Rajah 1 menunjukkan sektor $OKL$ berpusat $O$, dengan keadaan $OK = KL = OL$.
a
Cari, dalam radian, $\angle KOL$ dalam sebutan $\pi$.
2 markah
b
Seterusnya, hitung, dalam $\text{cm}^2$, luas rantau berlorek.
4 markah
28 markah
a
$0.123123123\ldots$ boleh ditulis dalam bentuk $\frac{h}{333}$. Dengan menggunakan hasil tambah ketakterhinggaan. Hitung nilai $h$.
3 markah
Rajah 2 menunjukkan corak lingkaran bagi cengkerang seekor siput. Lilitan bagi setiap lingkaran itu adalah membentuk janjang geometri dengan diameter lingkaran terkecil ialah 6 mm dan setiap diameter berikutnya bertambah sebanyak 50%.
b(i)
Bentukkan tiga sebutan pertama bagi lilitan lingkaran itu dalam sebutan $\pi$.
1 markah
b(ii)
Hitung diameter bagi lingkaran yang ke-5.
2 markah
b(iii)
Diberi jumlah panjang lilitan bagi lingkaran ke-$n$ ialah $124.6875\pi$ mm. Hitung nilai $n$.
2 markah
36 markah
Diberi fungsi kuadratik $f(x) = -3x^2 + 8x + 3$.
a
Menggunakan kaedah penyempurnaan kuasa dua, cari nilai minimum atau maksimum bagi fungsi kuadratik $f(x)$.
3 markah
b
Lakarkan graf $f(x) = -3x^2 + 8x + 3$ untuk $-1 \leq x \leq 4$.
Seterusnya, nyatakan julat $f(x)$ apabila graf tersebut dipantulkan pada paksi-$x$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, koordinat titik pusingan dan koordinat titik-titik hujung.)*
3 markah
46 markah
Rajah 4 menunjukkan lokus bagi dua titik bergerak $A$ dan $B(x, y)$. $PQ$ ialah diameter bagi bulatan yang berpusat $S$.
Titik $A$ bergerak dengan keadaan sentiasa sama jarak dari titik $P(6, -1)$ dan $Q(4, -9)$. Titik $B(x, y)$ bergerak dengan keadaan segi tiga $PBQ$ sentiasa bersudut tegak di $B$.
a
Cari persamaan lokus bagi $B$, jika garis $PB$ berserenjang dengan garis $BQ$.
2 markah
b
Diberi lokus bagi titik $A$ ialah $x + 4y + 15 = 0$. Cari koordinat titik $R$ dan titik $T$ iaitu titik- titik persilangan bagi kedua-dua lokus itu.
4 markah
58 markah
Rajah 5 menunjukkan graf $y = a\sin bx + \frac{1}{2}$ untuk $0 \leq x \leq \pi$.
Nyatakan
a(i)
nilai $a$ dan $b$,
2 markah
a(ii)
bilangan penyelesaian bagi $a\sin bx = \frac{3}{2}$.
1 markah
b(i)
Buktikan $\tan x(1 + \text{kos}\,2x) = \sin 2x$.
2 markah
b(ii)
Seterusnya, selesaikan persamaan $\tan x(1 + \text{kos}\,2x) + \text{kos}\,x = 0$ bagi $0 \leq x \leq 360$.
3 markah
68 markah
Rajah 6 menunjukkan sebahagian daripada lengkung $y = \frac{4}{x^2}$
Jika luas rantau $P$ ialah empat kali luas rantau $Q$, cari
a(i)
nilai $k$,
3 markah
a(ii)
luas rantau $Q$.
2 markah
b
Jumlah luas rantau $P$ dan rantau $Q$ dikisarkan melalui $360^\circ$ pada paksi-$x$. Cari isipadu kisaran, dalam sebutan $\pi$.
3 markah
78 markah
a
Selesaikan persamaan serentak berikut:
$x - 2y - 1 = 0$
$2x^2 + y^2 - 2x - 3y = 17$
Berikan jawapan anda betul kepada tiga tempat perpuluhan.
5 markah
b
Apakah nilai $a$ yang menjadikan sistem berikut mempunyai penyelesaian tidak terhingga.
$2x - \frac{3}{2}y + \frac{5}{2}z = \frac{1}{2}$
$-4x + 3y + (a^2 - 14)z = a - 4$
3 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Gunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini.
Jadual 1 menunjukkan nilai-nilai dua pembolehubah, $x$ dan $y$, yang diperoleh daripada satu eksperimen. Pembolehubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = kp^x$ di mana $k$ dan $p$ adalah pemalar. Satu garis lurus akan diperoleh apabila graf $\log_{10} y$ melawan $x$ diplotkan.
| $x$ | 1 | 2 | 3 | 5 | 6 | 7 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 58 | 201 | 3170 | 7940 | 30 900 | 100 500 |
Jadual 1
a
Plot $\log_{10} y$ melawan $x$, menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 0.5 unit pada paksi-$\log_{10} y$.
Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: nilai-nilai $\log_{10} y$ yang anda kira, skala paksi, titik-titik yang diplot dan garis lurus penyuaian terbaik.)*
4 markah
Menggunakan graf di 8($a$), cari
b(i)
nilai $y$ yang betul jika satu daripada nilai-nilai $y$ telah tersalah catat semasa eksperimen.
1 markah
b(ii)
nilai $k$,
3 markah
b(iii)
nilai $p$.
2 markah
910 markah
Dalam satu ujian kecergasan, Indeks Jisim Tubuh (BMI) bagi peserta adalah mengikut taburan normal dengan min 22.5 dan sisihan piawai 3.2. Peserta akan dikategorikan adalah berdasarkan Indeks Jisim Tubuh (BMI) yang diperolehi seperti ditunjukkan dalam jadual 9, dengan $m$ ialah pemalar.
| Indeks Jisim Tubuh *Body Mass Index* (BMI) | $x < 18.5$ | $18.5 \leq x < m$ | $x \geq m$ |
|---|---|---|---|
| Kategori *Category* | Kurang Berat *Underweight* | Normal *Normal* | Lebih Berat *Overweight* |
Jadual 9
Diberi bahawa kebarangkalian seorang peserta yang dipilih secara rawak daripada ujian itu mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) kurang daripada 24 ialah 0.85.
a
**[Bonus]** Jika 10 orang peserta dari ujian itu dipilih secara rawak, cari kebarangkalian bahawa tidak kurang 8 orang peserta mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) kurang dari 24.
3 markah
b(i)
Seorang peserta dipilih secara rawak dari kumpulan itu, cari kebarangkalian bahawa peserta itu berada dalam kategori kurang berat badan.
2 markah
b(ii)
Diberi bahawa 67.7% daripada peserta-peserta itu itu berada dalam kategori normal.
Wakilkan situasi itu dengan melakar graf taburan normal piawai dan ungkapkan rantau berlorek dalam tatatanda kebarangkalian.
Seterusnya, cari nilai $m$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, paksi, garis-garis tegak yang dilukis dan rantau yang berlorek.)*
5 markah
1010 markah
Rajah 10 menunjukkan objek $R$, $S$, $T$, $U$, $V$ dan $W$ diletakkan mengikut susunan yang tertentu. Jarak di antara $R$, $S$ dan $T$ membentuk sebuah segi tiga.
Diberi bahawa $SV = \frac{3}{4}ST$, $RS = 6m$ dan $RT = 18n$.
Ungkapkan dalam sebutan $m$ dan / atau $n$
a(i)
$ST$
2 markah
a(ii)
$RV$
1 markah
b
Diberi $RU = dRV$ dan $TU = e(2m - 7n)$, dengan keadaan $d$ dan $e$ ialah pemalar. Cari nilai $d$ dan nilai $e$.
4 markah
c
Diberi $RW = gm + 2n$ dengan keadaan $g$ ialah pemalar. Cari nilai $g$.
3 markah
1110 markah
Diberi bahawa suatu lengkung $y = -x^2 + kx + 12$ melalui titik $S(5, 7)$ dan mempunyai titik pusingan pada $L$. Cari
a
nilai $k$,
1 markah
b
kecerunan tangen kepada lengkung pada titik $S$,
2 markah
c
persamaan normal kepada lengkung itu pada titik $S$,
3 markah
d
koordinat titik pusingan bagi lengkung. Justifikasikan jawapan anda dengan menggunakan kaedah lakaran tangen.
*(Huraikan jadual lakaran tangen anda dalam perkataan: nilai-nilai $x$ yang dipilih, nilai dan tanda $\frac{dy}{dx}$, arah tangen dan bentuk graf.)*
4 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Suatu zarah bergerak di sepanjang garis lurus dan melalui titik tetap $O$, dengan halaju awal $-6\ \text{ms}^{-1}$. Halajunya, $v\ \text{ms}^{-1}$, diberi oleh $v = -m(t - 2)^2 + 2$ dengan keadaan $t$ ialah masa dalam saat.
Cari
a(i)
nilai $m$ .
2 markah
a(ii)
masa dalam saat apabila zarah itu berhenti seketika.
2 markah
b
Lakar graf halaju lawan masa bagi 5 saat pertama. Seterusnya, nyatakan julat $t$ apabila zarah itu bergerak ke kiri.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, titik maksimum, pintasan pada paksi dan titik hujung.)*
3 markah
c
Cari jarak, dalam m, yang dilalui oleh zarah itu ketika zarah mencapai halaju maksimum hingga saat ke 5.
3 markah
1310 markah
Rajah 13 di bawah menunjukkan kedudukan rumah Tina, sebuah masjid dan rumah Nurul. Kedudukan ketiga-tiganya membentuk segitiga.
a
Cari jarak di antara rumah Tina dengan rumah Nurul.
4 markah
b
Nurul akan berpindah ke rumah baharu. Jarak antara rumah Tina dengan masjid serta sudut yang terbentuk antara masjid, rumah Tina dan rumah Nurul tidak berubah. Hitung jarak Rumah Tina dengan rumah baharu Nurul supaya hanya satu segitiga yang terbentuk.
3 markah
c
Cari luas kawasan yang dibatasi oleh rumah lama Nurul, masjid dan rumah baharu Nurul.
3 markah
1410 markah
Gunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini.
Seorang pengusaha bot pelancongan menyediakan $x$ perjalanan ke Pulau $P$ dan $y$ perjalanan ke Pulau $Q$ setiap hari berdasarkan kekangan berikut:
**I** Jumlah bilangan perjalanan yang disediakan tidak melebihi 14.
**II** Bilangan perjalanan ke Pulau $P$ tidak melebihi tiga kali bilangan perjalanan ke Pulau $Q$.
**III** Tambang perjalanan ke Pulau $P$ dan Pulau $Q$ masing-masing ialah RM60 dan RM30. Jumlah tambang yang diperoleh dalam sehari melebihi RM480.
a
Tulis tiga ketaksamaan, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi semua kekangan yang diberi.
3 markah
b
Menggunakan skala 2 cm kepada 2 perjalanan pada kedua-dua paksi, bina dan lorek rantau $R$ yang memenuhi semua kekangan yang diberi.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: garis-garis lurus yang dilukis (persamaan, garis penuh atau putus-putus) dan rantau $R$ yang dilorek.)*
3 markah
c
Menggunakan graf di 14($b$), cari julat bilangan perjalanan ke Pulau $Q$ jika 8 perjalanan disediakan ke Pulau $P$ pada suatu hari tertentu.
1 markah
d
Pada graf yang sama, lukis fungsi objektif dan cari keuntungan maksimum yang diperoleh dalam sehari jika keuntungan bagi setiap perjalanan ke Pulau $P$ dan Pulau $Q$ masing-masing ialah RM30 dan RM20.
*(Nyatakan fungsi objektif dan garis yang anda lukis, dan titik yang memberikan keuntungan maksimum.)*
3 markah
1510 markah
Jadual 15 menunjukkan harga, indeks harga dan peratusan bagi empat bahan $A$, $B$, $C$ dan $D$ yang digunakan untuk membuat sejenis kek.
| Bahan *Ingredient* | Harga Seunit (RM) Tahun 2021 *Unit price (RM) Year 2021* | Harga Seunit (RM) Tahun 2023 *Unit price (RM) Year 2023* | Indeks harga pada tahun 2023 berasaskan tahun 2021 *Price index in the year 2023 based on the year 2021* | Peratusan *Percentage* |
|---|---|---|---|---|
| A | 8.00 | 9.00 | $p$ | 20 |
| B | 3.00 | $q$ | 105 | 30 |
| C | 5.00 | 5.40 | 108 | 10 |
| D | $r$ | 4.80 | 120 | 40 |
Jadual 15
a
Cari nilai $p$, nilai $q$ dan nilai $r$.
3 markah
b
Hitung indeks gubahan bagi kos pembuatan kek itu pada tahun 2023 berasaskan tahun 2021.
3 markah
c
Kos pembuatan kek itu pada tahun 2021 ialah RM43.00. Hitung kos yang sepadan pada tahun 2023.
2 markah
d
Kos semua bahan dijangka meningkat sebanyak 10% dari tahun 2023 ke tahun 2025. Hitung indeks gubahan bagi kos pembuatan kek itu pada tahun 2025 berasaskan tahun 2021.
2 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini