Diberi hasil tambah $n$ sebutan pertama bagi suatu janjang ialah $S_n = 4n + 2n^2$, cari sebutan pertama bagi janjang tersebut.
Others Trial 2025 Matematik Tambahan Kertas 1 · MRSM
- Percubaan MRSM · 2025
- 15 soalan · Jumlah 80 markah
- 120 minit
- Skema pemarkahan
- Daripada skema pemarkahan kertas asal
- Pemarkahan
- Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
- Bahasa jawapan
- Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
- Kemas kini terakhir
- 2026-11-25
Bahagian A
Jawab semua 12
Rajah 1 menunjukkan sebuah trapezium $ABCD$ pada satah Cartes.
Diberi bahawa persamaan garis $AB$ ialah $y = 5x + 3$.
Cari persamaan garis lurus yang berserenjang dengan garis lurus $CD$ dan melalui titik $\left(\frac{5}{2}, \frac{13}{2}\right)$.
Rajah 2 menunjukkan graf garis lurus $y\sqrt{x}$ melawan $x$.
a
3 markah
Berdasarkan Rajah 2, ungkapkan $y$ dalam sebutan $x$.
b
1 markah
Cari nilai $y$ apabila $x = 2.4$.
Diberi bahawa $\sin(90^\circ - \beta) = h$, dengan keadaan $\beta$ ialah sudut tirus.
Ungkapkan $\text{kosek}\,\beta$ dalam sebutan $h$.
Diberi bahawa $\overrightarrow{AC} = 7\underset{\sim}{i} + 5\underset{\sim}{j}$ dan koordinat bagi $A$ dan $B$ masing-masing ialah $(2, 4)$ dan $(4, -3)$.
Cari,
a
3 markah
$\overrightarrow{BC}$,
b
2 markah
vektor unit dalam arah $\overrightarrow{BC}$.
a
2 markah
Diberi bahawa fungsi $h : x \rightarrow |3 - 4x|$, cari nilai-nilai $x$ dengan keadaan $h(x) = 1$.
b
2 markah
Seorang pelari membakar kalori mengikut fungsi $g(t) = 8t - 10$, dengan keadaan $g(t)$ adalah jumlah kalori yang dibakar selepas berlari selama $t$ minit. Selepas larian, badan terus membakar kalori semasa tempoh pemulihan mengikut fungsi $f(c) = 0.25c$, dengan keadaan $c$ ialah jumlah kalori yang dibakar semasa larian.
Dengan menggunakan konsep fungsi gubahan, ungkapkan fungsi bagi kalori dibakar semasa tempoh pemulihan dalam sebutan $t$.
c
2 markah
Diberi fungsi $f^{-1} : x \rightarrow \frac{x + 5}{3}$ dan $6f^{-1}(a) = f(1)$, cari nilai $a$.
a
4 markah
Satu persamaan kuadratik diberi oleh $x^2 + 9x + 2k = 0$, dengan keadaan $k$ ialah pemalar. Diberi bahawa persamaan itu mempunyai punca-punca $\alpha$ dan $\beta$.
Bentukkan satu persamaan kuadratik dengan punca-punca $2 + \alpha - \beta$ dan $2 - \alpha + \beta$ dalam sebutan $k$.
b
2 markah
Cari julat nilai $p$ bagi ketaksamaan $2p^2 \geq 13p + 7$ dengan menggunakan kaedah lakaran graf.
*(Huraikan lakaran graf anda dalam perkataan: bentuk graf, titik persilangan dengan paksi dan kawasan yang memenuhi ketaksamaan.)*
c
2 markah
Satu persamaan kuadratik diberi oleh $6x^2 + 3x = 8x - q$, dengan keadaan $q$ ialah pemalar.
Cari julat nilai $q$ jika persamaan itu mempunyai punca-punca nyata.
Menyenaraikan semua sebutan bagi jujukan adalah **tidak** diterima.
Firdaus menyertai satu program membaca 1000 muka surat yang dianjurkan oleh sebuah perpustakaan. Dia membaca sebanyak $(6 + x)$ muka surat pada hari pertama, $(4x - 4)$ muka surat pada hari kedua dan $(7x - 14)$ muka surat pada hari ketiga.
a
2 markah
Tentukan jenis janjang yang terlibat. Justifikasikan jawapan anda.
b
3 markah
Jika Firdaus membaca 10 muka surat pada hari pertama, berapakah bilangan muka surat yang dibacanya pada hari ke-14?
c
2 markah
Pihak penganjur memperuntukkan tempoh masa selama 4 minggu untuk peserta menyelesaikan pembacaan. Buktikan dengan pengiraan sama ada Firdaus berjaya menyelesaikan pembacaannya dalam tempoh yang diberi.
a
1 markah
Diberi $a^m = a^n$ dan $m \neq n$, nyatakan nilai $a$.
b
3 markah
Diberi $27^x = \sqrt{81^y\sqrt{9}}$, ungkapkan $y$ dalam sebutan $x$.
c
2 markah
Diberi $a^k = p$ dan $a^{2k} = q$, nilaikan $\log_a (pq)^{\frac{1}{k}}$.
a
2 markah
Diberi bahawa lengkung $y = x(4 - x)^3$ dengan fungsi kecerunan $4(1 - x)(4 - x)^2$ mempunyai dua titik pegun, $P(1, 27)$ dan $Q(4, 0)$.
Tentukan sifat bagi titik pegun $Q$ dengan menggunakan kaedah lakaran tangen.
*(Huraikan kaedah lakaran tangen anda dalam perkataan: nilai $x$ yang dipilih di kiri dan di kanan $Q$, nilai dan tanda $\frac{dy}{dx}$, dan arah tangen.)*
b
4 markah
Sebuah pepejal gabungan yang terdiri daripada sebuah kon yang diletakkan di atas sebuah silinder, kedua-duanya dengan jejari $x$ cm. Jumlah luas permukaan pepejal itu diberikan oleh persamaan $A = 4\pi\left(x^2 + \frac{54}{x}\right)$.
Menggunakan kalkulus, tunjukkan bahawa peratusan perubahan luas permukaan pepejal itu meningkat sebanyak 3.55% apabila jejari menokok dari 10.5 cm kepada 10.7 cm.
[Guna $\pi = 3.142$]
c
3 markah
Suatu lengkung dengan fungsi kecerunan, $\frac{dy}{dx} = 8x + 3$ melalui titik $(1, 6)$.
Cari persamaan lengkung tersebut.
Dalam satu kuiz kecerdasan, simbol-simbol telah disusun di Stesen $A$ dan Stesen $B$ seperti dalam Rajah 3.
Cari
a
2 markah
bilangan segi tiga yang boleh dilukis dengan menggunakan simbol-simbol tersebut sebagai bucu,
b
2 markah
bilangan cara simbol di Stesen $B$ disusun dalam satu baris,
c
3 markah
bilangan cara jika 3 simbol daripada Stesen $A$ dan 2 simbol daripada Stesen $B$ dipilih dan disusun dalam satu bulatan.
a
1 markah
Diberi satu pemboleh ubah rawak diskret $X \sim B\left(7, \frac{2}{3}\right)$, cari varians bagi taburan itu.
b
4 markah
Rajah 4 menunjukkan satu graf taburan normal bagi masa perjalanan, dalam minit, yang diambil oleh penumpang dari stesen $P$ ke stesen $Q$.
Diberi bahawa luas kawasan berlorek mewakili 16% daripada keseluruhan luas di bawah graf dan min adalah 17 kali ganda sisihan piawai.
Cari nilai sisihan piawai.
Bahagian B
Pilih 2 daripada 3
Dipilih 0/2
Diberi bahawa $y = 3\,\text{kos}\,2x + 1$.
Nyatakan
a(i)
1 markah
amplitud,
a(ii)
1 markah
kala
bagi graf tersebut.
b(i)
3 markah
Lengkapkan nilai-nilai $y$ dalam Jadual 1.
Seterusnya, lukis graf $y = 3\,\text{kos}\,2x + 1$ untuk $0^\circ \leq x \leq 180^\circ$ dalam ruang yang disediakan.
| $x$ | 0° | 30° | 60° | 90° | 120° | 150° | 180° |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | | | | | | | |
Jadual 1
*(Tulis nilai $y$ bagi setiap nilai $x$, kemudian huraikan graf anda dalam perkataan: titik-titik yang diplot dan bentuk lengkung.)*
b(ii)
3 markah
Seterusnya, menggunakan paksi yang sama, lukis satu graf yang sesuai untuk mencari penyelesaian bagi persamaan $3x\,\text{kos}\,2x = 360^\circ - x$ untuk $0^\circ \leq x \leq 180^\circ$.
Nyatakan penyelesaian bagi persamaan tersebut.
*(Huraikan graf yang anda lukis dalam perkataan: persamaannya dan titik-titik yang digunakan.)*
a(i)
1 markah
Diberi $\ln e^{\frac{1}{a}} = b$, ungkapkan $a$ dalam sebutan $b$.
a(ii)
3 markah
Diberi bahawa $\ln(x^2 + 6x + 9) = 2y$, ungkapkan $x$ dalam sebutan $y$.
Diberi bahawa panjang sisi sebuah segi empat sama ialah $\sqrt{x}$ cm. Jika panjang setiap sisi segi empat sama tersebut bertambah sebanyak 6 cm, luasnya akan menjadi 9 kali ganda lebih besar.
b(i)
3 markah
Tunjukkan bahawa $2x - 3\sqrt{x} - 9 = 0$.
b(ii)
1 markah
Seterusnya, cari nilai $x$.
Rajah 5.1 menunjukkan hubungan bagi tiga set.
Diberi bahawa $g(x) = 2k + 5x$.
a
4 markah
Jika $h(m + k) = a$, ungkapkan $m$ dalam sebutan $a$ dan $k$.
b
3 markah
Cari $g^{-1}(x)$ apabila $k = -2$ dan seterusnya, tentusahkan bahawa $g^{-1}(x)$ yang diperoleh ialah songsangan bagi $g(x)$.
c
1 markah
Rajah 5.2 menunjukkan graf bagi fungsi $g(x)$.
Lakarkan graf bagi fungsi $g^{-1}(x)$ pada Rajah 5.2.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: titik hujung graf dan kedudukannya berbanding graf $g(x)$.)*

AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini
0%Peratus
0Markah
0Markah penuh
Beberapa soalan tidak dapat ditanda.
Markah setiap soalan

