Perak Trial 2024 Matematik Tambahan Kertas 2 · Set 1
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Perak Trial 2024 Matematik Tambahan Kertas 2 · Set 1
Percubaan Perak Set 1 · 2024
15 soalan · Jumlah 100 markah
150 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 7
18 markah
a
Buktikan bahawa $\frac{2\tan x}{2 - \text{sek}^2 x} = \tan 2x$.
2 markah
b(i)
Lakarkan graf $y = 2 + \sin 2x$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai maksimum dan minimum, dan bilangan kitaran.)*
3 markah
b(ii)
Nyatakan satu persamaan garis yang sesuai untuk menyelesaikan $\frac{\sin 2x}{\pi} + \frac{2}{\pi} = \frac{1}{x}$.
Seterusnya, dengan menggunakan paksi yang sama lakar satu graf yang sesuai untuk mencari bilangan penyelesaian bagi persamaan $\frac{\sin 2x}{\pi} + \frac{2}{\pi} = \frac{1}{x}$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$.
Nyatakan bilangan penyelesaian itu.
*(Huraikan graf yang anda lakar dalam perkataan: bentuknya dan titik-titik yang dilaluinya.)*
3 markah
27 markah
Sebuah syarikat memperkenalkan aiskrim berperisa baharu. Dalam tempoh percubaan, syarikat menghasilkan sebilangan kecil aiskrim untuk dijual. Syarikat tersebut mengadakan satu perbincangan bagi menentukan harga jualan per unit untuk aiskrim.
Jadual 1 menunjukkan perincian mengenai jangkaan penjualan aiskrim berdasarkan perbincangan mereka.
| Bilangan aiskrim yang dihasilkan | 100 unit |
|---|---|
| Kos seunit untuk membuat aiskrim | RM 1.00 |
| Harga jualan seunit aiskrim | RM $x$ |
| Bilangan aiskrim yang dijangka akan dijual | $(-20x + 100)$ unit |
Jadual 1
a
Sekiranya jangkaan jumlah keuntungan menjual aiskrim adalah RM $P$, tunjukkan bahawa
$P = -20x^2 + 100x - 100$
2 markah
Seterusnya, dengan menggunakan kaedah penyempurnaan kuasa dua, tentukan,
b(i)
jumlah keuntungan maksimum yang dapat dicapai,
3 markah
b(ii)
harga jualan yang sesuai per unit aiskrim untuk mencapai jumlah keuntungan maksimum,
1 markah
b(iii)
jumlah aiskrim yang diharapkan dapat dijual ketika harga jualan per unit ditetapkan seperti di (*b*) (ii).
1 markah
37 markah
Penyelesaian secara lakaran graf **tidak** diterima.
Rajah 1 menunjukkan sebuah segi tiga $PQR$ dengan luas 13 unit$^2$. Persamaan garis lurus $PQ$ ialah $2y - 3x = 3$ dan persamaan garis lurus $PR$ ialah $y = -5x + 8$.
Titik $S$ terletak pada paksi-$x$ dan membahagi garis lurus $PR$ dengan nisbah $m : n$.
Cari
a
nisbah $m : n$,
3 markah
b
koordinat $Q$.
4 markah
48 markah
Sebuah universiti merancang untuk membina sebuah dewan kuliah dengan reka bentuk yang unik. Dewan kuliah ini akan mempunyai 12 baris tempat duduk, disusun sedemikian rupa sehingga bilangan tempat duduk di setiap baris membentuk satu janjang aritmetik. Bilangan tempat duduk di baris kedua adalah 21 dan bilangan tempat duduk di baris terakhir adalah 81.
a
Hitung jumlah tempat duduk dalam dewan kuliah ini.
4 markah
b
Universiti tersebut kemudian mengubah rancangan supaya dewan itu boleh memuatkan sekurang-kurangnya 850 tempat duduk. Dengan menggunakan janjang aritmetik yang sama, adakah memadai menambah 3 baris lagi ke dewan kuliah ini? Berikan justifikasi anda.
4 markah
56 markah
Dua eksperimen telah dijalankan untuk mengenalpasti hubungan antara pemboleh ubah $x$ dan $y$. Hasil kedua-dua eksperimen menunjukkan bahawa hubungan antara $x$ dan $y$ masing-masing berdasarkan persamaan $25(5^{x+4}) = 125^y$ dan $\log_x y - 1 = \log_x (x - 2)$.
Cari nilai $x$ dan nilai $y$ yang memuaskan kedua-dua eksperimen tersebut.
6 markah
66 markah
Rajah 2 menunjukkan hubungan antara set $K$, set $M$ dan set $T$. Diberi bahawa set $K$ dipetakan kepada set $M$ oleh fungsi $\frac{1}{2}x + 3$ dan dipetakan kepada set $T$ oleh $gh : x \rightarrow x^2 + 2x + 3$.
a
Tulis fungsi yang memetakan set $K$ kepada set $M$ dengan menggunakan tatatanda fungsi.
1 markah
b
Tentukan songsangan bagi fungsi yang memetakan set $K$ kepada set $M$.
2 markah
c
Cari fungsi yang memetakan set $M$ kepada set $T$.
3 markah
78 markah
Rajah 3 menunjukkan $ABCD$ ialah sebuah sisi empat. Pepenjuru-pepenjuru $BD$ dan $AC$ bersilang di titik $R$. Titik $P$ terletak pada $AD$. Diberi $\overrightarrow{AB} = \underset{\sim}{x}$ dan $\overrightarrow{DP} = 2\underset{\sim}{y}$. Diberi $\overrightarrow{AP} = \frac{1}{3}\overrightarrow{AD}$ dan $\overrightarrow{BR} = \frac{1}{3}\overrightarrow{BD}$.
a
Ungkapkan $\overrightarrow{AR}$ dan $\overrightarrow{PR}$ dalam sebutan $\underset{\sim}{x}$ dan $\underset{\sim}{y}$.
3 markah
b
Diberi $\overrightarrow{DC} = k\underset{\sim}{x} - \underset{\sim}{y}$ dan $\overrightarrow{AR} = h\overrightarrow{AC}$ dengan keadaan $h$ dan $k$ ialah pemalar, cari nilai $h$ dan nilai $k$.
5 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Dalam satu kajian di sebuah taman kediaman, didapati empat daripada lima rumah mempunyai sebuah kereta. Jika sepuluh rumah dalam taman kediaman itu dipilih secara rawak,
cari
a(i)
kebarangkalian bahawa tujuh rumah mempunyai sebuah kereta,
2 markah
a(ii)
kebarangkalian bahawa sekurang-kurangnya lapan rumah mempunyai sebuah kereta,
2 markah
a(iii)
varians bagi kajian tersebut sekiranya terdapat 154 buah rumah di taman kediaman itu.
2 markah
b
Markah Matematik suatu ujian bagi murid dari kelas 5 Tekun adalah bertabur secara normal dengan min 45 dan varians 100. Jika julat markah untuk mendapat kepujian ialah di antara 50 hingga 70, hitungkan peratusan bagi murid yang mendapat kepujian.
4 markah
910 markah
a
Diberi persamaan lengkung ialah
$y = \frac{2}{3} + x\left(4 - \frac{2}{3}x\right)$
Cari koordinat bagi titik pusingan. Seterusnya tentukan sama ada setiap titik pusingan itu adalah titik maksimum atau titik minimum dengan menggunakan kaedah lakaran tangen.
*(Huraikan jadual tanda dan lakaran tangen anda dalam perkataan.)*
4 markah
b(i)
Rajah 4 menunjukkan lengkung $y = \frac{4}{x^2}$.
Cari
luas rantau berlorek,
3 markah
b(ii)
isi padu yang dijanakan apabila rantau berlorek dikisarkan melalui $360^\circ$ pada paksi-$x$.
3 markah
1010 markah
Nadia merupakan seorang usahawan muda dan mempunyai sebuah kilang pengeluaran biskut. Jumlah jisim pengeluaran sejenis biskut '*Homemade Almond Choc*', $M$ dihubungkan dengan jumlah jam operasi, $T$ oleh persamaan $M - qT = \frac{r}{qT}$. Jadual 2 menunjukkan nilai-nilai $M$ dan $T$ yang sepadan.
| $T$ (jam) | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 5.5 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $M$ (kg) | 5.5 | 4.7 | 5.0 | 6.5 | 7.7 | 8.4 |
Jadual 2
a
Plot $MT$ melawan $T^2$, menggunakan skala 2 cm kepada 5 unit pada kedua-dua paksi.
Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Tulis nilai-nilai $T^2$ dan $MT$ yang anda kira, kemudian huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis lurus yang dilukis.)*
5 markah
Gunakan graf di (a) untuk mencari nilai
b(i)
$q$
2 markah
b(ii)
$r$
2 markah
c
Jika kilang pembuatan biskut Nadia beroperasi selama 6 jam sehari, berapakah jumlah jisim pengeluaran biskut '*Homemade Almond Choc*' dalam kilogram?
1 markah
1110 markah
Rajah 5 menunjukkan cermin muka berbentuk bulatan yang didekorasi. Ia berpusat $O$ dan berdiameter 80 cm. Kawasan $PQS$ telah ditampal dengan rumput tiruan dan dikelilingi dengan lampu jalur LED berwarna biru. Jarak paling dekat antara pusat bulatan dengan bahagian bertampal rumput ialah 10 cm.
[Guna/*Use* $\pi = 3.142$]
a
Tunjukkan bahawa $\angle POQ = 2.636$ radian.
2 markah
Hitung,
b(i)
panjang lampu jalur LED berwarna biru yang digunakan,
4 markah
b(ii)
luas bahagian cermin dilitupi rumput tiruan,
4 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Penyelesaian secara lakaran graf **tidak** diterima.
Suatu zarah bergerak di sepanjang suatu garis lurus dari satu titik tetap $O$. Sesaran, $s$ m, dari titik tetap $O$ bagi zarah itu diberi oleh $s = ht^3 + kt^2 + 6t$, dengan keadaan $t$ ialah masa, dalam saat. Halaju maksimum zarah tersebut ialah 15 m s$^{-1}$ apabila $t = 3$ s.
Hitungkan
a
nilai $h$ dan nilai $k$,
5 markah
b
julat nilai $t$ dalam saat semasa halaju zarah itu berkurang,
2 markah
c
jarak yang dilalui oleh zarah itu dalam saat yang ke-2.
3 markah
1310 markah
Rajah 6 menunjukkan sebuah segitiga $CDE$. $CFHD$, $CGE$, dan $DIE$ ialah garis lurus. Garis $HI$ ialah berserenjang dengan $DE$. Diberi $CF = 18$ cm, $DF = 24$ cm, $CG = 17$ cm, $\angle FCG = 50^\circ$, dan $\angle HDI = 60^\circ$.
Hitungkan panjang, dalam cm,
a(i)
$FG$
2 markah
a(ii)
$EG$
3 markah
b
Luas $\Delta FCG$ ialah dua kali luas $\Delta HDI$. Cari panjang, dalam cm, $DI$.
4 markah
c
Lakarkan $\Delta C'D'E'$ yang mempunyai bentuk yang berlainan daripada segitiga $\Delta CDE$ dengan keadaan $C'D' = CD$, $C'E' = CE$, dan $\angle C'D'E' = \angle CDE$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan bucu $C'$, $D'$ dan $E'$, sisi dan sudut yang ditanda, dan jenis setiap sudut (tirus/cakah).)*
1 markah
1410 markah
Jadual 3 menunjukkan harga dan indeks harga bagi empat bahan $P$, $Q$, $R$ dan $S$ yang digunakan untuk membuat sejenis makanan.
| Bahan | Harga sekilogram (RM) Tahun 2020 | Harga sekilogram (RM) Tahun 2022 | Indeks harga pada tahun 2022 berasaskan tahun 2020 |
|---|---|---|---|
| $P$ | 2.00 | 2.50 | $x$ |
| $Q$ | 12.00 | 14.40 | 120 |
| $R$ | 8.00 | 12.00 | 150 |
| $S$ | 20.00 | 16.00 | 80 |
Jadual 3
a
Cari nilai $x$. Berikan tafsiran anda mengenai nilai $x$ yang anda peroleh.
3 markah
b
Cari indeks gubahan bagi empat bahan di atas pada tahun 2022 berasaskan tahun 2020 tanpa pemberat.
2 markah
Carta pai dalam Rajah 7 menunjukkan peratusan bagi setiap jenis bahan yang digunakan untuk membuat makanan tersebut.
c(i)
Hitung indeks gubahan bagi empat bahan tersebut pada tahun 2022 berasaskan tahun 2020 dengan pemberat.
2 markah
c(ii)
Kos untuk membuat makanan itu dijangka akan meningkat sebanyak 30% dari tahun 2022 ke tahun 2024. Cari indeks gubahan bagi tahun 2024 berasaskan tahun 2020. Beri tafsiran anda berkaitan indeks gubahan yang diperolehi.
3 markah
1510 markah
Puan Amani memiliki sebuah kedai yang menjual pelbagai barangan yang berkaitan dengan bakeri. Kedainya menjual dua jenis adunan tepung kek premium, iaitu tepung ros dan tepung lavender. Setiap jenis adunan tepung dibuat menggunakan tepung naik sendiri dan tepung gandum dalam nisbah yang berbeza. Campuran tepung ros mengandungi tepung naik sendiri dan tepung gandum dalam nisbah 1:3, manakala adunan tepung lavender dalam nisbah 2:3. Puan Amani mempunyai stok 20 kg tepung naik sendiri dan 36 kg tepung gandum. Dia mendapat keuntungan sebanyak RM 4 dengan penjualan 1 kg tepung ros dan RM 5 untuk 1 kg tepung lavender.
Kedainya boleh menghasilkan $x$ kg tepung ros dan $y$ kg tepung lavender sehari.
a
Selain daripada $x \geq 0$ and $y \geq 0$, tulis dua ketaksamaan yang memenuhi kekangan-kekangan yang diberikan.
2 markah
b
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 10 unit pada kedua-dua paksi, bina dan lorek rantau $R$ yang memenuhi semua syarat di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau $R$ yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
3 markah
Berdasarkan graf di (*b*), cari
c(i)
jisim tepung kek ros dan tepung kek lavender yang perlu dijual oleh Pn. Amani supaya memperolehi keuntungan maksimum?
*(Nyatakan titik yang anda gunakan dan huraikan garis fungsi objektif yang anda lukis.)*
3 markah
c(ii)
Berapakah keuntungan maksimum Pn. Amani?
2 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini