Others Trial 2024 Matematik Tambahan Kertas 1 · SMKA
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Others Trial 2024 Matematik Tambahan Kertas 1 · SMKA
Percubaan SMKA · 2024
15 soalan · Jumlah 80 markah
120 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 12
14 markah
Rajah 1 menunjukkan fungsi gubahan $gf : x \rightarrow 6x + 5$ yang memetakan set $A$ kepada set $C$.
Diberi fungsi $f : x \rightarrow \frac{2x+3}{4}$. Cari
a
fungsi yang memetakan set $B$ kepada set $C$.
3 markah
b
$fg$
1 markah
23 markah
Permudahkan ungkapan algebra yang berikut.
$$\frac{6^{a-2} + 6^{a+3}}{216}$$
3 markah
35 markah
Rajah 2 menunjukkan sebuah trapezium $PQRST$. $RT$ adalah selari dengan $PQ$.
Diberi luas sebuah trapezium $PQRST$ ialah $15\sqrt{5} + 20\sqrt{2}\ \text{cm}^2$. Sisi $RT$ dan sisi $PQ$ mempunyai panjang $\sqrt{5}$ cm dan $\sqrt{2}$ cm. Cari tinggi trapezium dalam bentuk $a + b\sqrt{10}$ .
5 markah
47 markah
Tangen kepada lengkung $y = 2x^2 + px - 4$ pada $x = 1$ adalah selari dengan garis $y = 2x$.
Cari
a
nilai $p$,
3 markah
b
Cari koordinat titik pusingan bagi lengkung itu. Seterusnya, dengan menggunakan kaedah lakaran tangen, tentukan sifat titik pusingan tersebut.
*(Huraikan lakaran tangen anda dalam perkataan: nilai-nilai $x$ yang dipilih, tanda $\frac{dy}{dx}$ dan arah tangen pada setiap nilai.)*
4 markah
55 markah
Rajah 3 menunjukkan titik $A$ di atas satah Cartesian.
a
Nyatakan $\overrightarrow{OA}$ dalam bentuk vektor lajur.
1 markah
b
Titik $A$ dipantulkan pada paksi-$x$ ke titik $A'$. Diberi $\overrightarrow{OB} = h\underset{\sim}{i} + 5\underset{\sim}{j}$ dan vektor unit $\overrightarrow{A'B}$ ialah $k\begin{pmatrix} 10 \\ 17 \end{pmatrix}$ dengan keadaan $h$ dan $k$ ialah pemalar. Cari nilai $h$ dan nilai $k$.
4 markah
65 markah
Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = px^3 + qx^2$ , dengan keadaan $p$ dan $q$ ialah pemalar. Rajah 4 menunjukkan graf garis lurus $\frac{y}{x^2}$ melawan $x$.
a
Ungkapkan persamaan $y = px^3 + qx^2$ kepada bentuk linear.
1 markah
b
Cari nilai $p$ dan nilai $q$.
4 markah
75 markah
Rajah 5 menunjukkan sebahagian daripada graf taburan kebarangkalian bagi $X$.
Pemboleh ubah rawak $X$ mempunyai suatu taburan binomial dengan 4 percubaan yang mana keadaan kebarangkalian kejayaan dalam setiap percubaan ialah $p$ dan kebarangkalian kegagalan dalam setiap percubaan ialah $q$.
a
Cari nilai $a + b$ dalam bentuk pecahan.
2 markah
b
Seterusnya, tunjukkan bahawa $pq(p^2 + q^2) = \frac{10}{81}$ .
3 markah
85 markah
a
Cari $\int 4(x+1)^2\ dx$
2 markah
b
Seterusnya, cari persamaan lengkung tersebut yang melalui titik $(0, -1)$.
3 markah
95 markah
a
Diberi $a$ ialah sebutan pertama dan $d$ ialah beza sepunya bagi suatu janjang aritmetik, tunjukkan bahawa sebutan ke-n, $T_n$ bagi janjang itu ialah $T_n = a + (n-1)d$ .
3 markah
b
Seterusnya, cari hasil tambah 5 sebutan pertama dalam sebutan $a$ dan $d$.
2 markah
108 markah
SMK Bunga Emas mengadakan hari kantin sekolah. Adam, Sofea dan Aufa mempunyai baki kupon sebanyak RM16.00, RM20.00 dan RM18.00 masing-masing. Mereka perlu menghabiskan kupon tersebut. Adam membeli dua biji donut, sekotak susu segar dan sepeket kentang goreng. Sofea pula membeli sebiji donat, dua kotak susu segar dan sepeket kentang goreng. Manakala Aufa membeli sebiji donat, sekotak susu segar dan dua peket kentang goreng. Bentukkan tiga persamaan linear dan seterusnya cari harga setiap jenis makanan tersebut.
8 markah
117 markah
Suatu janjang geometri mempunyai sebutan pertama $\log_2 36$ dan nisbah sepunya $\log_2 y$ .
a(i)
Cari julat nilai $y$ dengan keadaan janjang geometri tersebut mempunyai hasil tambah ketakterhinggaan.
2 markah
a(ii)
**[Bonus]** Cari nilai $y$ dengan keadaan hasil tambah ketakterhinggaan bagi janjang geometri tersebut ialah 2.
3 markah
Diberi bahawa sebutan ke-$n$ bagi suatu janjang geometri ialah $T_n = \frac{8r^{n-1}}{5}, r \neq m$ .
Nyatakan
b(i)
nilai-nilai $m$,
1 markah
b(ii)
sebutan pertama bagi janjang itu.
1 markah
125 markah
Diberi suatu fungsi kuadratik $f(x) = (x+1)(1-3x)$ .
a
Dengan menggunakan kaedah penyempurnaan kuasa dua, cari nilai maksimum $f(x)$.
3 markah
b
Seterusnya, lakar graf bagi $f(x)$ bagi domain $-2 \leq x \leq 1$ .
*(Huraikan lakaran graf anda dalam perkataan: bentuk graf dan koordinat titik-titik penting yang dilabel.)*
2 markah
Bahagian BPilih 2 daripada 3Dipilih 0/2
138 markah
Selesaikan persamaan berikut untuk $0^\circ \leq \theta \leq 360^\circ$
a(i)
$\text{sek}\,\theta\ \text{kosek}\,\theta = 4$
2 markah
a(ii)
$5\,\text{sek}^2\,\theta + 14\tan\theta = 8$
3 markah
b
Jika $\sin\theta = p$ untuk $0^\circ \leq \theta \leq 90^\circ$ , nyatakan $\tan(\theta + 225^\circ)$ dalam sebutan $p$.
3 markah
148 markah
Rajah 6 menunjukkan sebuah segi empat tepat $ABCD$ dan sebuah segi empat sama $KLMC$.
Diberi panjang $AD = (15 + x)$ cm, $DC = 10x$ cm dan $LM = (x + 5)$ cm. Jumlah luas bagi seluruh rajah tersebut ialah $1100\ \text{cm}^2$.
a
Cari nilai $x$.
4 markah
b
Seterusnya, cari panjang segi empat sama $KLMC$ yang perlu ditambah supaya luasnya adalah sama dengan luas segi empat tepat $ABCD$. Bundarkan jawapan anda kepada integer terhampir.
4 markah
158 markah
a(i)
Berapakah bilangan cara tiga perempuan dan dua lelaki boleh duduk dalam sebaris jika lelaki duduk bersama?
2 markah
a(ii)
Puan Haliza mempunyai 2 biji manik berwarna merah, 3 biji manik berwarna biru dan 4 biji manik berwarna kuning. Berapakah bilangan gelang tangan yang berbeza yang boleh dibentuk daripada kesemua manik-manik itu?
2 markah
b(i)
Berapa banyak cara yang berbeza untuk membentuk tiga orang satu kumpulan dari kelas yang mempunyai 31 pelajar?
1 markah
b(ii)
Dalam kelas yang lain, terdapat 253 cara memilih dua pelajar satu kumpulan. Berapa ramai pelajar yang terdapat di dalam kelas?
3 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini