Johor Trial 2024 Matematik Tambahan Kertas 2 · Johor Bahru
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Johor Trial 2024 Matematik Tambahan Kertas 2 · Johor Bahru
Percubaan Johor Johor Bahru · 2024
15 soalan · Jumlah 100 markah
150 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 7
15 markah
Suatu sistem persamaan linear tiga pemboleh ubah adalah seperti yang berikut:
$$\begin{aligned} x + y + 2z &= 4 \\ 4x + 2y + 3z &= 5 \\ kx + y + z &= 1 \end{aligned}$$
Diberi bahawa sistem itu mempunyai penyelesaian tak terhingga.
a
Nyatakan kedudukan ketiga-tiga satah itu dalam ruang tiga dimensi.
1 markah
b
Seterusnya, cari nilai $k$.
4 markah
27 markah
Graf bagi fungsi kuadratik $g(x) = -3(x - 2)^2 + k$ melalui titik $(0, -13)$.
a
Cari nilai $k$.
1 markah
b
Lakarkan graf bagi fungsi $g(x)$ untuk $0 \leq x \leq 4$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, koordinat titik pusingan dan titik-titik persilangan dengan paksi.)*
3 markah
Jika nilai $k$ berubah kepada $-6$, buat generalisasi tentang kesan perubahan terhadap
c(i)
bentuk dan kedudukan graf,
1 markah
c(ii)
persamaan paksi simetri,
1 markah
c(iii)
nilai maksimumnya.
1 markah
39 markah
Rajah 1 menunjukkan sebuah segi tiga $ABC$.
Titik $E$ ialah titik tengah $BC$ dan titik $D$ terletak pada $AB$ dengan keadaan $AD : DB = 1 : 2$ dan $N$ ialah titik persilangan $AE$ dan $CD$.
Diberi bahawa $\overrightarrow{AB} = 14\underline{x}$ dan $\overrightarrow{AC} = 8\underline{y}$.
Ungkapkan dalam sebutan $\underline{x}$ dan $\underline{y}$,
a(i)
$\overrightarrow{AE}$,
2 markah
a(ii)
$\overrightarrow{CD}$.
1 markah
Diberi bahawa $\overrightarrow{AN} = h\overrightarrow{AE}$ dan $\overrightarrow{CN} = k\overrightarrow{CD}$, ungkapkan $\overrightarrow{AN}$ dalam sebutan
b(i)
$h$, $\underline{x}$ dan $\underline{y}$,
1 markah
b(ii)
$k$, $\underline{x}$ dan $\underline{y}$.
1 markah
c
Seterusnya, cari nilai $h$ dan nilai $k$.
4 markah
49 markah
Rajah 2 menunjukkan sebuah bekas berbentuk kon tegak yang terbalik dengan tapak 10 cm dan tinggi 20 cm.
a
Jika tinggi air di dalam bekas itu ialah $h$ cm, tunjukkan bahawa isi padu air, $V$ cm$^3$, di dalam bekas itu diberi oleh $V = \frac{1}{48}\pi h^3$.
3 markah
Seterusnya, jika air mengalir keluar melalui bahagian bawah bekas,
b(i)
cari perubahan kecil dalam isi padu air apabila $h$ menyusut daripada 5 cm kepada 4.99 cm.
3 markah
b(ii)
tunjukkan bahawa susutan kecil sebanyak $p\%$ dalam ketinggian air akan menyebabkan susutan sebanyak $3p\%$ dalam isi padu.
3 markah
55 markah
Bilangan bakteria dalam makanan yang disejukkan diberi oleh $N(T) = 20T^2 - 80T + 500$, dengan $T$ adalah suhu makanan dalam darjah Celcius bagi julat $2 \leq T \leq 14$. Apabila makanan dikeluarkan dari peti sejuk, suhu makanan diberi oleh $T(t) = 4t + 2$, dengan keadaan $t$ ialah masa dalam jam bagi julat $0 \leq t \leq 3$.
a
Bentukkan fungsi gubahan untuk mencari bilangan bakteria selepas $t$ jam.
2 markah
b
Cari masa, dalam jam, apabila bilangan bakteria mencapai 2000.
3 markah
68 markah
Diberi suatu jujukan dengan jumlah $n$ sebutan yang pertama ialah $S_n = 3n^2 + 7n$.
a
Ungkapkan $S_{n-1}$.
2 markah
b
Cari sebutan ke-$n$.
2 markah
c
Tunjukkan bahawa jujukan ini ialah suatu janjang aritmetik.
4 markah
77 markah
Diberi bahawa $\text{kos}\,\alpha = -t$ bagi $90^\circ < \alpha < 180^\circ$. Ungkapkan dalam sebutan $t$,
a(i)
$\sin 2\alpha$,
3 markah
a(ii)
$\tan\frac{1}{2}\alpha$.
1 markah
b
Buktikan bahawa $\frac{\text{kos}\,2A}{\sin A} + \frac{\sin 2A}{\text{kos}\,A} = \text{kosek}\,A$.
3 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
*Gunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini.*
Jadual 1 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah, $x$ dan $y$, yang diperoleh daripada satu eksperimen. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = mn^{x+1}$ dengan keadaan $m$ dan $n$ adalah pemalar.
| $x$ | 1 | 2 | 4 | 6 | 8 | 9 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 6.92 | 9.80 | 19.40 | 37.40 | 74.00 | 100.00 |
Jadual 1
a
Plot $\log_{10} y$ melawan $(x + 1)$ dengan menggunakan skala 2 cm kepada 2 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 0.2 unit pada paksi-$\log_{10} y$.
Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: nilai $(x + 1)$ dan $\log_{10} y$ yang diplot, paksi dan skala, dan garis lurus yang dilukis.)*
4 markah
Dengan menggunakan graf di (a), cari
b(i)
$m$,
*(Nyatakan titik-titik pada garis lurus penyuaian terbaik anda yang digunakan.)*
3 markah
b(ii)
$n$,
2 markah
b(iii)
$x$ apabila $\log_{10} y = 1.7$.
1 markah
910 markah
Rajah 3 menunjukkan sebuah segi tiga $EFG$.
Diberi bahawa koordinat titik $E$ ialah $(h, 6)$ dan persamaan garis lurus $EG$ dan $FG$ masing-masing ialah $5y = x + 22$ dan $y = 2x + 8$.
Cari
a(i)
nilai $h$,
1 markah
a(ii)
koordinat titik $G$,
2 markah
a(iii)
luas segi tiga $EFG$.
3 markah
b
Titik $P(x, y)$ bergerak dengan keadaan sentiasa berjarak sama dari dua titik tetap, iaitu titik $E$ dan titik tengah bagi $EF$. Cari persamaan lokus $P$.
4 markah
1010 markah
Rajah 4 menunjukkan sebahagian daripada lengkung $x = y^2 + 5$ dan $PQ$ ialah tangen kepada lengkung itu pada titik $P(6, 1)$.
Cari
a
persamaan tangen kepada lengkung itu pada titik $P$,
3 markah
b
koordinat bagi titik $Q$,
1 markah
c
luas rantau berlorek,
3 markah
d
isi padu janaan, dalam sebutan $\pi$, apabila rantau yang dibatasi lengkung, paksi-$x$ dan garis lurus $x = 6$, dikisarkan $360^\circ$ pada paksi-$x$.
3 markah
1110 markah
Diberi bahawa $X$ adalah pemboleh ubah rawak diskret dengan keadaan $X \sim B(n, 0.05)$.
a(i)
Cari nilai terbesar bagi $n$ dengan keadaan $P(X = 0) > 0.55$.
3 markah
a(ii)
Menggunakan nilai $n$ di (a)(i), cari kebarangkalian dengan keadaan $X$ adalah sekurang-kurangnya 2.
2 markah
Ketinggian pelajar dalam sebuah sekolah bertabur secara normal dengan min, $\mu$ m dan sisihan piawai, $\sigma$ m.
b(i)
Diberi bahawa 95% daripada pelajar mempunyai ketinggian melebihi 1.5 m dan 15% daripada pelajar mempunyai ketinggian melebihi 1.8 m, cari nilai $\mu$ dan nilai $\sigma$.
4 markah
b(ii)
Jika sekolah tersebut mempunyai 2000 pelajar, anggarkan bilangan pelajar dengan ketinggian di antara 1.5 m dan 1.8 m.
1 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Rajah 5 menunjukkan pelan tapak semaian berbentuk segi tiga, $ABC$ milik Puan Suraya. Tapak $AFG$ ditanam dengan pokok serai manakala tapak $DCE$ ditanam dengan pokok pandan. $AGDC$, $AFB$ dan $BEC$ merupakan garis lurus. Garis lurus $FG$ adalah berserenjang dengan garis lurus $AB$.
Diberi bahawa $AD$ = 4.6 m, $DC$ = 2.6 m, $CE$ = 2.4 m, $\angle BAC = 34.1^\circ$ dan $\sin\angle ACB = \frac{49}{50}$.
Hitung panjang, dalam m, bagi
a(i)
$DE$,
3 markah
a(ii)
$EB$.
2 markah
b
Luas segi tiga $AFG$ adalah sama dengan luas segi tiga $DEC$.
Hitung luas, dalam m$^2$, kawasan tapak semaian yang tidak ditanam dengan pokok serai dan pokok pandan.
4 markah
c
Lakar segi tiga $A'B'C'$ yang mempunyai bentuk yang berlainan daripada segi tiga $ABC$ dengan keadaan $A'C' = AC$, $B'C' = BC$ dan $\angle B'A'C' = \angle BAC$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan bucu-bucu dan sudut-sudut segi tiga itu.)*
1 markah
1310 markah
Satu zarah bergerak di sepanjang suatu garis lurus dengan halajunya, $v$ m s$^{-1}$, $t$ saat selepas melalui satu titik tetap $O$ diberi oleh $v = -t^2 + 4t - 3$.
[Anggapkan gerakan ke kanan sebagai positif]
Cari
a
halaju maksimum, dalam m s$^{-1}$, zarah itu,
2 markah
b
pecutan awal, dalam m s$^{-2}$, zarah itu,
2 markah
c
masa, dalam saat, apabila zarah itu berhenti seketika pada $t_1$ dan $t_2$,
3 markah
d
jumlah jarak, dalam m, yang dilalui di antara masa $t_1$ dan $t_2$.
3 markah
1410 markah
Jadual 2 menunjukkan indeks harga bagi tahun 2022 dan 2024 berasaskan tahun 2020 untuk tiga jenis bahan $A$, $B$ dan $C$ yang digunakan untuk membuat sejenis kasut.
| Bahan | Indeks harga pada tahun 2022 berasaskan tahun 2020 | Indeks harga pada tahun 2024 berasaskan tahun 2020 |
|---|---|---|
| $A$ | 105 | 125 |
| $B$ | 106 | 120 |
| $C$ | 110 | $m$ |
Jadual/*Diagram* 2
Harga bahan $C$ pada tahun 2020 ialah RM15 dan harganya pada tahun 2024 ialah RM15.60.
Cari
a(i)
nilai $m$,
2 markah
a(ii)
harga bagi bahan $C$ pada tahun 2022.
1 markah
Indeks gubahan untuk kos pengeluaran kasut itu pada tahun 2022 berasaskan tahun 2020 ialah 106.8. Nisbah bahan-bahan $A$, $B$ dan $C$ yang digunakan ialah $4 : h : 6$.
b(i)
Cari nilai $h$.
3 markah
b(ii)
Seterusnya, cari harga sepadan bagi kasut itu pada tahun 2020 jika harga kasut itu pada tahun 2022 ialah RM58.20.
2 markah
c
Hitung indeks harga bagi bahan $B$ pada tahun 2024 berasaskan tahun 2022.
2 markah
1510 markah
Di Gerai Makanan Haikal ada menjual burger daging dan burger ayam. Gerai itu dapat menyediakan semaksimumnya 90 biji burger dalam satu hari. Bilangan burger ayam yang disediakan melebihi bilangan burger daging selebih-lebihnya 30 biji. Permintaan untuk burger daging adalah kurang tiga kali daripada burger ayam.
a
Dalam satu hari, gerai makanan Haikal menyediakan $x$ biji burger daging dan $y$ biji burger ayam.
Tulis tiga ketaksamaan selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi semua kekangan di atas.
3 markah
b
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 10 biji burger pada kedua-dua paksi, bina dan lorek rantau $R$ yang memuaskan semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya, garis padu atau putus-putus) dan rantau $R$ yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
3 markah
Gunakan graf yang dibina di (b) untuk menjawab soalan-soalan berikut:
c(i)
Nyatakan bilangan maksimum burger daging yang disediakan.
1 markah
c(ii)
Setiap burger daging dan burger ayam yang dijual di gerai Haikal masing-masing mendapat keuntungan sebanyak RM1.50 dan RM3.00. Ungkapkan fungsi objektif, $k$ dalam sebutan $x$ dan $y$.
Seterusnya lukis fungsi objektif itu dan cari keuntungan maksimum yang diperoleh.
*(Nyatakan garis fungsi objektif yang dilukis dan titik yang memberi keuntungan maksimum.)*
3 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini