percubaan Johor Johor Bahru · 2024
15 soalan · Jumlah 80 markah
120 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 12
13 markah
Dalam janjang geometri, sebutan pertama ialah 64 dan nisbah sepunya ialah $r$.
a
Nyatakan syarat bagi $r$ supaya hasil tambah hingga ketakterhinggaan bagi janjang tersebut wujud.
1 markah
b
Diberi hasil tambah hingga ketakterhinggaan bagi janjang itu ialah 256, cari nilai $r$.
2 markah
25 markah
Rajah 1 menunjukkan graf suatu garis lurus $y = 2x + 3$ yang melalui titik $R$, $S(1, 5)$ dan $T$.
Diberi bahawa $RS : ST = 2 : 3$, cari
a
koordinat titik $T$,
2 markah
b
persamaan garis lurus yang melalui titik $T$ dan berserenjang dengan garis lurus $RT$.
3 markah
35 markah
Rajah 2 menunjukkan sebahagian daripada graf persamaan tak linear $y^2 = Ax + B$ dengan keadaan $A$ dan $B$ ialah pemalar.
a
Hitung nilai $A$ dan nilai $B$.
3 markah
b
Di ruang jawapan, lakarkan graf linear $y^2$ melawan $x$, bagi persamaan tak linear itu.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: pemboleh ubah pada setiap paksi, bentuk graf dan pintasan-pintasannya.)*
2 markah
42 markah
Di ruang jawapan, lukiskan rajah untuk menunjukkan kuadran bagi garis putaran $OP$ terletak untuk sudut $-505^\circ$.
Dalam kes ini, tunjukkan dengan jelas arah putaran dan sudut rujukan, $\alpha$.
*(Huraikan rajah anda dalam perkataan: kuadran tempat garis $OP$ terletak, arah putaran dan kedudukan sudut rujukan $\alpha$, dan nyatakan nilai $\alpha$.)*
2 markah
57 markah
Di dalam satah Cartes, suatu objek bergerak dengan halaju malar $\underset{\sim}{v} = 3\underset{\sim}{i} + 4\underset{\sim}{j}$ unit per saat.
a
Cari laju objek dan vektor unit dalam arah halaju objek.
3 markah
b
Jika objek tersebut bermula pada kedudukan $A(2, -1)$, cari vektor kedudukan objek tersebut selepas 5 saat.
Bilakah objek itu berada di sebelah kanan asalan $O$?
4 markah
64 markah
Rajah 3 menunjukkan garis $y = x$ dan graf bagi $y = f(x)$ untuk domain $-2 \leq x \leq a$. Titik $A(0, 2)$ dan $B(a, b)$ terletak pada graf itu.
a
Pada Rajah 3, lakarkan graf $y = f^{-1}(x)$ untuk menunjukkan titik-titik pada $y = f^{-1}(x)$ yang sepadan dengan titik $A$ dan $B$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf berbanding graf $y = f(x)$ dan koordinat titik-titik yang sepadan dengan $A$ dan $B$.)*
2 markah
b
Cari nilai $a$ dan nilai $b$, jika koordinatnya yang sepadan terletak pada $y = f^{-1}(x)$ ialah $(4, 1)$.
2 markah
77 markah
Iman merupakan seorang atlet acara lontar peluru yang akan melontarkan sebuah peluru dari paras telinganya. Peluru itu akan jatuh ke atas tanah setelah melepasi tahap ketinggian maksimumnya. Tinggi peluru itu, $h$, dalam meter, pada masa $t$ saat, dari atas tanah, diberikan oleh fungsi $h(t) = -t^2 + \frac{5}{2}t + \frac{3}{2}$.
a
Nyatakan kedudukan peluru ketika ia mula dilontarkan.
1 markah
b
Menggunakan kaedah penyempurnaan kuasa dua, tentukan tinggi maksimum, dalam meter, yang boleh dicapai oleh peluru selepas dilontarkan oleh Iman.
3 markah
c
Berapakah julat masa, dalam saat, apabila ketinggian peluru itu melebihi 3 m?
3 markah
84 markah
Dalam suatu latihan memanah, kebarangkalian setiap anak panah yang dilepaskan oleh Zahin untuk mengenai sasaran ialah $\frac{1}{4}$.
a
Jika Zahin membuat sebanyak 4 kali percubaan dan $X$ ialah pemboleh ubah rawak diskret mewakili bilangan kali Zahin mengenai sasaran, senaraikan nilai-nilai $X$ yang mungkin.
1 markah
b
Jika Zahin melepaskan $n$ anak panah, didapati kebarangkalian kesemua $n$ anak panah itu mengenai sasaran ialah $\frac{1}{64}$, cari nilai $n$.
3 markah
98 markah
a
Diberi $2^{x + 2} = 2^x + 10$. Cari nilai bagi $2^x$.
3 markah
b
Diberi bahawa $\log_{2x}(9 - x^2)$ tertakrif untuk $0 < x < a$, cari nilai $a$.
3 markah
c
Tanpa menggunakan kalkulator, nilaikan $\log_a\left(4\log_b\sqrt{b} - \ln e\right)$.
2 markah
106 markah
a
Rajah 4 menunjukkan sebuah mangkuk berbentuk hemisfera berdiameter 10 cm.
Air dituangkan ke dalam mangkuk supaya kedalaman air, $h$ cm, meningkat pada kadar 0.2 cms$^{-1}$. Didapati bahawa luas permukaan air dalam mangkuk ialah $A = \pi(10h - h^2)$, cari kadar perubahan luas permukaan air, dalam sebutan $\pi$, apabila $h = 4$ cm.
3 markah
b(i)
Diberi $\frac{d(x^2)}{dx} = 2x$, tentukan $\int 2x\,dx$.
1 markah
b(ii)
Seterusnya, diberi $\frac{dy}{dx} = 2x$, nyatakan satu ungkapan yang mungkin bagi $y$. Ungkapan tersebut dikenali sebagai apa?
2 markah
117 markah
Rajah 5 menunjukkan satu perkataan terdiri daripada enam huruf.
| **DURIAN** |
|:---:|
Rajah 5
Kesemua enam huruf itu ingin disusun supaya tidak ada dua huruf vokal yang berdekatan. Cari bilangan cara yang berlainan untuk menyusun semua huruf itu jika susunan adalah secara
a(i)
linear,
2 markah
a(ii)
membulat.
2 markah
b
Diberi persamaan $4P_{3}^{n} = 24C_{4}^{n}$, cari nilai $n$.
3 markah
126 markah
Rajah 6 menunjukkan kemasukan ke sebuah Akademi TVET ditentukan oleh suatu ujian kelayakan khas. Skor ujian ini adalah mengikut taburan normal dengan min markah $\mu$ dan sisihan piawai markah 16.89. Diberi bahawa 84.13% daripada calon-calon yang mengambil ujian tersebut mempunyai skor lebih daripada $h$ markah.
Cari
a
nilai $\mu$,
1 markah
b
$P(h < X < 48.89)$,
2 markah
c
nilai $h$.
3 markah
Bahagian BPilih 2 daripada 3Dipilih 0/2
138 markah
a
Lengkapkan jadual nilai dalam ruang jawapan bagi persamaan $y = 3x - x^2$ untuk $0 \leq x \leq 8$.
| $x$ | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | | | | | | | | | |
*(Tulis nilai $y$ bagi setiap nilai $x$.)*
2 markah
b
Dengan menggunakan skala 1 cm kepada 1 unit pada paksi-$x$ dan 1 cm kepada 5 unit pada paksi-$y$, lukis graf $y = 3x - x^2$ untuk $0 \leq x \leq 8$.
[Gunakan kertas graf yang disediakan]
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung.)*
3 markah
c
Seterusnya, pada graf yang sama, lukis garis $y = -2x + 4$ dan nyatakan titik-titik persilangan.
*(Huraikan garis yang anda lukis dalam perkataan dan nyatakan titik-titik persilangan.)*
Rajah 7 menunjukkan pandangan sisi sebuah pondok menunggu bas berhampiran sebuah Pasar Mini.
Pada suatu hari, sebuah lori beras telah dengan tidak sengaja melanggar salah satu tiang pondok tersebut sehingga bengkok. Jika Majlis Bandaraya ingin menukarkan tiang yang bengkok itu mengikut saiz asal sebelum dilanggar, hitungkan panjang tiang tersebut dalam bentuk $\frac{a}{b}\sqrt{3}$, dengan keadaan $a$ dan $b$ ialah integer positif.
4 markah
158 markah
Rajah 8 menunjukkan logo Kelab Green Thumb yang dicipta oleh Naufal. Logo itu terdiri daripada dua sektor, iaitu sektor $BAC$ dengan pusat $A$ dan sektor $AOB$ dengan pusat $O$.
Diberi $OA = 6.5$ cm dan $AB = 5$ cm, cari
[Guna $\pi = 3.142$]
a
perimeter, dalam cm, sektor $BAC$,
4 markah
b
luas, dalam cm$^2$, rantau berwarna.
4 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini