Ungkapkan $y$ dalam sebutan $x$ dan $e$.
$\ln 5x = 3 + \ln y^2$
3 markah
46 markah
a
Dengan menggunakan prinsip pertama, tunjukkan bahawa terbitan pertama bagi $y = 2x^2 - 3x$ ialah $\frac{dy}{dx} = 4x - 3$.
3 markah
b
Diberi fungsi kecerunan lengkung yang melalui titik $P(2, -1)$ ialah $\frac{x^4 - 8x^2}{3x}$.
Cari persamaan bagi lengkung itu.
3 markah
54 markah
Rajah 5 menunjukkan suatu segi tiga sama kaki $ABC$ dengan keadaan $BC = BA$, $\overrightarrow{AB} = \begin{pmatrix} 6 \\ 8 \end{pmatrix}$, titik $B = (3, 2)$ dan $C = (k, -4)$.
Cari $\overrightarrow{AC}$ dalam sebutan $\underset{\sim}{i}$ dan $\underset{\sim}{j}$.
4 markah
64 markah
Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = -7x^3 + bx$. Rajah 6 menunjukkan graf garis lurus yang diperoleh dengan memplot hubungan dari persamaan itu.
a
Ungkapkan persamaan $y = -7x^3 + bx$ dalam bentuk linear yang digunakan untuk memperoleh graf garis lurus seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.
1 markah
b
Graf garis lurus yang lain daripada Rajah 6 dapat dihasilkan daripada persamaan $y = -7x^3 + bx$. Jadual 6 menunjukkan nilai-nilai yang menghasilkan graf garis lurus tersebut.
| $X$ | 0 | $k$ | $h$ |
|---|---|---|---|
| $Y$ | $b$ | $\frac{b}{8}$ | $hk$ |
Jadual 6 / *Table* 6
Ungkapkan $h$ dalam sebutan $k$.
3 markah
77 markah
Rajah 7 menunjukkan sebuah semibulatan $OPQR$ dengan pusat $O$, sebuah sektor $QKOL$ bagi bulatan dengan pusat $Q$ dan segi tiga $MQN$.
Diberi $\angle KQM + \angle LQN = 30^\circ$. Jejari semibulatan $OPQR$ dan sektor $QKOL$ masing-masing mempunyai jejari 7 cm. Hitung,
[guna $\pi = 3.142$]
a
Nyatakan $\angle KQL$ dalam radian.
1 markah
Seterusnya, cari
b(i)
perimeter, dalam cm, bagi kawasan berlorek,
3 markah
b(ii)
luas, dalam cm$^2$, bagi kawasan berlorek.
3 markah
84 markah
a
Diberi $X \sim N(25, 39.69)$. Lakarkan graf taburan normal berdasarkan maklumat diberi. *(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk lengkung, label paksi dan nilai yang ditanda pada paksi.)*
1 markah
b
Menggunakan paksi yang sama di (a), lorekkan rantau yang mewakili $P(X > 35)$ dan seterusnya hitung kebarangkalian bagi rantau berlorek tersebut. *(Huraikan rantau yang dilorek dalam perkataan.)*
3 markah
94 markah
Dalam suatu pertandingan Eksplorasi STEM, setiap pasukan akan diberi 1 kupon jika berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 4 tugasan dalam setiap “check point”. Setiap “check point” terdapat 5 tugasan yang perlu diselesaikan.
Pasukan Dynamic mengikuti pertandingan ini. Kebarangkalian Pasukan Dynamic berjaya menyelesaikan 1 tugasan dalam setiap “check point” ialah 0.75.
a
Cari kebarangkalian bahawa Pasukan Dynamic layak mendapat 1 kupon.
2 markah
b
Pasukan Dynamic layak untuk cabutan hadiah misteri jika mereka berjaya mengumpul lebih daripada 4 kupon dari 6 “check point” tersebut. Cari kebarangkalian Pasukan Dynamic layak untuk cabutan hadiah misteri.
2 markah
108 markah
a
Satu nombor ganjil empat digit dibentuk dengan menggunakan digit 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 tanpa ulangan. Berapakah bilangan nombor yang dibentuk itu lebih besar daripada 5000?
3 markah
Rajah 10 menunjukkan dua garis yang masing-masing mempunyai 4 titik dan 5 titik.
b(i)
Dengan menggunakan titik-titik yang diberi, cari bilangan
segi empat berlainan yang boleh dibentuk,
2 markah
b(ii)
segi tiga berlainan yang boleh dibentuk.
3 markah
114 markah
Rajah 11 menunjukkan sebuah segi tiga prisma yang mempunyai panjang $CE$ sebanyak 3 cm. Luas keratan rentas prisma tersebut, segi tiga sama sisi ialah $(1 + \sqrt{8})\pi$ cm$^2$.
Terdapat sebuah tangki air silinder dengan jejari $r$ cm dan ketinggian 6 cm, yang berisi air sebanyak $3\sqrt{2}\pi r^2$ cm$^3$. Tangki air silinder itu akan diisi penuh jika prisma tersebut dimasukkan ke dalam tangki itu. Cari nilai $r$ dalam bentuk $\sqrt{a + b\sqrt{2}}$, dengan keadaan $a$ dan $b$ ialah nombor nisbah.
4 markah
129 markah
Menyenaraikan semua sebutan bagi jujukan adalah **tidak** diterima.
Rajah 12 menunjukkan Nazwin sedang bermain buaian di taman permainan. Apabila buaian itu dilepaskan dari kedudukan $X$, jarak yang dilaluinya untuk ayunan pertama ialah $q$ meter. Jarak ayunan berkurang sebanyak 10% dari ayunan sebelumnya. Diberi bahawa jarak yang dilalui semasa ayunan kali-$n$ ialah 324 cm, dan jumlah jarak yang dilalui dalam $n$ ayunan pertama adalah 1084 cm.
a
Cari nilai $q$ dan nilai $n$.
5 markah
b
Cari bilangan ayunan apabila jarak yang dilalui oleh buaian adalah kurang daripada 2 meter buat pertama kali.
2 markah
c
Cari jumlah jarak yang dilalui, dalam meter, sebelum buaian itu berhenti.
Diberi $\tan\theta = -\frac{1}{p}$, dengan keadaan $p$ ialah pemalar dan $90^\circ \le \theta \le 180^\circ$. Ungkapkan dalam sebutan $p$.
c(i)
$\operatorname{kosek} 2\theta$
2 markah
c(ii)
$\sin(\theta - 90)$
2 markah
148 markah
Rajah 14 menunjukkan sebahagian graf fungsi kuadratik $f(x) = px^2 + x - q$, dengan keadaan $p$ dan $q$ ialah pemalar.
a
Ungkapkan julat nilai $q$ dalam sebutan $p$.
2 markah
b
Buktikan bahawa $\frac{m}{n} + \frac{n}{m} = \frac{1}{2q} - 2$.
3 markah
c
Menggunakan kaedah penyempurnaan kuasa dua, ungkapkan nilai maksimum bagi fungsi $f(x)$ dalam sebutan $q$.
3 markah
158 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala tidak diterima.
Rajah 15 menunjukkan kedudukan bagi Kampung $A$ dan Kampung $B$ yang dilukis pada suatu satah Cartes.
$PQ$ ialah jalan raya lurus dengan keadaan jarak dari Kampung $A$ dan Kampung $B$ ke mana-mana titik pada jalan raya adalah sentiasa sama.
a
Satu lagi jalan raya lurus, yang menghubungkan Kampung $A$ dan $B$ akan dibina. Diberi jarak Kampung $A(-4, -1)$ ke Kampung $B(h, 1)$ ialah $2\sqrt{10}$. Cari nilai $h$.
3 markah
b
Menggunakan nilai $h$ dari (a), diberi jalan raya $PQ$ melalui Kampung $C(k, p)$, ungkapkan $k$ dalam sebutan $p$.
5 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini