Johor Trial 2024 Matematik Tambahan Kertas 2 · Batu Pahat
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Johor Trial 2024 Matematik Tambahan Kertas 2 · Batu Pahat
Percubaan Johor Batu Pahat · 2024
15 soalan · Jumlah 100 markah
150 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 7
16 markah
a
Terdapat 3 kes yang melibatkan penyelesaian sistem persamaan linear dalam tiga pembolehubah iaitu satu penyelesaian, tiada penyelesaian dan penyelesaian tak terhingga. Terangkan kedudukan ketiga-tiga satah dalam ruang tiga dimensi apabila tiga persamaan dalam sistem ini mempunyai penyelesaian tak terhingga.
1 markah
b
Sistem persamaan linear diberikan oleh:
$$\begin{aligned} 3x + 5y - 2z &= 13 \\ px - 2y - 4z &= 20 \\ -14x - 17y + 2z &= -19 \end{aligned}$$
di mana $p$ ialah nombor nyata. Tentukan nilai $p$ supaya sistem persamaan linear mempunyai penyelesaian tak terhingga.
5 markah
27 markah
Diberi bahawa fungsi kuadratik $f(x) = a(x - 2)^2 + k$ melalui titik $(0, -8)$ dan mempunyai garis tangen $y = 4$ pada titik maksimum.
a
Cari nilai $a$ dan nilai $k$.
2 markah
b
Lakar graf fungsi kuadratik $f(x) = a(x - 2)^2 + k$ untuk domain $0 \leq x \leq 4$.
Seterusnya, nyatakan perubahan pada kedudukan graf $f(x)$ apabila nilai $k$ berubah kepada $-4$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, titik maksimum dan titik-titik hujung yang ditanda dengan koordinatnya; kemudian nyatakan perubahan itu.)*
5 markah
39 markah
Rajah 1 menunjukkan dua segitiga, ABC dan ABD.
Diberi bahawa $3\overrightarrow{AC} = 2\overrightarrow{BD}$, $\overrightarrow{AB} = 16\underset{\sim}{x}$ dan $\overrightarrow{AC} = 12\underset{\sim}{y}$
Ungkapkan dalam sebutan $\underset{\sim}{x}$ dan $\underset{\sim}{y}$
a(i)
$\overrightarrow{AD}$
2 markah
a(ii)
$\overrightarrow{BC}$
1 markah
b
Diberi bahawa $\overrightarrow{AE} = h\overrightarrow{AD}$ dan $\overrightarrow{BE} = k\overrightarrow{BC}$, dengan keadaan $h$ dan $k$ adalah pemalar. Cari nilai $h$ dan nilai $k$.
6 markah
48 markah
Rajah 2 menunjukkan sebuah bekas besi yang berbentuk silinder tertutup. Diberi jejari bekas, $r$ cm dan tinggi air dalam bekas, $h$ cm.
Diberi bahawa isipadu air dalam bekas ialah $175\pi$ cm$^3$ dan $h = 7$ cm. Apabila bekas tersebut direndam dalam air sejuk, tinggi air mengalami peningkatan kecil sebanyak $p$ cm.
[Isipadu silinder, $V = \pi r^2 h$]
Cari
a
perubahan kecil bagi jejari, dalam cm, dalam sebutan $p$
5 markah
b
peratus perubahan kecil bagi jejari, seterusnya perihalkan peratusan tersebut.
3 markah
55 markah
Suhu sejenis logam meningkat daripada 36°C kepada $h$°C berdasarkan persamaan $h = 36(1.08)^t$ apabila logam itu dipanaskan selama $t$ saat.
Hitung,
a
suhu logam itu apabila dipanaskan selama 15 saat,
2 markah
b
masa, dalam saat, yang diambil untuk meningkatkan suhu besi itu daripada 36°C kepada 1000°C.
3 markah
68 markah
Diberi bahawa hasil tambah $n$ sebutan pertama suatu janjang aritmetik ialah $S_n = n(4n - 7)$.
Cari
a(i)
hasil tambah dari sebutan ke-8 hingga sebutan ke-16.
2 markah
a(ii)
sebutan pertama dan beza sepunya.
3 markah
b
Seorang pelari bermula latihan dengan berlari sejauh 2 kilometer pada hari pertama. Setiap hari, dia menambah 0.5 kilometer dari jarak hari sebelumnya. Berapa jarak yang dia akan lari pada hari ke-15?
3 markah
77 markah
a
Diberi $\tan\theta = t$ bagi $0 \leq \theta \leq \pi$. Ungkapkan $\sin^2\frac{\theta}{2}$ dalam sebutan $t$.
3 markah
b
Selesaikan persamaan $\sin 2x - \text{kos}\,x = 0$ untuk $x$ dalam julat $0 \leq x \leq 2\pi$.
4 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Jadual 1 menunjukkan beberapa nilai $x$ dan $y$ yang diperoleh daripada satu eksperimen. Pemboleh ubah, $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = h(k + 1)^x$.
| $x$ | 0.1 | 2.5 | 3.5 | 4.5 | 6 | 7 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 50.12 | 21.87 | 12.59 | 7.244 | 3.311 | 1.905 |
Jadual 1
a
Plot $\log_{10} y$ melawan $x$, dengan menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 0.2 unit pada paksi-$\log_{10} y$. Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: nilai $\log_{10} y$ yang anda kira, paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
4 markah
Guna graf anda di 8 (a) untuk mencari nilai,
b(i)
$h$ dan $k$,
4 markah
b(ii)
nilai $y$ apabila $x = 1.7$.
2 markah
910 markah
a(i)
Diberi koordinat bagi tiga titik $P\left(\frac{r}{2}, -2\right)$, $Q\left(r, -\frac{r}{4}\right)$ dan $R(r + 2, 0)$. Jika titik $P$, $Q$ dan $R$ adalah segaris, cari nilai positif bagi $r$.
3 markah
a(ii)
Seterusnya, menggunakan nilai $r$ dari (a)(i) cari luas segi tiga $PQS$ dimana titik $S$ ialah pintasan-$y$ bagi garis lurus $2y = -3x + 10$.
3 markah
b
Diberi titik $M$ ialah satu titik yang bergerak dengan keadaan nisbah jaraknya dari titik $Q$ dan jaraknya dari titik $R$ adalah sentiasa dalam nisbah 2:1. Cari persamaan bagi lokus $M$ dan huraikan lokus tersebut.
4 markah
1010 markah
Rajah 3 menunjukkan titik $Q$ yang merupakan titik persilangan antara lengkung $y = -x^2 + 10$ dengan garis lurus $PQ$. Diberi $PQ$ adalah tangen kepada lengkung. Kecerunan normal bagi lengkung pada titik $Q$ ialah $\frac{1}{4}$.
Cari
a
persamaan garis lurus $PQ$
2 markah
b
luas rantau berlorek.
4 markah
c
isi padu yang terjana dalam sebutan $\pi$ apabila rantau yang dibatasi oleh lengkung $y = -x^2 + 10$, garis lurus $y = 4$ dan paksi-$y$ diputarkan 360° pada paksi-$y$.
4 markah
1110 markah
Dalam suatu tinjauan yang dijalankan di sebuah sekolah memandu, 5 daripada 7 orang calon lulus ujian memandu. Jika 10 orang calon dipilih secara rawak dari sekolah memandu itu, cari kebarangkalian bahawa
a(i)
terdapat seorang calon gagal dalam ujian itu.
2 markah
a(ii)
kurang daripada 8 orang calon lulus ujian itu.
3 markah
b
Markah bagi murid yang melakukan Ujian Saringan Kesihatan adalah bertaburan secara normal dengan min, $\mu$ dan sisihan piawai, $\sigma$.
Didapati 5% daripada murid tersebut berada dalam kategori Obesiti di mana mereka mendapat markah minimum ujian sebanyak 70 markah dan 35% daripada murid tersebut mendapat markah ujian sekurang-kurangnya 40 untuk kategori Berat Badan Normal. Cari nilai bagi $\mu$ dan $\sigma$.
5 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Dalam Rajah 4, AB = 8.4 cm, BC = 10.2 cm, DA = 10 cm, $\angle BCD = 76^\circ 25'$ dan $\angle DBC = 47^\circ$.
a
Hitung panjang dalam cm, bagi DB.
3 markah
b
$\angle ADB$
2 markah
c
Lakar sebuah $\triangle B'D'C'$ yang mempunyai bentuk berbeza daripada $\triangle BDC$ dengan keadaan $C'D' = CD$, $B'D' = BD$ dan $\angle C'B'D' = \angle CBD$. Seterusnya nyatakan sudut $B'C'D'$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan bucu $B'$, $C'$ dan $D'$, sisi dan sudut yang ditanda, dan jenis sudut di $C'$ (tirus/cakah).)*
2 markah
d
Luas sisiempat ABCD.
3 markah
1310 markah
Suatu zarah bergerak di sepanjang suatu garis lurus dan melalui satu titik tetap O. Halaju zarah itu, $v$ ms$^{-1}$, diberi oleh $v = -8t + pt^2$, dengan keadaan $p$ ialah pemalar dan $t$ ialah masa, dalam s, selepas melalui O. Pecutan zarah itu ialah 12 ms$^{-2}$ apabila $t = 5$ s.
[Anggapkan gerakan ke arah kanan sebagai positif]
Cari
a
nilai $p$
2 markah
b
masa, dalam s, apabila zarah itu berhenti seketika.
2 markah
c
jumlah jarak, dalam m, yang dilalui oleh zarah itu dalam 5 saat yang pertama.
3 markah
Seterusnya,
d
lakarkan graf bagi halaju zarah tersebut bagi $0 \leq t \leq 6$. Nyatakan julat nilai $t$ pada ketika halaju zarah ini bertambah.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, titik-titik penting yang ditanda (titik mula, titik minimum, pintasan paksi-$t$, titik akhir) dengan koordinatnya; kemudian nyatakan julat.)*
3 markah
1410 markah
Jadual 2 menunjukkan indeks harga bagi tiga bahan D, E dan F, digunakan dalam pengeluaran sejenis kasut.
| Bahan / *Item* | Indeks harga pada tahun 2016 berasaskan tahun 2014 / *Price index in the year 2016 based on the year 2014* | Indeks harga pada tahun 2018 berasaskan tahun 2014 / *Price index in the year 2018 based on the year 2014* |
|---|---|---|
| D | 121 | 130 |
| E | 114 | x |
| F | Y | 150 |
Jadual 2
a
Jelaskan peratus perubahan indeks harga bagi bahan D dari tahun 2016 kepada tahun 2018.
2 markah
Harga bagi bahan E pada tahun 2014 ialah RM7.50 dan harganya pada tahun 2018 ialah RM10.50. Cari
b(i)
nilai x
2 markah
b(ii)
harga bahan E pada tahun 2016.
1 markah
c
Indeks gubahan bagi kos pengeluaran kasut tersebut pada tahun 2016 berasaskan tahun 2014 ialah 115.7. Kos bagi bahan D, E dan F adalah dalam nisbah 5 : 2 : 3. Cari nilai y.
3 markah
d
Diberi harga kasut tersebut pada tahun 2016 ialah RM147.40. Cari harga yang sepadan bagi kasut tersebut pada tahun 2014.
2 markah
1510 markah
Dalam usaha meningkatkan minat murid dalam STEM, sebuah pusat latihan menawarkan dua kursus untuk Sains dan Matematik. Bilangan peserta kursus Sains ialah $x$ dan bilangan peserta kursus Matematik ialah $y$. Pengambilan peserta adalah berdasarkan kekangan berikut :
- I Bilangan peserta kursus Sains adalah lebih daripada 20 orang.
- II Bilangan peserta kursus Matematik adalah sekurang-kurangnya 15 orang.
- III Jumlah maksimum bilangan peserta ialah 80 orang.
- IV Nisbah bilangan peserta kursus Sains kepada bilangan peserta kursus Matematik adalah tidak melebihi 3 : 1.
a
Tulis empat ketaksamaan, selain dari $x > 0$ dan $y > 0$, yang memenuhi semua kekangan di atas.
4 markah
b
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 10 orang peserta pada kedua-dua paksi, bina dan lorekkan rantau $R$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya, garis penuh atau putus-putus) dan rantau $R$ yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
3 markah
Dengan menggunakan graf yang dibina di (b), cari
c(i)
julat bilangan peserta kursus Sains jika bilangan peserta kursus Matematik ialah 30 orang.
1 markah
c(ii)
jumlah maksimum kutipan yuran yang diperoleh jika yuran bagi kursus Sains dan Matematik masing-masing ialah RM200 dan RM150.
2 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini