Diberi fungsi $f$ ditakrifkan sebagai $f(x) = \frac{k+x}{2+3x}, x \neq p$, dengan keadaan $k$ dan $p$ ialah pemalar.
Cari
a
nilai bagi $p$,
1 markah
b
nilai $k$ jika $f(1)$ memetakan kepada diri sendiri,
2 markah
c
$f^{-1}(x)$, dan seterusnya cari julat $f^{-1}(x)$ untuk domain $1 \leq x \leq 3$.
4 markah
27 markah
**Penyelesaian secara lukisan berskala tidak diterima.**
Rajah 2 menunjukkan suatu garis lurus $AB$.
Rajah 2
a
Hitung luas segi tiga $AOB$.
2 markah
b
Titik $C$ membahagi dalam garis lurus $AB$ dengan nisbah $AC : CB = 3 : 2$. Cari koordinat titik $C$.
2 markah
c
Titik $P$ bergerak dengan keadaan jaraknya dari $A$ adalah sentiasa dua kali jaraknya dari $B$. Cari persamaan lokus bagi $P$.
3 markah
36 markah
Rajah 3 menunjukkan keratan rentas longkang sebuah sekolah.
Rajah 3
Diberi bahawa bentuk longkang itu boleh diwakili oleh persamaan $y = \frac{2}{5}x^2 - 12x + 50$. Jika lebar longkang itu ialah 25 cm, cari kedalaman longkang itu, dalam cm.
6 markah
47 markah
a
Diberi $a$ ialah sebutan pertama dan $d$ ialah beza sepunya bagi suatu janjang aritmetik. Tunjukkan bahawa hasil tambah bagi $n$ sebutan pertama bagi janjang itu ialah $S_n = \frac{n}{2}[2a + (n-1)d]$.
3 markah
b
**Menyenaraikan semua sebutan bagi jujukan adalah tidak diterima.**
Pada suatu hari tertentu, kedai kek Kak Kiah telah menjual 500 biji kek pada minggu pertama. Pada minggu kedua, jualannya telah merosot sebanyak 10 biji berbanding dengan minggu sebelumnya. Kemerosotan ini berlaku sehingga minggu ke-9. Oleh kerana promosi, jualan kek bertambah sebanyak 50% pada minggu ke-10 berbanding dengan jualan minggu sebelumnya. Jika setiap kek menghasilkan keuntungan RM8, hitung jumlah keuntungan yang diperoleh daripada jualan ini bermula pada minggu pertama sehingga minggu promosi itu.
4 markah
57 markah
Rajah 5.1 dan Rajah 5.2 menunjukkan dua timbangan yang mengandungi bongkah-bongkah dengan jisim yang berlainan.
Diberi bahawa jisim bongkah $P$ dan $Q$ masing-masing ialah $x$ kg dan $y$ kg, dan $x^2 + 23y - 110 = 0$.
a
Berdasarkan Rajah 5.1, cari nilai bagi $x$ dan $y$.
6 markah
b
Satu bongkah berjisim 28 kg ditambah ke penimbang S seperti pada Rajah 5.2.
Cari bilangan bongkah $P$ dan bongkah $Q$ yang perlu ditambah di T supaya penimbang ini menjadi seimbang semula.
Lakarkan graf $y = \left|2\,\text{kos}\,\frac{3}{2}x - 1\right|$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, bilangan kitaran, nilai maksimum dan minimum serta titik-titik penting pada paksi.)*
3 markah
c
Terdapat 3 penyelesaian diperoleh sekiranya $y = t$ dilakarkan pada paksi yang sama di 6 (b), dengan keadaan $t$ ialah pemalar. Nyatakan julat nilai $t$.
1 markah
710 markah
Rajah 7 menunjukkan suatu tangki air kecil berbentuk kon dengan tapak berjejari $x$ cm dan ketinggian $1.5x$ cm, dengan keadaan $x$ ialah pemalar, yang disokong oleh suatu penyokong besi.
Rajah 7
Diberi bahawa tangki air ini diisi dengan air dengan kedalaman air $h$ cm seperti dalam Rajah 7. Didapati bahawa tangki air ini telah mengalami kebocoran dan terdapat air menitis keluar di bahagian bawah.
a
Tunjukkan bahawa isi padu air, dalam cm³, dalam tangki ialah $V = \frac{4}{27}\pi h^3$.
2 markah
b
Hitung peratus perubahan isi padu air dalam tangki ketika kedalaman air berkurang dari 9 cm ke 8.97 cm.
4 markah
c
Diberi bahawa luas permukaan air berkurang secara tetap pada kadar $25\pi$ cm² s⁻¹. Hitung kadar perubahan isi padu air, dalam cm³ s⁻¹, dalam tangki ketika kedalaman air ialah 9 cm. Beri jawapan anda dalam sebutan $\pi$.
4 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Rajah 8 menunjukkan segi empat selari $PQRS$ dan titik $S$ merupakan titik tengah bagi garis lurus PST. Diberi bahawa $\overrightarrow{ST} = \underset{\sim}{a}$ , $\overrightarrow{PQ} = 2\underset{\sim}{b}$ dan $\overrightarrow{TU} = \frac{3}{2}\overrightarrow{PQ}$.
Rajah 8
Ungkapkan dalam sebutan $\underset{\sim}{a}$ dan $\underset{\sim}{b}$,
a(i)
$\overrightarrow{PU}$
2 markah
a(ii)
$\overrightarrow{QU}$
1 markah
b
Tentukan sama ada titik-titik $P$, $R$ dan $U$ adalah segaris.
3 markah
c
Diberi $\underset{\sim}{a} = -2\underset{\sim}{i} - n\underset{\sim}{j}$ dan $\underset{\sim}{b} = n\underset{\sim}{j}$ dan vektor unit bagi $\overrightarrow{QU} = \frac{2}{\sqrt{m}}(-2\underset{\sim}{i} + 2\underset{\sim}{j})$. Cari nilai $m$ dan $n$.
4 markah
910 markah
Diberi taburan binomial $X \sim B(a, b)$ dengan min, $r$ dan varians, $s$.
a(i)
Ungkapkan min dan varians dalam sebutan $a$ dan $b$.
2 markah
a(ii)
Jika $a = 10$ dan $b = 0.85$, cari $P(X = 7)$.
2 markah
Markah kemasukkan murid ke Kolej Kemahiran Bersama bertaburan secara normal dengan min 150 markah dan sisihan piawai 10 markah.
b(i)
Terdapat 500 orang murid yang memohon ke Kolej Kemahiran Bersama. 350 orang murid telah berjaya dalam permohonan ini. Anggarkan markah minimum untuk murid berjaya dalam permohonan ini.
3 markah
b(ii)
Markah min terpaksa diubah dan sisihan piawai dikekalkan untuk memastikan 90% murid berjaya mendapat tawaran ke Kolej Kemahiran Bersama. Markah minimum terkini murid yang berjaya mendapat tawaran ini ialah 120 markah. Nyatakan nilai min yang baru.
3 markah
1010 markah
Rajah 10 menunjukkan sebahagian daripada lengkung $y = \frac{2}{x^2}$ yang bersilang dengan garis lurus $x = 4y$.
Rajah 10
a
Cari koordinat bagi titik $A$.
2 markah
b
Hitung luas kawasan berlorek $P$.
4 markah
c
Cari isi padu janaan, dalam sebutan $\pi$, apabila kawasan berlorek P dikisarkan melalui $270^\circ$ pada paksi-$x$.
4 markah
1110 markah
Jadual 11 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah, $x$ dan $y$, yang diperoleh daripada suatu eksperimen. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = e^{\frac{m}{n}x + n}$, dengan keadaan $m$ dan $n$ ialah pemalar.
| $x$ | 1.2 | 2.8 | 3.7 | 5.8 | 6.6 | 7.8 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 0.52 | 1.24 | 1.55 | 7.68 | 12.42 | 25.41 |
Jadual 11
a
Berdasarkan Jadual 11, bina satu jadual bagi nilai-nilai $\ln y$.
1 markah
b
Plot $\ln y$ melawan $x$, menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 0.5 unit pada paksi-$\ln y$.
Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, titik-titik yang diplot dan garis lurus penyuaian terbaik.)*
3 markah
Menggunakan graf di 11(b), cari nilai
c(i)
$n$
2 markah
c(ii)
$m$
2 markah
d
Seorang penyelidik mendapati bahawa satu daripada nilai-nilai $y$ telah tersalah catat semasa eksperimen. Penyelidik tersebut mengubah nilai $y$ tersebut kepada 2.14. Adakah nilai $y$ tersebut boleh diterima? Berikan justifikasi anda.
2 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Jadual 12 menunjukkan maklumat tentang tiga bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan sejenis roti.
| Bahan | Harga (RM) pada tahun 2021 | Harga (RM) pada tahun 2022 | Indeks harga pada tahun 2022 berasaskan 2021 | Pemberat |
|---|---|---|---|---|
| A | 3.20 | $x$ | 115 | 4 |
| B | 2.80 | 3.36 | 120 | 3 |
| C | $y$ | 1.20 | 80 | $z$ |
Jadual 12
a
Cari nilai $x$ dan nilai $y$.
3 markah
b
Diberi bahawa harga bahan B telah menurun $p$% dari tahun 2022 ke tahun 2023 dan indeks harga bagi bahan yang sama pada tahun 2023 berasaskan tahun 2021 ialah 114.
Cari nilai bagi $p$.
2 markah
c
Diberi bahawa kos harga bagi satu paket roti ini pada tahun 2022 telah meningkat 12.5% berbanding dengan tahun 2021. Hitung nilai bagi $z$.
3 markah
d
Satu paket roti ini dijual dengan harga RM 7 pada tahun 2021. Harga satu pek roti ini telah meningkat 10% pada tahun 2023 berbanding dengan tahun 2022. Pada tahun 2023, Mira ingin membeli roti ini untuk jamuan hari jadinya dengan bajet RM 170. Hitung bilangan paket roti maksimum yang dapat dibeli olehnya.
2 markah
1310 markah
**Penyelesaian secara lukisan berskala tidak diterima.**
Rajah 13 menunjukkan sebuah sisi empat $ABCD$. Garis $AB$ adalah selari dengan garis $DC$.
Rajah 13
a
Hitung $\angle BAC$. Bundarkan jawapan kepada 1 tempat perpuluhan
4 markah
b
Hitung luas segi empat $ABCD$, dalam cm$^2$,
5 markah
c
Lakarkan segi tiga $A'D'C'$ yang mempunyai bentuk berbeza daripada segi tiga $ADC$ dengan keadaan $C'$ terletak pada $AC$ dan $\sin\angle CAD = \sin\angle C'A'D'$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan titik $A'$, $D'$ dan $C'$, serta sudut atau sisi yang berkaitan.)*
1 markah
1410 markah
SMK Cerdik akan menganjurkan karnival STEM di sebuah daerah. Karnival ini mengadakan dua jenis pertandingan, iaitu roket air dan perlumbaan kereta robot. Kedua-dua aktiviti dibuka kepada semua murid di dalam daerah tersebut dengan maksimum penyertaan 70 orang. Bilangan peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan roket air mesti melebihi 15 orang. Bilangan peserta yang mengambil bahagian dalam perlumbaan kereta robot adalah sekurang-kurangnya $\frac{1}{3}$ daripada bilangan peserta yang mengikuti pertandingan roket air. Terdapat $x$ peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan roket air manakala $y$ peserta mengambil bahagian pertandingan perlumbaan kereta robot.
a
Tuliskan tiga ketaksamaan, selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi semua kekangan di atas.
3 markah
b
Menggunakan skala 2 cm kepada 10 peserta pada kedua-dua paksi, lukis dan lorek rantau $\boldsymbol{R}$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, garis-garis lurus yang dilukis (garis penuh atau putus-putus) dan rantau yang dilorek.)*
3 markah
c
Gunakan graf yang dibina di (b) untuk menjawab soalan berikut:
Diberi bahawa yuran penyertaan yang dikenakan ke atas peserta roket air dan perlumbaan kereta robot masing-masing ialah RM 15 dan RM 10, dan jumlah perbelanjaan untuk karnival ini adalah RM 1200. Jika semua kutipan yuran penyertaan akan digunakan untuk membayar kos ini, hitung perbelanjaan maksimum yang perlu ditanggung oleh SMK Cerdik.
4 markah
1510 markah
Rajah 15 menunjukkan kedudukan awal dan arah pergerakan zarah $A$ dan zarah $B$ sepanjang suatu garis lurus.
Rajah 15
Zarah $A$ mula bergerak dari titik $P$ dan zarah $B$ mula bergerak dari titik $Q$ secara serentak ke arah titik $R$. Selepas $t$ saat, halaju $v$ m s⁻¹, bagi zarah $A$ diberi oleh $v_A = t^2 - kt - 6$, dengan keadaan $k$ ialah pemalar, manakala sesaran, $s_B$ m bagi zarah $B$ diberi oleh $s_B = \frac{t^3}{3} - t^2 - 20t$. Diberi bahawa pecutan zarah $A$ ialah 3 m s⁻² apabila $t = 4$ s.
a
Cari nilai $k$.
3 markah
b
Tentukan julat nilai $t$ apabila zarah $A$ bergerak ke kiri.
2 markah
Hitung
c(i)
jarak, dalam meter, zarah $B$ dari titik $P$ apabila $t = 6$ s,
2 markah
c(ii)
masa, dalam saat, apabila zarah $B$ dan zarah $A$ mempunyai sesaran yang sama dari titik $R$.
3 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini