Tanpa menggunakan kalkulator, selesaikan persamaan
$$\log_4 [\log_3 (5 - 2x)] = \log_{16} 4$$
3 markah
27 markah
Rajah 1 menunjukkan keratan rentas tempat duduk konkrit berbentuk semibulatan. Diberi $h(x) = -2x^2 + 19x - 42$ mewakili lengkung bahagian luar tempat duduk konkrit tersebut.
Rajah 1
a
Cari jarak $AB$ bagi tempat duduk itu.
4 markah
b
Dengan menggunakan kaedah penyempurnaan kuasa dua, cari jarak maksimum bahagian luar lengkung itu dari $AB$.
3 markah
37 markah
Diberi bahawa $\ldots, 145, x, y, 138, \ldots$ ialah sebahagian daripada suatu janjang arimetik dan sebutan ke–16 janjang tersebut ialah 138.
Cari
a
sebutan pertama dan beza sepunya,
2 markah
b
nilai $n$ yang paling kecil supaya sebutan ke-$n$ adalah negatif.
2 markah
c
hasil tambah dari sebutan ke-41 hingga sebutan ke-70.
3 markah
47 markah
Amira ingin menghasilkan agar-agar untuk dijadikan cenderahati sempena majlis perkahwinannya dengan menggunakan acuan berbentuk prisma tegak seperti dalam Rajah 2 di bawah.
Rajah 2
Diberi jumlah panjang sisi prisma tegak itu ialah 75 cm, $PT = QU = 13$ cm , $PQ = QR$ dan $UR > QR$. Tentukan sama ada acuan itu sesuai untuk digunakan bagi menghasilkan agar-agar yang mempunyai isi padu 155 cm3 .
Berikan justifikasi anda.
7 markah
57 markah
a
Diberi bahawa $f : x \rightarrow \frac{m}{x} + n$ , $x \neq 0$ dan $ff(x) = f^{-1}(x)$. Tunjukkan bahawa $m + n^2 = 0$.
4 markah
b
Diberi $f(x) = 2x - 3$, cari nilai-nilai $p$ jika $ff^{-1}(p - 2) = \frac{3}{p}$ , $p \neq 0$ .
3 markah
67 markah
Dalam Rajah 3, $ABCD$ ialah sebuah sisi empat. $AED$ **,** $CFE$ dan $BFD$ ialah garis lurus. Diberi bahawa $\overrightarrow{AB} = 20\underset{\sim}{x}$ , $\overrightarrow{AE} = 4\underset{\sim}{y}$ , $\overrightarrow{BC} = 5\underset{\sim}{x} + 4\underset{\sim}{y}$ , $\overrightarrow{BD} = -20\underset{\sim}{x} + 16\underset{\sim}{y}$ dan $BD = 4BF$ .
Rajah 3
Ungkapkan dalam sebutan $\underset{\sim}{x}$ dan/atau $\underset{\sim}{y}$ :
a(i)
$\overrightarrow{CD}$
2 markah
a(ii)
$\overrightarrow{CF}$
1 markah
b
Diberi bahawa $\overrightarrow{CF} = k\overrightarrow{CE}$ dengan keadaan $k$ ialah pemalar. Cari nilai $k$ .
2 markah
c
Jika $|\underset{\sim}{x}| = 1$ , $|\underset{\sim}{y}| = 3$ dan $\angle DAB = 90^\circ$ , cari $|\overrightarrow{BC}|$.
2 markah
78 markah
Rajah 4 menunjukkan sebuah bulatan berpusat $O$ dan berjejari 7 cm. Diberi bahawa perimeter segitiga $AOB$ ialah 21 cm.
Rajah 4
[Guna $\pi = 3.142$]
Hitung
a
$\angle AOB$ dalam radian,
2 markah
b
perimeter bagi tembereng minor $AB$,
3 markah
c
luas bagi kawasan berlorek.
3 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Rajah 5 menunjukkan suatu trapezium $STUV$ , dengan keadaan $ST$ selari dengan $UV$ dan titik $S$ terletak pada paksi-$x$. Diberi persamaan $UT$ selari dengan paksi-$x$ dan persamaan bagi garis $UV$ ialah $y + 2x + 8 = 0$.
Rajah 5
a
Cari persamaan garis lurus $SV$.
3 markah
b(i)
Cari koordinat titik $V$ dan $U$.
5 markah
b(ii)
Seterusnya, cari luas trapezium $STUV$.
2 markah
910 markah
Sebuah syarikat ingin membina tangki terbuka berbentuk silinder dengan isipadu 1000 m³. Jejarinya adalah $r$ m dan tinggi adalah $h$ m.
Diberi bahawa kos membina tapak ialah RM5 per meter persegi dan kos membina dinding silinder ialah RM2 per meter persegi.
a
Ungkapkan kos pembinaan tangki itu, $C$, dalam sebutan $r$ dan $\pi$.
3 markah
b
Cari jejari dan tinggi yang meminimumkan kos pembinaan. Seterusnya, cari kos pembinaan minimum tersebut.
[Guna $\pi = 3.142$]
5 markah
c
Selepas tangki dibina, tangki itu mula diisi dengan air pada kadar 20 m³ seminit. Cari kadar perubahan tinggi air dalam tangki tersebut apabila air yang telah diisi mencapai ketinggian 8 meter.
2 markah
1010 markah
a
Buktikan bahawa kot $x - \tan x = \frac{2}{\tan 2x}$
2 markah
b
Seterusnya, selesaikan persamaan kot $x - \tan x = 3$ untuk $0^\circ \leq x \leq 360^\circ$.
4 markah
c(i)
Lakarkan graf $y = -2\sin\left(\frac{3}{2}x\right) + 1$ bagi $0 \leq x \leq 2\pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, bilangan kitaran, nilai maksimum dan minimum serta titik permulaan dan akhir.)*
3 markah
c(ii)
Terdapat satu penyelesaian diperoleh sekiranya $y = t$ dilakukan pada paksi yang sama di 10 (c)(i), dengan keadaan $t$ ialah pemalar. Nyatakan nilai $t$.
1 markah
1110 markah
Gunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini.
Jadual 1 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah, $x$ dan $y$, yang diperoleh daripada satu eksperimen. Pembolehubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = \frac{r}{d^{-\sqrt{x}}}$, dengan keadaan $r$ dan $d$ ialah pemalar.
| $x$ | 4 | 16 | 36 | 64 | 100 | 144 |

| $y$ | 1.86 | 2.63 | 3.85 | 5.50 | 7.94 | 11.22 |
Jadual 1(a)
a
Berdasarkan Jadual 1, isi Jadual 1(b) pada ruangan jawapan yang disediakan.
| $\sqrt{x}$ | | | | | | |

| $\log_{10} y$ | | | | | | |
Jadual 1(b)
*(Tulis nilai $\sqrt{x}$ dan $\log_{10} y$ bagi setiap lajur.)*
2 markah
b
Plot $\log_{10} y$ melawan $\sqrt{x}$, dengan menggunakan skala 2 cm kepada 2 unit pada paksi-$\sqrt{x}$ dan 2 cm kepada 0.1 unit pada paksi- $\log_{10} y$.
Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
3 markah
Gunakan graf anda di 11(b) untuk mencari nilai
c(i)
$r$
3 markah
c(ii)
$d$.
2 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Rajah 6 menunjukkan sisi empat kitaran $PQRS$.
Rajah 6
Diberi panjang $PQ = 9$ cm dan $RS = 4$ cm.
Hitung
a(i)
panjang, dalam cm, bagi $PR$,
2 markah
a(ii)
$\angle PRS$.
4 markah
Cari
b(i)
luas, dalam cm2, bagi $\Delta PQR$,
2 markah
b(ii)
jarak terdekat, dalam cm, dari titik $Q$ ke $PR$.
2 markah
1310 markah
Jadual 2 menunjukkan maklumat berkaitan empat bahan utama dan kuatiti yang digunakan oleh Puan Norsiah untuk membuat Kuih Bakar Manis.
| Bahan
*Ingredients* | Harga per kg 2023
*Price per kg 2023* | Harga per kg 2024
*Price per kg 2024* | Indeks harga tahun 2024 berasaskan tahun 2023
*Price index in the year 2024 based on the year 2023* | Kuantiti yang digunakan
*Quantity used* |

| Tepung jagung
*Corn flour* | 4.80 | 6.00 | $x$ | 150 g |
| Santan
*Coconut milk* | $y$ | 3.00 | 109 | 150 g |
| Gula
*Sugar* | 4.00 | 4.20 | 105 | 100 g |
| Tepung gandum
Wheat flour | 3.00 | 3.60 | 120 | $z$ |
Jadual 2
a
Cari nilai $x$ dan $y$.
3 markah
b
Indeks gubahan kos membuat sebiji Kuih Bakar Manis pada tahun 2024 berasaskan tahun 2023 ialah 116. Cari nilai bagi $z$.
3 markah
c
Kenaikan kos penghasilan sebiji Kuih Bakar Manis pada tahun 2025 dari tahun 2024 adalah sama dengan kenaikan kos penghasilan sebiji Kuih Bakar Manis dari tahun 2023 ke tahun 2024. Harga kos sebiji Kuih Bakar Manis pada tahun 2023 ialah RM4.00, cari harga jualan Kuih Bakar Manis jika Puan Norsiah ingin mendapat keuntungan sebanyak 30% pada tahun 2025.
4 markah
1410 markah
Suatu robot bergerak di sepanjang satu garis lurus dan melalui satu titik tetap $O$. Setelah $t$ saat bergerak, sesaran robot, $s$ meter, adalah berdasarkan fungsi $s = t^3 - 16t^2 + 60t$. Cari
a
masa, dalam saat, apabila robot itu sekali lagi melalui di titik $O$,
2 markah
b
pecutan, dalam ms-2 robot itu apabila $t = 6$ s,
4 markah
c
halaju maksimum, dalam ms-1 , robot itu.
4 markah
1510 markah
Gunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini.
Sebuah institusi pendidikan tinggi swasta $A$, menawarkan dua kursus, Kejuruteraan dan Perubatan. Bilangan murid untuk kursus Kejuruteraan adalah $x$ manakala bilangan murid untuk kursus Perubatan adalah $y$.
Pengambilan murid untuk setiap kursus adalah berdasarkan kekangan berikut:
I Bilangan minimum murid kursus Kejuruteraan ialah 200 manakala bilangan maksimum ialah 500 .
II Jumlah murid kedua-dua kursus tidak melebihi 700 orang.
III Bilangan murid Kejuruteraan melebihi dua kali ganda bilangan murid Perubatan selebih-lebihnya 200 orang.
a
Tulis tiga ketaksamaan selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
3 markah
b
Menggunakan skala 2 cm kepada 100 orang murid pada kedua-dua paksi bina dan lorek rantau $R$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, garis-garis lurus yang dilukis dan rantau $R$ yang dilorek.)*
3 markah
Dengan menggunakan graf yang dibina di 15(b), cari
c(i)
bilangan maksimum murid kursus Perubatan yang boleh diambil jika bilangan pelajar Kejuruteraan adalah 250 orang
1 markah
c(ii)
jumlah maksimum yuran yang boleh dikutip setiap semester jika yuran untuk setiap murid Kejuruteraan bagi satu semester ialah RM600 dan untuk seorang murid Perubatan ialah RM800.
3 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini