Satu pemboleh ubah rawak diskret $X \sim B(n, p)$ mempunyai min 60 dan sisihan piawai $3\sqrt{5}$. Cari nilai $n$.
Pahang Trial 2024 Matematik Tambahan Kertas 1
- Percubaan Pahang · 2024
- 15 soalan · Jumlah 80 markah
- 120 minit
- Skema pemarkahan
- Daripada skema pemarkahan kertas asal
- Pemarkahan
- Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
- Bahasa jawapan
- Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
- Kemas kini terakhir
- 2026-11-25
Bahagian A
Jawab semua 12
Titik-titik $(-3, 36)$ dan $(1, 4)$ terletak pada lengkung yang menghubungkan pemboleh ubah $x$ dan $y$. Satu graf garis lurus diperoleh dengan memplot $\sqrt{y}$ melawan $x$.
Cari persamaan lengkung tersebut.
Rajah 1 menunjukkan tiga titik pada suatu satah Cartes.
Rajah 1
a
1 markah
Nyatakan $\overrightarrow{CA}$.
Diberi bahawa $\overrightarrow{AB} = 3\underset{\sim}{i} + k\underset{\sim}{j}$.
b(i)
2 markah
Jika $\overrightarrow{CA} + 3\overrightarrow{AB} = 11\underset{\sim}{i} - 2\underset{\sim}{j}$, cari nilai $k$ dengan menggunakan operasi aritmetik vektor.
b(ii)
2 markah
Seterusnya, tentukan vektor unit dalam arah $\overrightarrow{AB}$.
Suatu fungsi $h$ ditakrifkan oleh $h : x \rightarrow |2x - 3|$ untuk domain $-1 \le x \le 6$.
a
2 markah
Cari nilai-nilai $x$ dengan keadaan $h(x) = 3$.
b
2 markah
Cari julat nilai $x$ dengan keadaan $h(x) \le 4$.
a
2 markah
Diberi $\frac{d}{dx}[g(x)] = 5f(x)$, cari $\int 40f(x)\,dx$.
b
4 markah
Isipadu sebuah silinder, $V$ cm$^3$ menokok pada kadar 3 cm$^3$s$^{-1}$. Diberi tinggi silinder, $h$ cm adalah dua kali ganda jejari, iaitu $r$ cm.
Hitungkan kadar perubahan aras air pada ketika ketinggiannya adalah 12 cm.
Diberi hasil tambah sebutan ketiga dan keempat bagi suatu janjang geometri adalah 640 manakala sebutan kedua adalah kurang 96 dari sebutan ketiga. Semua sebutan dalam jujukan ini adalah nombor bulat.
a
4 markah
Cari sebutan pertama dan nisbah sepunya untuk janjang tersebut.
$\frac{1}{9}, \frac{1}{27}, \frac{1}{81}, \ldots$ ialah tiga sebutan pertama bagi suatu janjang geometri.
b(i)
3 markah
Cari nilai $n$ terbesar sekiranya $T_n > \frac{1}{10000}$.
b(ii)
2 markah
Cari hasil tambah ketakterhinggaan bagi janjang tersebut.
a
3 markah
Terbitkan bahawa $\log_a \frac{x}{y} = \log_a x - \log_a y$.
b
3 markah
Seterusnya, cari nilai bagi $b$ jika $\log_b 64 - \log_b 216 = 3$.
a
1 markah
Rajah 2 menunjukkan lengkung $y = g(x)$.
Rajah 2
Diberi luas bagi bahagian berlorek, $S$ dan $Z$, masing-masing ialah 4 unit$^2$ dan 12 unit$^2$.
Nyatakan nilai $\int_0^b g(x)\,dx$.
b
3 markah
Diberi fungsi kecerunan suatu lengkung ialah $3x^2 - 8x + 3$. Cari persamaan lengkung itu yang melalui titik $(1, 3)$.
Rajah 3 menunjukkan reka bentuk logo sebuah syarikat.
Rajah 3
Logo terdiri daripada tiga lengkok kongruen, $FCBD$, $DACE$ dan $EBAF$ yang dilukis di dalam segi tiga $PQR$. Lengkok-lengkok $FCBD$, $DACE$, dan $EBAF$ masing-masing berpusat di $A$, $B$, dan $C$. Setiap lengkok tersebut mempunyai jejari 5 cm.
[Guna $\pi = 3.142$]
Hitung
a
3 markah
perimeter, dalam cm, kawasan berlorek,
b
4 markah
luas, dalam cm$^2$, kawasan berlorek.
Dalam suatu permainan menembak di sebuah taman hiburan, kebarangkalian untuk menang ialah 12.5%. Subra telah membeli tiket untuk bermain permainan itu sebanyak $n$ kali. Kebarangkalian bagi Subra menang sekali dalam permainan itu adalah 15 kali kebarangkalian kalah dalam semua permainan.
a
2 markah
Cari nilai $n$.
b
1 markah
Nyatakan varians.
Rajah 4 menunjukkan empat keping kad huruf.
| N | A | S | I |
|---|---|---|---|
Rajah 4
a(i)
1 markah
Cari bilangan cara berlainan untuk menyusun semua kad dalam satu baris.
a(ii)
2 markah
Seterusnya, kad-kad huruf berlabel I, F dan L ditambah masuk bagi membentuk perkataan INFLASI. Cari bilangan cara berlainan untuk menyusun semua kad dalam satu baris jika huruf konsonan sentiasa bersama.
Terdapat 10 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan di dalam sebuah kelas.
b(i)
2 markah
Cari bilangan cara berbeza jika seorang guru ingin memilih 8 orang murid dari kelas itu untuk menyertai satu pertandingan dengan keadaan bilangan murid lelaki dan murid perempuan adalah sama.
b(ii)
2 markah
Semua murid yang terpilih ini akan menjalani satu sesi penggambaran. Cari bilangan cara berbeza supaya murid lelaki tidak berada bersebelahan.
a
2 markah
Permudahkan $\frac{8.1x^3y^4}{0.9x^8y^{-3}}$.
b
4 markah
Rajah 5 menunjukkan sebuah kuboid yang mempunyai isipadu $30 + 2\sqrt{3}$ cm$^3$. Diberi tinggi kuboid ialah $27 - 13\sqrt{3}$ cm. Cari luas tapak kuboid, $A$ dalam bentuk $a + b\sqrt{c}$, dengan keadaan $a$, $b$ dan $c$ ialah integer.
Rajah 5
Bahagian B
Pilih 2 daripada 3
Dipilih 0/2
Rajah 6 menunjukkan sebuah segi tiga $PQR$, dengan kedudukan $P(x_1, y_1)$, $Q(x_2, y_2)$ dan $R(x_3, y_3)$ disusun mengikut tertib.
Rajah 6
a
2 markah
Terbitkan rumus luas segi tiga.
Diberi bucu-bucu $P$ dan $Q$ masing-masing ialah $(3, 4)$ dan $(1, -2)$. Bucu $R$ terletak pada paksi-$x$.
b(i)
3 markah
Cari koordinat $R$ sekiranya luas $\triangle PQR$ ialah 10 unit$^2$.
b(ii)
3 markah
Titik $M$ bergerak supaya jaraknya dari titik $R$ ialah dua kali jaraknya dari titik $P$. Cari persamaan lokus bagi $M$.
a
2 markah
Diberi bahawa $\text{kot}\,\theta = k$ dengan keadaan $\theta$ ialah sudut tirus, ungkapkan $\text{kos}\,2\theta$ dalam sebutan $k$.
b
2 markah
Diberi $\sin\theta = -t$ untuk $90^\circ < \theta < 270^\circ$, ungkapkan $\sin 2\theta$ dalam sebutan $t$.
c
4 markah
Dengan menggunakan rumus sudut berganda, cari nilai $\tan 67.5^\circ$. Beri jawapan betul kepada tiga tempat perpuluhan.
Fungsi kuadratik $h(x) = -x^2 + 7x - 10$ boleh diungkapkan dalam bentuk $h(x) = -\left(x - \frac{7}{2}\right)^2 + m$ dengan keadaan $m$ ialah pemalar.
a(i)
2 markah
Cari nilai $m$.
a(ii)
4 markah
Lakar graf $h(x)$ bagi domain $0 \le x \le 6$. Seterusnya, nyatakan julat yang sepadan bagi graf $h(x)$.
*(Huraikan lakaran graf anda dalam perkataan: bentuk graf, pintasan-pintasan paksi, titik pusingan dan titik-titik hujung bagi domain.)*
b
2 markah
Diberi $f(x) = x^2 - 7x + 13$, cari julat nilai $x$ bagi $f(x) \le 3$ dengan menggunakan kaedah jadual.

AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini
0%Peratus
0Markah
0Markah penuh
Beberapa soalan tidak dapat ditanda.
Markah setiap soalan

