Rajah 1 menunjukkan bucu-bucu bagi segi empat tepat $ABCD$ pada satah Cartesan.
a
Cari persamaan $AB$ dalam bentuk $\frac{x}{a} + \frac{y}{b} = 1$.
2 markah
b
Tunjukkan bahawa luas segitiga $ABC$ ialah $9 - \frac{3}{2}(h + k)$.
Seterusnya, cari koordinat $C(h, k)$ jika luas segitiga $ABC$ ialah $30\ \text{unit}^2$ dan $k = h - 2$.
5 markah
28 markah
a
Diberi suatu persamaan kuadratik $ax^2 + bx + c = 0$, dengan menggunakan kaedah penyempurnaan kuasa dua, terbitkan rumus ,
$$x = \frac{-b \pm \sqrt{b^2 - 4ac}}{2a}$$
3 markah
b
Ungkapkan $f(x) = 3x^2 + 15x - 18$ dalam bentuk $f(x) = a(x + p)(x + q)$. Seterusnya, cari titik pusingan dan lakarkan graf fungsi kuadratik itu.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, pintasan pada paksi dan titik-titik yang dilabel.)*
5 markah
37 markah
a
Diberi $\int_2^5 f(x)\,dx = 5$ dan $\int_5^9 f(x)\,dx = 3$. Cari nilai $p$ jika $\int_2^9 \left[f(x) + p\right] dx = 24$.
2 markah
Rajah 2 menunjukkan $x = 3y^2 + 2$ dan garis $y = p$ bersilang dengan lengkung pada titik $(3, p)$.
b(i)
Tunjukkan bahawa garis $y = \frac{\sqrt{3}}{3}$.
2 markah
b(ii)
Cari isipadu kawasan berlorek yang dijana 4 sudut tegak pada paksi-$x$.
3 markah
46 markah
Rajah 3 menunjukkan sebuah layang-layang yang mempunyai paksi simetri $BQ$.
Diberi $ABCE$ ialah sebuah semibulatan berpusat di $E$ dan berdiameter 20 cm. $ADC$ dan $PQR$ ialah lengkok bulatan berpusat di $O$, masing-masing berjejari 25 cm dan 15 cm.
a
Cari $\angle AOC$, dalam darjah dan minit.
2 markah
b
Hitung luas kawasan berlorek.
4 markah
57 markah
Suatu fungsi ditakrifkan oleh :
$$f(x) = \begin{cases} -2x & \text{untuk / for } x \geq 0 \\ 2x & \text{untuk / for } x < 0 \end{cases}$$
bagi / for domain $-3 \leq x \leq 4$.
a
Lakarkan graf bagi fungsi ini.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, titik-titik hujung dan titik yang dilabel.)*
3 markah
b
Seterusnya, nyatakan julat yang sepadan bagi domain yang diberikan.
1 markah
c
Domain-domain yang sepadan dengan julat $-6 \leq f(x) \leq -2$.
3 markah
68 markah
Rajah 4 menunjukkan $O$ adalah titik asalan, manakala titik $ADB$, $OXB$, $OYC$ dan $DXY$ adalah satu garis lurus. Diberi $\overrightarrow{OA} = h\underset{\sim}{x} + k\underset{\sim}{y}$, $\overrightarrow{OB} = 3h\underset{\sim}{x} + 4k\underset{\sim}{y}$, $\overrightarrow{OC} = h\underset{\sim}{x} - 5k\underset{\sim}{y}$ dan $\overrightarrow{OD} = \frac{3}{2}h\underset{\sim}{x} + \frac{7}{2}k\underset{\sim}{y}$. Diberi $OY : OC = 2 : 5$, $XB : OX = 3 : 2$ dan $AD : AB = p : q$.
Ungkapkan dalam sebutan $h$, $k$, $\underset{\sim}{x}$ dan $\underset{\sim}{y}$,
a(i)
$\overrightarrow{AB}$
2 markah
a(ii)
$\overrightarrow{XY}$
2 markah
b
**[Bonus]** Cari nilai $p$ dan $q$.
4 markah
77 markah
Rajah 5 menunjukkan sebuah pepejal gabungan di mana sebuah objek berbentuk hemisfera dan sebuah silinder.
Diameter bagi kedua-dua hemisfera dan silinder adalah $2r$ cm. Jumlah luas permukaan, $A$ cm$^2$ diberi oleh,
$$A = \sqrt{3}\pi\left(\sqrt{3}r^2 + \frac{18}{r}\right)$$
a
Apabila dipanaskan, pepejal itu mengembang dengan keadaan kadar perubahan jejari ialah $0.2\ \text{cm s}^{-1}$. Cari kadar perubahan jumlah luas permukaan bagi pepejal gabungan dalam sebutan $\pi$ apabila luas permukaan melengkung bagi objek hemisfera ialah $32\pi\ \text{cm}^2$.
4 markah
b
Cari jejari yang menjadikan jumlah luas permukaan bagi pepejal itu adalah minimum.
3 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Jangka hayat bagi lampu – lampu yang dihasilkan oleh sebuah kilang bertaburan secara normal, $X \sim N(1375, 124^2)$. Lampu – lampu terhasil dikelaskan kepada tiga aras mutu, iaitu standard, baik dan tinggi berdasarkan jangka hayatnya.
Standard < Baik < Tinggi
a(i)
Jangka hayat minimum bagi sebiji mentol yang bermutu tinggi ialah 1600 jam. Jika sebiji mentol dipilih secara rawak daripada kilang, cari kebarangkalian bahawa mentol itu adalah bermutu tinggi.
2 markah
a(ii)
Cari jangka hayat minimum, dalam jam, mentol yang bermutu baik jika 25% daripada mentol – mentol terhasil adalah bermutu standard.
3 markah
Di sebuah kedai lampu, kebarangkalian membeli sebiji lampu yang rosak ialah 20%. Zaim telah membeli $n$ biji mentol. Kebarangkalian untuk Zaim mendapat sebiji mentol yang baik ialah 20 kali kebarangkalian dia mendapat mentol yang rosak dalam setiap pembelian.
b(i)
Cari nilai $n$.
3 markah
b(ii)
Hitung sisihan piawai bagi pembelian mentol yang rosak.
2 markah
910 markah
Seutas dawai panjang dipotong kepada beberapa bahagian dengan keadaan panjang bahagian pertama ialah $(x + 3)$ cm, bahagian kedua ialah $(5x + 3)$ cm, bahagian ketiga ialah $(11x + 3)$ cm dan seterusnya. Panjang setiap bahagian membentuk suatu janjang geometri.
a(i)
Cari nilai $x$ dengan keadaan $x \neq 0$ dan seterusnya, hitung panjang bahagian dawai yang terpendek.
3 markah
a(ii)
Jika dawai itu dipotong kepada 10 bahagian, cari panjang dawai, dalam meter. Beri jawapan kepada satu tempat perpuluhan.
2 markah
Diberi bahawa sebutan ke-$n$ bagi suatu janjang geometri ialah $T_n = \frac{5}{2}r^{n-1}$, $r \neq k$.
Nyatakan
b(i)
nilai $k$
1 markah
b(ii)
sebutan pertama bagi janjang itu.
1 markah
b(iii)
hasil tambah ketakterhinggaan jika sebutan ketiga ialah $\frac{1}{10}$ dan $r$ lebih besar daripada 0.
3 markah
1010 markah
a
Buktikan $(m\,kos\,x + n\sin x)^2 + (m\sin x - n\,kos\,x)^2 = (m + n)^2 - 2mn$, jika $m$ dan $n$ adalah nombor nyata bukan sifar.
3 markah
b
Pada graf yang sama, lakarkan graf bagi $y = kos\,x$ dan $y = -\sin x$ untuk nilai sudut $-\pi \leq x \leq \pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: paksi dan skala, bentuk setiap graf dan titik-titik penting yang dilalui.)*
4 markah
c
Selesaikan persamaan $-\sin = kos\,x$ untuk nilai sudut $-\pi \leq x \leq \pi$. Beri jawapan dalam sebutan $\pi$.
3 markah
1110 markah
Gunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini.
Jadual 1 menunjukkan nilai-nilai sepadan bagi dua pembolehubah $\ln x$ dan $\ln T$ yang diperoleh daripada satu eksperimen. Pemboleh ubah $\ln x$ dan $\ln T$ dihubungan oleh persamaan $\ln T = \ln\frac{x^N}{e^K}$, dengan keadaan $N$ dan $K$ adalah pemalar manakala $e$ adalah pemalar eksponen.
| $\ln x$ | 0.693 | 0.875 | 1.131 | 1.335 | 1.609 | 1.792 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $\ln T$ | 0.577 | 1.125 | 1.895 | 2.505 | 3.328 | 3.875 |
Jadual 1
a
Lengkap jadual berikut dengan memberikan jawapan dalam 2 tempat perpuluhan.
| $x$ | | | | | | |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $T$ | | | | | | |
*(Tulis nilai $x$ dan $T$ bagi setiap lajur.)*
2 markah
b
Plotkan $\ln T$ melawan $\ln x$ dengan menggunakan skala 2 cm kepada 0.2 unit pada paksi-$\ln x$ dan 2 cm kepada 0·5 unit pada paksi-$\ln T$. Seterusnya, lukiskan garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
3 markah
Gunakan graf anda dari (b) untuk mencari nilai
c(i)
$K$,
2 markah
c(ii)
$N$.
2 markah
c(iii)
Seterusnya, cari nilai $T$ apabila $x = 5.5$.
1 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Satu bengkel pecutan awal bagi matapelajaran Matematik Tambahan akan diadakan dan ia melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 4 dari SMK Sri Delima. Bilangan pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 4 yang dipilih masing-masing ialah $x$ orang dan $y$ orang. Bilangan pelajar Tingkatan 5 tidak lebih daripada dua kali bilangan pelajar Tingkatan 4. Jumlah bilangan pelajar tidak lebih daripada 90 orang dimana bilangan pelajar Tingkatan 4 mesti melebihi bilangan pelajar Tingkatan 5 selebih-lebihnya 10 orang.
a
Tulis tiga ketaksamaan, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi semua kekangan di atas.
3 markah
b
Menggunakan skala 2 cm kepada 10 orang pelajar pada kedua-dua paksi, bina dan lorek rantau $R$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: garis-garis yang dilukis dan titik-titik yang dilaluinya, serta rantau $R$ yang dilorek.)*
3 markah
Menggunakan graf yang dibina di 12(b), cari :
c(i)
julat bilangan pelajar Tingkatan 4 jika bilangan pelajar Tingkatan 5 ialah 20.
1 markah
c(ii)
jumlah maksimum yuran penyertaan yang boleh dikutip sekiranya yuran bagi pelajar Tingkatan 5 dan pelajar Tingkatan 4 ialah masing-masing RM120 dan RM100.
3 markah
1310 markah
Suatu zarah bergerak di sepanjang satu garis lurus. Sesaran, $s$ m, dari satu titik tetap $O$ diberi oleh $s = \frac{1}{3}t^3 - 3t^2 + 5t$, dengan keadaan $t$ ialah masa, dalam saat, selepas melalui $O$.
[ Anggapkan gerakan ke arah kanan sebagai positif ]
a
Cari pecutan awal, dalam $\text{m s}^{-2}$, zarah itu.
3 markah
b
Tentukan pecutan, dalam $\text{m s}^{-2}$, zarah pada saat zarah itu menukar arah gerakannya.
3 markah
c
Cari jarak pada masa, $t = 7\,s$
4 markah
1410 markah
a
Rajah 6 menunjukkan sebuah sisi empat kitaran $PQRS$. Panjang garis lurus $RS$ dan $SP$ masing-masing ialah 3 cm dan 6 cm.
Ungkapkan $PR$ dalam sebutan
(i) $m$
(ii) $n$
Seterusnya tunjukkan bahawa $kos\,m = -\frac{11}{29}$.
6 markah
Rajah 7 menunjukkan, $AB = 4$ cm, $AC = 7$ cm, $\angle AOC = 22^\circ$ dan $\angle BAC = 37^\circ$.
b(i)
Hitungkan
panjang $OA$.
2 markah
b(ii)
luas $\triangle ABC$, dengan menggunakan rumus Heron.
2 markah
1510 markah
Jadual 2 menunjukkan perbelanjaan bulanan bagi Encik Afham berkaitan perkara berikut. Diberi indeks harga pada tahun 2022 berasaskan tahun 2020, perubahan indeks harga daripada tahun 2022 ke tahun 2024 dan pemberat masing-masing ditunjukkan dalam jadual 2.
| Perbelanjaan / *Expenditure* | Indeks harga tahun 2022 berasaskan tahun 2020 / *Price index in the year 2022 based on the year 2020* | Perubahan indeks harga daripada tahun 2022 kepada tahun 2024 / *Change of price in the year 2022 to the year 2024* | Pemberat / *Weightage* |
|---|---|---|---|
| Pengangkutan / *Transport* | 130 | Menokok 20% / *Increase 20%* | $7 - m$ |
| Bil utiliti / *Utility Bills* | 115 | Menokok 10% / *Increase 10%* | $5 - m$ |
| Barangan Dapur / *Groceries Expenses* | 120 | Menyusut 5% / *Decrease 5%* | $m$ |
| Sewa / *Rental* | 125 | Tidak Berubah / *Unchanged* | $1 + m$ |
| Lain-lain Perbelanjaan / *Other Expenses* | 110 | Menyusut 5% / *Decrease 5%* | $m$ |
Jadual 2
Berdasarkan maklumat tahun 2022 berasaskan tahun 2020, didapati bahawa $\sum w = 15$ dan $\sum Iw = 1830$. Cari
a(i)
nilai $m$.
2 markah
a(ii)
indeks gubahan tahun 2022 berasaskan tahun 2020.
1 markah
b
Berdasarkan Jadual 2, cari indeks gubahan bagi perbelanjaan bulanan Encik Afham pada tahun 2024 berasaskan tahun 2020.
4 markah
c
Jika jumlah perbelanjaan bulanan bagi perkara tersebut untuk Encik Afham dalam tahun 2020 ialah RM550, hitung jumlah perbelanjaan bulanan bagi perkara yang sama untuk Encik Afham pada tahun 2024. Nyatakan perubahan jumlah perbelanjaan bulanan di antara tahun 2020 hingga tahun 2024.
3 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini