Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
Rajah 1 menunjukkan dua garis lurus. Persamaan garis lurus $AB$ ialah $y + 2x + 3 = 0$.
Rajah 1
Cari
a(i)
persamaan garis lurus $CD$,
3 markah
a(ii)
koordinat $D$,
2 markah
b
Garis lurus $CD$ dipanjangkan ke titik $E$, dengan keadaan $CD : DE = 3 : 2$. Cari koordinat $E$.
2 markah
27 markah
Seorang ahli ekonomi menganalisis pengeluaran mangkuk seramik daripada dua buah kilang iaitu Jaya Sdn. Bhd. dan Makmur Sdn. Bhd.. Hasil analisis itu mendapati jumlah jam operasi kedua-dua kilang itu setiap hari ialah 208 jam. Kilang Jaya Sdn. Bhd. memerlukan 4 jam untuk menghasilkan seunit mangkuk seramik yang dijual pada harga RM20.00. Kilang Makmur Sdn. Bhd. memerlukan 2 jam untuk menghasilkan seunit mangkuk seramik yang dijual pada harga RM25.00. Hasil darab bilangan mangkuk seramik yang dihasilkan oleh kedua-dua kilang tersebut ialah 1280 unit.
Berdasarkan analisis tersebut, cari bilangan mangkuk seramik yang menghasilkan keuntungan maksimum bagi setiap kilang tersebut.
Lakarkan graf bagi $y = 3\sin x$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$.
Seterusnya dengan melukis satu garis lurus yang sesuai pada lakaran anda bagi persamaan $3\sin x = -2$, cari bilangan penyelesaian untuk $0 \leq x \leq 2\pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, bilangan kitaran, nilai maksimum dan minimum, nilai-nilai pada paksi-$x$, serta garis lurus yang dilukis.)*
4 markah
46 markah
a
$\alpha$ dan $\beta$ ialah punca-punca bagi fungsi kuadratik $3x^2 - 8x + m = 4x + 3$, dengan keadaan $m$ ialah pemalar. Jika $\alpha = 3\beta$, cari nilai $m$.
4 markah
b
Diberi persamaan kuadratik $p(x^2 + 16) = -4qx$ mempunyai dua punca yang sama, cari nisbah $p : q$.
2 markah
58 markah
Suatu fungsi $f$ dan $g$ ditakrifkan oleh $f : x \rightarrow 4 - x$ dan $g : x \rightarrow px^2 + q$. Jika $gf$ ialah $gf : x \rightarrow px^2 - 16x + 26$, cari
a(i)
nilai $p$ dan nilai $q$,
3 markah
a(ii)
nyatakan $g^2$ dalam sebutan $x$. Seterusnya, cari imej bagi $-1$.
2 markah
Diberi $f : x \rightarrow 2 - 2x$. Cari
b(i)
$f^{-1}$,
1 markah
b(ii)
fungsi $g$ jika $gf^{-1} : x \rightarrow x^2 - 4x + 5$.
2 markah
67 markah
Danial membuat kajian tentang laluan anai-anai di dinding rumahnya. Rajah 2 menunjukkan laluan anai-anai tersebut yang diwakili oleh lengkung $y = x(x - 2)^3$.
Rajah 2
a
Tentukan fungsi kecerunan bagi laluan anai-anai yang ditunjukkan dalam Rajah 2.
2 markah
b
Anai-anai tersebut berhenti pada titik pegun $P(x_1, y_1)$ dan $Q(x_2, y_2)$ untuk membina lubang. Cari koordinat titik $P$ dan $Q$, dengan keadaan $x_2 > x_1$.
3 markah
c
Seterusnya, dengan menggunakan kaedah lakaran tangen tentukan sifat bagi titik pegun $Q$.
*(Nyatakan nilai atau tanda $\frac{dy}{dx}$ sebelum, pada dan selepas $Q$, dan huraikan lakaran tangen anda dalam perkataan.)*
2 markah
79 markah
Rajah 3 menunjukkan bentangan segulung kertas dinding yang bercorak segi tiga sama kaki. Diberi bahawa tapak segi tiga pertama ialah $a$ cm dan tapak setiap segi tiga berikutnya bertambah sebanyak $d$ cm.
Rajah 3
a
Terbitkan bahawa panjang tapak bagi segi tiga ke-$n$ ialah $Tn = a + (n - 1)d$.
3 markah
Pada bentangan tersebut, segi tiga yang ke-25 merupakan segi tiga terakhir dengan luas 96 cm$^2$ dan diberi bahawa $a = 24d$.
b(i)
Cari nilai $d$, dalam cm,
3 markah
b(ii)
Anas ingin mengirim sejumlah gulungan kertas dinding itu kepada rakannya melalui sebuah syarikat kurier. Jadual 1 menunjukkan maklumat berkaitan caj penghantaran.
| Jisim | 0-3.00 kg | Setiap 500 gm berikutnya |
|---|---|---|
| Kadar (RM) | 7.50 | 1.25 |
Jadual 1
Jika Anas mempunyai RM12 dan jisim kertas itu bagi setiap cm$^2$ ialah $4 \times 10^{-5}$ kg, hitung bilangan maksimum gulungan kertas yang boleh dikirim.
3 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Jadual 2 menunjukkan nilai-nilai eksperimen untuk dua pemboleh ubah $x$ dan $y$ yang dihubungkan oleh persamaan $y = p\sqrt{x} + qx$ dengan keadaan $p$ dan $q$ adalah pemalar.
| $x$ | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 0.48 | 1.07 | 1.61 | 2.30 | 2.88 | 3.65 |
Jadual 2
a
Berdasarkan Jadual 2, bina satu jadual bagi nilai-nilai $\frac{y}{\sqrt{x}}$ dan $\sqrt{x}$.
*(Tulis nilai $\sqrt{x}$ dan $\frac{y}{\sqrt{x}}$ bagi setiap nilai $x$.)*
2 markah
b
Plotkan $\frac{y}{\sqrt{x}}$ melawan $\sqrt{x}$ dengan menggunakan skala 2 cm kepada 0.5 unit pada paksi-$\sqrt{x}$ dan 2 cm kepada 0.2 unit pada paksi-$\frac{y}{\sqrt{x}}$.
Seterusnya, lukiskan garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
3 markah
Dengan menggunakan graf di (b), cari
c(i)
nilai $p$ dan nilai $q$,
*(Nyatakan titik-titik pada garis lurus penyuaian terbaik anda yang digunakan.)*
4 markah
c(ii)
nilai $\sqrt{x}$ apabila $\frac{y}{\sqrt{x}} = 0.54$.
1 markah
910 markah
Rajah 4 menunjukkan sebuah sisi empat $ABCD$ dengan keadaan $AED$ dan $EFC$ merupakan garis lurus. Diberi bahawa $\overrightarrow{AB} = 20\underset{\sim}{v}$, $\overrightarrow{AD} = 32\underset{\sim}{u}$, $\overrightarrow{DC} = -24\underset{\sim}{u} + 25\underset{\sim}{v}$, $\overrightarrow{AE} = \frac{1}{4}\overrightarrow{AD}$ dan $\overrightarrow{EF} = \frac{3}{5}\overrightarrow{EC}$.
Rajah 4
Ungkapkan dalam sebutan $\underset{\sim}{u}$ dan $\underset{\sim}{v}$,
a(i)
$\overrightarrow{BD}$
2 markah
a(ii)
$\overrightarrow{BF}$
1 markah
b(i)
Tunjukkan bahawa titik-titik $B$, $F$ dan $D$ adalah segaris.
2 markah
b(ii)
Diberi $|\underset{\sim}{u}| = 3$ unit dan $|\underset{\sim}{v}| = 2$ unit, cari $|\overrightarrow{BD}|$.
2 markah
c
Jika $DC$ dipanjangkan ke satu titik $G$ dengan keadaan $\overrightarrow{DG} = m\overrightarrow{DC}$ dan $\overrightarrow{AG} = 50\underset{\sim}{v} - 16\underset{\sim}{u}$. Cari nilai $m$.
3 markah
1010 markah
Rajah 5 menunjukkan garis lurus $y = 2x + 2$ yang bersilang dengan lengkung $y = -x^2 + 5$ pada titik $A$ dan paksi-$y$ pada titik $B$.
Rajah 5
Cari
a
koordinat $A$,
2 markah
b
luas kawasan berlorek,
4 markah
c
isi padu kisaran yang dijanakan, dalam sebutan $\pi$, apabila rantau berlorek itu dikisarkan $360^\circ$ pada paksi-$y$.
4 markah
1110 markah
Jisim tembikai yang dihasilkan di sebuah dusun bertaburan normal dengan min 2.2 kg dan sisihan piawai 0.3 kg. Buah tembikai itu dikelaskan kepada gred $A$, $B$ dan $C$ mengikut jisimnya:
Gred $A$ > Gred $B$ > Gred $C$
a(i)
Jisim minimum bagi sebiji tembikai gred $A$ ialah 2.6 kg. Jika sebiji tembikai dipilih secara rawak dari dusun itu, cari kebarangkalian bahawa tembikai itu bergred $A$.
2 markah
a(ii)
Cari jisim minimum, dalam kg, bagi buah tembikai gred $B$ jika 20% daripada buah tembikai itu adalah gred $C$.
3 markah
Dalam suatu permainan bola keranjang, didapati bahawa Johan mendapat 40% kejayaan daripada jumlah percubaan yang dia lakukan.
Hitung
b(i)
kebarangkalian bahawa Johan mendapat tepat 5 kejayaan daripada 6 percubaan,
2 markah
b(ii)
bilangan percubaan yang perlu dia lakukan supaya kebarangkalian kejayaan lebih daripada 0.99.
3 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Sebuah kilang menghasilkan pengecas jenis $S$ dan $T$ dalam sehari.
Jadual 3 menunjukkan maklumat berkaitan pengecas yang dihasilkan.
| Pengecas | Bilangan pengecas (unit) | Kos seunit (RM) |
|---|---|---|
| $S$ | $x$ | 10 |
| $T$ | $y$ | 20 |
Jadual 3
Masa yang diperlukan untuk menghasilkan seunit pengecas jenis $S$ dan seunit pengecas jenis $T$ masing-masing ialah 9 minit dan 7 minit.
Penghasilan pengecas di kilang itu adalah berdasarkan kekangan yang berikut:
| | |
|---|---|
| I | Jumlah bilangan pengecas yang dihasilkan mesti melebihi $p$ unit dalam sehari. |
| II | Bilangan pengecas jenis $S$ yang dihasilkan kurang daripada bilangan pengecas $T$ selebih-lebihnya $q$ unit. |
| III | Jumlah masa yang digunakan untuk menghasilkan pengecas ialah 10 jam 30 minit sehari. |
a
Kekangan I dan kekangan II ditunjukkan pada graf pada halaman 25. Rantau berlorek mewakili titik-titik yang memenuhi kedua-dua kekangan itu.
Nyatakan nilai $p$ dan nilai $q$.
1 markah
b
Tulis satu ketaksamaan bagi kekangan III, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$. Seterusnya, pada halaman 25, bina dan label rantau $R$ yang memenuhi semua kekangan itu.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau $R$ — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
3 markah
Gunakan graf yang dibina di (b) untuk menjawab soalan – soalan berikut:
c(i)
Pada satu hari berlaku kesilapan teknikal yang menyebabkan penghasilan pengecas $T$ ialah 3 kali ganda bilangan pengecas $S$. Tentukan bilangan maksimum bagi pengecas $S$ yang dihasilkan pada hari itu.
*(Nyatakan garis yang anda lukis.)*
2 markah
c(ii)
Diberi bahawa jumlah kos harian yang ditanggung oleh kilang dalam penghasilan dua jenis pengecas itu ialah RM $k$, ungkapkan $k$ dalam sebutan $x$ dan $y$. Seterusnya, lukis fungsi objektif itu dan cari kos maksimum penghasilan dua jenis pengecas tersebut.
*(Huraikan garis fungsi objektif anda dalam perkataan: persamaan garis yang dilukis dan titik-titik yang dilaluinya.)*
4 markah
1310 markah
Jadual 4 menunjukkan indeks harga bagi tahun 2020 dan 2022 berasaskan tahun 2018 untuk tiga jenis bahan $A$, $B$, dan $C$ yang digunakan untuk membuat sejenis kasut.
| Bahan | Indeks harga pada tahun 2020 berasaskan tahun 2018 | Indeks harga pada tahun 2022 berasaskan tahun 2018 |
|---|---|---|
| $A$ | 106 | 120 |
| $B$ | 105 | 125 |
| $C$ | 110 | $m$ |
Jadual 4
Harga bahan $C$ pada tahun 2018 ialah RM12.00 dan harganya pada tahun 2022 ialah RM15.60.
Cari
a(i)
nilai $m$,
2 markah
a(ii)
harga bagi bahan $C$ pada tahun 2020.
1 markah
Indeks gubahan untuk kos pengeluaran kasut itu pada tahun 2020 berasaskan tahun 2018 ialah 106.7. Nisbah bahan-bahan $A$, $B$ dan $C$ yang digunakan ialah $2 : h : 3$.
Cari
b(i)
nilai $h$,
3 markah
b(ii)
harga sepadan bagi kasut itu pada tahun 2018 jika harga kasut itu pada tahun 2020 ialah RM58.20.
2 markah
c
Cari indeks harga bagi bahan $B$ pada tahun 2022 berasaskan tahun 2020.
2 markah
1410 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
Rajah 6 menunjukkan sebuah piramid bertapak segi tiga $ABC$ yang terletak pada satah mengufuk.
Rajah 6
Diberi bahawa luas segi tiga $DBC$ adalah 28 cm$^2$ dan $\angle DCB$ merupakan sudut cakah.
Cari
a(i)
$\angle DCB$,
2 markah
a(ii)
panjang, dalam cm, bagi $BD$,
2 markah
a(iii)
$\angle ABD$.
2 markah
b
**[Bonus]** Diberi bahawa luas $ABD$ ialah 52.45 cm$^2$. Satu titik $E$ dibina di antara garisan $A$ dan $B$ dengan keadaan $EA = EB$. Ia disambungkan ke titik $C$ dengan keadaan $\angle CDE = 15^\circ$. Cari sudut di antara satah condong $ABD$ dan satah $ABC$.
4 markah
1510 markah
Rajah 7 menunjukkan kedudukan awal dan arah pergerakan zarah $M$ dan zarah $N$. kedua-dua mula bergerak serentak.
Rajah 7
Halaju bagi zarah $M$, $v_M$ ms$^{-1}$, diberi oleh $v_M = 9t^2 + 10$ dan sesaran bagi zarah $N$, $s_N$ m, dari titik $P$ diberi oleh $s_N = 3t^3 - t$, dengan keadaan $t$ ialah masa dalam saat selepas $M$ melalui titik $O$ dan zarah $N$ melalui titik $P$.
a
Cari halaju awal, dalam ms$^{-1}$, bagi zarah $N$
2 markah
b
Cari jumlah jarak, dalam m, yang dilalui oleh zarah N dalam 2 saat pertama.
4 markah
c
Hitung jarak, dalam m, bagi zarah-zarah itu dari titk $P$ apabila zarah $M$ dan zarah $N$ bertemu.
4 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini