Rajah 1 di bawah menunjukkan kedudukan Kilang ST, sekolah, pasar awam dan perhentian bas pada satah Cartes. Rumah Amira terletak di titik tengah $P_1P_2$ dengan keadaan $P_1$ membahagi tembereng garis dari Kilang ST ke pasar awam dengan nisbah $1:2$ manakala $P_2$ pula membahagi tembereng garis dari sekolah ke perhentian bas dengan nisbah $2:3$.
Tentukan titik bagi kedudukan rumah Amira dan jarak dari sekolah.
8 markah
26 markah
Rajah 2 menunjukkan sebuah bulatan berjejari $x$ cm dan sektor $OBC$ berpusat $O$.
Diberi bahawa panjang lengkok $BC$ ialah 25 cm, perimeter sektor $OBC$ ialah 65 cm dan $OA:AB = 2:3$. Dengan menggunakan $\pi = 3.142$, cari
a
$\theta$ dalam sebutan $x$,
1 markah
b
luas dan perimeter keseluruhan rajah tersebut.
5 markah
38 markah
Sebuah tangki silinder tertutup mempunyai tinggi $h$ meter dan jejari $r$ meter. Tangki itu boleh diisi penuh dengan $36\pi r$ m$^3$ air. Luas permukaan tangki ialah $32\pi r$ m$^2$.
a
Cari $h$ dalam sebutan $r$.
1 markah
b
Buktikan $r^2 - 16r + 36 = 0$.
3 markah
c
Seterusnya, cari nilai $h$ dan $r$ dalam bentuk $a + b\sqrt{c}$.
4 markah
47 markah
Diberi $-3$ dan $\frac{3}{5}$ ialah punca-punca bagi persamaan kuadratik $5x^2 - 3(p - 5)x + 3q = 0$.
a(i)
Nyatakan paksi simetri.
1 markah
a(ii)
Cari nilai $p$ dan $q$.
3 markah
b
Cari julat nilai $x$ jika $x^2 - 4x + 3 > 0$ dan $x^2 - 4x \leq 0$. Seterusnya, selesaikan ketaksamaan $-5 < x^2 - 4x \leq 0$.
3 markah
56 markah
Sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada lima orang ahli perlu dipilih daripada lima orang lelaki dan tiga orang wanita yang mempunyai sepasang suami isteri. Cari bilangan jawatankuasa yang boleh dibentuk jika
a
tiada syarat,
2 markah
b
mengandungi tiga orang lelaki dan dua orang wanita,
2 markah
c
mengandungi salah seorang suami atau pun isteri.
2 markah
68 markah
Sebuah stadium terbuka mempunyai 20 buah kerusi pada baris pertama. Bilangan kerusi pada baris berikutnya adalah satu setengah kali bilangan kerusi pada baris sebelumnya.
a
Hitung bilangan kerusi yang terdapat pada baris ke-10.
2 markah
b
Baris yang manakah mempunyai sekurang-kurangnya 515 buah kerusi?
3 markah
c
Cari jumlah kerusi yang disusun dari baris ketiga hingga baris kelapan.
3 markah
77 markah
Tentukan nilai had bagi setiap fungsi yang berikut.
Dengan menggunakan prinsip pertama, cari fungsi kecerunan bagi lengkung
$$y = (x - 1)^2 - 4x + 3$$
3 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
a
Rajah 3 di bawah menunjukkan hubungan antara graf taburan normal dengan graf taburan normal piawai.
Nyatakan nilai $p, q, r, s$ dan $t$.
2 markah
Jadual 1 di bawah menunjukkan proses penggredan yang dilakukan oleh pengusaha dusun X, sebelum pengagihan jambu batu mengikut jisim dan harganya.
| Gred | A | B | C |
|---|---|---|---|
| Jisim, $X$ ($g$) | $X > 450$ | $300 < X < 450$ | $q < X \leq 300$ |
| Harga sekilogram | RM 15 | RM 12 | RM 8 |
Jadual 1
Diberi bahawa jisim buah jambu batu yang dihasilkan bertaburan secara normal dengan min 370 g dan sisihan piawai 50 g.
b(i)
Jika sebiji jambu batu dipilih secara rawak, cari kebarangkalian buah jambu batu itu ialah Gred A.
2 markah
b(ii)
Sebuah bakul mempunyai 400 $kg$ jambu batu, anggarkan jumlah harga jambu batu Gred B.
2 markah
b(iii)
Jika 95% daripada semua jambu batu boleh digredkan dan dijual, cari jisim minimum buah jambu batu yang boleh digredkan dan dijual.
2 markah
b(iv)
Tentukan pendapatan jika 150 bakul jambu batu dihasilkan.
2 markah
910 markah
Diberi bahawa persamaan suatu lengkung ialah $y = x^3(x^2 - 4)$.
a
Cari fungsi kecerunan bagi lengkung itu.
1 markah
b
Cari koordinat titik pegun bagi lengkung itu. Seterusnya, tentukan sifat setiap titik pegun dengan menggunakan kaedah lakaran tangen.
*(Huraikan lakaran tangen anda dalam perkataan: tanda kecerunan di kiri dan di kanan setiap titik pegun.)*
5 markah
c
Jika tangen kepada lengkung pada titik A $(2, 0)$ dan tangen kepada lengkung pada titik P adalah selari, cari koordinat titik P.
4 markah
1010 markah
Rajah 4 di bawah menunjukkan sebuah segitiga $ABC$.
Diberi bahawa $\overrightarrow{AD} = \underset{\sim}{a}$ dan $\overrightarrow{AC} = \underset{\sim}{b}$, $D$ ialah titik tengah $AB$.
a
Ungkapkan $\overrightarrow{CD}$ dalam sebutan $\underset{\sim}{a}$ dan $\underset{\sim}{b}$.
1 markah
b
Diberi titik $M$ dan $N$ masing-masing terletak di atas garis $AC$ dan $CD$, di mana $h\overrightarrow{CN} = \overrightarrow{CD}$ dan $\overrightarrow{AM} = \frac{1}{3}\overrightarrow{AC}$. Ungkapkan $\overrightarrow{MN}$ dalam sebutan $h$, $\underset{\sim}{a}$ dan $\underset{\sim}{b}$.
Gunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini.
Jadual 2 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah, $x$ dan $y$, yang dihubungkan oleh persamaan $\frac{1}{y} = \sqrt{\frac{x + s}{r}}$, dengan keadaan $r$ dan $s$ adalah pemalar.
| $x$ | 0.1 | 0.3 | 0.4 | 0.5 | 0.7 | 0.8 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 0.78 | 0.60 | 0.54 | 0.50 | 0.44 | 0.42 |
Jadual 2
a
Plot $\frac{1}{y^2}$ lawan $x$, dengan menggunakan skala 2 cm kepada 0.1 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 0.5 unit pada paksi $\frac{1}{y^2}$. Seterusnya lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: nilai-nilai $\frac{1}{y^2}$ yang dikira, paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
4 markah
Gunakan graf anda di (a) untuk mencari nilai
b(i)
$r$,
2 markah
b(ii)
$s$,
2 markah
b(iii)
$x$ apabila $y = 0.70$.
1 markah
c
Cari nilai $y$ apabila $x = 0.6$.
1 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Jadual 3 di bawah menunjukkan indeks harga dan pemberat bagi empat bahan mentah P, $Q$, R dan S.
| Bahan mentah | Harga (RM) 2020 | Harga (RM) 2023 | Indeks harga pada tahun 2023 berasaskan tahun 2020 | Pemberat |
|---|---|---|---|---|
| P | $x$ | 8.00 | 160 | 5 |
| Q | 5.00 | 6.50 | 130 | 7 |
| R | 10.00 | 8.50 | $y$ | 3 |
| S | 8.50 | $z$ | 160 | 2 |
Jadual 3
Cari
a(i)
nilai-nilai $x$, $y$ dan $z$,
3 markah
a(ii)
indeks gubahan bagi harga bahan mentah bagi tahun 2023 berasaskan tahun 2020.
2 markah
b
Perbelanjaan bulanan untuk bahan mentah pada tahun 2020 ialah RM506. Hitungkan perbelanjaan bulanan yang sepadan pada tahun 2023.
2 markah
c
Kos bahan mentah dijangka meningkat sebanyak 10% dari tahun 2023 hingga tahun 2025.
Cari indeks gubahan pada tahun 2025 berdasarkan tahun 2020.
3 markah
1310 markah
Gunakan kertas graf untuk menyelesaikan soalan berikut.
Pn. Arleena ingin menganjurkan satu rombongan dari kampungnya ke Melaka dengan menaiki bas. Peserta rombongan itu terdiri daripada $x$ dewasa dan $y$ kanak-kanak. Setiap dewasa membayar tambang RM50.00 dan setiap kanak-kanak membayar tambang RM25.00.
Penganjuran rombongan ini adalah berdasarkan kekangan berikut.
I. Bas tersebut boleh memuatkan sehingga 42 penumpang sahaja.
II. Bilangan penumpang dewasa mestilah tidak lebih daripada dua kali ganda bilangan kanak-kanak.
III. Tambang yang dikutip mesti lebih daripada RM350.
a
Tulis tiga ketaksamaan, selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi semua kekangan di atas.
3 markah
b
Menggunakan skala 2 cm kepada 5 peserta pada kedua-dua paksi, bina dan lorek rantau $R$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: garis-garis lurus yang dilukis (persamaan dan jenis garis) dan rantau $R$ yang dilorek.)*
3 markah
Dengan menggunakan graf anda di 13(b), cari
c(i)
bilangan minimum peserta dalam rombongan itu jika terdapat empat peserta dewasa sahaja,
2 markah
c(ii)
jumlah maksimum yang dikutip daripada tambang peserta.
2 markah
1410 markah
Suatu zarah bergerak di sepanjang garis lurus melalui suatu titik tetap $O$ dengan halajunya, 36 ms$^{-1}$. Pecutan, $a$ ms$^{-2}$, diberi oleh $a = 14 - 4t$ dengan keadaan $t$ ialah masa, dalam saat, selepas melalui $O$. Zarah berhenti bergerak selepas $k$ saat.
[Anggapkan gerakan ke kanan adalah positif.]
Cari
a(i)
halaju maksimum zarah itu,
3 markah
a(ii)
nilai $k$.
3 markah
b
Lakarkan graf halaju-masa untuk $0 \leq t \leq k$. Seterusnya, cari jumlah jarak yang dilalui oleh zarah tersebut.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf dan titik-titik penting pada graf.)*
4 markah
1510 markah
Rajah 5 menunjukkan sebuah khemah VABC dalam bentuk piramid dengan segi tiga ABC sebagai tapak mengufuk. V ialah bucu khemah dan sudut di antara satah condong VBC dengan tapak ialah $42^\circ$.
Diberi bahawa VB = VC = 2.6 m dan AB = 3.2 m, hitung
a
panjang BC jika luas segi tiga VBC ialah 2.5893 $m^2$,
2 markah
b
panjang AV jika sudut di antara garis lurus AV dan tapak ialah $37^\circ$,
3 markah
c
**[Bonus]** sudut di antara dua satah condong VAB dan VAC.
5 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini